Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Fasilitator Program Kepimpinan SMAJA, Hulu Langat Selangor

Tajuk: Fasilitator program sekolah menengah
Masa program: 16 Februari 2018
Masa menulis: 17 Februari 2018

Assalamualaikum, Izzati telah ‘join’ jadi fasilitator untuk program Kepimpinan Pelajar SMK Abdul Jalil Hulu Langat Selangor (SMAJA).



Butiran PROGRAM KEPIMPINAN SMAJA adalah seperti di bawah:

Tempat: Dewan Seri Bestari, SMAJA
Masa: 7 pagi - 5 petang
Peserta: 300-350 pelajar (Ketua kelas, penolong ketua kelas,  MPP, PRS daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima)

Alhamdulillah diberi rezeki untuk membimbing dan membantu adik-adik dalam kepimpinan.

Umumnya, kepimpinan pasti ada dalam diri setiap orang. Orang yang terbaik adalah orang yang mampu memimpin nafsunya sendiri untuk melakukan kebaikan dengan ikhlas dan meninggalkan dosa sehingga mampu menjadi cerminan yang cantik untuk orang sekeliling. 

[Pengalaman sehari sebelum program] Malam sebelum program, para fasilitator perlu menghadiri ‘meeting’ yang membincangkan modul-modul dan ilustrasi simulasi untuk apa yang akan berlaku semasa hari kejadian.

Walaupun ‘meeting’ sehingga lewat malam, alhamdulillah ada manfaatnya kepada kami yang akan menjadi fasi pada hari program.

Semasa ‘briefing’, kami diberi tunjuk ajar yang baik.Apa yang Izzati boleh kongsikan adalah tips #HNsharestips untuk menjadi seorang fasilitator atau guru:
  1. Jadilah seorang yang fleksibel dan kreatif. Maksudnya tidakperlu tetap pada modul yang diberikan asalkan apa yang berlaku mencapai objektif. Contohnya: tiba-tiba masa yang diberikan tidak mencukupi. Maka, pandailah fikir aktiviti lain daripada modul asalkan objektif tercapai.
  2. Pandai menggunakan kaedah ‘escaping’. Contoh, tiba-tiba ada adik dalam kumpulan yang tanya: “akak, Allah kat mana?” Maka, andai kata kita tidak tahu jawapan atau tidak yakin dengan jawapan... boleh jawab: “cuba adik cari betul-betul, baca dulu buku-buku soal akidah, tanya ibu ayah dulu. Akak bukan taknak bagi tahu jawapan, tapi akak lebih suka adik cari dan usaha dulu untuk tahu jawapan.” 
  3. Untuk atasi masalah budak yang pasif dan tidak responsif semasa dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kita perlu beri perhatian lebih kepada dia. Contohnya: setiap kali aktiviti, sebut nama dia kalau ingin memberi contoh macam “Kita mestilah jadi pemimpin yang rajin dan amanah. Contohnya, cikgu minta tolong Hakim untuk jalankan amanah untuk membimbing rakan sebaya (petik nama dia dalam contoh). Jadi, Hakim kenalah ikut sebab amanah itu. Allah takdirkan Hakim untuk jalankan. Allah pilih Hakim tau, bukan kawan lain.” Kemudian, beri sokongan kepadanya. Contohnya, setiap orang yang ada amanah ni, dia mesti boleh lakukan. Sebabtu Allah pilih Hakim untuk pegang amanah ini.
  4. Bila perasan aktiviti yang diberikan itu membosankan atau ada adik-adik yang menunjukkan kebosanan, boleh gilap rasa semangat dengan bermain ‘games’ atau ‘energizer’ sebagai penawar kebosanan itu.
  5. Kurangkan guna perkataan ‘korang’, ‘diorang’, ‘aku’ dan ‘kau’ depan mereka kerana ini melambangkan ketidakhormatan kepada mereka. Lebih baik gunakan perkataan ‘kakak Izzati’, ‘adik Awin’, ‘adik-adik’, awak, dan panggilan lain yang sesuai.
  6. Gunakan kaedah ‘sentuhan’ kepada yang mahram. Contohnya, jika ingin minta tolong adik-adik bawakan barang, kita boleh cakap sambil sentuh bahu atau belakang badannya. Contohnya, “adik Salsabiela, tolong kak Izzati bawa kertas ini boleh (sambil sentuh bahunya dengan lembut tanpa menepuk dengan kuat).”
[Semasa hari kejadian] Seramai lebih kurang 300-350 orang murid menyertai Program kepimpinan tersebut. Woww! Ramainya. Maka, ditakdirkan... terbentuklah kumpulan-kumpulan yang ahlinya terdiri daripada seorang fasi dan 10-13 orang anak buah.

Alhamdulillah, Izzati direzekikan 13 orang adik-adik dalam kumpulan yang seimbang; ada yang aktif, ada yang pasif, ada yang berani, ada yang pemalu, ada yang ringan tulang, ada yang baik, ada yang semangat, ada yang tunjuk muka bosan, ada yang bising, ada yang senyap. 

Jadi, dengan ilham cepat yang Allah rezekikan untuk Izzati semasa menguruskan adik-adik kumpulan, Izzati berjaya menyampaikan semua modul dan menjalankan aktiviti yang diamanahkan agar mencapai objektif yang dihajatkan. 

Terdapat tiga kali LDK; iaitu LDK 1, LDK 2, dan LDK 3. Setiap LDK mempunyai 3 aktiviti. LDK 1 - 3 bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Fuhhhh, penat yang bermakna, alhamdulillah!



Tips Izzati urus pelbagai jenis sifat adik-adik #HNsharestips :

1. Untuk pelajar yang aktif:
-Izzati puji dia supaya dia istiqamah aktif dalam menjawab dan mengambil bahagian sepanjang aktiviti dan LDK.
-Izzati juga galakkan dia dengan menyuruh adik-adik lain memberi tepukan jika ada yang layak mendapat pujian dan tepukan.

2. Untuk pelajar yang pemalu:
-Izzati galakkan dia bersuara dengan memanggil namanya dan meminta dia memberi pendapat. 
-Kalau dia masih malu-malu dan senyap walaupun selepas dipanggil nama: Izzati arahkan kawan-kawannya yang lain untuk bantu supaya tidak menghambarkan keadaan dan memberi sokongan kepada adik yang malu itu.

3. Untuk adik yang tidak fokus dan kurang responsif semasa LDK:
-Izzati cuba memetik namanya setiap kali ada soalan dan perlukan pendapat adik-adik. 
-Contohnya, “adik A, kenapa kak Izzati minta adik-adik simpan renyukkan kertas yang telah ditulis sifat negatif adik-adik dalam poket... kemudian mencampakkannya ke dalam tong sampah?” 
-Bila dia beri jawapan, tolong puji dan beri galakan dengan mengarahkan kawan-kawan yang lain tepuk tangan untuknya supaya adik itu rasa dihargai dan diberi perhatian. 

Sifat negatif adik itu berubah kepada positif dalam masa satu hari. 

Alhamdulillah, Allah lembutkan hati dia. Masa LDK 2 dan LDK 3, sikap bosan dan tidak responsif itu berubah yang mana adik itu lebih mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mana dia lebih ringan tulang bantu kawan-kawan, dan sangat responsif bila ditanya soalan. 

MaasyaAllah terharunya walaupun sangat penat nak uruskan perangai ‘sorang-sorang’!

4. Untuk adik yang bising dan asyik menyampuk bila Izzati bagi arahan pula: 
-Izzati urus dengan mengugut dan memberi denda.
-Contohnya, bila Izzati minta semua adik-adik tulis masalah yang dihadapi mereka semasa menjadi pemimpin, adik B ini buat bising.
-Izzati mengugut supaya dia kurang buat perangai: “Biar dia nanti balik lewat.” “Haa, tu laa kan takdengar lagi cakap orang, balik lewat kak Izzati taktahu.” “Okay, adik B duduk tengah tengah ni (masa ini aktiviti dalam bulatan).” Dan adik B ni cakap, “Malu lah akak” “Haa, tahu pun malu. Buat macam tu takmalu pula.” 
-Dan juga Izzati denda adik nakal 'ni': “Okay, kita denda dialah sebab buat perangai macam ini.” “Adik B, kena cakap apa-apa tentang ikhlas dalam masa satu minit.” 
-Tapi ingat, dendalah dengan denda yang membina peribadi dan hati; bukannya denda yang memalukan dan merendahkan seseorang individu itu. 
-Izzati juga tetap galakkan kawan lain untuk bantu dia andai kata dia tidak tahu bila didenda suruh berikan ucapan pasal sesuatu tajuk.
-Jika dia buat baik dan yang layak dipuji, Izzati tetap puji dan galakkan kawan-kawan lain tepuk tangan untuknya.
 


'Last but not least', walaupun sangat penat, Allah je tahu penat dia macam mana...alhamdulillah, banyak manfaat yang Izzati boleh belajar dan praktikkan dalam hidup selepas ini.

Assalamualaikum wbt, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada awak, dia, dan Izzati. Tolong doakan yang terbaik untuk Izzati, semua ahli keluarga Izzati, kawan-kawan Izzati, dan semua orang yang pernah mengajar Izzati. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca😇