Izzati nak share pasal my try on cooking the Fettuccine Carbonara. Resepi Izzati google je. Pastu adjust sikit ikut suka rasa. I learn cook from recipes. Hehe! I dunno when Ive started to love the Carbonara. Sejak belajar asasi kot.
FETUCINI CARBONARA (resepi asal oleh Chef Hanieliza)
Bahan2:
Pasta:
300 gram fetucini (direbus hingga lembut) ---- saya guna dua mangkuk pasta spirals..
didihkan air, masukkan dua sudu besar minyak zaitun, sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente
Sos Carbonara:
Bahan2:
2 sudu makan minyak jagung ---- saya guna minyak masak je, tapi extra sket..dlm 4 sudu besar
10 batang sosej ----- saya guna 5 batang sahaja, potong kecik2, dan goreng terlebih dahulu dgn minyak utk menumis tu.
1 cawan susu segar ---- saya guna 1 tin susu cair (evaporated milk) sbb takde susu segar
10 biji cendawan butang ---- ikut selera anda (dipotong nipis)
1 biji capsicum hijau & merah (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji capsicum hijau shj sbb tu je available td
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang) ---- saya guna 3 ulas..hehe
2 biji tomato (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji je
1 sudu makan serbuk lada hitam ---- saya tak guna sebab ayah allergik lada hitam
125 gram keju cheddar, 100 gram keju parmesan, 1 sudu makan serbuk
oregano ---- semua ni saya tak guna, saya gantikan dengan 1 tin sos
prego tin warna kuning (cheese and herbs)...tetap rasa keju dan
oreganonya..dan jimat kos! Hehe..
Garam secukup rasa
Dan..
Saya tambah air 2 gelas sbb saya lebih sukakan tekstur yang sedikit cair (watery) ala2 mushroom soup gitu.
Cara Masak Carbonara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga
bangkit bau. (Jangan tunggu layu sangat, cukup sekadar naik bau je).
2) Masukkan cendawan butang, tomato dan capsicum. Kacau rata.
3) Agak2 yang tiga tu (cendawan, tomato, capsicum) cam dah masak
sket..Kemudian baru masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu
tu dan juga sos pasta prego (cheese and herbs). Kacau rata lagi.
4) Masukkan air, dan susu cair. Kacau rata lagi sekali.
5) Kemudian tambah garam secukup rasa. Sos pasta tu dah masin..so tak
perlu tambah garam banyak2..sila rasa dulu sebelum tambah garam. Jika
dah sesuai dgn selera, tak perlu tambah garam.
6) Tuang sos atas pasta anda..hias dengan daun parsli/keju parmesan
parut jika ada dan pasta carbonara anda siap untuk dihidangkan! (saya
tak guna pun daun parsli/keju...sebab semua takde tadi..kalau anda
peminat keju boleh add on)
Senang sangat nak buat ni..saya siapkan pagi tadi tak sampai 30 minit (dengan tahap diriku yang amatur ini)
Selamat mencuba!
Kalau dah cuba jangan segan2 tinggalkan komen tau!