Assalamualaikum, hari ini Izzati Nadia terbuka hati nak kongsi pengalaman perjalanan jadi pelajar kepada pengalaman. Pengalaman menjadi fasi untuk enhance soft skill. K, let’s start!
[Abaikan bahasa rojak, fokus pada content]
Sampai umur ini, ada la beberapa pengalaman yang perlu aku hargai. Antaranya pengalaman menjadi seorang fasi. Fasi ni apa? Fasi ini ialah dari perkataan Inggeris iaitu facilitator atau facilitate yang bermaksud pemudahcara atau pembantu.
.
@zzatinadia ni dia masih perlu improve soft skill bercakap di hadapan orang... Jadi, masa belajar asasi dan degree, aku target paling kurang aku kena join satu program jadi komiti dan satu program jadi peserta. Jadi, bermulalah misi Izzati belajar polish soft skill tu...antaranya:
.
Tahun pertama di UIA Gombak:
1. Jadi fasi semasa cuti sem UIA PJ juga pada tahun 2018 macamtu iaitu Fasilitator Kem yang dianjurkan oleh HALUAN.
2. Kali kedua, semasa cuti semester sesi 2019 asasi UIA PJ: Fasilitator anjuran UniTeM Melaka di SMK Seri Rompin... di sekolah menengah zzatinadia sendiri
Tahun kedua di Turki:
Jadi takdapat kumpul pengalaman. Cuma dapat join 1 je tu pun program yang MASAT anjurkan (Persatuan Pelajar Malysia Turki) iaitu talk dari kak Rara.
Tahun ketiga lepas balik dari Turki:
3. Jadi fasi di SMK Hulu Langat...untuk program motivasi kepimpinan bagi pengawas, ahli rakan sebaya dan ketua kelas...
.
4. Teringat juga jadi fasi... masa diberi peluang join program bicara Arab para pelajar sekolah Tahfiz Selangor bagi tingkatan 1 dan 2 taksilap (program kolabrasi Arabicara dan Jab. Agama Islam Selangor)
.
5. Juga, direzekikan peluang untuk join jadi fasi di SK Gombak (2) untuk Kem Ibadah Solat macamtu laa... ni paling mencabar sebab nak handle perhatian murid sekolah rendah ni, kena ada kesabaran yang tinggi
.
Tahun akhir inshaaAllah, sebelum cuti sem sempat jadi pengarah program mini untuk subjek Islamic Ethics (subjek wajib jabatan IRKHS kalau tak silap. Target group adalah budak sekolah rendah untuk program Sehari Bersama Generasi alQuran
.
Pada Mac 2020, Allah turunkan ujian melalui Covid-19 di Malaysia... mungkin suruh rehat sebentar dari urusan dunia. Batuk sikit je, ingat mati dah😂
.
Alhamdulillah untuk rezeki ini❤️ Banyak sangat belajar sampai taksempat catat untuk ingatan (tapi sayang sangat setiap pengalaman ni dan aku takut lupa ilmu dan perasaan itu🥰)