Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Kisah pengorbanan parent


" Salam , Abang duit cukup tak ? "

It hurts me everytime
Dalam dilema , either i should tell her the truth or not

Total expenses mggu ni RM 450
Well this week is crazy . Im all in hell

Even if it is not
Still , minggu lain pakai banyak duit gak

Kalau nak bezakan antara keperluan dan kehendak . Those things are in need .

Aku keluar tengok movie pun tak . Belanja awek lagi laa . Abah marah carik awek . lol xD

Barang semua dah mahal . Dan skills pengurusan kewangan pun sucks.

" Tell the truth even it is hurts "

Abah selalu pesan benda ni , As since dari kecik . Im not so honest to them . Haha

" Duit jangan risau , susah macam mana pun ibu abah , Ibu abah akan cari jalan untuk bagi abang duit . Asalkan abang belajar betul² "

Tssk

I guess , sometimes i have to tell lies to them . Makin besar , mungkin kita dah belajar untuk tknak susahkan Ibu abah.

I will think something for it instead

" Cukup duit tak ni ? "
" Cukup Ibu , Insha Allah "

Still , after an hour

" Ibu dah bank in 200 , belajar elok² , ingat 3 perkara . Ibu sayang abang "
" Sayang ibu jugak :'( "

Mom always gonna be mom
Parents always gonna parents
They gonna be an absolute love for us

Always

Kadang-kadang kita lupa pada yg dekat
Sebab kita tak rasa nilai kasih sayang tu bila diorang ada dgn kita

" They don't really understand me "

Hakikatnya , berbelas tahun kita hidup dalam kasih sayang diorang . Berbelas tahun kita hidup dalam keringat dan kerja keras diorang .

They knew your flaws but they choose to love you anyways. They knew the pain we hide behind our broken smile . They took it out of our hearts and heal it instead

How come they didnt understand ?

But , we barely called them . We barely talked to them . We barely told them that we miss them

Semuanya atas alasan sibuk dgn assignment dan perjumpaan society.

Tapi , kita ada pulak masa untuk keluar melepak dgn member , bergayut berjam-jam dgn orang yg lebih 'memahami'

Kita tak rasa nilai kasih sayang tu
Sebab nilai belum hilang dari kita

Take it granted dude
Nobody gonna love you as worth as they did

You didnt know who are actually been there for you when you are all in need , Until you lost them

How long has it been, that you didnt call  them ?
How long has it been, that you didnt tell them that you love them ?

Nak cakap diorang tak memahami
But , you still rely on them

Dah bekerja , ada duit sendiri ?
But , you grew up with them . Kau tak lahir terus besar dan mampu bekerja

Annoy with them ?
They teach you how to pee and poop , how to use a spoon and fork , how to walk and run

Never give up on you even those things are really suck to endure with

Were they annoyed with you ?
No dude . Never . They love you

Do you love them ?

Take a shortbreak from you 'hectic excuses' . Just some minutes of them . Call your parents . Say thanks for everything . Okay ?

O' Allah
Bless my parents with a good health , love and mercy from you . Amen

SPREAD HADITH : Menipu dalam jual beli?

لا تشترو االسمك فى الماء فاءنه غرور

“ Janganlah kamu membeli ikan di dalam air, karena jual beli sepertui itu termasuk gharar( menipu )” ( HR.Ahmad)
 


Menurut Ibn Jazi  Al-Maliki, gharar yang dilarang ada 10 (sepuluh) macam, yaitu :

1. Tidak dapat diserahkan, seperti menjual anak hewan yang masih dalam kandungannya.

2. Tidak diketahui harga dan barang.

3. Tidak diketahui sifat barang atau harganya.

4. Tidak diketahui ukuran barang dan harganya.

5. Tidak diketahui masa yang akan datang, seperti “saya jual kepadamu jika Zaed datang”.

6. Menghargakan dua kali pada satu barang.

7. Menjual barang yang diharapkan selamat.

8. Jual-beli husha’, misalnya pembeli memegang tongkat, jika tongkatnya jatuh maka wajib membeli.

9. Jual-beli munabadzanah, yaitu jual-beli dengan cara lempar-melempari, seperti seseorang melempar bajunya, maka jadilah jual-beli. 

                10. Jual-beli mulamasah apabila mengusap baju atau kain, maka wajib membelinya.

MYEXPI : Pulau Tioman

Assalamualaikum. Harini Izzati nak share pasal short vacay ke Tioman. Last minute plan je ni. Mula-mula nak plan ke umah kawan je, Ismadatul Adilah. Tapi, sebab masa tak mengizinkan, terpaksa tukar plan ke Tekek. Mintak tolong Nisa. Dahlah time tu orang tengah school holiday. So, susah sikit nak book tiket boat. Dapat hari Ahad tu pun, nasib baiklah. Rezeqi sebab nak lupakan lara hati yang melanda katakan. Heheh. Kitorang pergi bertiga je. Aku Ibah and Syida. So total RM200 untuk dua dewasa sorang kanak-kanak pergi balik. Ayah hantar pergi ke Jeti Feri Tanjug Gemuk. Ni number jeti Tg. Gemuk 094131362. So, kitorang book tiket feri pukul 1200 hrs pada 29th May 2016. Pergi sekejap je 2hari 1malam. Cukup je untuk snorkelling and eyes view. Heheh.

Ni ibu tangkap. Peaceeee. Before naik feri ke Tioman. 

 Ni time sampai2. Ohhh, baruku tahu mcmni cara dia nak angkut jentera-jentera besar dari pulau ke Semenanjung. New knowledge for me.

Ni replika burung apa tah. Aku tak kenal. Tu Syida and Ibah jadi model jap. Hehe.

 Ni view time jalan-jalan. Adik Nisa yang bawak naik grab motocar. Tq adik Nisa.

Ni view dari atas surau Terminal Jeti Tekek Village. 

 Ni night view dekat Cheers Chalet. Nice right? Ala-ala kampung. Really peace. 
Jarak dari Jeti Tekek Village ni, 700m jugakla. Berpeluh ketiak nak menyampainya. Harga untuk dua orang RM65. But time ni gi tiga orang, +mattress (RM30), so total for three people is RM95. Okayy je chalet ni. 2.9 bintang la. Bilik air share.

 Ni kedai Souvenirs kat Cheers Chalet.

 Ni view depan chalet tu. Hari nak balik tu baru ade jiran sebelah, mat saleh mybe with his wife. Hehe. Taksempat tegur. Bukan nk menggatal okay? Just nak apply english je. Hehe
 
  
Ni time berenang kat Taman Laut. Ayaq Laut dia nice, jernih je. Nasib Nisa bagi pinjang life jacket dia. Bolehlah aku yang tk pandai berenang ni terapung. Tu pun nyaris-nyaris taknak terjun jugak. Penakut betul. But, at last, mule la rse nak mandi lame2. 




Ni sikit fact la pasal Tioman yang boleh dishare :

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1] Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.

MYLIFE : Potluck gegirls Serians batch 1997

Assalamualaikum wbt. First, nak wish Happy celebrating Ramadhan al Mubarak my dear muslims in the world. Bismillah, harini nak share pasal Potluck versi Girls of Serians batch 97. No boys allowed sbb nnt akan menambahkan hura hara. Dengan kitorang ni pun dah huru-hara. Petang yang hening, aku mendapat satu pesanan wassap dari Anis untuk join potluck ni. Satu group wassap khas untuk event ni ditubuhkan bagi memudahkan urusan semua especially share pictures. Heheh. Malam lepas jamuan potluck ni apa lagi? Photo boom laa kt wassap group. Ni antara photosnya.










Setelah mendapat persetujuan bersama, butiran berikut disepakati : 

Hari : Selasa
Tarikh : 31 May 2016 
Tema : Pink hitam putih
Menu : 
-Roti sosej
-Kek batik
-Kuih muih
-Keropok
-Sosej, bebola
-Spageti carbonara
-Puding jagung
-Green tea
-Cocktail
-Capati
-Pulut kuning and rendang
-Kek lapis

Haha. Yang ni sis yang bajet cantik je. Love pink so much. Heheh



MYQUOTE : Kalimah tauhid

🌸لا إله إلا الله🌸
🌼Maksud, "No one except Allah."
.
🌼Orang Islam bila nak mati (sakarotul maut), kite kena ajar dia sebut 'La ilaha illah'.
.
🌼Kenapa Allah pilih kalimah ni? Sebab cube sebut kalimah لا إله إلا الله. Dah? Haa, senang kan. Hanya perlu gerakkan lidah(lisan) tanpa gerakkan mulut.
.
🌼Rukhsah yg Allah bg untuk orang tgh nazak nk meninggalkan alam dunia.
.
🌼Maha Bijaksana kan Allah dlm mengatur perjalanan hambanya? Allahu akbar!

MYQUOTE : Bukti kau muslim?

Muslim itu bukan hanya pada IC/tudung labuh/kopiah. Awak, awak, pernah tahajjud tak? Bila azan awk terus solat ke tangguh dulu? Solat sunat rawatib buat tnpe dipaksa eh? Bace quran berapa kali sehari? Banyak bce wassap ke ayat Allah? Tutup aurat sempurna? Selalu ke tlg mak ayah? Solat lima waktu start tingkatan berapa? Puasa ayyamul bidh pernah buat? So mana bukti awak muslim (orang yang selamat di dunia dan akhirat)🍃

MYQUOTE : Kebijaksanaan

Allah menciptakan manusia untuk cri ilmu, syg. Bkn untuk bezakan siapa pndai siapa tk. The main goal is mardhotillah (Allah's bless) not the successful💗

MYQUOTE : Imam v. Makmum

Sudikah awak menjadi MAKMUMku? Awak-awak, jadi IMAM(zauj) saye eh nanti? Amboi, bermadah habis. Allah suruh jadi MAKMUM di masjid dulu (solat berjemaah). Kau pergi tak lima kali sehari semalam? Then, (for hostel students) time nak solat berjemaah sesama kengkawan and disuruh jadi imam, kemain lg taknk. Pastu ade hati nk volunteer jadi imam(suami) untuk anak gadis orang pulak😂

MYQUOTE : Shadow

❤THE OPAQUE ELEMENT blocks the LIGHT to TRAVEL IN A STRAIGHT LINE to form the SHADOW on the wall .
❤Keywords : The opaque element = black heart fulfill with sin. Light = hidayah from Allah. Travel in a straight line = the straight way toward us. SHADOW = i'badah lillah by heart, actions, and words .
❤Black heart fulfill with sin blocks the hidayah from Allah to the straight way(right path) toward us to form i'badah lillah by heart, actions, words.

Spread quote : Perempuan

Assalamualaikum wbt


Jika jadi anak,
Ia adalah bidadari kecil ayah bonda,
Permata siang malam dijaga keduanya.

Jika jadi pasangan,
Ia adalah ketenangan terindah,
Surga untuk pasangannya di dunia.

Jika jadi orang tua, wah,
Surga itu telah berpindah ke telapak kakinya,
Ia bawa ke mana-mana.

Perempuan adalah tiang negara,
Jika baik maka baiklah negaranya,
Jika perempuan rosak hancurlah negaranya.

Engkaulah tiang dalam rumah tanggamu,
Engkaulah sandaran bagi dinding,pintu,atap dan jendela,
Nabi selalu benar memilih istilah kata,
Kerna di rumahmu,
Segala urusan kepadamu bertompok,
Maka sebagai tiang,
Engkau harus kuat,tak tergoyah.

Sebagai sandaran,
Tokohmu adalah karang di lautan,
Tidak goyah diterjah angin dan badai.

-Ustazah Halimah Alaydrus-

Menjadi entrepreneur yg afdal

Sebaik-baik usaha adalah usaha orang-orang yang berniaga (pengusaha atau entrepreneur), yang:
1. Jika berbicara tidak dusta,
2. Jika diberi amanat tidak khianat,
3. Jika berjanji tidak meleset,
4. Jika membeli tidak mencela (barang yang akan dibelinya),
5. Jika menjual tidak memuji-muji (barang yang akan dijualnya),
6. Jika berhutang tidak menunda-nunda pembayarannya, dan
7. Jika berpiutang tidak mempersulit (orang yang berhutang)

MYQUOTE : Pepasir vs. Batuan

Tulislah dua perkara di PASIR ingatan agar dapat dibadai ombak kelalaian iaitu 1. kebaikan kita pada orang dan 2. kejahatan orang pada kita.
💕
Catatlah dua perkara di BATU ingatan agar sukar dihakis hujan kelupaan iaitu 1. kejahatan kita pada orang dan kebaikan orang pada kita

MYPOEM : Ibuku

🌹Ibu🌹
👉Kaulah ratu👸
👉Hadirmu hanya satu dalam seribu,
👉Jazakillah kerana melahirkanku,
👉Pada 30 July/ 24 Rabi'ul awal hari Rabu,
👪
👉Hasratku hanya satu,
👉Iaitu ingin membalas jasamu,
👉In shaa Allah dgn usahaku,
👉Untuk mjadi muslimah solehah yg baahiroh buatmu,
👪
👉Akan ku bimbing adik-adikku,
👉Bagi meringankan bebanmu,
👪
👉Maafkan daku atas setiap silapku,
👉Terima kasih atas segalanya yg telah kau korbankan buatku,
👪
👉Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hayatmu,
👉Kerana aku yakin tiket ke Jannah telah tersedia buatmu,
👉Atas pengorbananmu😷
👉Dalam setiap perjuangan melahirkan cahaya-cahaya matamu dahulu.
💖Ummi, I love you.
💖Sincerely, Kakak

Spread quote : HATI

Wahai hati💖Janganlah berasa lemah😅Tatkala dilambung ombak cabaran🌊Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu😂Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan😢Membuat deraian mutiaramu gugur satu persatu😭Tetapi itu bukan asbab untuk mengalah😤Kita tetap lemah namun hanya dgn pgantungan kpd Yang Maha Kholiq cukup mjadikan kita kuat tanpa sedar😁

Spread quote : IMAN

Iman dihati like a garden 💜 If tak disiram maka layulah plants didalamnya 💜 If tak diracun kelak akan diserang perosak 💜 If dibiarkan dikhuatiri akn tumbuhnya lalang then will change menjadi semak samun 💜 Suburkan ia dengan ibadah ikhlas lillah 💜 So, lets upgrade our Iman with amalans solehah 💜

MYPOEM : Sahabat


🌸Datangmu dari bermacam tempat,
🌸Awalnya renggang namun akhirnya lekat.
🍃
🌸Sahabat solehah/soleh adalah terhebat,
🌸Kaulah tempat kupinta pendapat.
🍃
🌸Dalam bersahabat biarlah cermat,
🌸Agar tiada silap paham yg memudharat.
🍃
🌸Pengalaman dilalui bersama manis dan pahit,
🌸Mengajar erti kehidupan yg singkat.
🍃
🌸Kupohon Illahi akan redha dan berkat,
🌸Agar persahabatan dikurniakan rahmat.
🍃
🌸Dalam bersahabat dijaga adab berikhtilat,
🌸Semoga kita senantiasa selamat.