Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

MYEXPI : Tasik Bera

Assalamualaikum , saya mahu story pasal Tasek Bera sikit . Gambar je banyak . Biase laaa , hobi :P Nak buat goane :) Sebab haritu kitaorg sekeluarga dtg sini sebelum balik kampung ibu kat Felda Purun (:

 Ni pintu masuk Tasek ni . Mula-mula datang kena daftar dulu kat pak guard . Yelah , bahaya kot . Takut jadi mende-mende ke :P Yelah , tempat mcm tu kan . Hutan-hutan banyak makhluk halus . Bukan yang halus je besor-besor pon ade (: Hehe
 
Ni jeti dia . Mula-mula jejak agak teruja lah jugak :P Haha ! Padahal waktu aku kecil-kecik aku sokmo ikut ayah aku g sini . Lupee :P Biase la kecil-kecil dulu mane ingt (: Adik aku yelah first time g . Haha ! Jakoonnnn belaka :P Padan muka kauorg . Haha ! Jahat aku jadi kakak . 


Tasik Bera merupakan tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar semenjak tahun 1995. Keluasan yang dikhususkan sebagai Tapak Ramsar ialah 31,120 hektar. Tasik semulajadi terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan di hubungi oleh jalan raya. Orang Asli kaum Semelai merupakan penduduk utama di sini semenjak 600 tahun dahulu. Tasik, fauna, flora dan kaum Asli Semelai merupakan daya tarikan utama Tasik Bera untuk dikunjungi.






Terletak di barat daya Pahang, Tasek Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil. Dikelilingi hutan dipterokarp tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya gambut. Ekosistem Tasek Bera kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan dan juga menjadi tempat tinggal orang Asli suku Semelai di sekitar kawasan tanah lembap.


Tasik ini menjadi fokus kajian saintifik dan dilindungi di bawah undang-undang kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Kerajaan negeri sedang menguatkuasakan sebuah program 3 tahun dengan bantuan kewangan kerajaan Denmark dan bantuan teknikal dari Wetlands International Asia Pacific.



Waktu terbaik untuk melawat Tasek Bera bergantung kepada musim hujan dan kering yang berlaku di sini. Adalah dinasihatkan supaya pengunjung datang selepas musim hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pemancing yang baik selepas hujan lebat. Musim kering berlaku antara bulan Februari hingga April dan Jun hingga Ogos. Tasik ini dizahirkan oleh pemandangan air yang didominasi daun-daun pandanus yang mengelilingi terusan-terusan sempit yang menghala ke tasik. Pelbagai spesies paku pakis, anggerik dan tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok, sementara batang-batang rotan berduri berlingkar di lantai hutan. Berdozen periuk kera berwarna hijau dan merah tumbuh di rumpunan ‘reed' dan hutan tebal di tengah tasik.

 Jalan nak g tandosss !  Ibah mahu pipis :P heeee , dulu ayah kerja kat sini .



Tasik ini dan kawasan sekitarnya menjadi tempat pelindungan lebih daripada 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan. Kawasan hutan tanah rendah yang kaya dari segi biologi, dengan kepelbagaian, menjanjikan peluang yang banyak untuk aktiviti ‘jungle trekking' dan pemerhatian alam semulajadi.



Adik beradik aku ada lapan semua sekali . Tapi , tinggal yang ni jee :( Sorang lepas aku dah meninggal waktu umur lima hari :( Yang tiga lagi gugur . Kalao tak aku takyah jadi anak first . Jadi , anak ketiga . Ade brothe or sister :P Tapi , takpee . Untung jugak jadi kakak ni sebenarnye . Boleh buli adek ! Haha :P





Muhammad Akif Irfan . Nama irfan ni sempena name cerita Natasya dulu-dulu . Dia laher tahun 2006 time aku year three . Nakal kemain ! Geram aku :P Name Akif pulak sebab dulu-dulu time aku kecik-kecik , ibu ade ambil anak angkat dua orang . Nama anak angkat ibu aku tu akif . Sebab tu lah . Saje je nak story . Takthu dah nak tulis ape . Ni jelah kot . Banyak aku copycat je :P Malas nak tulis . Tapi , gedik nak post . Okay lah chau ! Daaaa , bye-bye adios :) Assalamualaikum kawan-kawan :3


MYEXPI : Hiking Gunung Senyum (:

  

Lokasi nya berhampiran dengan Jengka 23 , 24 dan 25 
Ianya terletak di dalam Hutan Simpan Jengka
Mempunyai ketinggian setinggi 485 meter ataupun 1600 kaki.
Mempunyai 160 buah gua
Hanya 16 gua yang biasa dijelajahi kerana keunikannya 
Gua merupakan tarikan utama pelancong ke gunung senyum 
 
 
Ni gambar pandangan from tempat parking kereta :) Antara gua yang terkenal di sini adalah Gua Nisan, Gua Kelawar, Gua Tali Air, Gua Makam Tok Long, Gua Silat, Danau Impian, Gua Gajah, Gua Taman Dua, Gua Taman Satu, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Kolam Tujuh, Gua Hidang, Gua Sara, Gua Piala & Gudang Kelawar, Gua Merlap, Gua Tapa dan Gua Kambing.

 Ni bukan kat dalam gua lagi . Ni time on the way nak g kat gua . Kena hiking dulu . Kolam ape ntah name die ni . Kamiorg pergi satu family . Dalam kolam ni , kira-kira 6 kaki lah jugok . Kalao tenggelam , boleh drowning dah agaknya :P Heeee
Aku pakai baju kurung g daki ? Perhh , hebat tu :P Haha ! Taklaa , ni pun baru lepas balik from kenduri kawan ayh kat Triang , Bera . tempat lama kami . Sekarang dok rompin dah . Dulu dok kat Triang ni la . Best , dekat ngan kedai . Takyah naik motor kalao nak beli aiskrim time kecil-kecil dulu :) Haha

Pemandangan kolam di sepanjang lorong sebelum nak hiking gunung tu laa . Pemandangan from tepi and dari jauh jee . Bahaye lah jugak . Sebab nampak mcm rumput dari jauh . Banyak rumpai dan tumbuhan akuatik kot kat dalam kolam ni :) 
Peta Gunung Senyum from gua ke gua then sampai ke puncak 

Pandangan Gua Angin mula-mula masuk . Berangin macam ada angin . Bosaaaar gua angin ni . Maybe nama dia gua angin sebab rasa ada samar-samar angin kali ya ? Hmm, biarlaa .


Dua gambar ni , kami kat Gua Angin laa :P Pokok hijau tu , warna dia cantik . Hijau-kuning hightlight (: Awesome + gorgeous + adorable laa gunung senyum ni . Unik kan ciptaan Allah ? Dengan aku-aku sekali Allah cipta . Heeee !




Ni semua kat Gua Angin . Tempat mula-mula kitaorg masuk -,- 
Besar laa jugak gua ni . Dekat ngan Gua Terang Bulan .







Caption : Kat Gua Taman dan Gua Taman 2 . Gua ni bersih jee , macam ada orang sapu . Maybe sebab tu lah , org-org panggil gua taman kot :) Cantik , mcm taman :3 Heeeee !





Ni kat gua terang bulan . Gua ni ada mitos dia . Bacalah kat gambar yang paling atas  yang ada tulis Selamat Datang ke Gua Terang Bulan tu ! Gambar ketiga ni , macam bulan je kan ? Sebenarnya dia just kawasan gelap yang tiba-tiba ada satu lubang kecil jee . Sebab tu dipanggil terang bulan . Gua ni terangnya ala-ala terang bulan gitu ;)

Gua yang paling terkenal di Gunung Senyum adalah Gua Kolam 7, Gua Taman Dua dan Gua Terang Bulan. Untuk ke Gua Kolam 7, anda dikehendaki untuk memanjat tangga yang telah disediakan oleh kerajaan negeri. Keadaan tangga yang mencacak memerlukan pelawat sentiasa mengambil langkah berjaga bagi mengelakkan berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.Tangga yang mencanak ini perlu diberi perhatian kerana sudah berlaku banyak kemalangan di dalam kalangan pelancong (:


Datanglah ke Gunung Senyum ;) Kauorg pasti teruja dengan pengalaman serba baru sambil menyaksikan kebesaran serta kecantikan alam ciptaan Allah SWT ini . Kat Pahang je Gunung ni . Tamat sudah Al kisah percutian saya tahun 2012 :) Dan akan memasuki tahun 2013 (: Bye-bye assalamualaikum

MYEXPI : Lawat Sekolah Rendah Kg Kolam



Physical entire Sek. Keb. Kampung Kolam from :

Cantik and gorgeous plus adorable :P Ngeee 
Pengetua yang aku hari tu , Haji Kamarudin tak silap -,- Garaaanggg !
GPK banyak yang dah tukar 
Cik Malek tetap kerja situ *yang sporting-sporting tu*
Cikgu - cikgu banyak jugak la yang baru
Cikgu lama ada . Aku pakai salam je , ramai yang tak kenal
Sekolah pun banyak dah bertukar wanra *pink tiangnya*
Siap ada cemingg lagi kat tepi tangga
Dewan baru aku sempat lah gune sehari *buruk dah tadi aku tengok* haha
Kantin tak sempat nak g makan .
Cikgu Norhafizah ingat aku lagi *bangga* 

Ada sorang ustaz ni . Perhhh , boleh laa dia . Ada pemanis muka bawah mata ;) Dah kahwin and anak dia diasuh kat belakang je ngan rumah aku (: Tak sangka . Dia from Tanjung Gemuk >< and stay kat Taman Impiana -.- Friendly . Baru sehari . Hampir semua pasal dia aku ngan ain tahu -,- Agak kan ? Peramah beliau . Gambar dia takde laaa . Beliau pernah ajar kat Agama Rompin and jadi warden kat sana . Beliau story moment dia kat sanalah apalah itu lah . Oh , sebelum terlupa . Ibu aku cakap nama dia Ustaz Zul :) Nice kan ? Macam nama cikgu kat sekolah aku . Beliau sepupu cikgu zul afzan . Eh , tak ! Dua pupu .

Okay lah , waktu balik aku ikut jalan rompengg permai sampai RBR then lalu Tasik sampai rumah (; Dah , habis cerita saya kali ini . Kita sambung di lain waktu ya laling-laling yang hengsengg plus gorgeous sekali . Daaaa *nyitmata* perhh >< tak secomel kalian :P Adios ! Assalamualaikum wbt 

Hikmah Sakit

 
 
Apabila seorang hamba Allah telah jatuh sakit ,
Allah akan utuskan empat malaikat iaitu :')
  
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA :(

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA :(

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA (pucat) :(
  
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA :D


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka :)

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa . Subhanallah :D Alhamdulillah , Allah itu maha besar -,-

Fact about dream

 
 
1. Anda akan lupa 90% daripada mimpi anda
Lepas bangun tidur, aku selalu berfikir sejenak, "Eh tadi aku mimpi ape ek? Macam best tapi lupelah!". Rase macam rugi jek. Macam tengok wayang tapi lepas klua wayang lupa terus. Lepas tu tengok skali lagi excited macam tak pernah tengok. Hohoho. Berbalik kepada mimpi, kalau ingat pon hanya ingat sikit je (':
Cat Kitton :) Sleep comel nya. Ada butterfly teman lagi

2. Kita hanya mimpi orang yang kita kenal
Pernah tak mimpi kena bunuh? Tengok muka pembunuh tu macam tak pernah jumpa, tapi sebenarnya mungkin pembunuh tu orang yang kita pernah nampak masa shopping, masa dalam LRT ataupun pegawai dekat dalam pejabat pos masa nak kemaskini buku bank. Sebenarnya kita pernah jumpa dia cuma kita je tak ingat. So kalau korang mimpi korang kawin dengan sesorang yang korang rasa korang tak pernah kenal pon. tapi sebenarnye orang tu kita pernah jumpe dah. Haa kat mane la tu yek? hehe :)
The sweet couple. Kauorg cute lorhhhh <3
Kami kanak-kanak baik :P kami comel :*
3. Mimpi tak semestinya ada color
 Kalau mimpi P Ramlee, mimpi anda jadi hitam putih kot. hehehe :)
Cute cat :) Kucing comel -,-
4. Mimpi yang biasa bagi setiap manusia
Mimpi berkaitan sekolah/universiti, mimpi jatuh, mimpi dikejar, mimpi basah, mimpi sampai lambat, mimpi orang yang kita sayang mati, mimpi gigi patah (selalu jugak ni), mimpi kemalangan kereta, mimpi fail exam dan mimpi boleh terbang.

5. Anda menjadi lumpuh semasa tidur
Percaya tak? Masa kita tidur rupenye kita menjadi lumpuh sementara? Menurut Wikipedia, "Kelenjar mula merembeskan hormon yang membantu mendorong tidur dan neuron menghantar isyarat kepada saraf tulang belakang yang menyebabkan badan untuk berehat dan kemudiannya menjadi dasarnya lumpuh." Kalau tak, kita maybe akan berlari jika bermimpi anjing kejar ke ;) Sebab tu, lah kita lumpuh sementara (": Ciptaan Allah memang terbaik lah <3
 6. Anda tidak bermimpi semasa anda berdengkur -.-
 7. Apa yang anda mimpi, tidak bermaksud straight-forward, tetapi dalam bentuk simbolik dan perlu difahami dan ditafsir dengan cara tertentu :D
8. Orang buta juga mimpi, tetapi dalam bentuk sentuhan, bunyi, bau dan emosi. Manakala orang yang tidak buta sejak lahir akan bermimpi dalam bentuk imej, macam manusia normal :*