Itulah tajuk penulisan kali ini :
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]
Sudah dinyatakan di dalam Al-Quran tentang perkara ini.
Mari kita jelaskan perkara ini berserta contoh mengapa ianya adalah baik/buruk kepada anda.
Kes Pertama : Anda Couple Sebelum Kahwin,Tetapi Kemudian Anda Break.
Baik Atau Buruk : Kita merasakan dunia telah gelap gelita apabila break.Tetapi,kita tidak tahu.Sebenarnya,itulah yang terbaik untuk kita berdua.Setiap perkara bukankah ada hikmahnya?
Penjelasan : Haha.Jika anda sering membaca penulisan saya,pasti perasan sesuatu.Sayaseriously amat kurang berminat untuk membincangkan perkara ini.Kerana apa?Kerana ianya akan mengingatkan saya kepada sesuatu yang akan merobek-robek hati saya kembali.Haha.Takdelah macam tu.
Just saya rasa benda ini simple.So,saya tidak mahu mengulas tentangnya.
Tetapi,hari ini saya akan menerangkan mengapa ianya baik untuk kita.
Begini,as I've mentioned it earlier,perkara ini mudah sahaja.
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [24:26]
Nampak.Jika kita benar-benar sayangkan wanita/lelaki itu,sudah tentulah kita mahukan yang terbaik untuk mereka bukan.Jadi,jika mahukan yang terbaik untuk mereka,diri kita ini mestilah menjadi baik bukan?
Dan kita ini juga mestilah mahukan pasangan yang baik bukan?Jadi,break adalah caranya.
Jangan tipu saya.Sedikit sebanyak couple ini anda tetap akan melakukan dosa.Buka mata anda,young man.Jangan tertipu.
Jadi,jika benar anda berdua saling mencintai/suka antara satu sama lain,apa salahnya andabreak dahulu.Dan baiki diri masing-masing,akhlak.Dan apabila sudah habis belajar,jika benar-benar anda suka/cinta/sayang antara satu sama lain,kahwinlah!
Itulah yang sepatutnya.Barulah menunjukkan anda memang saling mencintai.
Kedengaran ada orang bertanya "Alah bang,saya risaulah bila kami break,perasaan sayang itu pudar nanti".
Okay,itu sebenarnya adalah lust/nafsu syahwat anda sahaja.Anda tidak bacakah ayat Al-Quran di atas?Jika anda mahukan yang baik,jadilah baik.Jika anda mahukan yang tidak baik,teruskanlah lakukan apa yang tidak baik.
Faham?Jika anda sangat-sangat sayangkan mereka (pasangan anda),berdoalah kepada Allah supaya anda berdua diperjodohkan/dipercepatkan perkahwinan.
Itu barulah cinta sebenar.Kalau setakat nak couple dua tahun,baik tidak payah.
*Zap zap* Ibarat menembak diri sendiri pernyataan di atas.Haha.
Tetapi,betullah.Jika anda memang sayangkan mereka,dan mereka memang sayangkan anda,inilah yang terbaik untuk anda.Jika benar-benar saling suka antara satu sama lain,pasti anda sanggup bukan menunggu dua tiga tahun lagi sebelum berkahwin?
Jika tidak sanggup,fikirlah kembali perasaan anda itu.Mungkin ianya hanya nafsu sahaja.
Kesimpulan : Nampak buruk,tetapi sebenarnya ianya baik bukan untuk anda?Barulah anda tahu perasaan anda ini benar-benar sayang atau sekadar nafsu sahaja.Dan,ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil.Dia akan mengampunkan dosa kita jika kita benar-benar mahu berubah.
Kes Kedua : Anda terlalu mahukan suatu pangkat/jawatan/kerja.Anda berusaha untuk mendapatkannya.Tetapi,tup-tup,anda tidak dapat.
Baik Atau Buruk : Anda rasa seperti mahu mati sahaja apabila mengetahui permohonan kerja anda tidak diluluskan.Sebaliknya,rakan anda yang guna kabel pula yang berjaya mendapat jawatan itu.Anda merasakan ini adalah buruk untuk anda,tetapi ketahuilah bahawa perkara ini ada hikmahnya.Dan ianya mungkin baik untuk anda.
Tahu kenapa?
Penjelasan : Begini,boleh jadi jika anda mendapat jawatan itu,anda akan menjadi seorang yang riak.Anda bangga dengan jawatan anda tidak habis-habis.Dan anda menjadi bongkak.Anda mengatakan anda mendapat jawatan itu kerana hasil usaha anda.Anda menjadi tidak bersyukur.
Itu yang pertama.
Yang kedua,ingatlah,bahawa rezeki ini Allah bagi kepada kita semua ada dua jenis.
Jenis yang pertama adalah rezeki yang akan membuatkan kita semakin bersyukur kepada-Nya.Dan menjadi semakin bertakwa kepada-Nya.
Jenis yang kedua adalah rezeki yang apabila diberikan kepada kita membuatkan kita semakin lalai dan jauh dari jalan Allah.
Nampak?
Dan sebenarnya,ini adalah ujian bagi anda.Chill out,bebeh.The world is not over.Hidup di dunia ini sementara sahaja.
Tahukah kenapa saya katakan ini adalah ujian bagi anda?Kerana dengan gagal jawatan ini,anda akan menjadi semakin dekat dengan Allah.Anda akan lebih banyak berdoa kepada Allah.Yalah.Manusia ni kan masa susah baru nak ingat kat Allah.
Ini juga bermakna Allah menyayangi kita.Dia mahu kita kembali berdoa kepada-Nya.Jadi,dia gagalkan kita jawatan ini supaya kita kembali berdoa kepada-Nya.Dan biasanya,selepas kita berdoa kepada Allah,pasti ada sesuatu yang lebih baik berlaku untuk kita bukan?
Dan,apabila itu berlaku,biasanya pasti kita akan bersyukur gila-gila kan?Mesti masa tu,kita baru nampak hikmah semua yang berlaku kan?
Ha,itulah penting bersabar.Jangan berputus harap dengan nikmat Allah.Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang.Ingat perkara ini.
Kesimpulan : Nampak macam buruk,tetapi sebenarnya baik.Allah mahu menguji kita sahaja.Kan?
Itu dua contoh umum.Contoh yang ketiga adalah pengalaman peribadi saya sendiri.
Kes Ketiga : Tercampak di Russia untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana.
Baik Atau Buruk : Anda boleh baca di sini untuk mengetahui apa yang saya lalui di Russia.Saya merasakan pada mulanya berada di sini,ini adalah satu malapetaka pada saya.Tetapi,setelah masa berlalu,baru saya tahu,perkara ini adalah perkara yang baik untuk saya.
Penjelasan : Untuk pengetahuan anda,belajar di sini,amat-amatlah susah.Sila baca artikel ini untuk mengetahui kenapa saya cakapkan begitu.
Tetapi kini,barulah saya tahu apakah hikmahnya.
Begini,apabila saya berada dalam keadaan tertekan dan susah sebegini,saya menjadi dekat dengan Allah.Bukan hendak riak atau apa.Tetapi,mahu tunjuk contoh.Dahulu,saya bukan begini.Tetapi,Alhamdulillah.Allah sayangkan saya.Dia jadikan saya dengan perkara ini.Jadi,apabila susah begini,saya kembali kepada-Nya.
Dan,akibatnya,sayalah yang mendapat kebaikan dari ujian ini.Saya lebih banyak berdoa dan berusaha memperbaiki diri.
Cuba jika saya berada di Malaysia?Ini bukan soal orang lain.Ini soal saya.Cuba jika saya Umar Zakir belajar di Malaysia?
Saya rasa saya tetap akan menjadi saya yang dahulu.Mungkin lebih teruk.Tidak perlu diceritakan bagaimana saya yang dahulu.Tetapi,itulah.
Anda nampak bukan.Jika saya di Malaysia,saya pasti bersenang lenang tiada dugaan dan sebagainya.Saya pasti berada di dalam zon selesa.Dan standard sayalah,bila berada dalam zon selesa,pasti alpa dan lupa.
Nampak?
Kesimpulan : Belajar di Russia walaupun tidak berapa faham apa yang diajarkan (menggunakan medium Bahasa Russia 100%),tetapi lebih banyak yang baik dari yang buruk.
Saya lebih dekat kepada Allah sekarang,Alhamdulillah.Saya mendapat skill berdikari yang tinggi.Saya menjadi lebih tabah.Saya menjadi lebih bersyukur.Saya mendapat kawan-kawan Russia.Saya dapat melihat (daripada pandangan luar) bagaimana keadaan manusia jika mereka berada di dalam zon selesa.
Dan sebagainya.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah saya sangat bersyukur dengan pemberian daripada Allah ini.Alhamdulillah SubhanaAllah.
Baiklah.Itulah ketiga-tiga contoh yang dapat saya berikan kepada anda. Bukanlah saya mahu riak atau apa dengan memberitahu anda contoh-contoh ini,tetapi saya just mahu tunjuk contoh. Jangan salah faham. Tidak mahu saya riak. In shaa Allah kerana riak itu boleh menghapuskan pahala kita. Minta dijauhkan.
Kesimpulan di sini,kita bolehlah mengambil tajuk artikel kita,iaitu Boleh Jadi Perkara Yang Kita Tidak Suka Itu Baik Untuk Kita,Dan Boleh Jadi Perkara Yang Kita Suka Itu Tidak Baik Untuk Kita.Persoalannya, mengapa? Sudah terjawab bukan?
Assalamualaikum dan Selamat Beramal.