Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Wanita pun boleh bersedeqah

Assalamualaikum wbt
Sumber: Whatsapp group
Tarikh entri: 18/2/2017


CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita blh bersedekah, sedangkan mereka adalah surirmh dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa sedih dan berandaikan dgn berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" W/pun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah. 

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? 

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pd harta shj. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah. 

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah WA, LINE, FB, BBM anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan2 yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak2 anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kpd jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pd kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

MYEXPI: Broga Hill 2016

Assalamualaikum wbt. Di keheningan malam, aku dan Akif menaiki kenderaan yang dipandu pak Njang (adik ayah) menuju ke rumahnya. Beliau memecah suara sunyi yang menyepi. "Kakak ngan Akif free esok bolehlah panjat bukit Broga, dekat je ngan rumahtu."Aku dan Akif lantas bersetuju memandangkan kami tidak pernah merasai perjuangan pendakian sebelum menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Mencipta di puncak.

Dipendekkan cerita... Tepat jam 6.30am, kami bersiap mem'packing' peralatan yang diperlukan semasa melakukan aktiviti sihat ini. Antaranya, of course Drawstring Bag by Hash Anne, biskut, air mineral, kasut sukan dsb.

Kami (aku, Iqah, Danish, Akif) dinasihati pak Njang untuk melakukan pendakian sebaiknya sebelum matahari naik atas sabab ingin mengurangkan kadar pemanasan haba yang berlaku *cewahh ayat* dahlah ponat, panaih pulak nnt.

Semasa di kaki bukit Broga iaitu lebih kurang pada jam 6.45am...

Ramai calon yang bakal menamatkan pendakian, turut hadir seawal ketenangan Subuh hari. Ada yang datang dari jauh, semata-mata untuk merasai nikmat berada di puncak Bukit Broga ini. 


Gigih kan, nak mendaki ni? Jadi, begitulah kegigihan yang perlu ditanam dalam jiwa kita demi mencapai ke puncak kejayaan. Untuk berjaya, tiadalah mudah melainkan setelah melalui sukar dan lelah.Tengoklah pendaki yang sedang mendaki itu... untuk mendaki cerun yg boleh dikatakan curam itu, bukan semudah yang dilihat!

Lihatlah, untuk tiba ke puncak, perlu bermandi keringat. Jadi, perlu berlelah dahulu untuk berjaya dengan gemilang. 
  
Okayy, ini bukan di puncak lagi. Ini adalah semasa Izzati berada di titik persinggahan untuk mendapatkan semula tenaga ATP untuk terus mendaki dengan menikmati suasana damai yang dikurniakan Yang Maha Pencipta kepada kita! Its wondering.

 

Allahu, kreatif sungguh ciptaanMu, 'for your knowledge', kitorang pergi ni mengiringi matahari terbit iaitu dari waktu Subh hingga Dhuha menjelang.


Andai sahaja mentari, tiada mendengar titah Yang Maha Berkuasa untuk menyinari bumi yang kecil ini...tapi! Alhamdulillah matahari sentiasa taat dengan berjalan melalui paksi yang disediakan Allah SWT. Jadi, nahhhh. Cantikkknya Allah cipta awak sang Mentari!

Begitulah pemandangan dan kebesaran Yang Maha Mencipta, sungguh nikmat ciptaanMu ya Allah, semoga dari kalangan yang bukan memeluk agamaMu, turut merasainya lalu mengakui serta percaya akan kewujudanMu yang satu ya Allah! Aamiin.




Tidak salah bergambar untuk kenangan, kerana masa dan waktu ketika itu, akan tetap berjalan. Masa tidak akan pernah berhenti... Nanti, bila ada rezeqi pergi semula, kita akn pergi dengan masa yang lain, usia yang lain...right? So, ni kitorang dua pasang beradik, aka cucu Mak Teh Sidah, hehe!



Dan ini antara kenangan semasa perjalanan pulang ke kaki bukit. Inshaa Allah ada masa, kita mendaki lagi dan kongsikan pengalaman ini lagi :)

Overall, Izzati kasi lima per lima bintang, banyak 'benefits' tau sebelum, semasa dan setelah mendaki ni. Kalau korang nak jugak, kelebihan-kelebihan tu, cubalah 'hiking' jugak. Best! Yang pasti, haritu, kami naik free je, tak bayar pun hehe! Taktahu la korang naik kena bayar pulak kan...