Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Konya; the city of heart

Headline: Cerita inspirasi daripada perjalanan ke Konya; kota tertua dunia.

Topik: Perjalanan yang berkat adalah perjalanan yang memberi hikmah dan kesan di dalam hati
Tarikh pergi: 22-25 Disember 2018
Tarikh siap menulis: 18 March 2019

[Intro] Izzati kongsi secara ringkas maklumat tentang bandar hati ini.


Konya adalah salah satu bandar tertua Turki yang paling lama dihuni dan dikenali sebagai Iconium di zaman Rom. (Sumber: tidak diketahui) 

Sebagai ibu negara Turki Seljuk dari abad ke-12 hingga abad ke-13, ia menjadi salah satu pusat kebudayaan yang hebat di Turki. 

Dalam tempoh pertumbuhan budaya, politik dan agama, mistik Mevlana Jelaleddin-i Rumi mengasaskan sebuah perintah Sufi yang diketahui di Barat sebagai 'Derwish Whirling'. (Sumber: tidak diketahui)


P/s: #HNsharestips Setiap hari Sabtu di Konya Merkezi Kultur, diadakan tarian Sema dalam peringatan Mevlana Jelaleddin-i Rumi. Kita boleh ambil tempat di dewan Merkezi Kultur bermula jam 6:30pm- 7:00pm. Menariknya, persembahan tarian Sema adalah percuma tanpa bayaran. Jadi, sila rebut peluang itu.




Makam yang berwarna hijau Mevlana adalah bangunan Konya yang paling terkenal. Dilampirkan ke makam, bekas seminari darwis kini berfungsi sebagai muzium manuskrip perumahan karya Mevlana dan pelbagai artifak yang berkaitan dengan mistisisme mazhab Derwish ini. (Sumber: web lain)

[Topik utama] Kalau pergi musafir ke mana-mana tempat di Turki, Izzati minta kat Allah untuk bagi hikmah dalam setiap perjalanan. Alhamdulillah, Allah ajar banyak benda sepanjang perjalanan ke Konya, kota hati ini❤️ Antaranya:
  1. Sabar dan tetaplah bersabar walaupun hampir rasa ‘give up’:
-‘Beautiful things come later’ #HNquotez Contohnya kami ambil masa lama tunggu bas untuk ke Taman rama-rama Konya... disebabkan kami tetapkan untuk mulakan perjalanan ke tempat-tempat menarik sebaik sahaja tiba di Konya tanpa meletakkan beg dan barang-barang menginap di Hotel, beban yang dirasa semakin berat ditambah dengan rasa penat sebab bermusafir dengan bas selama lebih kurang 6 jam.  

-Untuk pengetahuan kalian, suasana dan cuaca di Konya adalah lebih sejuk berbanding Karabuk...jadi, agak mencabar jugalah nak tunggu bas dalam jangka masa yang lama.

-Walaupun, rasa susah dan putus asa sangat masa itu, kami tetap teruskan juga perjalanan dan ‘stick to the plan’, walaupun masa tu semua dah rasa mcm nak balik karabuk semula dah😂💪🏾

“And the satisfied and beautiful things came for us on the next day of journey.” Betullah yang Allah janji bahawa kesabaran itu cantik dan indah! 




Alhamdulillah, berkat sabar menunggu bas... akhirnya bas sampai juga dan kami bergerak ke Taman rama-rama Konya. Dalam tempat itu, suhu adalah lebih suam berbanding di suhu di luar untuk membolehkan rama-rama didalamnya mampu ‘survive’.

‘Disclaimer’: Gambar Simit di Istanbul
  1. Berkongsilah dengan rezeki yang Allah pinjamkan untuk kita dengan orang terdekat:
-Kalau ‘dah’ ada niat ‘nak’ belanja atau kongsi rezeki itu, boleh teruskan niat dengan teruskan belanja. Nanti rugi kalau kedekut tiba-tiba lepas ‘dah’ niat.



-Contohnya: Pagi tu, Izzati beli simit (sejenis nama roti yang bentuknya seperti donut tapi lebih keras dan teksturnya disaluti bijirin).



-Izzati terniat untuk beli lebih untuk berkongsi dengan Asel and Ilham. Maka, terbelilah tiga keping simit. Tapi Izzati teruk sebab pergi ikut cakap syaitan, “Takyahla kasi nanti kau takcukup.” Astaghfirullah!🤦🏽‍♀️ Elakkan mencontohi Izzati yang terpedaya dengan hasutan syaitan. Jadi, kalian semua sepatutnya harus kongsi rezeki kalian. Dan yakin, nanti Allah tambah rezeki. Memang ‘takkan’ berkurangnya. Pasti! Inshaa Allah apatahlagi andai kita ikhlas nak kongsi rezeki kerana Allah.



-‘And at last,’ makan satu je... yang lagi dua takmakan (nasib baik boleh simpan sebab simit ni roti kosong kering, jadi bakteria tak suka hidup di tempat kering macam simit heheh).
                             
3.  Belajar dan paksa hati untuk ikhlas dalam berkongsi rezeki dengan hamba Allah yang lain:

-Semasa menyaksikan cantiknya pemandangan matahari terbenam di dataran yang terletak berdekatan dengan muzium Mevlana, Konya, ada beberapa kumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang berkeliaran meminta dikongsikan rezeki dengan mereka.


-Masa itu, kami makan balık ekmek (roti Ikan yang bagi Izzati rasanya lebih kurang laksa😂 mungkin atas faktor ‘craving sebab di Turki, memang taklah mereka jual/sediakan Laksa).

-Tiba-tiba, datang seorang wanita dan juga budak kecil meminta didermakan sejumlah wang. Izzati tidak sampai hati nak pandang, dan Izzati teruskan makan sebab lapar sangat masa ‘tu’. Wanita dan adik kecil itu beredar dari tempat itu😅

-Niat Izzati lepas makan, inshaa Allah bolehlah kongsi sedikit rezeki walaupun dalam beg duit dah kurang duit heheh. -Masa Assel dan Ilham ingin membeli coklat dan buah tangan di kedai berdekatan, Izzati minta izin ‘diorang’ untuk duduk sebentar di dataran berdekatan muzim Mevlana.

-Datang dua orang budak kecil meminta duit dan Izzati tidak sampai hati untuk menolak. Jadi, Izzati buka beg duit dan capai sekeping 10 lira dan menghulurkan kepada dua orang adik lelaki itu.


-Walaupun dalam hati, ada rasa macam mereka sememangnya datang dalam kumpulan (sindiket), tapi untuk melegakan dan memaksa hati untuk ikhlas memberi kerana Yang Maha Pemberi Rezeki, Izzati mengeluarkan ‘telefon’ dan menulis di aplikasi perbelanjaan iaitu ‘my Wallet’ yang Izzati memang guna sepanjang di Turki sebaris ayat iaitu:




Dan alhamdulillah, hati Izzati lebih tenang dan yakin dengan ganti yang pasti Allah beri. Hadiah ganti: Allah bagi keesokkan harinya itu. Heheh, kalau nak tahu... boleh baca ‘next sharing’🙈

P/s: #HNsharesknowledge apakah hukumnya kalau kita kongsi rezeki (sedekah) pada orang yang menipu? Hukumnya adalah ikut niat kita (orang yang memberi). Kalau ikhlas sebab bantu dia kerana Allah, inshaa Allah akan diberi pahala walaupun orang yang diberi sedekah itu tidak jujur. 

Sebab? Ada kaedah fiqh yang ustaz Hassan Suleiman UIAM Gombak ajar iaitu الأمور بمقاصدها yang mafhumnya, semua perkara itu adalah dengan maksudnya (niatnya). Btw, kaedah ini digunapakai berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w إنما الأعمال بالنيات...sehingga hujung hadis, wallahu a’lam.

Disclaimer: Tulisan ini ditulis selepas perjalanan ke Konya sebagai ingatan dan pengajaran akan datang sebab kalau tidak tulis, nanti Izzati risau terlupa perasaan hikmah itu. Terima kasih faham, alhamdulillah!

Semoga pengalaman ini memberi 
manfaat kepada awak, dia dan Izzati. Terima kasih kerana sudi mengambil manfaat daripada perkongsian ini. 

Tolong doakan yang terbaik untuk Izzati, semua ahli keluarga Izzati, kawan-kawan, para guru yang pernah mengajar Izzati, Assalamualaikum w.b.t