Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Bila rindu menyinggah qolbu

Assalamualaikum wbt and sobahal khoir jamie'an. 

Masa : 8:10am
Hari : Sabtu
Tarikh : 30 July 2016
Adat menyayangi, pasti ada merindu... Tapi, apa yang kita lakukan bila merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah, atau keluarga, pasti kita sudah hubungi mereka... Cara yang sudah menjadi kebiasaan bila rindu... Bila rindu, hubungi... Dah hubungi, cakap lama-lama, tapi masih merindu... Haa... Macam mana tu, saudara dan saudari sekalian... Sampaikan ada yang sanggup tidur dengan telefon, atau mungkin bercakap dengan insan yang dirindui sampai tertidur... Bagaimana jika kita terlalu rindu sehinggakan membuak rasa ingin berjumpa dengan insan yang dirindui itu? Bagaimana pula jika kita rindukan insan tersebut, tapi pada masa yang tidak sesuai? Rindu di kala terjaga di tengah malam, mungkin? Atau kita tinggal berbeza benua dari insan tersebut? Pada saat kita bangun tidur, mereka sudah tidur, pada saat mereka bangun tidur, kita pula sudah tidur? Tapi, kita merindukan mereka... Apa nak buat, pada ketika itu? Atau mungkin kita merindukan seseorang yang tidak halal bagi kita (faham-faham la ye...)? Adakah kita akan hubungi si dia, semata-mata untuk menyatakan rindu? Boleh jadi fitnah tu... Jadi, apa nak buat bila kita rindu di keadaan yang tidak sesuai?

Jawapan yang ingin saya kongsikan, adalah solat sunat... Insya-Allah, selesai isu merindu... Mengapa saya katakan solat sunat mampu mengubat rindu? Satu analogi mudah... Bila kita merindukan seseorang, pastinya timbul rasa ingin bertemu... Nak bertemu berhadapan, melihat mukanya di depan muka kita, tak tercapai kerna jarak memisahkan... Tak kisah jarak fizikal atau jarak syariat... Oleh itu, apa kata kita temukan hati kita dengan hatinya? Di mana hatinya? Pastinya ada pada tuhannya, Allah SWT...

Analogi lagi... Contohnya, kita merindukan buah hati yang tinggal sekampung dengan kita... Lalu, kita ke rumahnya... Ops, lupa nak beritahu yang buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah la katakan)... Sampai ke rumah si dia, berjumpa si ayahnya... Lalu berkatalah kita, “Assalamualaikum Pak Cik Haji... Saya datang ni, nak berjumpa Fatimah Az-Zahra...”. Maka bertanyalah si Pak Imam, “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Apa hajatnya Ali Imran nak jumpa anak dara pak cik ni?”. Selamba kita jawab, “Saya rindu akan Fatimah Az-Zahra, pak cik... Rindu sangat-sangat... Dapat tengok muka dia pun jadilah...”. Pak Imam pun membalas, “Ali Imran ingat Fatimah Az-Zahra tu Tugu Negara, nak tengok-tengok? Ada bagusnya Ali Imran ke pantai, tengok pokok kelapa... Sambil-sambil tu, istighfar... Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh...”.

Itu adalah contoh respon seorang bapa, pemilik diri anak daranya... Betapa si bapa melindungi kehormatan diri anaknya... Namun, kadang-kadang perisai si bapa bocor jua... Si dara terlepas jua... Maka, dari rindu nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak pegang-pegang, dan jadilah menjadi-jadi...

Oleh itu, sampaikan rindu kita kepada pemilik hatinya... Inilah medium komunikasi hati ke hati... Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh hatinya yang jauh nun di sana, itu lebih terkesan berbanding bicara mulut manis bertebu di bibir... Kata rindu yang dilafazkan juga ditapis dengan terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik hatinya...

Selain itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan dalam meredakan rindu... Kadang-kadang, pada saat kita bertakbir, degupan kencang jantung kita mampu reda dengan serta-merta... Ajaib kan? Haa... Itulah barakahnya solat sunat tatkala rindu... Selain itu, kita juga mampu ‘membunuh 2 burung dengan 1 batu’ (killing 2 birds with 1 stone)... Kita bersujud kepada Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kepada hati si dia...

Mengapa dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini kerana hakikat bahawa rindu datang tidak tentu masa... Jika ingin menanti waktu solat fardu, pastinya tidak ternanti... Oleh itu, laksanakanlah solat sunat, kerna solat sunat tidak mengira masa... Contohnya, rindu kita datang pada jam 8 pagi... Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu... Kita boleh laksanakan solat sunat Dhuha... Jika dah kita laksanakan solat sunat Dhuha, kita masih boleh solat sunat yang lain-lain... Satu lagi analogi, contohnya kita mimpikan si dia (rindu sangat, sampai termimpi)... Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia... Apa nak buat? Isyak, dah lama kita solat... Nak tunggu Subuh, lama lagi... Nak sambung tidur, tak dapat, sebab rindu sangat... Senang je... Bangun, ambil wuduk, solat sunat... Tak kisah nak solat istikharah atau solat hajat, atau mungkin solat apa saja... Insya-Allah, terubat rindu tu... Dah terubat rindu, alang-alang dah bangun tu, qiamulail terus sampai Subuh... Fuhh... Untung betul... Ramai insan lain, rindu, sia-sia... Sebab mereka tak buat apa-apa... Ada juga insan yang rindu, berdosa...Sebab mereka buat maksiat, hanya kerana mereka rindu... Tapi, kita rindu, berpahala...Sebab bila kita rindu, kita qiamulail, beribadat kepada Allah SWT... Untung kan?

Teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal, “Kalau nak solat sunat, boleh niat ‘Sahaja aku solat sunat kerana Allah Taala’. Cukup.”... Maksud kata, solat sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak tahu nak solat sunat apa, boleh je niatkan sebagai ‘solat sunat’... Itu sudah memadai... Pendek kata, bila rindu, solat sunat... Insya-Allah, rindu terubat, pahala pun dapat...

Rindu tak memerlukan suara lunak...
Untuk nyanyikan, 
“Tuhan sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu ku rindukannya”  
(nada: Ombak Rindu)...
Rindu tak memerlukan kredit telefon berpuluh...
Untuk telefon dia, melepaskan rindu berjam-jam...
Rindu cuma memerlukan usaha sedikit...
Usaha untuk menyamankan badan dengan wuduk...
Usaha untuk bersolat sunat...
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, mungkin sia-sia...
Luangkan masa menghubungi si dia, mungkin berdosa, mungkin juga sia-sia...
Luangkan masa bersolat sunat, berpahala...

Nota : Rindu di sini tak semestinya rindukan buah hati... Rindu di sini juga teraplikasi pada rindukan keluarga. Rindukan sesiapa sahaja, Insya-Allah solat sunat adalah langkah yang praktikal sebagai meredakan rindu...

Talian sedang sibuk. Harap maaf!

Assalamualaikum wbt, harini Izzati nak share pasal “HARAP MAAF.. TALIAN SEDANG SIBUK, SILA CUBA SEKALI LAGI”, from this blog. Harap memberi manfaat.

 
Pernah mendengar kata-kata itu? Kata-kata seorang operator telefon yang dirakamkan khas buat talian yang sedang sibuk. Atau mungkin juga kita pernah mendengar ayat ini, “Maaf.. Pegawai kami sedang sibuk, anda akan dilayan sebentar lagi, harap bersabar”. Sabar punya sabar, masih juga belum dilayan.

Apakah hikmah di sebalik kesesakan talian itu? Adakah kerana kekurangan kakitangan atau sistem telekomunikasi yang kurang sistematik? Bagi saya, hal ini berlaku disebabkan penggunaan perkhidmatan komunikasi di waktu puncak yang sesak!

Waktu puncak boleh dikatakan bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam. Manakala waktu tenang pula ialah pada pukul 7 malam sehingga pukul 7 pagi. Dimudahkan cerita, siang adalah waktu puncak dan malam adalah waktu yang tenang. Oleh kerana itulah kebanyakkan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej harga yang berlainan mengikuti waktu yang ditetapkan. Harga di waktu sesak lebih mahal!

Di sebalik talian yang sesak itu, adakah kita terfikir tentang talian yang lebih hebat daripada talian telekomunikasi ini? Ianya adalah ‘talian’ Allah yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Saya mula terfikir tentang hikmah kelebihan sepertiga malam yang sering diceritakan oleh Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasalam. Mengapa sepertiga malam?
Malam adalah waktu yang tenang. Seperti talian telefon yang tidak sesak di waktu ini menunjukkan komunikasi akan menjadi lebih lancar dan kurang halangan. Doa mudah diterima di waktu ini.

Be grateful to achieve successful

I have some advice for the young generation who are wanting to become successful in life: become more grateful. Once you do that, Allah says, "If you are grateful, I will surely increase you (in everything)." If you're having a hard time in math, science, language and whatever else, become grateful to Allah and He will open doors for you. You'll even get better at basketball and become more athletic. I pray that Allah makes you grateful young people who are examples for others all over the world, ameen.

-Nouman Ali Khan

MyHN : series G

Assalamualaikum wbt🎈Bismillah😇

🌸✨DO YOU NEED TOPUP?✨🌸

📲Available for:
📱MAXIS
📱DIGI
📱CELCOM
📱UMOBILE
📱XOX
📱CLIXSTER
📱TUNETALK
📱ALTEL
📱ITALK
📱MERCHANTRADE

Just WhatsApp
▶ 0145451703 ◀
🙋🏻sis Izzati🙋🏻
😉room 417C MZJ☺
🕗8am til 11.45pm🕚

Allahuakbar💓
Alhamdulillah💓
Subhanallah💓

Lelaki apabila dah tamak nafsu

لو تزوج الرجل كل نساء العالم إلا واحدة لاشتهى الواحدة

Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yg seorang tu pun dia mahu juga

"قال: حين أعجبت بزوجتي ..

Berkata seorang lelaki : aku hairan dgn isteriku

كانت في نظري كأن الله لم يخلق مثلها في العالم

Dulu sebelum kahwin, Ketika aku melihat dia, pd mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun spertinya

ولما خطبتها .. رأيت الكثيرين مثلها

Ketika aku bertunang dgnnya, aku dapati ramai pula sepertinya

ولما تزوجتها .. رأيت الكثيرين أجمل منها

Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya

فلما مضت بضعة أعوام على زواجنا رأيت أن :

Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati...

كلُّ النَسَاءِ أحْلَى مِنْ زَوجَتِي !

Semua perempuan lebih indah drp isteriku

فقال الشيخ : أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمرّ ؟!

Maka berkata Syeikh : inginkah kau aku khabarkan apa yg lebih dahsyat drp itu?

قال الرجل : بلى

Kata lelaki itu : ya, khabarkan!

فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..

Maka kata Syeikh : kalau engkau telah berkahwin dgn seluruh wanita yg ada di alam ini..

لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!

Nescaya engkau lihat anjing yg sesat di jalanan itu lebih cantik drp setiap wanita tersebut!!

ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟

Tersenyum lelaki itu dgn senyuman kecil lalu bertanya : kenapa Syeikh kata begitu?

فقال الشيخ :
لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة
أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً،

Kata Syeikh : kerana yg musykilah itu bukan pd isterimu. Tp pada manusia yg kalau telah diberi hati yg tamak

وبصراً زائغاً،

Dan pandangan yg liar

وخلا من الحياء من الله

Dan tidak malu kepada Allah

فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..

Maka tidak ada apa lagi yg mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..

يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله

Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.

أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟

Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)

قال الرجل : نعم

Kata lelaki itu : ya mahu

فقال الشيخ : اغضض بصرك .... "

Maka kata Syeikh : Tundukkan pandanganmu...

Hmm amik kau🔪

Sunat Ab'ad dan Hai'ah

Assalamualaikum wbt

✍🏻Sunat Ab'ad

Sunat Ab'ad ialah perkara yang dituntut melakukan ketika mengerjakan solat. Jika tertinggal atau terlupa hendaklah diganti dengan sujud Sahwi

✍🏻Sunat Hai'ah

Sunat Hai'ah ialah perkara yang dilakukan untuk menyempurnakan solat jika tertinggal atau terlupa tidak dituntut sujud sahwi

🔷Perkara-Perkara Sunat Ab'ad dan Hai'ah

🕋Sunat Ab'ad

1⃣duduk tahiyat awal

2⃣ membaca tahiyat awal

3⃣ duduk ketika selawat nabi dalam tahiyat awal

4⃣ membaca selawat nabi ketika tahiyat awal

5⃣membaca doa Qunut

6⃣berdiri membaca Qunut

7⃣Membaca selawat nabi dalam doa Qunut

8⃣Membaca selawat kepada keluarga nabi dalam tahiyat akhir dan Qunut

✍🏻Sunat Ab'ad jika tertinggal atau terlupa hendaklah diganti dengan sujud Sahwi

🕋Sunat Hai'ah

1⃣Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)

2⃣Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

3⃣Membaca doa tawujud/iftitah.

Doa iftitah ialah:

 :"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
 
4⃣Membaca A'uzubillah

5⃣Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan

6⃣Membaca amin selepas fatihah

7⃣Membaca surah al-Quran

8⃣Membaca tasbih ketika rukuk

9⃣Membaca tasbih ketika sujud

1⃣0⃣Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk

1⃣1⃣Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya

1⃣2⃣Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri

1⃣3⃣Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir

1⃣4⃣Salam yang kedua

✍🏻Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'ad

Rahsia seorang lelaki bakal menghuni Syurga

Assalamualaikum...

Suatu hari ketika Rasulullah saw dan para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

_"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Fikirkanlah wahai umam Muhammad SAW...

Ketuk hati, tanya iman

Assalamualaikum wbt.
Adakah Ini Kita ?

Mengumpat banyak2 - rancak
Dakwah banyak2 - muaklah

Hal mengarut - di respond
Hal islamik - di postponed!

Sale dunia - hiruk pikuk
Sale akhirat - oh sibuk!

Majlis hu ha - jom!
Majlis ilmu - ermm tengoklah

Beautifulnara - hari2 khatam
Buku agama - argh susah nak faham!

Ubatan barat - must buy
Ubatan Sunnah - err tak sesuai

Jurnal oxford - terima melulu
Quran & Hadis - kena kaji dulu!

Jualan murah - beli cepat kang tarikh tamat
Sedekah amal jariah - esok2 pun sempat!

Shopping - biar mahal asal kualiti
Sedekah - biar sikit asal ikhlas hati

Masa lapang - tgk tv
Serabut fikiran - baru nak ngaji?

Hidup - hanya sekali
Habistu mati? - ada byk kali?

Kisah baca al Quran tanpa hafalan

Ada seorang yang membaca Al-Qur'an...

Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.

Maka, anaknya yang kecil bertanya: "Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!"

Jawab ayah: "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

Kata anak: "Mustahil ia penuh."

Jawab ayah: "Cubalah dulu."

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya: "Tidak ada faedah saya mengisinya."

Ayahnya menjawab: "Cuba lagi kali kedua!"

Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga,  keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: "Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."

Kata ayah kepada anaknya: "Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?"

Budak itu terkejut dan menjawab: "Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: "Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya,  dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya..."

Sucikan hatimu wahai ummat

Tujuh sunnah hebat Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt, I want to share a very nice writing😊

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..
🌙

Tips for student uni yang nak success

Assalamualaikum.

1. Tetapkan matlamat. Contoh: semester ni CGPA 4.00. Semester ni nak 3.7. Semester ni nak try atas 3.0.

2. Susun subjek-subjek mengikut keutamaan. Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah / perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.

3. Jadual study. Tetapkan jumlah jam study bagi setiap subjek. Study 50 minit. Rehat 10. Kemudian sambung subjek tu atau tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai tak sempat nak makan.

4. Kenalpasti masa aktif anda. Kalau jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.

5. Tidur 5 jam dah memadai. Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.

6. Study sambil kunyah kismis. Minum air lebih. Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yang menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi-sunyi cari la tempat seperti perpustakaan. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan.

7. Elakkan study di bilik tidur atau mana-tempat tempat yang ada bantal atau tilam atau selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.

8. Penat-penat study tu rehat kejap call mak ayah. Minta doakan. Dengar suara mak ayah ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.

9. Siapa yang sempat balik, tatapkan muka mak ayah  tu sebelum exam. Walau nanti kawan-kawan perli kita rajin belajar, at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjawab kat mak ayah yang memberi kepercayaan kepada kita.

10. Study tu kena aktifkan semua pancaindera. Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.

11. Lepas subuh baca yasin atau mana-mana surah. Lepas solat, jangan malas doa. Solat hajat doa sungguh-sungguh. Bagi tenang baru mula study.

12. Beri masa lebih bersama Dia (jangan gopoh sangat solat). Dia akan beri masanya bersama kita. Bagaimana? Misalnya kita cepat faham. Jadi banyak masa jimat. Tak ada la asyik ulang benda sama tak faham-faham dan masa terbazir.

13. Jangan bergantung pada nota kawan (dia tak bagi semua tu) haha. Jangan bergantung pada nota kuliah. Jangan bergantung pada soalan exam lepas. Untuk letak diri anda pada level yang berbeza dengan rakan sekelas, carilah dan tambahlah sumber berautoriti lain. Lecturer pun suka ada input tambahan.

14. Study tak faham! Tanya yang faham. Tak faham juga tanya yang boleh memahamkan. Baca tak faham. Ulang baca. Tak faham juga. Baca lagi. Biar jatuh biji mata. Pasang balik dan sambung baca. Jangan putus asa.

15. Kenal pasti cara study terbaik untuk subjek anda. Jika study group itu terbaik, buat la study group. Kalau rasa study sendiri terbaik, study la sendiri.

16. Jangan asyik sebut susah. Bila selalu sebut susah. Memang la jadi susah. Kurangkan mengeluh. Mengeluh hanya tambah masalah. Mengeluh tu sendiri pun satu musibah. Rilex. Cari solusi.

17. Semak jadual exam. Study subjek yang last dulu kemudian baru yang awal-awal. Kemudian nanti ada masa renggang ulang subjek yanglast-last. Utamakan juga subjek yang dekat-dekat harinya. Mana subjek yang ada gap tu boleh la kemudiankan.

18. Guna sticker note untuk ringkasan maklumat buku dalam muka surat tertentu. Nanti laju sikit baca. Terus tengok point penting kat sticker notes je.

19. Tolong kawan yang tak faham. Bila kita ajar orang, kita akan lebih faham. Faham?

Dosa yang seakan ekor mengikuti sang pelakunya

"Kau tahu tak kenapa kita buat ni?" aku menoleh ke arah Umar, tak faham dengan soalannya itu.

"Buat ni apa?"

"Buat ni. Iktikaf dekat masjid. Qiam."

"Oh. Sebab nak pahala?" jawabku.

"Betul. Tapi bagi aku ada satu lagi sebab," dan Umar terus membaca sebaris ayat alquran.

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

"Almulk ayat sebelas. Kalau tengok ayat ni, dosa dalam bahasa arab, ذنب, zunub. Zunub jugak boleh dibawakan dengan maksud yang lain, iaitu ekor."

"Ekor? Apa kena mengena ekor dengan dosa?" tanyaku. Umar menjawab soalanku dengan senyuman.

"Cuba kau bayangkan seekor kucing. Kucing ada ekor kan?"

"Ada. Well, unless kalau ekor dia terputus ke dikerat ke."

"Okay. Kebanyakan kucing ada ekor kan?" aku mengangguk.

"Kalau kucing tu berjalan dari point A ke point B, ekor dia akan ikut sekali tak?"

"Mestilah ikut. Takkanlah tiba-tiba ekor dia tercicir pulak kan?" jawabku tersenyum.

"Haa. Samalah macam dosa kita. Once kita dah buat dosa, dosa tu akan sentiasa ikut kita, ibarat ekor yang sentiasa mengikuti kucing, ibarat kita ni terikat dengan belon dosa. Ke mana saja kita pergi, belon itu akan ikut kita," ulas Umar panjang lebar.

"So, apa kena mengena dengan qiam?" tanyaku sambil menggarukan kepala yang tak gatal.

"Obviously, kita tak naklah belon dosa tu asyik ikut kita ke mana saja kita pergi kan? So salah satu cara untuk belon dosa tu tak ikut kita adalah dengan menggunting talinya. Tapi macam mana nak gunting tali tu?"

"Dengan cara istighfar, solat malam kita, taubat kita. Kalau kita sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah, Allah akan ampunkan dosa-dosa kita. Allah kan Maha Pengampun?" Umar tersenyum. Lagu sepi kembali bermain di kepalaku.

Aku memandang tanganku, membayangkan seutas tali yang terikat di pergelangan tangan, dan tali itu terikat dengan belon dosa. Entah berapa biji belon yang sentiasa mengikuti aku selama ini. Mungkin beratus. Mungkin beribu. Siapa tahu?

Astarghfirullah

Muslimah sombong v. Muslimah mahal

Assalamualaikum wbt. Harini nak share pasal tajuk kat atas ni. Izzati dapat ni daripada WhatsApp group of CFS students. Hopefully, bermanfaat untuk semua :)


Jadilah seorang muslimah yang mahal bukan sombong.

Apa beza mahal dan sombong? 🤔

Mahal ni bila yang bukan mahram kita tanya SATU soalan, kita jawab SATU jawapan.

Mahal ni bila kita jarang sangat bergaul dengan yang bukan mahram.

Sentiasa rapat dengan kawankawan perempuan, aurat terjaga.

Itulah 'mahal'. 💕

Kalau sombong? 🤔 macam mana pulak? 🤔

Sombong ni bila orang tanya pun, kita langsung tak jawab.

Senyum dengan orang pun tak. Jarang bergaul dengan orang sekeliling walaupun dengan yang mahram.

Sombong ni jugak, bila kita anggap diri kita dah baik dan memandang rendah pada orang lain sehinggakan kita tidak mahu berkomunikasi dengan mereka.

So, get it? Alhamdulillah.

Dear Hawa, jadilah seorang yang mahal bukan sombong.

Bergaul dengan yang mahram boleh kalau perkara yang nak dibincangkan tu ialah perkara yang penting.

Kalau just perkara lagha seperti hiburan dll, baik tak payahlah. 😌

Hukum Puasa Enam

Assalamualaikum wbt. Harini, 14 July 2016, Izzati nak share pasal HUKUM PUASA ENAM. Ive taken this article or sharing from WhatsApp group.



SUNAT dan digalakkan kita bersegera melaksanakan ‘Puasa Enam Syawal’.

FADILAT PUASA ENAM
Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan. Dalilnya:
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) .

Selain itu, terdapat fadilat lain bagi Puasa Enam Syawal. Ia adalah seperti berikut:
1- Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
2- Mendekatkan diri kepada Allah SWT setelah Ramadhan.
3- Puasa Syawal sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan. . .
4- Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti dia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” - (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

KAEDAH PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada hari-hari sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli.
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

HIKMAH PUASA ENAM

1- Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
2- Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
3- Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari.
4- Penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.
5- Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat. 6- Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya agar bersegera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira.

GABUNG NIAT QADA’ DAN PUASA ENAM

Harus menggabungkan dua puasa tersebut. Walau bagaimanapun, para ulama mempunyai beberapa pandangan dlm isu ini seperti berikut;

1. Berpuasa qada’ terlebih dahulu kerana ia merupakan puasa wajib ke atas semua.

2. Berpuasa sunat enam Syawal terlebih dahulu kerana tempohnya sangat terhad. Kemudian susulilah dgn puasa qada' yg tempoh menggantinya agak panjang berbanding Syawal.

3. Berpuasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal sekali gus. Namun, org itu mestilah mendahulukan niat puasa qada’ terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan niat puasa enam.

Namun, ingin ditekankan bahawa kebanyakan ulama berpendapat jika seseorang itu melakukan kedua-dua puasa secara berasingan, maka ia adalah lebih mulia berbanding menggabungkannya dlm satu niat.