Dipendekkan cerita... Tepat jam 6.30am, kami bersiap mem'packing' peralatan yang diperlukan semasa melakukan aktiviti sihat ini. Antaranya, of course Drawstring Bag by Hash Anne, biskut, air mineral, kasut sukan dsb.
Kami (aku, Iqah, Danish, Akif) dinasihati pak Njang untuk melakukan pendakian sebaiknya sebelum matahari naik atas sabab ingin mengurangkan kadar pemanasan haba yang berlaku *cewahh ayat* dahlah ponat, panaih pulak nnt.
Semasa di kaki bukit Broga iaitu lebih kurang pada jam 6.45am...
Ramai calon yang bakal menamatkan pendakian, turut hadir seawal ketenangan Subuh hari. Ada yang datang dari jauh, semata-mata untuk merasai nikmat berada di puncak Bukit Broga ini.
Gigih kan, nak mendaki ni? Jadi, begitulah kegigihan yang perlu ditanam dalam jiwa kita demi mencapai ke puncak kejayaan. Untuk berjaya, tiadalah mudah melainkan setelah melalui sukar dan lelah.Tengoklah pendaki yang sedang mendaki itu... untuk mendaki cerun yg boleh dikatakan curam itu, bukan semudah yang dilihat!
Lihatlah, untuk tiba ke puncak, perlu bermandi keringat. Jadi, perlu berlelah dahulu untuk berjaya dengan gemilang.
Okayy, ini bukan di puncak lagi. Ini adalah semasa Izzati berada di titik persinggahan untuk mendapatkan semula tenaga ATP untuk terus mendaki dengan menikmati suasana damai yang dikurniakan Yang Maha Pencipta kepada kita! Its wondering.
Allahu, kreatif sungguh ciptaanMu, 'for your knowledge', kitorang pergi ni mengiringi matahari terbit iaitu dari waktu Subh hingga Dhuha menjelang.
Andai sahaja mentari, tiada mendengar titah Yang Maha Berkuasa untuk menyinari bumi yang kecil ini...tapi! Alhamdulillah matahari sentiasa taat dengan berjalan melalui paksi yang disediakan Allah SWT. Jadi, nahhhh. Cantikkknya Allah cipta awak sang Mentari!
Begitulah pemandangan dan kebesaran Yang Maha Mencipta, sungguh nikmat ciptaanMu ya Allah, semoga dari kalangan yang bukan memeluk agamaMu, turut merasainya lalu mengakui serta percaya akan kewujudanMu yang satu ya Allah! Aamiin.
Tidak salah bergambar untuk kenangan, kerana masa dan waktu ketika itu, akan tetap berjalan. Masa tidak akan pernah berhenti... Nanti, bila ada rezeqi pergi semula, kita akn pergi dengan masa yang lain, usia yang lain...right? So, ni kitorang dua pasang beradik, aka cucu Mak Teh Sidah, hehe!
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez