Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Macam mana nak tidur lena ?



Assalamualaikum and hi semua! Korang ada masalah susah nak tidur tak? If ada masalah macam ni, jom baca 7 tips yang mungkin berguna untuk korang.
                                       
1) Elakkan tidur yang terlalu lama di siang hari.

2) Hindari dari suasana bising atau lampu yang terlalu terang sewaktu korang nak tidur.

3) Hati-hati dengan ubat selsema yang dijual bebas di pasaran. Sukar tidur ada kalanya adalah kesan sampingan daripada ubat yang diambil.

4) Berhenti merokok bagi yang merokok. Nikotin dalam rokok tu dapat menghilangkan rasa mengantuk atau tidur nyenyak.

5) Elakkan minum minuman yang ada kafein seperti kopi sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.

6) Kalau rasa lapar pada waktu malam, sebaiknya makan buah pisang.

7) Jangan menonton filem aksi atau menyedihkan dalam waktu terdekat untuk tidur. Tengok filem seram takpe kot! Haha!

Semoga korang semua dapat tidur lena malam ni ! Sekian.

Couple vs single


couple
Jauh di sana.. Kamu lihat..
Dua insan bermadu kasih
Dalam ikatan tiada halalnya

Jauh di sana.. Kamu lihat..
Mereka bermesraan
Berbalas pesanan ringkas mahupun surat

Jauh di sana.. Kamu lihat..
Mereka ber ‘abang’ ‘sayang’
Bukan pada hak mereka


Semua itu indah bukan?
Namun semua itu.. jauh disana..
Ya!!

Semua itu jauh di sana..
Sesuatu yang kamu hanya mampu lihat..
Di sana itulah syurga dunia yang mereka cipta..

Janganlah kamu dekat apa yang jauh itu!!
Itu bukan caranya!!
Biarkan ianya kekal jauh..

Di sini… ku ceritakn…
Pertemuan kamu dan aku satu takdir
Terdetiknya cintaku untukmu

Jua satu takdir
Kadang-kadang aku menangis!
Aku ingin seperti mereka..

Bermadu kasih dengan mu yang ku cintai
Ingin bermesra di sebalik pesanan ringkas itu..
Namun di sebalik 1 sen kredit ku untuk pesanan ringkas itu,

Wujud kesal di jiwaku
Ya!!
Aku ingin bermesra dengan mu atas dasar cinta dari Ilahi

Namun seperti ada sesuatu menyedariku
Membuatkan aku menangis
Membuatkan aku meratapi

Inilah yang menyedarkanku dari lamunan
Benarkah perbuatan ku untuk bermesra denganmu?
Benarkah tindakan ku atas cinta anugerah Ilahi ini?

Allah…Allah….Allah…
Cinta itu amanah!
Aku bertanggungjawab atas semua itu

Sanggupkah aku mengkhianati kesucian cinta itu?
Apa yang akan ku jawab di saat Sang Ilahi bertanya akan amanah itu?!
Justeru!

Ku tegaskan diriku!
Ku bangkitkan kesegaran hati dan iman ini!
Ku tinggalkan kamu yang aku cinta!

Demi Dia dan demi menjaga maruahmu…
Sungguh… sakit hati ini..
Perit dan pedih…

Dalam gelap malam
Air mata ini menitis..
Mengadu kerinduan dan kepedihan ini

Aku yakin!
Dia sedang mendengar rintihan ini..
Aku yakin!
Kebahagiaan akan datang jua..

Kadangkala air mata menitis lagi
Mengenangkan dia yang ku lupakan
Lupa pada zahirnya
Namun di hati, tidak akan pernah ku lupakan..

Terpahat di hati ini
“Aku melupakanmu kerana Dia”


Aku melupakanmu..
Kerana kasih ini..

Air mata kian bercucuran di segenap doaku..
Melalui keperitan ini…
Namun kerana ku dahulukan Dia sebelum dia..
Ku dahulukan cinta padaNya sebelum cinta padanya

Mana mungkin ku katakan kasih dan cinta padamu
Sedang aku memimpin tanganmu ke neraka…
Aku tidak ingin kamu hanyut dan karam di lautan ini

Hidup ini pelayaran..
Musnahlah keindahan dan kemanisan iman itu..
Andai haram pencemarnya..

Benar di bibir ini menyatakan
“aku melupakanmu”
Namun di hati dan di setiap doaku

Pasti ada kamu
Cinta, kasih dan sayang ini fitrah..
Tapi ini caraku melaluinya..

Berbeza dengan pasangan lainnya
Aku tidak memilih untuk bermadu kasih
Bermadu asmara di bawah rintihan hujan

Namun…
Saat aku mencintaimu..
Aku serahkan semua urusan antara aku dan kamu padaNya.

Aku memilih untuk mendekatiNya..
Kerana aku ingin, ukhwah ini suci dan ada barakah nya..
Penjagaan Dia terhadapmu adalah yang terbaik

Cukuplah hanya Dia menjaga mu
Bukan aku yang kerdil ini..

Aku ingin bersama mu ke syurga..
Syurga itu mahal nilainya
Justeru bukan jalan murahan yang harus di pilih

Biarlah hari ini, keperitan yang harus ku tempuh..
Bukan syurga dunia yang aku citakan
Namun syurga itu yang ku impikan

Andai jodoh aku dan kamu, pasti kita akan bertemu
Kan?

Wahai wanita, gadis, cewek, renungkanlah

cinter
Kerana Seorang Lelaki

Mungkin kah lelaki adalah dugaan bagi hidup seorang perempuan?

kerana lelaki, tudung ditanggalkan,
kerana lelaki, usrah dijauhi,
kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan,
kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri,
Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki?

Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?
Tidak. Wanita tidak bodoh. Buktinya, tidak perlu diperjelaskan, lihat sahaja dipusat pengajian tinggi IPTA & IPTS.

Cuma sebenarnya, kita lemah.
Ya, lemah. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki.

Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan. Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian. Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki. Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.

Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat. Inilah sebuah kebingungan hati. Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin. Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati.

Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.

Life is magic



kehidupan

Tatkala diri kita ini dipenuhi dosa yang sudah berlumut dan berkarat, Tuhan membersihkan kita dengan pelbagai cara. Dia memberikan kita sedikit masa untuk kita menikmati juadah penyakit. Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa. Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka. Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya. Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.

Sungguh...Ajaibnya kehidupan ini.

Apabila DIA, Allah SWT yang Maha Esa bertanya


Berfirman Allah SWT yang bermaksud :

1. Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba Allah tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-Nya?

2. Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?

3. Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?

4. Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?

5. Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?

6. Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?

7. Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?

8. Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?

10. Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?

11. Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?

12. Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?

13. Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan Aku ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-Ku sedangkan Aku tidak menerima itu daripada kamu?

14. Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-Ku sedangkan Aku tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-Ku, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-Ku sedangkan Aku tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?

15. Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci Aku? Sampai bilakah kamu mengingkari-Ku sedang tiada Tuhan bagimu selain Aku? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan Aku?

16. Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai Allah sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?

17. Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada Allah, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?


18. Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?

19. Wahai manusia, dengan rezeki daripada-Ku jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Denga kehendak daripada-Ku engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?

20. Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-Ku lalu mengingati kemurkaan-Ku? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang Aku tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-Ku seperti yang Aku amanahkan kepadamu?

21. Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?

22. Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?

23. Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?

24. Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjaujimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?

25. Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

26. Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

27. Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

28. Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?

29. Wahai anak Adam, bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?

30. Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

31. Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?

32. Wahai anak Adam, harta itu milik-Ku, engkau ialah hamba-Ku dan tetamu itu utusan-Ku. Apakah kamu tidak takut kalau Aku mencabut nikmat – nikmat-Ku? Rezeki itu ialah rezeki-Ku manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-Ku atas apa yang Aku berikan kepadamu?

33. Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, Aku berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-Ku. Sesungguhnya Aku telah menjaminkan bagimu gantian dan Aku janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?

34. Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?

35. Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?

36. Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?

37. Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?

*Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah.

Soalan daripada saya buat diri juga semua :

Wahai anak Adam, manusia, orang yang beriman, dan hamba Allah SWT, 
apakah jawapan serta alasanmu kepada Tuhanmu?

Cinta atau iman dipilih oleh kita


Hidup ini adalah pilihan. Dan setiap insan, harus memilih untuk hidup dalam kehidupan.
Namun, dalam memilih, tidak semua insan itu berjaya meraih tentang apa yang dipilih. Tiba-tiba, pilihan tidak selari dengan apa yang dikehendaki. Persamaan, nun jauh pergi. Dahulunya rasa ya. Kini, rasa berbeza dengan apa yang kita rasa di awal kala. Perubahan. Agama Islam mendidik setiap insan supaya terus berharap pada-Nya dan terus berusaha. Berputus asa itu bukan jalan dan bukan caranya. Islam itu indah, malah ia mengindahkan kehidupan ini dengan sinar kasih sayang-Nya. Islam itu lebih indah, jika seseorang itu mewariskan hidupnya pada Maha Esa. Pasti dia tidak akan kecewa. Tidak sesekali.

Antara cinta dan iman 

”Biasalah… cinta itu buta.” kata-kata. “Ya cinta itu buta. Tetapi, ia tidak akan membutakan manusia yang memiliki iman.” suara kecil. Antara cinta dan iman, mungkin mudah lidah kita berbicara soal iman. Namun, dari lubuk hati kita kita menginginkan cinta. Hakikatnya, kita berdusta pada diri sendiri. Dan, kekadang kita tersepit. Antara keperluan dan kehendak diri, kita keliru. Di akhirnya pula, kita dihantui kebuntuan. Kelabu.
Cinta membisik.

Benarkah apa yang dipilih itu? Adakalanya, hidup yang sering diganggu perasaan sunyi sepi itu… adakah memang benar memerlukan cinta? Atau ia hanyalah gangguan-gangguan emosi yang berbentuk sementara. Kadangkala ada, kadangkala tiada, macam biskut pulak :P

Juga, adakah dengan memilih cinta itu, hidup kita ini baru berasa bahagia. Baru merasakan kehidupan ini lebih bermakna dan tidak sia-sia. Adakah benar pilihan kita itu? Iman berkata.

Iman

Iman tidak dapat diwarisi. Iman juga, tidak boleh dijualbeli. Ia adalah kurniaan daripada Ilahi buat insan yang DIA cintai. Namun, iman yang sedang kita nikmati ini, juga boleh berlalu pergi. Dan mungkin, tidak lagi kembali.

Adakah dengan memilih iman, kita tidak boleh meraih cinta? Apakah sekiranya kita memilih iman, hidup ini kita diselimuti sengsara. Iman itu apa maknanya buat kita? Tanya diri. Tepuk dada. Tanyalah iman :)
Pilihan

Hidup ini adalah pilihan. Dalam pilihan, terselitnya ujian. Ujian untuk memilih. Sama ada baik atau sebaliknya, kita bakal memilihnya. Jika tersilap memilih, masih ada ruang buat diri untuk berbalik pada pangkalnya.

Jika pilihan yang dibuat oleh diri itu benar dan tepat, maka bersyukurlah pada-Nya dan jangan sesekali kita mengkhianati-Nya.

Tetapi… bagaimana jika keliru? Tanyalah pada diri. ‘Apakah yang menyebabkan aku meyakini DIA dan kekasih-Nya?


Ujian hidup adalah tanda kasih Allah pada kita

“Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir”

Lagu : Hasbunaallah [ Yoga Al Ghazali ft. Ajeng ]

Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian. Anda percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua?

“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “
( Al Ankabut 2-3)
Nah, jelas bukan?

Allah menguji kita kerana DIA ingin jadikan kita orang yang beriman. 
Tidak inginkah kita menyahut cabaran hebat dari Allah ini?

Tanda Sayang Allah SWT pada hambanya


Ya. Saya sangat pasti di saat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kita kadang-kadang jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah. Namun, persoalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen?
Tidak bukan. Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan. Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar. Alhamdulillah, kita masih lagi hidup. Kerana apa?

Ya. Sudah tentu kerana keizinan dari Allah.
Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan & ketaqwaan. Bukankah ini tanda Allah cinta kita?
Apa yang lebih utama, percaya atau tidak.

Di saat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita. Kerana di saat itu, kita tahu hanya ALLAH yang mampu untuk membantu kita.

Maka. Dari situlah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran. Hati sentiasa basah dengan zikirullah. Subhanaallah. Jika kita mampu melihat meter amalan kita pada waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200%! Allahu Akhbar.

Sayangnya Allah pada kita. Kerana di saat inilah kita merasakan Allah sahajalah satu-satunya yang paling hampir dengan kita. Percayalah :) Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. Namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya.

Ala, omeynya budak ni . Kecil-kecil dah rajin beribadah :)

Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya. Ayuh! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNya, sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.

Love and cinta






Petikan yang copied and pasted by aku, zattynadia.


Bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah.

Aku akui yang aku orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kauorg, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu, aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.

Cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya. Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?

Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat 40 kalau tak silap, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ALI-IMRAN juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman”. Banyak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.

Jangan takut dan malu untuk bertaubat pada Yang Maha Esa sebab sungguh Allah itu Maha pengampun. Maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kita punya peluang untuk bertaubat. Korang beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur korang dengan bisikan, kita sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kita mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kauorang.


Tips untuk menghafal “muka surat” Al-quran


Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini gua kongsikan dengan lu formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja. Tapi based on juzuk jelah :)

Mukjizat terbesar Rasulullah SAW
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. 
Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Cantiknya Al- quran PINK ni <3 wahh !

Subhanallah, memang menakjubkan. 
Ajarkan pada budak-budak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.

Kaabah, arah sujudku


Arah kiblat muslimin 
Kaabah 
Di sebalik cerita tentang Kaabah 

1. Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 meter, dengan sisinya selebar 11.03 meter darab 12.86 meter.

2. Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anak sulungnya, Nabi Ismail as. Pada mulanya, Kaabah mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.

3. Binaan awal hanyalah terdiri daripada kayu dan tidak berbumbung. Menurut ulama dan cendiakiawan Islam, tapak Kaabah sebenarnya adalah tapak ibadat oleh para Malaikat dan penghuni langit namun kemudiannya di angkat ke langit ke tujuh. Tapak ibadat para Malaikat dan penghuni langit digelar Baitul Makmur. Baitul Makmur berada selari dengan Kaabah di dunia.

4. Di satu penjuru Kaabah terdapat batu hitam yang dikenali sebagai Hajar Aswad. Diriwayatkan bahawa batu ini diturunkan di Jabal Abu Qubais dalam keadaan putih bersih. lebih bersih daripada susu. Namun, lama-kelamaan batu putih bertukar hitam dek kerana dosa anak Adam yang menciumnya.

5. Kaabah pernah beberapa kali rosak antaranya adalah disebabkan banjir dan peperangan. Antara paling diingati adalah peristiwa di mana Hasin bin Numayr telah mengarahkan tenteranya melontarkan batu dengan menggunakan manjanik ke atas pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah. Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.

6. Kiswah atau kain penutup Kaabah pertama kali diperkenalkan samaada oleh Nabi Ismail as atau moyang Nabi Muhammad saw, Adnan bin Ad.

7. Hijr Ismail terletak di sebelah utara Kaabah yang dibatasi tembok berbentuk setengah bulatan. Ia dipercayai sebagai tempat tinggal Nabi Ismail semasa hayatnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya, Siti Hajar.

8. Terdapat satu kawasan khas yang dipagar di sekitar kompleks Kaabah. Ia adalah Maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim dalam erti kata di sini adalah tempat pijak Nabi Ibrahim bukannya kubur Nabi Ibrahim. Di sini, dapat dilihat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim yang tenggelam ke dalam batu sedalam 9 cm.

9. Di bumbung Kaabah terdapat satu pancuran air yang dikenali Mizab Kaabah. Mizab Kaabah dibina untuk membuang air hujan yang sering bertakung di bumbung Kaabah. Ia disaluti dengan emas dan diukir dengan bergitu cantik.

10. Pada 8 Zulhijjah 317 Hijrah, Abu Taher al-Qurmuthi daripada Bahrain telah datang menyerang Mekah sehingga ramai jemaah haji terbunuh. Banyak harta benda jemaah haji dirampas bergitu juga dengan hak milik Kaabah iaitu Hajar Aswad. Mizab Kaabah juga ingin dirampas namun tidak berjaya apabila Allah mentakdirkan pengikut Abu Taher yang ingin mengambil Mizab Kaabah tersebut terbunuh akibat jatuh daripada bumbung Kaabah.

Sejarah and facts about Kaabah 

Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Dialog antara orang Islam vs non-muslim about Kaabah

“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”

“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”

“Baitullah tu apa?” …

“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”

“Allah ada dalam tu?”

“Tak…..”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”

“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”

“Kamu sembah apa?”

“Saya sembah Allah swt”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”

“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”

“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”

“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”

“Pernah…… selalu..”

“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”

“Tengok perlawanan bola la..”

“Di mana?”

“Dalam tv la..”

“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”

“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”

“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”

“So..?”

“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”

“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”

“Peliknya..”

“Sebab apa pulak pelik?”

“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”

“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”

“Ya.. tak pelik..”

“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”

Kakak, daughter Ibu Ayah




Tengok kami ! Sweet tak tiga beranak? Jealous letuw .Elehh :P Yang baju merah tu ayah . Nama beliau Sharifudin bin Mohd. Amin while baju putih kebiruhijauan tu , ibu gua . Nama beliau Siti Ramilah binti Lela . Aku kelahiran pertama dalam keluarga pada 30 July 1997 . Ayat aku tak macam pelik kaa? Sebab aku bukan yang pertama ibu kandungkan . Yang ketiga sebenarnya . Sebab tu aku tak dipanggil Along . Just, kakak je . Sedap jugak panggilan kakak tu . Comel je kan? Macam comel je . Eh, sabit pulak dah . Apa laa . Aku ngan ibu selalu bertengkar . Biasa lah . Tapi kalau dah gelak sama . Memang sakan lah kami . Kalah pasaraya SAKAN . Haha ! Kalau ayah pulak , dia selalu bagi apa je yang aku nak dari aku kecil sampai dewasa . Phone ke , mainan masak - masak ke , doktor doktor ke , basikal ke , bagai lagi laa . Kalau duit lagi lah . Dia percaya kot kat anak dia . Cewahhh >.< Heee :P Gurau . Just bercanda kok . 

Sekarang ni, aku dah besar . After baligh , dah tahu mana yang betul mana yang batil . Allah SWT dah kurniakan kita akal . So, try to use it untuk kebaikan not menyalahgunanya kay? Aku tahu aku paling tua antara sibling aku . HAZIM, NAJIBAH, and AKIF . Hazim selok, Ibah semua kuat . Kuat makan, menangis, marah, merajuk . Feeling betul dia . Patut gemuk . Kuat makan rupanya . Eh? Taklaa . Saja je . Acah-acah je tu . Dok gurau dok mesra kan . Akif pulak manja . Kalau mengayat number satu . Petah betul bercakap . Patut mole tumbuh kat bawah lips . Takpe, luckily sweet apa . Manis jaaa , akak tengok dek :) 

Aku sebagai kakak kena lah bimbing diorang . Diorang ni memang pemalas . So , aku ni apa lagi . Garang macam singalah jadinya . Bukan apa, sian kat ibu . Ibu baik hati sangat . Taknak rotan diorang yang pemalas ni . Semua malas . Kemas rumah malas, mengaji malas, belajar malas, solat pun payah . Dah laa suka buat sepah rumah . Apa laa, adik-adik ni . Nasib baik kakak ada hati jantung lagi tahu tak . Kalau tak lama dah kang . Aku harap sangat diorang cemerlang dunia akhirat . Bukan apa , garang - garang singa mcm aku ni pun , sayang jgk tau lagi kat korang . Sian kat ibu ayah . Penat kerja pagi petang siang malam demi kita . Balas laa jasa diorang dengan memberi diorang kecemerlangan DUNIA AKHIRAT . Walaupun perkara tu absract, taknampak, tapi bermakna tahu tak untuk parent kita . Bukan parent kita je, malah parents kat dunia ni . Cewahhh >.< Macam buat karangan BM lah pulak .

Waktu kecil-kecil dulu , aku selalu ingat yang ibu ngan ayah ni tak amek kesah pun pasal aku . Diorang asyik marah aku . Kalau aku buat homework diorang taktengok kan pun . Bila aku tunjuk result exam , bukan diorang nak layan pun . Sedih aku :( Tapi bila dah besar . Aku sedar . Aku tahu kenapa diorang buat semua tu kat aku . Maybe untuk kebaikan aku . And Allah SWT dah takdir kan dah . Qada' and Qadar Allah Maha Esa :) Pastinya terbaik untuk setiap hambanya . Maybe tu yang terbaik bagi aku . Pasti ada hikmah . Bila besar gak , aku tgk parent aku caring gilaa kat adik-adik aku . Sampai kerja sekolah pun nak tolong bukakan . Aku dulu takla mcm tu . Tengok check aku dah siap pun jarang-jarang je . 

Bythe way , walau apa pun thanks Allah . Alhamdulillah ! Already utuskan dua insan mulia ni untuk jaga aku, bimbing aku, biayai aku sampai aku bekerja, and bagai lagi laa . Aku bersyukur liannaha dapat jugak rasa kasih sayang seorang ibu bapa . Kalau nak dibandingkan dengan anak yatim yang tiada belaian kasih daripada parent dia . Sian je . Tapi , aku tahu dia pasti boleh hadapi dugaan tu . Aku takboleh . Because of that, Allah ambil parent diorang and aku still ada lagi . Hargailah orang yang kita ada . Jangan sampai bila mereka dah tiada , barulah kita nak hargailah dia dengan tangisan-tangisan keinsafan :) Sob sobs . Jangan sob sob lah ! Chill je . Allah always be with us kan? Kay la. Chow dulu . Nak otp ngan Ali Imran . Sian dia setia tunggu aku yang lembap buat apa-apa ni :* Sekian, assalamualaikum wbt . Good night !

Ayah ngan ibah memang kamcing !

Garang-garang ayah ni pun, aku sayang jugak beliau tau? 
Ibu saya yang comel lagi penyayang <3
Replica kuda in front of Muzium kat Pekan
Adik bongsu saya yang kiut and manja :P
In the museum at Pekan
With Muhammad Akif Irfan bin Sharifudin
Bersama ibu yang cantik and comel lote :* Like mum like daughter lah kan?

Carera, sayang rindu korang


Dulu kami sebilik FATIMAH AZZAHRA dari tahun 2010 sampai 2011 je . 2012 kami berpisah sebab tukar bilik and asrama . Dok kat hostel baru, yang warna orenggg tu :P Tapi carera tetap tak bubar :) Gaduh, terasa hati tu biasa bagi kami . Tak sweet ahh kalau takde kenangan pahit bersama . Nak sweet je mana boyehh maa . Heee :* 

Kadang-kadang aku jarang g school sama ngan diorang, prep ngan diorang, g surau ngan diorang . Bukan apaa :( Bukan faktor taknak kawan . Tapi , faktor tak sama kelas aliran maybe . Aku ambil arab, balik lambat sikit . Diorang budak PAkaun . Diorang cakap nak drop tahun depan time form5 . Tak tahu laa . Result diorang bukan teruk pun . Hebat apa ! Boleh je score A+ tahun depan . Just, kena ada hard effort sikit laa . Budak ARAB chill je . Belajar mana ada senang . Jangan ingt arab senang kay? Susah . Dalam kelas sampai menangis kena marah ngan ustazah sbb tak thu makna and tak thu nak baca kalau tiada baris .

Kami lain kelas dari fom one sampai form four awal tahun . Cuma middle year 2013 pengetua buka kelas PD untuk form4 kat SERIRO aka SEMSER . Duduk jugak kami sekelas . See? Asam di darat, ikan di laut last-last jumpa jugak dalam kuali . Haha ! Sabit pulak . Kesah pulak sabit ke tak . Jodoh dalam berkawan . Eh , ada pulak . Biar laa . 

Nama CARERA ni bukan hasil daripada gabungan nama kami . Tapi, sejarah budak bila kami RAZWANI comel yang suruh kami beli pen jenama CARERA jee time kami outing . CARERA? Macam pelik je , macam unic jee. So, daripada tu laa carera tercipta . Cewahhh , cerita macam apa dah aku ni . 

UPSR kami 5A . Tapi , time PMR je ada yang corot sikit . Ana je 8A . Tahniah . Yang lain 7A1B . Aku 8A1B . B kami BI . Taktahu laa kenapa? Allah datangkan hujan tapi sebenarnya dia nak bagi pelangi kot kat kami time SPM nanti . Hmmmm , next year SPM . Harap dapat score . Takut aah subject BI . Teruk :( I tak reti english #OHMYENGLISH . Oh, tidakk . Haha ! Apa -apa pun doakan kejayaan kami semua nak exam tahun depan . Bukan kejayaan kat dunia je tapi akhirat sekali . Pesanan sikit : Gambar tu kecil . Tekan kat gambar and view laa untuk tambah siza :) Haha . Tak menyusahkan kauorang pun . Just cakap jeee :* Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum wbt (; chilll semua . 

My Sampel jawapan BM UPT4

Hi, nak share jee . Takde niat lain kay ? Ni karangan bahagian B aku . Cikgu bagi markah 80% je . Paling tinggi markah untuk sec. ni yang pernah aku dpt time form4 exam BM . Daripada tak jumpa dah kertas exm ni nt, baik aku salin balik kt blog ni :) boleh rujuk lagi next time . Bukan ape, hasil kita sendiri, kita akn lebih ingt than hasil org sebenarnya . 

1. Tajuk : Usaha-usaha yang daat dilakukan oleh keluarga untuk melahirkan anak-anak yang berwawasan .Tajuk ni maybe senang bagi kauorg tapi aku ni tak pandai mane pun. Sebab tu amik nmb. yang senang je ;)
2. Peperiksaan BM UPT4 Tingkatan4 2013 .
2. Syarat : tidak boleh kurang than 350 patah perkataan .
3. Aku pilih nmb dua daripada lima soalan .
4. Nasihat cikgu FATIMAH SEMBOK, kalu boleh setiap perenggan ada ungkapan menarik .
5. Sampel jawapan aku :

Keluarga terdiri daripada datuk, nenek, ibu, ayah, dan anak-anak. Setiap orang pasti ada peranan tersendiri sama ada sebagai seorang ibu atau bapa, datuk atau nenek dan peranan sebagai seorang anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam usaha-usaha untuk melahirkan anak-anak yang berwawasan. Perkara ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang ada menyatakan bahawa anak-anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka sama ada Yahudi, Majusi, atau Nasrani. Sabda ini jelas menggambarkan betapa besarnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk melahirkan generasi yang berwawasan seterusnya dapat meningkatkan mutu dan prestasi negara gah di mata dunia.

    Antara usaha yang dapat dilakukan oleh keluarga khususnya ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang berwawasan ialah mencurahkan kasih sayang bagai menjaga intan dicanai kepada anak-anak. Setiap ibu bapa semestinya sayang akan cahaya mata mereka. Hal ini kerana, kasih sayang adalah sifat semulajadi manusia yang sememangnya wujud dalam diri seseorang. Yang membezakannya di sini ialah kasih sayang itu berjaya dicurahkan ataupun tidak sahaja kepada anak-anak mereka. Setiap makhluk di dunia ini ingin disayangi dan dibelai. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang terjebak dalam gejala sosial tamsilnya merokok, membuli, dan melepak. Jika dibuat soal selidik dan kajian tentang faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada masalah gejala sosial, peratusan yang tertinggi adalah kurang kasih sayang daripada keluarga dan individu yang datang daripada keluarga keluarga yang bermasalah diikuti dengan pengaruh rakan sebaya. 

    Selain itu, didikan dan tarbiah yang baik sepatutnya ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksud peribahasa ini adalah ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sewaktu jari-jari mereka masih lembut lagi kerana apabila sudah besar nanti, sudah tiada guna lagi untuk mendidik. Nasihat dan teguran yang diberikan kepada anak-anak akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi.

    Penerapan nilai-nilai keagamaan meruapakan inisiatif seterusnya. Ibu bapa sepatutnya mendedahkan konsep pahala dan dosa serta syurga dan neraka dalam diri anak-anak mereka agar mereka mempunyai matlamat hidup yang ingin dituju. Di samping itu, ibu bapa juga perlulah mempraktikkan konsep 'Rumahku Syurgaku' di rumah mereka. Di samping sebagai sebuah tempat tinggal dan tempat perlindungan, rumah juga berperanan sebagai tempat ketenangan, tempat keseronokan dan tempat kebahagiaan bagi seseorang individu. 

    Antara ciri anak-anak yang berwawasan ialah bersikap inovatif, berkemahiran tinggi, berdaya saing,  dan bersedia berkongsi ilmu. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan kemudahan yang lengkap dan mendaftarkan anak-anak ke sekolah agar mereka dapat menuntut ilmu pengetahuan secara formal. Ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia bak kata pujangga, darjah seseorang itu kita boleh lihat daripada ketinggian ilmu dan akhlaknya. Rasulullah SAW juga ada menyeru umatnya bahawa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Hal ini mempamerkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia dan betapa perlunya manusia kepada ilmu.

    Dalam meniti arus globalisasi ini, izharnya kita dapat lihat ramai orang yang sibuk mengejar kekayaan dunia dan berebut-rebut untuk mendapatkan pangkat dan gelaran sehingga lupa akan peranan mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak di rumah. Mengejar kekayaan bukanlah perkara yang salah. Namun, akan mendatangka kesan yang buruk jika kita tidak tahu untuk membahagikan masa kita untuk bekerja dan masa kita di rumah bagi mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh terhadap anak-anak agar mereka tidak bersa terpinggir.

    Pada zaman Sains dan Teknologi ini, kita sepatutnya memanfaatkan kelebihan yang kuta ada tamsilnya, menggunakan gajet atau tabloid yang canggih sebagai alat komunikasi dan perhubungan. Apabila kita tidak sempat untuk pulang awal ke rumah kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan di pejabat, kita mestilah berhubung dengan anak-anak kita di rumah. Sehubungan dengan itu, komunikasi antara ibu bapa dan para guru di sekolah juga amat penting dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak. Hal ini dapat membantu ibu bapa untuk memastikan dan mengetahui tindak tanduk anak-anak kita sewaktu di sekolah.

    Tuntasnya, anak-anak merupakan pelapis yang bakal memimpin negara. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya dan ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ? Para ulama ada menyebut bahawa akan terputuslah setiap amalan seseorang anak Adam itu setelah dia mati melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh serta solehah. Kesimpulannya, didiklah anak-anak kita  agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah supaya dapat memberi syafaat kepada kita apabila di akhirat kelak .
    

Disleksiakah aku ?


AGAK TERASA KOT DENGAN ARTICLE DI BAWAH :P HEEE ;')

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Ciri-ciri penghidapnya

1.Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
6.Sering berlaku di kalangan lelaki.
7.Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
8.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia


Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.