Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Bingkisan buat hawa

Assalamualaikum, now, Izzati nak share some articles and advices daripada moment we chat for girls yang menangis utk lelaki pada petang Selasa 7 Julai 2015 jam 1629 hrs :

Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang.

Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah,

Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama.

Dear muslimah,
Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya. 
Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia.

Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan perasaan cinta, tu cuma instinct. Tarikan antara lelaki dan perempuan. Dan instinct itu biasa. Tak perlu layan. Jangan cepat kata kita dah jatuh cinta. Jangan murahkan nilai cinta, Kerana cinta itu mahal"
Kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain.Kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia-sia. Serius cuma sia-sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat.

Dear fatayat,
Semua perempuan cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. tak ada satu manusia pun yang tak cantik. Cuma, lain mata lainlah penilaiannya. Awak, tutup aurat tu molek-molek ye. Awak tutup aurat pun tetap cantik. Kita sedih bila kita tanya kenapa tak pakai tudung dia jawab dia tak cantik bila pakai tudung. Kita rasa macam nak nangis. Kita rasa macam nak peluk dia lepas tu cakap kat dia. Awak cantik sangat.
Awak, tak perlu cantik-cantik depan syabab. Dia stranger. Dia outsider. Cantik untuk yang sepatutnya je,

Awak,
Jangan sesekali tinggalkan solat. Jaga solat. Jangan sesekali lambatkan solat. Awak wanita paling cantik di dunia pun tapi kalau hubungan awak dengan Allah tak jaga tak guna juga. Mungkin lelaki ramai yang pandang tapi Allah tak pandang. Allah. Kita rasa mcam nak keluarkan rotan macam nak pukul anak kita tengok orang solat subuh pukul 7. Kenapa susah sngat ? Kita sayang awak lillahitaala tapi kita sedih kalau awak sendiri tak sayang diri awak.

Dear mawar agama,
Kita tahu proses berhijrah tu perit. Dulu kita pun selalu memberontak. Semua benda tak betul. Semuanya salah. Tapikan awak, cuba awak ikut sahaja jalan tarbiyyah. Ikut dengan hati yang tenang. Paksa hati untuk merelakan. Awak akan rasa sesuatu. Lapang dan tenang. Dekati dengan sahabat yang solehah. Percayalah. Awak, kita sayang awak kerana Allah.

Daripada,
Yang belum solehah. Teruskan berusaha.

How to cover aurah properly?

Assalamualaikum wbt. Now, I would like to share to all of you about tips of covering our aurah. It will be a forbidden thing for muslimin wal muslimat who dont cover aurat properly as instructed by syarak. 1455hrs, Sunday 5th July 2015.

1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.

2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.

3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat.

4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung.

5. Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.

6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.

7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa.
8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?

10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.

11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.

12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.

13. Ada yg gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus , tudung pulak. Boleh gunakan.

14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar.

15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.

16. Bila keluar,
tanya pada diri "Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" "Cukup tak aku menutup aurat aku semua?"

17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.

18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insya-Allah.

Hawa, itu sedikit perkongsian buat kalian. Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.