Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Bornday persons in Yanayir

Assalamualaikum wbt ! Hi, harini bertarikh 7 Januari 2015, Izzati nak post pasal birthday lah. Bukan apa, sebab ramai my kenalans yg bornday mereka pada bulan ni. Bawah tu bukti dia :) Aku ni mmg kaki ingat birthday member agaknya. Taktahulaa diorang ingt ke edok my bornday. Btw, tak kesah laaa tu. Heeee ! Actually bulan Januari tahun ni, 24 Rabiaul awal 1436H, which is my hijri day. Jatuh pada 15 Jan 2015. So, Eidul Milad Sai'd for you all and I. Haha !

1 Jan, Danish my sepupu
4 Jan, Atiqah Zainuddin my serian
5 Jan, Fara Shahira, Ain, Kak Ana Salbasa
6 Jan, Najiha my jiran belakang rumah
7 Jan, Farah Dayana my exschoolmate
9 Jan, Lisa Munira my exbestfriend
13 Jan, Ainan Humaira my serian
19 Jan, Sahirah my carera
24 Jan, Farhana Yazik my serian
26 Jan, Soffian Assauri, Shazatul Azwa, Ismadatul Adilah

Sekali dalam setahun je, takkan tak boleh nak happy-happy sikit?


Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa gembira dalam menyambut hari lahir, namun bagaimanakah pula pengisiannya terhadap diri kita? Semakin meningkat umur, maka semakin banyak yang perlu kita perbaiki dari segi amal ibadah dan perkara lain. Kita tidak dapat lari dari membatasi kegembiraan kita dengan batas-batas syarak kerana Islam adalah cara hidup kita.
 



Sebagai orang Islam, perlulah kita menilai dahulu bentuk sambutan yang bakal kita adakan supaya kita tidak melepasi sempadan yang dibenarkan. Paling penting, kita tidak menyerupai kaum lain atau agama lain, seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :



“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibn Hibban





Memotong kek hari lahir tidak salah. Namun begitu, amalan membuat hajat dan meniup lilin sebelum memotong kek itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. Begitu juga, menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You' seperti yang biasa dinyanyikan oleh orang-orang di negara Barat.





Asal usul buat hajat dan meniup lilin :



Orang-orang Yunani (Greek) kuno meletakkan lilin di atas kek sebagai satu tanda simbolik memperingati dewa-dewa bulan Yunani iaitu Artemis. Mereka membuat cake berbentuk bulat simbol kepada bulan. Lilin-lilin di letakkan sebagai gambaran kepada cahaya bulan.



Lilin pada kek menjadi tradisi tersohor di Jerman suatu masa dulu. Dikatakan bahawa, mereka meletakkan lilin besar di tengah-tengah kek sebagai simbol "the light of life" (penerang hidup).
 



Sebahagian mubaligh percaya asap dari lilin akan membawa pergi bersama hajat dan doa mereka kepada dewa-dewa yang tinggal di langit. Ada juga yang percaya bahawa meniup lilin dengan sekali nafas akan membawa tuah kepada empunya diri dan asap lilin mampu menghalau semangat jahat.





Bersederhana :



Kita mungkin menyangkal sekeras-kerasnya pernyataan dengan mengatakan bahawa kita tiada niat untuk meniru mana-mana perlakuan yang menyerupai kaum atau agama lain. Kita sekadar ingin memeriahkan suasana dan make it happening! 
 



Seharusnya kita mengikut garis panduan yang telah disediakan agar tidak melampaui batasan kerna itulah cara hidup Islam yang menuntut kesederhanaan dalam semua perkara termasuk dalam bab menyambut hari lahir yang dilihat oleh sesetengah masyarakat sebagai perkara kecil dan sering diambil mudah.





Menyambut Hari Lahir :



Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain.



  • Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. 
  • Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. 
  • Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.



Tujuan sebenar :



Dalam kita ingin meraikan nikmat dipanjangkan umur bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga perlu mendalami maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Raikanlah hari lahir dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam.
 



Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita.
 



Justeru, sekiranya kita ingin memperolehi keberkatan dalam menyambut hari lahir seperti mana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan, perlulah kita mengikuti adab-adabnya :




 Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira :



  • Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: 


“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 


(Ad-Dhuha: 11)




Berbuat baik terhadap ibubapa :


  • Sebagai anak, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan mereka dalam melahir, membesar dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada ibu kita sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah merasai kesakitan melahirkan kita. Dan, setiap kali solat mohonlah kepada Allah agar memberkati hidup kedua ibubapa kita dan agar dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.



Doa-mendoakan antara satu sama lain :


  • Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.







Mengadakan jamuan yang sederhana :


  • Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.



Mengadakan majlis tazkirah ringkas :



  • Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.




Memberi hadiah :



  • Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w.

“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”




Muhasabah diri :



  • Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.


Allahuakbar, syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berada dalam jasad ini. Terima kasih ya Allah di atas kesempatan dan peluang yang Engkau kurniakan padaku. Terima kasih di atas segala nikmat dan kesenangan yang Engkau berikan padaku sejak dari dalam perut ibuku. Terima kasih di atas setiap hela nafas dan pancaindera yang sempurna yang Engkau anugerahkan untukku. Terima kasih di atas rezeki dan makanan yang Engkau kirimkan sepanjang umurku ini.



Sungguh terlalu banyak rahmat yang Engkau limpahi ke atas diriku, dan masih terlalu sedikit pengabdianku kepadaMu ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku yang silam dan di masa akan datang. Sungguh aku terkadang tewas bila digoda dan rebah bila dugaan melanda. Tetapi, rahmatMu tidak pernah putus untukku. Terima kasih ya Allah di atas peluangMu untukku. Ku mohon janganlah Engkau putuskan rahmatMu ke atas diriku dan keluargaku. Aaaamin ya rabbal 'alamin.
Apakah yang hendak diraikan?
 
Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa benar2 gembira.
 

Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan diri dengan Allah.

KESIMPULAN:
  • Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri – sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan ini kepada kita.
  • Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa. Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
  • Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya sudah banyak berkorban untuk anak2.
  • Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa  dalam hidupnya sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.
HUKMI :
 

Ada dua pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir :

1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan hari jadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).

2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.

Wallahuaklam :)

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KALIAN YANG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA PADA JANUARI INI.