Assalamualaikum wbt. Now, I would like to share to all of you about tips of covering our aurah. It will be a forbidden thing for muslimin wal muslimat who dont cover aurat properly as instructed by syarak. 1455hrs, Sunday 5th July 2015.
1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.
2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.
3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat.
4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung.
5. Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.
6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.
7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa.
8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.
9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?
10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.
11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.
12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.
13. Ada yg gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus , tudung pulak. Boleh gunakan.
14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar.
15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.
16. Bila keluar,
tanya pada diri "Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" "Cukup tak aku menutup aurat aku semua?"
17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.
18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insya-Allah.
Hawa, itu sedikit perkongsian buat kalian. Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez