Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

How to differentiate abai, cuai dan lalai fiddin ?

Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan
Ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam,
tidak faham apakah itu ihsan
Sekalipun dia mengaku Islam,
dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan,
mungkin ibu dan bapanya Islam
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak
mengenai Islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama
tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood dibuat,
waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk, di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan
di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan
dan sebahagian lagi ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama

Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama
dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan setengah bacaan-bacaannya
tidak pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat
dan bacaannya yang diucapkan di dalam ibadahnya

Termasuk juga lalai,
ibadah lahirnya tidak boleh dipersoalkan,
lengkap tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya
tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong
dan megah dengan ibadahnya

Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya
padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya

Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat

Rain Hujan Mator

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii..
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni..
- Payah nak buat apa2 kalau hujan..
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami. Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat :

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya :

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.



Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Surah Hud : 123)

Tips in hayatina


Dont and lessen it for our best !
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam 

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam


Selamat beramal !
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
  • Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya :
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW). "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.." (Surah Al-Ahzab:71)

Berjelita dalam Islam

  1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih
  2. Put your "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. 
  4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
  6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
  7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
  8. Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
Just simple matter kan? Haaaa, let's practice it in our daily life agar tersemat indah bagai mentari yang menyinar dalam meniti laluan lurus ke Jannah milik Allah :)

Andai Hawa berniqab


Berniqab bukanlah kerana trend terkini.
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim.
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain.
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat.

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu.

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung,
Yang terbuka belum tentu buka terus,
Berilmu lah sebelum kau beramal, wahai sahabat.

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt,
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt,
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah,
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu,
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam.

Usahlah kau mendongak wajah ke langit,
 Belum tentu yg berniqab itu beriman,
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu,
Istiqamah bukan hanya sekadar kata,
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook, twitter, dan instagram,
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt,
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu.

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu,
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita.

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA !
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT !
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN !

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah,
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndiri,
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH, CINTA RASUL,
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh,
Terlalu sarat dgn kata nista.
Kau berdusta !
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru !
Niqab bukan pelindung maksiat !
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat !
Niqab bukan utk dipersendakan
Berilmulah sebelum beramal,
Kerana yg menderita adalah mrk yg berjuang habis-habisan.


Berniqablah kerana anda sudah bersedia,
bukan untuk menunjuk nunjyk anda hebat kerana itu belum
menunjukkan anda sudah bersedia,
bahkan sebenarnya masih timbul dihati,
rasa cintakan dunia,
cintakan pujian manusia,
Astaghfirullah Al'azim jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas
kesedaran diri sendiri.


"Yang tertutup itu indah"

Rukun Berpasangan kerana Allah

Assalamualaikum, now I'll share some tips and law of couple till Jannah, insyaAllah. Andai dia iaitu insan yang bersemi di hatimu, yang muncul dalam mimpi Istikharahmu, maka berhubunglah dengan Yang Maha Mengetahui melalui titipan doa agar kalian bahagia bersamanya meniti alam dunia hingga ke syurga Illahi. 
 
 
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.
 
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

Sup ringkas dan mudah (RESIPI)

 

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
4 - 5 biji telur gred B
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa
Lada hitam kisar (extra)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
  3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

Wanita SOLEHAH dicemburui bidadari Jannah


Assalamualaikum. Because someone told me in his advice, jadilah wanita solehah bukannya tolehah. So, I searched fil intarnit article bout this and I try to pratice it in my life bi istiqomah, insyaAllah :) Hopefully, its meaningful and can be applied by all muslimahs.

 

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , 'kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan'.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

10 Jenis Tangisan Insan


Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :
  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut - ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. 

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.

Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada dituntut oleh robbuna :
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan


Dari itu, simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

 

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam”. “Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya”. “Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
  1. Apabila dahi nya berpeluh.
  2. Air matanya berlinang.
  3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  • Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Info tentang DAJAL

 

Sabda Rasulullah s.a.w : “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit  supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”

“Jika salah seorang diantara kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta  dari keburukan fitnah Dajjal.” doanya seperti berikut :


Petua elakkan JERAWAT


Assalamualaikum dan hi you'all ! Jom kita maintain our face from ditumbuhi jerawat? Ni bukan petua nak BUANG ACNE eh ? Just sediakan payung sebelum hujan. Macam pepatah English tu, 'prevention is better than cure'. Ada tips pencegahan secara semulajadi. Tapi, sekarang ni banyak je produk kat pasaran. Nak remove jerawat pun ada. Hope bermanfaat :D
Tumbuk sedikit kunyit hidup yang dicampur dengan sedikit asam jawa dan air. Campuran disapu ke seluruh muka dan biarkan ia pada muka selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan air. Jika diamalkan selalu, ia menyukarkan jerawat tumbuh dan membantu menjadikan kulit muka tampil lebih halus. 

Anda juga boleh mencuba mendidihkan sebungkus daun teh yang masih hijau sebelum  dilekatkan pada jerawat.

Air basuhan beras juga dikatakan dapat membantu menghindari jerawat. Selepas membasuh muka dengan air basuhan itu, biarkan ia kering terlebih dulu sebelum membilasnya dengan air biasa.

Sapukan muka dengan campuran air limau nipis dan satu sudu minyak masak sebelum tidur. Bangun keesokannya, ambil beberapa keping asam gelugor dan rendam dalam air panas. Basuhlah muka dengan air rendaman asam keping yang sudah sejuk atau suam itu.
Asam itu juga boleh digunakan untuk menggosok muka terutama di tempat yang berparut sebelum dibasuh dengan air biasa.

Larutan tepung kanji dan air boleh disapu di sekeliling jerawat. Ia membantu membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut.

Air kelapa memang banyak khasiat termasuk membantu menghilangkan jerawat. Gunakan kelapa tua dan airnya diambil untuk membasuh muka. Biarkan ia kering sebelum dibilas. Cara ini boleh diamalkan tiga kali seminggu.

And the last but not least, ni paling berkesan. Berwudhuk lah semaksima mungkin. Guna cara Islamik secara tak langsung kita dapat pahala. Sebab WUDHU tu salah satu ibadah dengan syarat, niat lillah.

MYART : Life poem by Pinkcess



Peoples definite life such a round wheel
As we’re above, we cant feel easy
Because we’ll feel hard in future
Don’t be a negligent which bring you nothing


They’re faced a lot of stage to achieve the mature
Along their journey towards heaven throughout calculation day
So, delete your sins by doing good works
Muslims give their believes fully to Allah who is the best planner


In an aeroplane, there was a father as a pilot

He guides their children as a passenger aim at the permanent destination
And his wife as a royal assistant beside to manage all important 
necessary for all passengers
In other that the trip arrived safely without any hindrance 




Friends such a billion diamond stars in the sky lighten up our dim life
But just a true friend like a moon will exist during your joy and sorrow
It reflect the sunlight just for you, dear !
While giving a better example for you


Don’t give your heart to the false person easily
It may danger yourself
Because you’ll obey all their persuasion
Without thinking the next effects either positives or negatives