Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyFIQH: Hukum mandi wajib

Assalamualaikum, hari ini saya kongsi hukum fiqh berkenaan MANDI WAJIB memandangkan timbul persoalan dan pertanyaan dari adik @arfhaziz pada 13 April 2020 tentang tentang mandi wajib.


Sumber: Web Mufti dan kelas Usul Fiqh UIAM

Rujuk: Web Mufti Wilayah (untuk lebih info)


Akak boleh tak kite nak minta pendapat tentang mandi wajib: 

a. Nak akak bgi detail dri mula sampai habis mandi wajib tu?

b. Sebenarnya mandi wajib ni dia sebelum sabun syampoo badan ke atau selepas?


Jawapan:


a. Sebab mandi wajib:

Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:

  • Jima’ atau tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj
  • Keluar air mani
  • Keluar darah Haid
  • Keluar darah Nifas
  • Keluar darah Wiladah
  • Mati. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 114-117)

Cara mandi wajib:

Para ulama’ telah menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan. (Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)

Jika dilihat kepada syarat fardu bagi mandi wajib, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis di badannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadath. Apabila seseorang itu melaksanakan fardu mandi wajib maka mandi wajibnya telah sah dan tidak perlu untuk dia mengulanginya sekali lagi.


Justeru itu, dia haruslah memastikan bahawa mandi wajib yang dilakukannya tersebut sah  dengan melakukan syarat fardu mandi wajib tersebut, maka dengan demikian barulah dia boleh menunaikan solat kerana telah menghilangkan hadas. Jika sekiranya dia telah melaksanakan solat dengan keyakinannya terhadap kesucian dirinya dengan mandi tersebut, maka tidak perlu untuk dia mengulanginya walaupun dia mandi dengan sekadarnya sahaja.


Sunat mandi wajib:

Sunat-sunat ketika mandi terlalu banyak untuk disebutkan. Di antaranya ialah membaca bismillah, bersiwak, menghadap kiblat dan lain-lain lagi. Al-Khatib Al-Syarbini menyebut bahawa sunat-sunat mandi terlalu banyak untuk disebutkan. Lima daripadanya ialah membaca Bismillah, berwuduk sebelum mandi, meratakan air dengan tangan, mualat dan mendahulukan bahagian kanan. (Rujuk Al-Iqna’ Fi Hilli Alfaz Abi Syuja’, 1/63)


b. Diharuskan mandi wajib sebelum sabun syampoo badan atau selepas.


Tapi digalakkan sabun dahulu kerana sabun dikira menghilangkan najis sekiranya ada pada badan. Maka, jika memilih untuk sabun dahulu, sabun seluruh badan dan syampu sehingga yakin bersih. Kemudian, mulakan mandi wajib dengan niat, menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan, dan meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan. (Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan awak. Sekian, terima kasih!


No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez