Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Ankara, the capital city of Turkey

Headline: Hash Anne takes Türkiye

Topik: Ankara, ibu negara Turki

Tajuk: Ankara blessing story

Tarikh pergi: 15 Disember 2018M

Tarikh menulis: 15 Disember 2018M


Assalamualaikum wbt,


[‘Overview’ Ankara]

Untuk yang ingat Istanbul adalah ibu negara Turki, sila ‘back to fact’ yang Ankara sebenarnya adalah ibu negara Turki. Kalau jejak ke Ankara, rasalah macam kononnya berada di bandar Kuala Lumpur, Malaysia sebab kesesakan lalu lintas, bandar yang penuh dengan manusia yang mengejar ekonomi, dan bangunan konkrit di sepanjang jalan.

 

[Berbalik kepada topik] Seminggu sebelum: Perancangan asal pergi ke Ankara adalah untuk melawat Anitkabir dan istana Ankara. 


[Sehari sebelum]

Sehari sebelum pergi Ankara, kami tengok ‘forecast’ di Ankara. Malangnya, hujan 100% dari pagi, tapi dijangka ada salji pada sebelah petang.


#HNsharesknowledge : Manusia tidak boleh menjangka masa akan datang. Jangan percaya sangat dengan ramalan sebab semuanya Allah yang takdir. Tapi, dengan niat untuk berjaga-jaga semasa bermusafir, adalah harus untuk memastikan cuaca adalah sesuai untuk bermusafir.


Maka, kami pun ubah perancangan asal untuk pergi ke AnkaMall (‘mall’ kedua terbesar di Turki) dan Anitkabir (monumen bersejarah tentang Mustafa Kamal Atatürk).


[Hari kejadian]

Kami ‘check off’ dari hotel Mevlana ke Stesen Tren Konya. Alhamdulillah Allah bantu perjalanan walaupun kami tidak fasih berbahasa Turki dan tidak ada talian internet untuk dirujuk (peta atau terjemahan Google).


#HNsharestips : Untuk bermusafir ke daerah-daerah di Turki, lebih baik guna tren kerana (1) lebih efektif, (2) perjalanan lancar sebab tidak diganggu oleh kesesakan lalu lintas jalan raya, (3) harga lebih murah berbanding bas dan ‘flight’.


[Rupanya perancangan Allah lebih baik]

Kami tiba di Ankara Tren stesen agak lewat dari masa yang dijangka sampai. Dan alhamdulillah selamat sampai di AnkaMall yang sememangnya ada dalam ‘backup plan’.



#HNsharestips : Tolong, buat ‘backup plan’ kalau pergi bermusafir terutama kalau pergi sendiri tanpa bantuan ‘tour guide’ sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Maksudnya, ‘back up plan’ dari segi tempat yang ingin dilawati, cara untuk ke tempat yang ingin dilawati, dan aktiviti yang ingin dilakukan.


Tapi, perancanganNya lebih baik. Tiba-tiba, telefon pintar Ilham... tercicir di pengawal keselamatan (dalam AnkaMall) menyebabkan masa yang singkat menjadi lebih terhad untuk ke destinasi seterusnya (Anitkabir). 


Kononnya, kami gigihkan juga untuk sampai walaupun waktu hampir jam 5 petang (Anitkabir tutup jam 5). Untuk sedapkan hati, walaupun tidak dapat masuk ke dalam Anitkabir, paling kurang kita jejak sebab nanti tidak datang dah. 


[Gembira itu selepas sedih]

Kami tanya orang awam...”ada yang cakap tidak tahu”, “ada yang cakap takde bas ke sana”. 


Bayangkanlah kegigihan kami bertanya dalam keadaan sejuk dan hujan (basah kuyup), 


Selama lebih kurang 30 minit... dan hari sudah makin gelap (jam 5; maghrib masa ini adalah lebih kurang pada jam 5:30 petang). Jadi, kami membatalkan niat untuk jejak kaki ke Anitkabir.


[Rezeki yang lebih baik adalah perancanganNya]

Ayat Ilham, “tiada rezeki untuk ke Anitkabir” menyebabkan hati Izzati rasa lebih percaya yang Allah akan ganti dengan perancangan dan rezeki yang lebih baik.


[‘Blessing’ satu] Kami terus cari bas dan tiba-tiba, “salji turun”. Terus lupa rasa sedih dan kami rasa sangat sangat sangat seronok. Alhamdulillah! Yela, kali pertama salji dari langit yang Allah cipta turun depan mata. 



“Ya Allah alhamdulillah untuk rasa bahagia kami semasa menikmati ketulan halus salji turun dengan mata kami sendiri untuk kali pertama.


Yaa, aku rasa bahagia dan seronok sangat. Dan aku tahu, Ilham pun begitu selepas melihat reaksinya.


#HNquotez : “Kalau nak tahu adakah episod perjalanan hidup kita itu diberkati atau sebaliknya... senang je😇 Kalau rasa bahagia lain macam sampai kita ingat Allah selepas atau semasa situasi perjalanan kita itu (contohnya: musafir, menuntut ilmu, bekerja, menolong orang, dan lain-lain) itulah salah satu daripada tanda-tanda Allah berkati episod perjalanan kita.” Yang ni, Izzati ada tahu dari mana tah, mungkin ustaz ada bagitahu cuma lupa siapa. #Peringatanbersama inshaa Allah😇


Disclaimer: Izzati cuma kongsi perasaan sebab nanti takut terlupa perasaan ini. Maklumlah, melaghoo je banyak😅


[Blessing dua] Selepas membatalkan niat untuk ke Anitkabir, kami tetapkan untuk terus gerak balik memandangkan hari hampir malam. 


Tiba di Ankara Otogar: salji turun makin lebat. Wahhh, makin seronok sebab tadi sikit je. Tapi, tiba-tiba... jadi makin banyak😍 Terus lupa kesedihan sebab takdapat pergi Anitkabir sebab kesuntukan masa. Alhamdulillah! 


Lepas beli tiket, kami keluar dari bangunan stesen bas dan merelakan diri dihujani ketulan nipis salji dari langit. ‘Of course’, jakun! (ya mengaku hehe). Orang awam pun tengok jaa, diorang biasa je sebab mungkin dah banyak kali tengok salji turun.


[Blessing tiga] Selepas puas merelakan diri dihujani salji di luar bangunan stesen bas Ankara, kami masuk kerana kesejukan. Baru teringat yang Izzati ada elerji kepada cuaca sejuk melampau. Allahu! Habis merah dan kebas sangat tangan. Sepatutnya bawa ‘glove kalis air’ tapi Izzati tak jangka pun situasi ini akan berlaku.


Cerita dia, Allah utus dua hamba Allah yang baik hati untuk belikan kami air ‘Nescafe’ tak silap. 




Semasa tengah tiup dan panaskan tangan dalam bangunan stesen bas, Izzati dan Ilham dihulur secawan kopi panas oleh dua orang hamba Allah. Sebenarnya ada juga niat nak beli tapi takterbeli. Hehe alhamdulillah😭 ‘really feel blessed’. Ibarat ‘orang mengantuk disorong bantal’ sangat🥺 Maha Pemurah dan Bijaksana Allah dalam merancang sesuatu yang lebih baik daripada perancangan kami.


[Blessing empat] Kami juga dihadiahkan sebatang pen (seorang satu untuk aku dan Ilham). Memang ada niat nak ganti pen baru pun cuma takterbeli😭 ‘the bless feeling increases alhamdulillah’.


Dan alhamdulillah kami naik bus dari Ankara ke Karabuk dan selamat sampai.



Terima kasih kerana membaca. Semoga awak, dia, dan Izzati mendapat manfaat di dunia dan akhirat melalui perkongsian ini. Yang baik 100% daripada Allah, yang buruk itu pula daripada Izzati sendiri. Tolong doakan yang terbaik untuk Izzati, semua ahli keluarga Izzati, semua kawan, dan semua orang (guru-guru) yang telah berkongsi ilmu kepada Izzati. Assalamualaikum wbt!