Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Kematian Death Mautun

 

 


Sejuk. Seram. dekat mana aku?  Dalam perasaan bercampur pertanyaan itu, tiba-tiba kelihatan dua makhluk raksasa yang entah dari mana munculnya lalu menghampirinya. Seram, sungguh seram.Seram rupanya dan menakutkan sehingga rasa nak tercabut sendi dan tulangnya dan terbang seluruh semangatnya.


"Hai insan yang derhaka!"
"Sekarang giliranmu untuk menjawab pertanyaan kami, bersiaplah sedialah engkau menjawabnya!"

Pantas ditanya sambil tubuhku menggeletar, sungguh. Aku takkan pernah mahu keadaan seperti ini.

"Ma Rabbuka? ( Siapa Tuhanmu? )"
Sebab terlalu takut, terdiam. Lidah aku kelu. tanpa sebarang jawapan, 'dia' bertanya lagi...

" Ma Nabiyyuka? ( Siapa Nabimu? )"
Sama, diam. Sungguh aku terlalu takut saat ini. Lidahku mati untuk berkata kata. dengan ketakutan yang masih bersisa, laju soalan memanahku lagi..

" Ma Dinuka? ( Apa agamamu? ) "
" Allah... apa yang patut aku katakan sekarang ini. Sungguh, perbuatan aku mati sekarang ini. Cuma yang dapat aku rasa, peluh menyimbah deras pada badanku. Dekat mana aku ya Rabb.. " berdialog dia dengan hatinya.

" Ma Imamuka? ( Siapa imammu? )"
Sepi. Tiada jawapan. Tiada balasan. Dipanahku lagi dengan soalan yang aku tahu jawapannya, tetapi tidak dapat kulafazkan.

" Aina Qiblatuka? ( Di mana kiblatmu? ) "
" Sungguh aku tahu Ka'bah kiblatku. kenapa tak dapat ku keluarkannya ya Rabb... " bisik hatinya.

" Ma Ikhwanuka? ( Siapa saudaramu? ) "
" .......................... " Diam.


Malaikat Munkar dan Nakir menjadi teramat murka! Lepastu, ia mengangkat cambuknya lalu…



Tar! Tar! Tar!!



Tepat mengena tubuhku. Bertubi tubi. Beribu kali. Sakit. Terbenam tubuhku sampai 7 petala bumi. 



" Ya Allah sakitnyaaaaa!!! Tolong kasihani aku, tolong aku mohon.. Arghhhhhhh!!! "



Namun dua malaikat itu sudah tidak ada belas padanya. Dihentam lagi aku sehingga pengsan.


Setelah terjaga, aku rasa tubuhku seolah olah tiada. Sakit tak usah dikata. Tak lama lepastu, datang seorang makhluk yang hodoh, tersangat sangatlah hodoh. Rupa masyaAllah menjijikkan! Tubuhnya penuh dengan kudis kudis dan najis yang meloyakan. Badannya berbau bangkai.

" Ya Allah, apa lagi kalini. kasihanilah aku duhai Tuhanku. " meski tahu rintihan aku sudah tak berguna, tetapi apakan daya. Dalam keadaan sebegini, tiada siapa lagi yang dapat bantu. Sungguh....

Mengumpul kekuatan yg ada, aku bertanya...

" Siapa kau? !! Apa urusan kau kemari? Weh orang busuk! apa hubungan kau dengan aku? pergilah kau, pergi jauh daripada aku manusia jijik! "

Then, manusia jijik itu pun reply pertanyaanku,

" Woi manusia durhaka! Takpayah sangat la nak halau aku. halau la macam mana pun, takkan sesekali aku meninggalkanmu. Apa kau tahu? yang rupanya hodoh jijik inilah amalanmu. Sebab kaulah aku jadi jijik macamni. Satu pun tiada kau berbuat kebaikan di dunia. Hidupkau bertuhankan nafsu. mulut penuh dusta, maksiat dah sebati dengan kau. Jijik tengok aku macamni? ceh, waktu hidup tak jijik kau berbuat amalan keji? Macamana kau cintakan kemungkaran di dunia dulu, macamtulah aku mencintai kau sekarang. Takkan pernah aku pergi darimu! "

Selesai berkata, manusia jijik tu pun melompat dan berpaut pada badanku. Kuat dipelukku. Jijiknya, dengan fizikalnya seperti itu, ya Allah.

Telah ku cuba, melepaskan diri daripadanya. Namun sia sia, rangkulannya semakin kuat.

Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!

Terjaga. Aku mengesat mata. Astagfirullah awal dikata. Setelah terjaga, peluh mencurah curah. Teringat kata Murabbi,

" Kalau kita mimpikan sesuatu yang buruk, setelah terjaga. Ludahlah di sebelah kiri 3 kali. "
(Seolah olah ludah, takpayah la sampai kumpulkan kahak and ludah)

Lalu ku turuti pesannya. Pukul 3 pagi sekarang.

Muhasabah seketika,

" Tu baru salah satu daripada seksa kubur, macamana dengan jengking, ukar bisa, ulat ulat dan binatang berbisa yang lain? Allah... sungguh, aku bersyukur dapat gambaran seperti tadi. Syukran ya Rabb. Syukran sedarkan aku. Sungguh, puji pujian hanya untukmu yang Maha Esa. "

Perbanyakkanlah mengingati mati.
Mengingati mati itu Sunnah,
Mengingati mati itu Wajib,
Mengingati mati itu, sifat mereka yang Soleh.

Semoga bermanfaat. Ingatlah mati selalu. Mati mai tak kira masa, dan kau manusia, takda kuasa nak lambatkan kematian yang sudah tersedia. Ingat!

PERCAYA amat besar kesannya !

PERCAYA ataupun BELIEVE!  Pelajar cemerlang sentiasa percaya bahawa mereka boleh cemerlang. Hanya faktor masa sahaja yang akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka untuk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya. Jika kita sendiri tidak yakin bahawa kita boleh berjaya, masakan orang lain dapat membantu kita untuk Berjaya. 
 
Pernahkah para pelajar mendengar akan satu hadis mengenai pembukaan Kota Constantinople? Hadis ini diriwayatkan ketika contoh manusia cemerlang iaitu baginda Rasulullah SAW dan para sahabat sedang menggali parit ketika peperangan Khandak. Dalam keadaan yang getir dan memenatkan itu, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Hadith Riwayat Ahmad, al-Hakim dan Bukhari dalam kitab Tarikh as Saghir).
 
 
Bertitik tolak dari saat itu, para sahabat dan ummat Islam seluruhnya yakin dan percaya bahawa suatu hari akan tetap dibuka Kota Constantinople yang pada ketika itu dalam jajahan takluk Rom. Asas kepercayaan dan yakin bahawa umat islam mampu melakukannya telah membuahkan beberapa siri cubaan untuk membuka kota ini sejak dari zaman sahabat, zaman khulafa’ ar rasyidin dan akhirnya di zaman Sultan Muhammad al Fatih.



1.Era sahabat RA :
Bertitik tolak dari hadith ini, Abu Ayub al-Ansari ra bersama barisan tentera Muslimin telah diutuskan oleh Muawiyah ra untuk bergerak menuju ke medan perjuangan dalam usaha merealisasikan kata nabi ini. Taqdir Allah mengatasi tadbir manusia, kemenangan ekspidisi itu ditangguhkan olehNya dan akibatnya, Abu Ayub telah menemui syahid dalam peperangan tersebut

 

 
2.Era Khalifah Selepas Sahabat RA :
Kegagalan “generasi terbaik” (era sahabat) tidak mematikan semangat juang muslimin. Sebaliknya, perjuangan diteruskan oleh khalifah-khalifah seterusnya, termasuklah bapa kepada Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Murad II. Namun, kesemuanya masih menemui kegagalan kerana masih belum menepati ciri-ciri sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi syarat kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Nabi SAW.
 
 
3.Era al-Fatih :
Pada usia semuda 19 tahun, al-Fatih telah diberi mandat untuk memimpin kerajaan Islam Uthmaniyah. Semenjak usia kanak-kanak lagi, beliau telah dididik oleh Sheikh Ismail al-Kurani yang mengajarkannya al-Quran, Hadith, tauhid dan pelbagai cabang ilmu syariah telah melayakkan beliau menjadi pemimpin yang adil dan berakhlak mulia.
 

Selain Sheikh Ismail, beliau turut ditarbiyah oleh seorang yang alim bernama -Sheikh Ak Semsettin/Syamsuddin. Beliau bukan sekadar mengajar cabang-cabang ilmu syariah, sebaliknya al-Fatih turut diajar mengenali ilmu-ilmu sunnatullah seperti matematik, ilmu peperangan dan lain-lain. Sheikh Semsettin bukan sahaja bertindak sebagai gurunya di kala muda, malah dalam setiap keputusan dalam pemerintahan juga akan dirujuk kepada Sheikh Semsettin /Syamsuddin dalam memastikan setiap keputusan itu bertepatan dengan kehendak Allah dan RasulNya. Beginilah telitinya Al-Fatih dalam menjaga hukum Allah.

 

 
Constantinople tetap menjadi idaman al-Fatih. Bukan nama dan kemasyhuran yang dikejar, tetapi perjuangan demi mengejar gelaran dari Nabi saw sebagai sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi matlamatnya. Oleh itu, beliau telah menyiapkan sepasukan mujahid seramai 250 000 orang demi merealisasikan tujuan ini. Para mujahid ini bukan sekadar dilatih dan dilengkapkan dengan senjata bersifat zahiriah, mereka juga turut dididik dengan taqwa untuk memenuhi kriteria yang dinyatakan oleh Rasulullah saw.
 
Saban hari al-Fatih bermunajat pada Allah swt mengharapkan bantuan dariNya. Namun ikhtiarnya tidak terhenti sekadar munajat, bahkan beliau sendiri pernah menyusup masuk ke dalam kota Constantinople secara rahsia, demi mengkaji secara dekat akan kekuatan kubu dan juga untuk memahami struktur sosial masyarakat Constantinople yang diperintah oleh Raja Byzantine. Usaha sebeginilah yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana khalifah sebelumnya yang mungkin mejadi asbab kepada kegagalan, akibat gagal mengetahui kekuatan musuh. 
 
 
              Setelah merasa yakin dengan persediaan para tenteranya, dari segi keimanan dan kelengkapan, pada 6 April 1453M beliau memulakan serangan selepas rundingan bersama Raja Byzantine agar diserahkan kota itu secara damai ditolak mentah-mentah oleh pihak Byzantine. Peperangan berlanjutan selama 54 hari, namun kejayaan masih belum dicapai. Pada subuh, 29 Mei 1453M, semangat para mujahid telah ditingkatkan dengan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi saw berkaitan dengan jihad. Mereka diingatkan agar mengikhlaskan niat. Akhirnya dengan lafaz, “Bergeraklah dengan keberkatan dari Allah,” Syeikh Semsettin/Syamsuddin  melepaskan para mujahid untuk serangan “all out”. Dengan izin Allah, maka pada hari tersebut, dibukalah kota Constantinople, dibuka dari kezaliman Byzantine, dibuka dari jahiliyah kepada keadilan Islam. Masyarakat yang majoritinya terdiri dari orang-orang Kristian dilayan dengan saksama seperti yang diajar oleh Nabi saw. Nama Constantinople turut ditukar kepada Islambol yang membawa maksud Bandar Islam.

Begitulah beberapa rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah umat islam yang membuahkan satu dasar kefahaman bahwa andai sekiranya yakin dan percaya pada diri dan janji Allah dan Rasul,nescaya ianya akan membuahkan hasil. Hanya masa yang menentukannya.
 
 
Thomas Alva Edison gagal lebih 10,000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resepi ayam goreng KFC. Adik beradik Wright pula terpaksa berhadapan denganpelbagai cemuhan daripada masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yang ada pada mereka yang telah berjaya ini?
 
Mereka percaya bahawa walau apa sekalipon cabaran dan halangan, kejayaan pasti akan menjelma satu hari nanti.Mereka percaya, benar-banar yakin tanpa sedikitpon rasa ragu. Mereka sanggup menunggu saat kecemerlangan itu tiba walaupon terpaksa berhadapan dan melakukannya ribuan kali. Sebabnya ialah mereka PERCAYA. Kita juga perlu percaya bahawa kita mampu lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri dan yang paling penting untuk umat Islam ini, keluarga, masyarakat dan negara. Dan akhirnya, ingatlah tanpa anda yang merubah apa yang ada pada diri anda, tiada siapa yang dapat membantu anda untuk melakukannya. Percayalah!
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: “Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, niscaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu kaum, maka Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, maka Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” (Al-Hadith)

Si Mawar vs. Sang Bamboo

Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga. Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yang cantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji sang mawar. Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta.
 
 
Sementara itu, di sisi lain taman, ada sekelompok pohon bambu yang tampak membosankan. Dari hari ke hari, bentuk pohon bambu yang begitu saja, tidak ada bunga yang mekar atau aroma wangi yang disukai banyak orang. Tidak ada orang yang memuji pohon bambu. Tidak ada orang yang mau berfoto di samping pohon bambu. Maka tak heran jika pohon bambu selalu cemburu saat melihat taman mawar dikerumuni banyak orang.
 
“Hai bunga mawar,” ujar sang bambu pada suatu hari. “Tahukah kau, aku selalu ingin sepertimu. Berbunga dengan indah, memiliki aroma yang harum, selalu dipuji cantik dan menjadi saksi cinta manusia yang indah,” lanjut sang bambu dengan nada sedih.
 
Mawar yang mendengar hal itu tersenyum, “Terima kasih atas pujian dan kejujuranmu, bambu,” ujarnya. “Tapi tahukah kau, aku sebenarnya iri denganmu,”
 
Sang bambu keheranan, dia tidak tahu apa yang membuat mawar iri dengannya. Tidak ada satupun bagian dari bambu yang lebih indah dari mawar. “Aneh sekali, mengapa kau iri denganku?”
 
“Tentu saja aku iri denganmu. Coba lihat, kau punya batang yang sangat kuat, saat badai datang, kau tetap bertahan, tidak goyah sedikitpun,” ujar sang mawar. “Sedangkan aku dan teman-temanku, kami sangat rapuh, kena angin sedikit saja, kelopak kami akan lepas, hidup kami sangat singkat,” tambah sang mawar dengan nada sedih.
 
Bambu baru sadar bahwa dia punya kekuatan. Kekuatan yang dia anggap biasa saja ternyata bisa mengagumkan di mata sang mawar. “Tapi mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu selalu menjadi hiasan rumah yang cantik, atau menjadi hiasan rambut para gadis,”
 
Sang mawar kembali tersenyum, “Kamu benar bambu, aku sering dipakai sebagai hiasan dan dicari orang, tapi tahukah kamu, aku akan layu beberapa hari kemudian, tidak seperti kamu,”
 
Bambu kembali bingung, “Aku tidak mengerti,”
 
“Ah bambu..” ujar mawar sambil menggeleng, “Kamu tahu, manusia sering menggunakan dirimu sebagai alat untuk mengalirkan air. Kamu sangat berguna bagi tumbuhan yang lain. Dengan air yang mengalir pada tubuhmu, kamu menghidupkan banyak tanaman,” lanjut sang mawar. “Aku jadi heran, dengan manfaat sebesar itu, seharusnya kamu bahagia, bukan iri padaku,”
 
Bambu mengangguk, dia baru sadar bahwa selama ini, dia telah bermanfaat untuk tanaman lain. Walaupun pujian itu lebih sering ditujukan untuk mawar, sesungguhnya bambu juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan bunga cantik itu. Sejak percakapan dengan mawar, sang bambu tidak lagi merenungi nasibnya, dia senang mengetahui kekuatan dan manfaat yang bisa diberikan untuk makhluk lain.
 
Moral of story : Daripada menghabiskan tenaga dengan iri pada orang lain, lebih baik bersyukur atas kemampuan diri sendiri, apalagi jika berguna untuk orang lain. Bersyukur dengan mengucap Alhamdulillah memuji Yang Maha Esa jauh lebih mendatangkan kebaikan. Sesungguhnya setiap takdir dan ciptaan Allah itu ada hikmat serta munafaatnya samada kepada manusia atau ekosistem disekeliling kita :) 

Mathematics are around us -,-

 
Pernah tak kita terfikir...

1. Mengapa PLUS darab PLUS hasilnya PLUS?
2. Mengapa MINUS darab PLUS atau sebaliknya PLUS darab MINUS hasilnya MINUS?
3. Mengapa MINUS darab MINUS hasilnya PLUS?
 
 
 
Hikmahnya adalah:

 (+) PLUS = BENAR
(-) MINUS = SALAH
 
1. Mengatakan BENAR terhadap sesuatu hal yang BENAR adalah suatu tindakan yang BENAR.
Rumus matematikanya : + x + = +
 
2. Mengatakan BENAR terhadap sesuatu yang SALAH, atau sebaliknya mengatakan SALAH terhadap sesuatu yang BENAR adalah suatu tindakan yang SALAH.
Rumus matematikanya : + x – = - dan - x + = -
 
3. Mengatakan SALAH terhadap sesuatu yang SALAH adalah suatu tindakan yang BENAR.
Rumus matematikanya : - x – = +

Jumaat Sayyidul Ayyam :)

Mula bismillahirrahmanirrahim :) and assalamualaikum wbt.
Disebabkan rini is Jumaat, the mubarok day, aku post pasal ni lahh :)
 
 
1.Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Adalah suatu (kewajipan) bagi setiap orang Muslim terhadap Allah, mandi (sekurang-kurangnya) sekali seminggu, iaitu mencuci kepala dan seluruh tubuhnya.” [0801]
 

2.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Bila engkau berkata kepada kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya percuma sajalah Jumaat kamu.” (Maksudnya : Dilarang bercakap ketika khutbah kerana boleh menyebabkan hilang pahala Jumaat itu) [0803]

3.Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya pada hari Jumaat itu ada suatu saat, apabila seseorang memohon kebajikan (berdoa) kepada Allah pada saat itu, nescaya Allah akan mengabulkan permohonannya itu dan saat itu hanya sebentar.” [0804]

4.Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asy’ari r.a : Abdullah bin ‘Umar pernah bertanya kepadaku, ‘Pernahkah anda mendengar bapa anda menyampaikan hadis Rasulullah saw tentang suatu saat (yang makbul) di hari Jumaat?’

Jawabku, ‘Ya, aku pernah dengar beliau (Nabi saw) mengatakan, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda, “Saat itu ialah di antara imam duduk hingga selesai solat (Jumaat).” [805]


5.Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk syurga, pada hari itu pula dia keluar daripadanya dan tidak terjadi kiamat melainkan pada hari Jumaat.” [806]

6.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila hari Jumaat telah tiba, para malaikat berdiri di setiap pintu masjid, mencatat orang yang pertama-tama datang dan seterusnya. Apabila imam telah datang (naik mimbar), mereka (malaikat) tutup buku (catatan) mereka dan sesudah itu mereka pergi mendengarkan khutbah.

Perumpamaan orang yang datang pertama-tama, ialah (pahalanya) seperti orang yang bersedekah unta.

Kemudian orang yang datang sesudah itu seperti orang yang bersedekah lembu. Kemudian seperti orang yang bersedekah kibasy (kambing).

Kemudian seperti orang yang bersedekah ayam dan kemudian seperti orang yang bersedekah telur.” [0809]


7.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya, sesudah itu dia pergi ke (masjid untuk solat) Jumaat dan mendengarkan khutbah dengan tenang, maka diampuni Allah dosa-dosanya hingga Jumaat yang akan datang, tambah tiga hari (lagi).

Dan siapa yang memegang-megang kerikil (memegang tasbih atau seumpamanya untuk berzikir ketika imam berkhutbah) maka percuma sajalah Jumaatnya (iaitu, hilang pahala Jumaatnya).” [0811]

Penjelasan : Apabila imam sedang berkhutbah hendaklah mendengar dengan khusyuk dan tidak boleh berbuat apa-apa walaupun dengan membaca Al-Quran atau berzikir, apalagi bercakap, makan pisang, bermain-main karpet masjid dan seumpamanya agar mendapat pahala Jumaat tersebut.
 

Senyum Smile Ibtisaamun :)

 
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

 
15. Someone mengutus sepucuk risalah buat hamba yang terkandung di dalamnya hadis sabda Rasulullah SAW mafhumnya "senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf nahi munkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."

16. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

17. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok :3 Assalamualaikum wbt wa ma'assalamah wailal liqo' (:

100 Sunnah Rutin Rasulullah SAW

 
Perkara yang tak susah yang boleh menjadi rutin harian sebagai seorang umat nabi Muhammad SAW yang satu-satunya rasul yang boleh memberi syafaat kpd umatnya pada hari qiamat yang bukannya membebankan malah memberi kemaslahatan sama ada terhadap diri sendiri, keluarga, bangsa, serta agama :) fuhh! panjangnya satu ayat aku. agak-agak cikgu BM kalau baca ayt ni, dpt A+ tak. Heee :) Harap dan if boleh biarlah menjadi amalan hidup seharian kita sepanjang hayat.

 
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Hadis-hadis Soheh Muslim

 
Muslim yang Baik

1. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)

2. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. (0035)
3. Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza’iy r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (0038 & 0039)

4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042)

Tanda-Tanda Munafik

5. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tanda-tanda munafik itu ada tiga,

(1) Apabila berbicara, dia dusta
(2) Apabila berjanji dia mungkir
(3) Apabila dipercayai, dia khianat.” (0049)

Mengatakan Orang Muslim Kafir

6. Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berkata kepada saudaranya, ‘Hai Kafir!’ maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan.” (0049)

Membenci Bapa

7. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu membenci bapa kamu. Sesiapa yang benci pada kepada bapanya, maka dia kafir.” (0051)

8. Dari Saad bin Abu Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang mengaku ‘Bapa’ pada orang lain, padahal dia sedar bahawa orang itu bukan bapanya, maka haram syurga baginya.” (0052)

Mencaci Orang Mukmin

9. Dari Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hati-hatilah kamu! Jangan lah kamu kafir kembali sepeninggalanku, di mana sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain (perang saudara).” (0054)

10. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada dua perkara pada manusia yang keduanya dapat menyebabkan mereka kafir, (1) Mencela keturunan (2) Meratapi mayat.” (0055)

Hujan dan Bintang

11. Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a : Rasulullah saw mengimami kami solat subuh di Hudaibiyah, sesudah tadi malamnya hujan turun.

Setelah selesai solat, Nabi saw menghadap kepada orang ramai, lalu bersabda, “Tahukan anda sekalian, apa yang telah difirmankan oleh Tuhan anda?” Jawab mereka, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Sabda Nabi saw, “Allah berfirman; Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, diantaranya ada yang mukmin ada yang kafir.

Siapa yang berkata hari hujan kerana kurnia dan nikmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) dengan-Ku, kafir dengan bintang-bintang. Siapa yang berkata hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia kafir dengan-Ku, iman dengan bintang-bintang.” (0058)

12. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, ‘Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka’.” (0062)

Istilah Kafir bagi yang Meninggalkan Solat

13. Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat.” (0063)

Amal yang Paling Utama
14. Dari Abu Hurairah r.a : Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Amal yang bagaimanakah yang paling utama?’ Jawab Nabi saw, “Iman dengan Allah.”

Tanyanya pula, ‘Kemudian apa?’ Jawab Nabi saw, “Jihad fi Sabilillah.” Tanyanya pula, ‘Kemudian apa lagi?’ Jawab Nabi saw, “Haji yang mabrur.” (0064)

15. Dari Abu Dzar r.a : Aku bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Amal yang bagaimanakah yang paling utama?’ Jawab Nabi saw, “Iman dengan Allah dan jihad di jalan-Nya.” Tanyaku, ‘Budak yang bagaimanakah yang paling utama?’ Jawab Nabi saw, “Yang disenangi majikannya dan yang paling mahal harganya.” Tanyaku, ‘Jika aku tidak sanggup?’ Jawan Nabi saw, “Menolong orang bertukang, atau menyudahkan bengkalai orang yang tak sanggup menyelesaikannya.”

Tanyaku, ‘Bagaimana pendapat Anda (Nabi saw), jika aku tidak sanggup melakukan sesuatu?’ Jawab Nabi saw, “Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain. Maka yang demikian itu merupakan sedekah darimu untuk dirimu sendiri.” (0065)
   
16. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Amal yang bagaimanakah yang paling utama?’ Jawabnya, “Solat pada waktunya.” ‘Kemudian itu apa?’ tanyaku. Jawab Nabi saw, “Berbuat kebajikan pada ibu bapa.” ‘Kemudian itu apa?’ tanyaku lagi. Jawab beliau (Nabi saw), “Jihad fi Sabilillah!” ‘Aku sebenarnya hendak bertanya lagi, tetapi aku cukupkan sedemikian.’ (0066)

Dosa yang Paling Besar

17. Dari Abdullah r.a : katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?” Jawab Nabi saw, “Menyekutukan Allah, padahal Dia sendiri yang menjadikanmu.” ‘Yang demikian itu sangat besar dosanya,’ kataku. ‘Kemudian apa lagi?’ Jawab Nabi saw, “Membunuh anakmu sendiri kerana takut melarat (miskin-pent).” ‘Kemudian apa lagi,’ tanyaku pula. Jawab beliau (Nabi saw), “Berzina dengan isteri tetanggamu.” (Lihat Surah Al-Furqan [25] : 68) (0067)

18. Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah r.a , dari bapanya, katanya : ‘Kami berada di sisi Rasulullah saw, lalu beliau bersabda, “Perhatikanlah! Ku beritahukan kepada kamu sekalian tentang dosa-dosa besar yang paling besar. (Rasulullah saw mengucapkannya tiga kali) :
(1) Mempersekutukan Allah
(2) Derhaka kepada ibu bapa
(3) Sumpah palsu.” (0068)

19. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan :
(1) Mempersekutukan Allah
(2) Sihir
(3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali kerana alasan yang dibenarkan Allah (seperti qisas)
(4) Memakan harta anak yatim
(5) Memakan riba
(6) Lari dari medan pertempuran
(7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina).” (0069)

20. Dari Abdullah bin Amru bin Ash : Rasulullah saw bersabda, “Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya, ‘Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?’ Jawab Nabi saw, “Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.” (0070)

Sifat Sombong

21. Dari ‘Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam.” [0072]

Mengacukan Senjata dan Menipu Kaum Muslimin

22. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang menodongkan (mengacukan) senjata kepada kita, mereka itu tidak termasuk golongan kita, dan siapa yang menipu kita, tidak termasuk golongan kita juga.” [0078]

Berita yang Mengacaukan
23. Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang 
menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082]

Orang yang Tidak Dipedulikan Allah

24. Dari Abu Dzar r.a :Nabi saw bersabda, “Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat. Mereka itu ialah:

(1). Orang yang suka memberi (menderma), tetapi suka menyebut-nyebut pemberiannya itu.
(2). Orang yang menawar-nawarkan dagangannya (peniaga) dengan sumpah palsu.
(3). Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya. [0083]

Keterangan Hadis Orang Bernombor (3) : Rasulullah saw melarang berpakaian demikian kerana ada pakaian bangsa Arab yang labuh untuk menunjukkan dirinya orang kaya atau bangsawan. Dilarang kerana kesombongan.

Dari ‘Abdullah ibn Umar : Nabi saw bersabda, “Seseorang yang menyeret (labuh) pakaiannya kerana kesombongan tidak akan dilihat oleh Allah pada Hari Kebangkitan.” [Hadis 0009]

Bunuh Diri

25. Dari Tsabit bin Dhahhak r.a : Nabi saw bersabda, “Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta atau sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula.” [0088]

Amal Sebelum Islam

27. Dari Abdullah r.a : Orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Ya Rasulullah! Apakah kami akan disiksa kerana perbuatan kami pada masa jahiliyah?’ Jawab Nabi saw, “Siapa yang baik Islamnya, dia tidak akan disiksa kerana amalnya masa jahiliyah. Akan tetapi siapa yang buruk Islamnya (munafik), maka dia akan disiksa kerana amalnya pada masa jahiliyah dan masa Islam.” [0097]

Bisikan-Bisikan Hati

28. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak akan ambil peduli terhadap umatku, selama yang berbicara hatinya, tetapi belum diucapkannya atau belum dilaksanakannya.” [0101]

29. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan suatu kebajikan tetapi belum dilaksanakannya, Aku tulis untuknya sepuluh sampai tujuh ratus ganda kebajikan.

Apabila dia berniat hendak melakukan suatu kejahatan, tetapi belum dilaksanakannya, tidak Ku tulis apa-apa baginya. Jika dilaksanakannya, Ku tulis untuknya satu kejahatan.” [0103]


30. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Syaitan akan datang kepada anda bertanya, siapakah yang menciptakan ini dan itu? Sehingga akhirnya dia bertanya, siapa pula yang menciptakan Tuhanmu itu? Apabila sudah sampai ke situ, maka berlindunglah dengan Allah (mengucapkan A’udzubillahi minasy syaito nirrojim), dan sudahilah.” [0109]

Islam Akan Kembali Asing Seperti Mulanya

31. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Islam pada mulanya asing dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yang terasing.” [0118]

32. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum akan terjadi kiamat, selama masih ada orang yang iman kepada Allah di muka bumi ini.” [0121]

Wajib Beriman Dengan Risalah Nabi Muhammad saw

33. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Setiap Nabi yang diutus Allah dibekali dengan bukti-bukti, sebagai mukjizat bagi mereka agar umat manusia beriman kepada mereka. Sedangkan aku dibekali dengan wahyu yang diwahyukan Allah kepadaku (Al-Quran). Kerana itu aku penuh harap bahawa umatkulah nanti yang terbanyak di hari kiamat.” [0124]

34. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, setiap orang yang telah mendengar Risalahku, baik ia Yahudi atau Nasrani, kemudian dia mati tanpa iman dengan Risalahku itu, maka dia pasti masuk neraka.” [0125]

Menjelang Kiamat - Apabila Nabi Isa Turun

35. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat masa Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu.

Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian.” [0127]


36. Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan senantiasa ada hingga hari kiamat, segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang.”

Kata Nabi saw selanjutnya : “Sementara itu Nabi Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya, ‘Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami.’

Jawab Nabi Isa a.s, ‘Tidak! Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini.” [0128]

37. Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit di barat, manusia akan iman semuanya. Tetapi ketika itu imannya tiada berguna lagi apabila sebelumnya dia tiada beriman, atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu.” [0129]

38. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara, apabila ketiganya terwujud, maka iman seseorang tiada berguna lagi apabila dia belum iman sebelumnya atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu. Iaitu;

[1]. Apabila matahari terbit dari barat.
[2]. Dajjal keluar.
[3]. Dabbah (binatang melata) berkeliaran di muka bumi.” [0130]

39. Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, “Tahukah anda semua, ke manakah matahari itu pergi?” Jawab mereka, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.’ Sabda Nabi saw, “Dia (matahari) berjalan sampai ke perhentiannya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud. Dia senantiasa sujud sampai datang perintah: Bangkitlah, dan kembali ke tempatmu semula.

Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan sampai hingga sampai pula di tempatnya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula.

Kemudian ia berputar pula, tidak pernah membantah sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah Arasy. Tiba-tiba ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di barat.”

Sabda Rasulullah saw, “Tahukah anda semua, bilakah itu akan terjadi? Ialah (ia terjadi) pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi jika sebelumnya dia tidak beriman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.” [0131]

Perihal Melihat Allah

41. Dari Masruq r.a, katanya : Aku bertanya kepada ‘Aisyah r.a, ‘Bagaimana pendapat anda tentang firman Allah ‘Kemudian dia mendekat dan bertambah dekat. Maka jaraknya kini hanya antara dua anak panah atau lebih dekat. Lalu Dia mewahyukan kepada hamba-Nya’ (Surah An-Najm [53] : 8-10).


Jawab ‘Aisyah r.a, ‘Itu adalah Jibril ‘alaihis salam. Dia biasanya datang dalam bentuk seorang lelaki, tetapi kali ini dalam bentuknya yang asli, sehingga menutupi ufuk langit. [0145]

42. Dari Abu Dzar r.a, katanya : Aku bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Adakah anda melihat Allah?’ Jawab beliau (Nabi saw), “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku mungkin melihat-Nya?” [0146]

43. Dari Abu Musa r.a, katanya : Pada suatu ketika Rasulullah saw mengajarkan kepada kami empat perkara;

(1). Allah ‘azza wa jalla tidak pernah tidur dan mustahil Dia tidur.

(2). Allah yang menentukan tinggi atau rendahnya nilai amal seseorang.

(3). Allah menerima amal yang diperbuat seseorang di waktu malam pada siang hari dan menerima amal siang di waktu malam.

(4). Tirai-Nya ialah cahaya. (Di dalam riwayat Abu Bakar r.a , perawi lain-disebutkan api). Jikalau tirai itu dibuka, maka terbakarlah segala yang ada, di mana penglihatan Allah sampai kepada-Nya. [0146]

44. Dari Abu Hurairah r.a : Rasululullah saw bersabda, “Sekurang-kurang (serendah-rendah) kedudukan seseorang di syurga, seperti firman Allah kepadanya : ‘Mintalah apa yang kamu inginkan!’ Maka dimintanyalah apa yang diinginkannya.

Kemudian Allah berfirman pula, ‘Adakah permintaan mu yang lain?’ ‘Ya, ada.’ Jawabnya. Maka berfirman Allah kepadanya, ‘Untukmu segala yang kamu inginkan dan Ku tambah sebanyak itu pula.’” [0150]

Maksudnya : Serendah-rendah kedudukan penghuni syurga adalah ia mendapat segala apa yang diinginnya. Bagaimana pula kurniaan kepada penghuni syurga yang tinggi kedudukannya? Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Betapa Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihnya Allah kepada makhluknya.

Syafaat (Pembelaan)

45. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallah’ sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallah’ dan di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallah’ dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu.” [0154]


46. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Aku adalah orang yang pertama-tama menjadi pembela di syurga. Tidak seorang pun di antara para Nabi yang mempunyai pengikut sebanyak umatku. Bahkan ada Nabi yang pengikutnya hanya seorang.” [0157]

47. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Setiap Nabi mempunyai doa mustajab, kerana itu para Nabi segera memanfaatkan doanya itu. Tetapi aku, akan ku manfaatkan nanti untuk membela (memberi syafaat) umat ku di hari kiamat. Insya Allah doa ku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah.” [0159]

Mengutamakan Amal Ibadat yang Konsisten

48. Dari Aisyah r.a, katanya : Rasulullah saw pernah ditanya oleh orang, ‘Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?’ Jawab Rasulullah saw, “amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit (berterusan).” [0755]

49. Dari Aisyah r.a : (Diringkaskan).. Rasulullah saw bersabda, “Beribadatlah sesuai dengan kemampuan mu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan amal ibadat mu. Dan amal yang paling disukai Allah ialah yang dikerjakan secara tetap (berterusan) oleh pelakunya.” [0757]

Keutamaan Pembaca Al-Quran
50. Dari Abu Musa r.a : Nabi saw bersabda, “Sering-seringlah (amalkanlah) membaca Al-Quran, kerana demi Allah, dia (Al-Quran itu) lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.” [0763]

Penjelasan : Membaca Al-Quran merupakan satu kemahiran dan apabila tidak diamalkan, kemahiran itu dengan mudah akan hilang. Sama juga kepada para penghafal Al-Quran, apabila tidak diamalkan, ingatannya pada ayat-ayat Al-Quran itu akan hilang. Wallahu’alam.

51. Dari ‘Aisyah r.ha : Rasulullah saw bersabda, “Orang (mukmin) yang mahir membaca Al-Quran maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membacanya (kurang mahir), maka dia mendapat pahala ganda.” [0767]

Keutamaan Surah Al-Ikhlas

52. Dari Abu Darda’ r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak sanggupkah kamu membaca sepertiga Quran dalam semalam?” Mereka balik bertanya, ‘Bagaimana cara membaca sepertiganya?’ Jawab Nabi saw, “Qul huwallahu ahad.....(Surah Al-Ikhlas) sama dengan sepertiga Al-Quran.” [0777]

Keutamaan Mu’awwidzatain

53. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tahukah kamu beberapa ayat yang diturunkan Allah tadi malam dan yang belum pernah ada bandingannya? Ayat-ayat itu ialah : (Surah Al-Falaq dan An-Naas).” [0781]
 

PERHATIAN : Setiap ayat Al-Quran kesemuanya adalah utama, mulia dan penuh kehebatannya. Ditulis di sini hanyalah sebahagian ayat yang mudah kita amalkan sahaja.

Mengamalkan Ajaran Al-Quran

54. Dari ‘Amir bin Watsilah r.a, katanya : Bahawasanya Nafi’ bin ‘Abdul Harits pada suatu ketika bertemu dengan Khalifah Umar r.a di Usfan.

(Diringkaskan – Hadis ini mengenai Umar r.a bertanya kepada Nafi’, mengapa diangkat Ibnu Abza (hamba yang dimerdekakan) menjadi ketua bagi penduduk Wadi. Lalu Nafi’ menerangkan, bahawa Ibnu Abza mempunyai kefahaman mengenai Al-Quran dan pakar ilmu faraid kerana itulah dia diangkat menjadi ketua di situ)

Kata Umar r.a, ‘Benar! Nabi saw pernah bersabda, “Bahawasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al-Quran) dan menghinakan yang lain.” [0783]

Penjelasan : Sesuatu kaum hanya akan dimuliakan apabila mereka berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman sebenar. Berpegang kepada selain daripada itu hanyalah kehinaan.

MISS moment bersama ustazatani almahbubatu

 
Bersyukur ke hadrat illahi sebab dengan izin dan limpah kurnianya dapat kami bersama-sama ke tempat yang ditakdirkan Allah pada 23 - 24 Mei 2014 selama sehari semalam. Sesungguhnya, rezeki kami agak meluas semasa ini. Lianna apa, kerana dapat mewakili daerah ke peringkat negeri yang berlangsung dee SMK Sulaiman, Bentong dan kami menginap dee Temerloh ( Resthouse ) sebelah jee ngan sekolah Cina :) yang bak kata ustazah canggih tu. sbb ada pemberitahuan elektronik kat bangunan sekolah diorang. Boleh laa :3 If nak dibandingkan dengan madrosatuna fi Rompin ni -,-Tu jee nak share. Kat bawah ni ada moment-moment indah yang insyaAllah menjadi ingatan dalam memori kat medulla oblongata dee otak kami :D Lupa nak bagi maklumat. Ni bersempena barnamaj Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) tahun 2014. Buat pengetahuan almusytarik semuanya budak arabic saje :) Untung jugak ambil arab ni. Even susah takpe. Bak kata org bersusah payah dahulu berlenang kemudian (: 

kat CRK Tomyam dee Pekan, Pahang
 Dalam rest house yang agak usang -.-

 Selfie amaamal mir-ati

 Ba'da ootd# kat Bandar Temerloh

 otw balik after ASAR dee Gambang

Berkenang-kenangan dulu sebelum balik SEMSER
 Pemandangan aura pagi depan resthouse, Temerloh

 Selfie depan mirror ngan Farhana

 Kad penyertaan peserta

Sebelum checkout nak bertolak gi SMK Sulaiman, Bentong

Ma'aa Nurul Lizwani selaku room and classmate aku

 Bangunan belakang tulah tempat pertandingan berlangsung