Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Azab Allah buat sang Hawa

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. 

Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya." Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. 

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.  

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.  

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
  • Rasulullah menjawab, wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya karena ia boleh shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah PERINGATAN kepada kaum wanita.

Insan yang didoakan malaikatun

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat :
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT. Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Kisah Cinta Sepohon Tuffah

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu

Waktu terus berlalu

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari,seperti kebiasaannya

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.Wajahnya nampak sedih

“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu

"Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi”jawab kanak-kanak lelaki itu

“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

“Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu”

Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang

“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal

“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya

“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal

“Aku sedih” kata anak lelaki itu

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.

Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian

“Maaf anakku” kata pohon epal itu

“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

"Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata

“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu

“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”

“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya

Moral of story :

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan
Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagiaKita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu. Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat. Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya.


Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..Ya Allah Ya Ghaffar..Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini..Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu..Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku..Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku..Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu..Aamiin.

Bicara dari syurga

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokaatu. This is the story about dialogue between two person in heaven. They are talking about women life in world. Writen by Soffian Assauri bin Md Safar, my friend and retype by me, Izzati Nadia Sharifudin. Normal font for Malay, condong for Arabic terms, and Bold for English. Read by bismillah tau :)


     "Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

      Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia, "Wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangisan dan sendu..nya. Tapi disitulahwahai adikku, kekuatan  utuh yang tiada ternilai andai pandai dimanfaat sebaiknya. Tangis sendunya seorang wanita itu wahai adikku, mampu meleburkan ego seorang pria...menjadi Izzah yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang laki laki.Kerana sendu rayunya wanita itu (Asyiah), Musa AS terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembu wanita itu bukan lemah, api senjata."

      Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi..."Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

      Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. " Pernahkah adikku mendengar akan pesanan Illahi pada hambaNya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfiman lagi dan bermaksud, Wahai para wanita beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutup auratmu.

 

      Sekarang cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya? Iaitu pada hamba yang bergelar Ar rijal bukan. Karena andai lelaki menjaga pandangannya, maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupakan pesanan buat kaum Hawa agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatan dirinya. Sesungguhnya, para wanita wanita bergelar Harun Ain itu, adalah mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada suami dan mahram mereka sahaja. Dan dikatakan kepada mereka, para wanita yang suci. Wanita yang beriman itu, kata Rasulullah SAW, lebih tinggi martabatnya ! Bukan fitnah semata mata jikalau Ar rijal dan An nisa' sama sama mematuhi pesanan Illahi ! Sesungguhnya, wanita yang beriman dan solehah itu lebih afdal daripada beribu pria yang soleh."

      Adik masih tidak berpuas hati. "Tapi kakakku, mengapa wanita itu menjadi peragaan. Sedangkan mereka merasa malu? " Bidadari menguntum senyuman penuh makna. Semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni Jannah ini ! "Wahai adikku sayang, al haya (shy) itu dalam diri setiap insan hadirnya seiring dengan nafas insani dan al haya itulah pakaian iman serta benteng bagi diri mereka. Tatkala leburnya al haya dalam diri, maka runtuhlah iman.

       Kenapa mereka merelakan diri daripada menjadi peragaan? Alasannya adalah karena mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri kurang cukup menarik..merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari sudut psikologinya. Namun adikku, wanita solehah pasti melindungi diri mereka daripada perbuatan murahan itu."

      Adik mengerutkan dahinya sambil menggaru kepalanya. "Jadi kakak, bagaimana hendak adik kenali mereka?"

       Senyuman manis tanpa kelat terukir di bibir bidadari lagi. Dalam qalbunya terdetik moga Allah merahmati mujahid cilik ini. "Wahai adikku, pada zaman Rasulullah diperintahkan wanita wanita beriman itu mengalasi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi, perlu juga dijudge dari sudut hati...juga pada akhlaknya. Pada alaf kini, tiadalah sukar membezakan wanita wanita solehah dan yang tolehah..karena dalam hati hati mereka, kekal ada lu'lu indah..perasaan cinta pada Yang Maha Kholiq..Karena fitrah cinta kepada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan.


 


        Adikku, mereka ini tetap punyai hasrar untuk kembali pada sirotol mustaqim. Cuma kadang kadang, term solehah itu terasa berat di bahu mereka..Kekandang, mereka takut pada persepsi wara dan 'alim. Sedangkan itu cumalah persepsi oleh andaian golongan manusia sahaja. Hakikatnya, wara' itu terjemahannya adalah menjaga dan 'alim itu ertinya orang yang mengetahui. Barang siapa yang ber'ilmu, maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua words ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Inilah norma masyarakat. Sedangkan mereka alpa..Allah telah menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan & garis panduan. Allah bukan zalim pada ciptaanNya. Allah Maha Mengetahui apakah yang sebaik2nya buat makhluk yang bergelar Hawa ini..Tapi sayang, golongan Hawa kekadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan. Sedangkan Allah telah merafa'kan martabat golongan Hawa ini.
   
        Adikku, 1001 keindahan penciptaan wanita ! Pandai2lah dikau menilai.. antara lu'lu & kilauan debu pasir di pantai. Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang berkualitas amat mudah untuk diperoleh karena ia berguguran di tanah.. Tapi, epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Sukar dipetik dan digapai. Terkadang, epal itu risau kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan terlalu tinggi martabatnya. Sebenarnya, epal itu terlalu tinggi, elok sifatnya, sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pria cekal yang benar benar hebat sahaja yang bakal mampu milikinya. Atau mungkin bukanlah di dunia. Namun, di akhirat? Biarlah, jodohnya di akhirat bukan di dunia. Asalnya cinta Illahi mengiringinya dengan redha dan barokah."

      Adik terpaku sendiri yang maybe terbayang sepohon epal yang besar dengan buahan epal tergantung kemerahan? Bidadari lalu bangun. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Wahai adikku, sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah, kamu kanak kanak adalah penghuni Syurga ! Alangkah bertuah dirimu adik. Sedangkan aku hanya bidadari berwajah manusia..Benarkah menjadi bidadari syurga? Innallahu a'lam.

Teka teki Imam Ghazali

Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan teka-teki :


Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 1

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang tua."
Murid 2 : "Guru."
Murid 3 : "Teman."
Murid 4 : "Kaum kerabat."
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 2

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Negeri China."
Murid 2 : "Bulan."
Murid 3 : "Matahari."
Murid 4 : "Bintang-bintang."
Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 3

Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung."
Murid 2 : "Matahari."
Murid 3 : "Bumi."
Murid 4 : "Lautan"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 4

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Kapal."
Murid 2 : "Besi."
Murid 3 : "Gajah."
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (Surah Al-Azab: 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 5

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas."
Murid 2 : "Angin."
Murid 3 : "Debu."
Murid 4 : "Daun-daun."
Imam Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 6

Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : "Pedang."
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri." 
Teka-Teki Imam Ghazali

Walau perkara yang sama yang di ulang berulang kali, sudah menjadi lumrah manusia...mudah lupa dan terleka. Semoga kita saling mengingati dan berpesan dalam kesabaran kerana kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi. 

10 asbab Allah unmakbulkan doa

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan
mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mau bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rekanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka

Alamat Kiamat :)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat. (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin) dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin akhlaknya.


Miskin didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud miskin jiwa.

Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu :

Bisu, tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan kebenaran ( sesat). Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi ( Juz 1, bab Asyratuss’ah Shahih Muslim Syarh An-Nawawi)

Musibah kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata). Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.

Selain itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.

Seorang lelaki Arab awam telah bertanya pada Rasulullah S.A.W, ” Ya Rasulullah, bilakah kiamat itu akan terjadi?”       
           
Baginda S.A.W menjawab , “Apabila amanah telah disia-siakan maka nantikanlah kemunculan kiamat” 
                                      
Lelaki itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan amanah yang disia-siakan? 
                                                                           
Baginda S.A.W menjawab, “Apabila sesuatu urusan yang penting diserahkan kepada yang tidak layak untuk memangkunya, maka nantikanlah kemunculan kiamat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Renung-renungkanlah sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W dan Firman Allah S.W.T .. Sudahkah musibah seperti ini terjadi?

Sumber Rujukan :
Buku berjudul 3 tokoh bakal menakluk dunia ditulis oleh Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar

Neraka itu hakikah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Neraka Itu BenarAzid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."


Sifat Neraka Jahannam

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya... Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Neraka Itu BenarDemi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seseorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Pintu Neraka

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 
Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah; untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.
Neraka Itu Benar

Pintu kedua tempat; orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat; orang shobi'in bernama Saqar,
Pintu ke empat; tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima; orang yahudi bernama Huthomah,
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai matinya tapi belum sempat bertaubat."
Kasihnya Rasulullah Pada Umatnya
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga baginda sedar kembali dan pabila sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah...

Kisah Pendayung dan Profesor

Pada suatu hari... Seorang Profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan telah menumpang sebuah sampan di mana pendayung sampan itu adalah seorang tua yang begitu pendiam.
sampan

Profesor memang suka akan pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Maka dengan penuh kusyuknya Profesor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm... hari nak hujan.” Tidak lama kemudian Profesor pula berkata, “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat”  Legalah hati si pendayung sampan.
sampansampan

Pendayung sampan itu mengikut perintah dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Profesor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Profesor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Profesor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu.
sampan

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Profesor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Profesor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan... Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” 

sampan

Profesor itu masih lagi bertanya. Seperti sebelumnya, pendayung sampan itu hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau begini, sungguh kasihan... kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. 
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian,  hujan turun dan dengan tiba-tiba saja telah datang ombak yang besar!
sampansampan

Sampan mereka di lambung ombak lalu terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting kedalam laut. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor itu hanya mampu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
sampansampan

Setiap kerjaya seseorang itu walau pun tidak memerlukan tahap ilmu pemikiran yang tinggi namun pengalaman dan kemahirannya patut kita hargai dan hormati. Kelebihan yang tidak akan dimiliki oleh semua orang.
Maka bersyukur dan hormatilah dengan kerjaya sendiri dan orang lain. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah sesama manusia kerana kita semuanya sama disisi Allah SWT, hanya amal yang soleh yang membezakan kita di sisiNya.

What are our needs ? Islam prepared

Apa yang anda inginkan? 

Segala yang anda inginkan. Islam beri jalannya.

Anda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada Jalannya

Anda ingin bahagia? 
Solatlah diawal waktu

Anda mahu dipermudahkan urusan? 
Rajinkanlah membaca Al-Quran

Ingin dihormati dan disegani? 
Contohilah perilaku Rasulullah SAW

Mahu hidup diberkati? 
Perbanyakkan berselawat 

inginkan wajah yang berseri-seri? 
Bangunlah disepertiga malam dan bertahajjud

Anda mahu kaya? 
Berzakat dan berbanyakkan sedekah serta amal jariah

Anda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada Jalannya

Anda ingin sihat? 
Maka berpuasalah

Mahukan ketenangan hati? 
Lafazkanlah zikrullah

Anda mahukan pertolongan? 
Berdoalah

Anda gagal dan berdukacita? 
Beristighfarlah

Anda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada JalannyaAnda Inginkan... Ada Jalannya

Anda mahu Islam menguasai dunia? 
Solat subuh berjemaah dimasjid seperti ramainya bersolat jumaat

Anda mahu kereta? 
Bekerjalah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah SWT

Anda mahu lulus periksa? 
Belajarlah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah SWT

Anda inginkan syurga? 
Ikutlah segala perintah Allah SWT dan jauhi segala laranganNya

Anda Inginkan... Ada Jalannya

Nyatakanlah apa sahaja yang anda inginkan... Pasti akan ada jalan penyelesaian dan panduan jika anda benar-benar yakin dan percaya bahawa Islam itu benar dan sesungguh Nya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT. Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan... Insyaallah, anda pasti akan menikmati dan mencapai apa yang anda inginkan. Allah SWT Maha Besar lagi Maha Penyayang...sentiasa mendengar dan adil kepada umatNya... Yakin, beriman dan bertakwalah ! Nescaya kalian pasti bahagia di dunia wa akhiroh :) InsyaAllah.

Coffee and its pros

Anda suka minum kopi? Ya... Kopi merupakan satu daripada minuman paling popular dan digemari di seluruh dunia dan didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso. Walaupun airnya berwarna hitam namun aromanya sungguh memikat sesiapa sahaja.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun.  Ini menjadikan kopi minuman yang paling popular di dunia. Contohnya di US, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin  setiap hari. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk KesihatanKopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan

Kopi sebagai minuman, pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah. 
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan 

Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan 
Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum itu orang Eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk. 
Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun.
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk KesihatanKopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Di antara kebaikan-kebaikan  kopi adalah :
1.       Hidup lebih Lama
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak.

Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2.       Mencegah Penyakit
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi  1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik.

Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3.       Bersenam
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4.       Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5.       Mencegah stroke
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. 

Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6.       Kesihatan yang lebih baik
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara.

Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7.        Mencegah Penyakit Gout
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout.

Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Melihat pada keistimewaan dan khasiat meminum kopi terhadap kesihatan untuk jangka pendek atau panjang, ianya jelas membuktikan kopi salah satu minuman yang berkhasiat. Namun jika diambil berlebihan atau bersama campuran gula yang banyak...khasiat akan membawa mudarat!
 
Kopi Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan

Hasil dari kajian, tiada siapa yang mampu menafikan bahawa kopi memberi banyak kebaikan...tapi ianya adalah penemuan dizaman moden ini. Ketahuilah juga bahawa tiada sunnah yang mengatakan kebaikan kopi mahupun ianya adalah minuman kegemaran Nabi melainkan herba yang terbukti dalilnya seperti Hindiba’, Habbatus Sauda’. Hulbah dan Zanjabil. Kopi menjadi minuman istimewa yang baik untuk kesihatan selepas Ibnu Sina mempopularkan kopi bersama campuran-campuran herba tersebut.
Jom kita pekena secawan kopi ! untuk kesegaran sebelum bertahajjud mahupun qiamullail di tengah malam :)