Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Kenangan di SMK Seri Rompin

Buat pelan, sisi bagi subjek Mathematics. Rindu semua kenangan. Bekas pensel tuhh :( Calculator tu. 

This is our class yang menjadi sejarah and kenangan dlm hidup kami. Tempat i'lmu ditimba bersama. Gelak tawa, kena marah, tempat tidur semuanya lah ! Ghinduuuuuuuu ya amat :)

Ni meja aku. Pink and hijau tu maa feberet. Gambar yang ada tu mcm semangatlaa kononnya.

Sudut PPDA kelas lima sains satu dua ribu empat belas.



Perpustakaan mini aka ruang santai kami kat belakang kelas

Sudut info bagi setiap subjek yang dipelajari

Sudut hari lahir


Back view of our class

Bilik Maryah 2014

Sariri

Kenangan pakai uniform rumah sukan Serians

Mariah's room



She is my carera, my friend, my classmate, my roommate. I am glad to be friend with her. She is really caring girl especially when I am sick. And her name is Farah Hazwani binti Mohd. Zaini ! Bittaufiq wannajah fi hayatuki ya sodiqoti.


Ni Feeznur. Kawan sebilik Izzati jugak.

Wefie with Pengetua Serian 2014

I miss Carera much ! Be friend with them are my best memory ever. Fatimah az Zahra in mind.

Beza shahid dunia dan akhirat

Dalam Islam,ada beberapa jenis Syahid, iaitu syahid dunia dan syahid akhirat.

Syahid kecil termasuklah:

-mati semasa melahirkan anak (tak kiralah walau anak luar nikah sekalipun,selagi dia beragama islam dia mati bersalin tetap mendapat rahmat dan kasih syg Allah,kerana dia Maha mengetahui manakala siapalah kita untuk judge org)
-mati sakit (didalam perut)
-mati kerana penyakit tumor
-mati lemas
-mati tertimpa bangunan
-mati semasa bekerja/mencari nafkah
-mati kerana penyakit Taun
-Mati dibunuh dengan kejam
-mati pada hari atau malam jumaat

Syahid seperti diatas(syahid dunia) perlulah dikendalikan mandiannya dan disolatkan jenazahnya.
Mereka dikatakan bakal mendapat rahmat tuhan dimana terlepasnya azab kubur.Dan syahid mereka boleh dipertimbangkan Allah supaya menjadi syahid akhirat juga. Ini lah yang dikatakan atas kehendak Allah. Dia lebih mengenali hamba-hambanya. Jadi kalau ada yg kata kalau dia jahat ,xpernah solat,kejam and etc2. selagi dia beragama Islam (memegang 6 rukun iman) dia adalah golongan yang amat bertuah kerana mendapat rahmatnya.

Golongan Syahid Akhirat adalah golongan yang tidak akan melalui timbangan atau titian siratul mustakim,dimana mereka terus direct masuk syurga. mayat mereka juga tidak perlu dimandikan kerana sudah dimandikan oileh para malaikat.

-mati berperang kerana agama
-mati berperang mempertahankan negara
-mati berperang kerana mempertahankan maruahnya( cthnya perempuan yg dirogol)
-mati dibunuh kerana menyelamatkan hartanya (cthnya mati kene ragut sampai mati atau kerana rompakan)
-mati semasa melakukan ibadah...tgh bersolat tetiba kene tembak..haa

adapun begitu halnya...janganla ada yg salah faham..Syahid ini hanya terjadi pada org Islam sahaja..non muslim tak akan Syahid..dlm Islam,hanya manusia yang beragama islam sahaja yg masuk syurga (no offence to non muslim readers,this is fact by quran for muslim).

Sebaik2 bapa saudara Nabi Muhammad (Abu Thalib) ,dia masuk neraka kerana sehingga keakhirnya dia tidak memeluk Islam,bagaimanapun seksaannya adalah seringan ringan seksaan dimana otaknya panas mendidih sehingga menggelegak,dan api neraka tidak menyambarnya kerana nabi muhammad melumurkan air liur baginda yang haram dijilat api neraka ke seluruh tubuh Abu Thalib...Wallahualam (nie dlm hadith)

Dan untuk mendapat Syahid seperti yang tertulis di atas,seorang muslim itu mestilah tidak murtad,tidak syirik.
Huhu..now sensasi berceramah agama pulak ye. Memandangkan sensasi nie agak berilmu dlm bab2 ini,marilah kita berkongsi ilmu nie bersama.

Murtad
-ada 3 cara seseorang itu boleh murtad,samada sedar atau tidak sedar..sebab itulah kita harus sentiasa beristifar(memohon keampunan Allah,dan mengucap)

Pertama melalui perbuatan-pemakaian simbol..cthnya pakai salib (ini dgn automatiknya murtad!)
so bila memilih baju jersey bola atau apa2 baju,make sure lambang salib takde...if ada cuba buangkan logo tue..kalau yang sengaja pakai lagilah teruk..mmg sengaja nak memurtadkan diri..dlm Islam hukum bg org yang murtad adalah dibunuh.lagi perbuatan,menyembah berhala,membuat lambang salib mcm org kristian buat,atau berkahwin dgn org bukan islam yg tidak memeluk islam.

Kedua melalui hati iaitu dalam hati nie mmg tak percaya dgn agama,hati mula percaya pada perkara2 yang memurtadkan cthnya percaya jesus tue anak tuhan,wpun dlm hati tue dah murtad,so segeralah beristifar dan mengucap byk2..atau tak percaya dgn rukun Iman..(rukun iman,percaya kepada Allah,Malaikat,Kitab,Rasul,Hari kiamat,Qada dan Qadar)...siapa yg mempersoalkan ttg ajal seseorang tu dah dikira mempersoalkan Qadak dan Qadar tuhan...tue dah bahaya tue..sama jugak dgn jodoh..

Ketiga melalui lisan -bercakap perkara2 seperti,aku bukan islam..atau aku percaya jesus itu anak tuhan,atau menyanyi lirik2 lagu yg memurtadkan..haa nyanyi lagi black metal ke apa ke..nyanyi lagu church ke..atau sembahyang hindu ke..ttanpa disedari sebab asyik masyuk ikut lirik,anda dah ter-murtad dah..bg yg tak tahu tue wallahualam la..mungkin Allah lebih mengetahui...bg yang tahu cepat2 la beristifar dan mengucap..

Lagi kes syirik....
Tahukah korang apa maksud syirik?
syirik bermaksud menyekutukan Allah (menduakan atau mentigakan dan sebagainya)
mcm mana syirik nie boleh berlaku...kita dikatakan menduakan Allah apabila meminta pertolongan dari benda lain selain Allah..cthnye menggunakan khidmat bomoh yang menggunakan jin atau setan utk meminta pertolongan..nie dah syirik...syirik nie adalah dosa yang tidak terampunkan melainkan taubat nasuha..
Syirik nie pakai tangkal=syirik,pakai susuk= syirik,mintak tlg setan dan jin =syirik,
kiranya kalau sakit ke apa ke..mintaklah doa dan percaya dgn kuasa tuhan..jgn la mensyirikkan diri sendiri..tak baek tue...

Surat berantai adalah syirik !


Sensasi benci dan tak faham kenapa org masih percayakan surat berantai..?
surat tue ckp,la kalau x forward kat 20 org nescaya anda ditimpa musibah??
siapa dia untuk menentukan rezeki dan musibah,dia bukan tuhan..mempercayai kuasa lain selain kuasa Allah dan Qada dan Qadar tuhan..nie tahyul.kepercayaan karut/tahyul boleh membawa kepada syirik..kenapa nak percaya dgn benda nie..yang hanya ada kuasa keatas kita adalah Allah semata2..bukan surat berantai yg bodoh tu.

Walapupun kandungannya baik,dan bagus untuk diforward,tp sekiranya dlm tue ada tulis benda mcm tue dah kira berdosa jugak...memnyesatkan org je..bg yang cetek ilmunya percaya dgn benda2 mcm nie kan dan tak pasal2 je terpesong.

 P/s:kita sesama manusia tidak layak untuk menentukan samada seseorang itu ahli syurga atau neraka kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati hambanya..dan hanya DIA yang berhak memilih siapa yang disukainya .

Sedikit keratan untuk dikongsikan tp nie tak lengkap sangat pun.


Solat sunnat Istikharoh

Assalamualaikum wbt. Selamat pagi semua ! Now, I want to share about the way of istikharoh's prayer. Because of my friend, Muhaimin asked me last night about this. Credit to Miss Ayu's blog.



Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam


Cara Melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:

Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 


Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.



Checklist of Friday for muslims



✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

✔ Membaca Surah Al-Kahfi.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.

✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Jumaat.” - Hadith Riwayat Bukhari.

✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Jumaat) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmidzi.

✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

✔ Memperbanyakkan sedeqah.

✔ Memperbanyakkan amalan sunat.

✔ Memotong kuku kaki dan tangan.

✔ Memperbanyakkan zikrullah.
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا لله والله أكبر..

✔ Memakai pakaian sunnah.

✔ Memakai wangi-wangian.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapapun yang mandi pada hari Jumaat membersihkan diri semampunya, memakai minyak rambut & memakai wangi-wangian yang ia dapati dari rumahnya, kemudian dia pergi ketempat solat Jumaat tanpa menerobos antara dua orang yang duduk di masjid, lalu dia melaksanakan solat seperti yang diwajibkan kepadanya, dan dia diam ketika khatib berkhutbah, nescaya diampuni dosanya antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya.” - Hadith Riwayat Bukhari~

✔ Hadir awal ke masjid.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya sama seperti berkorban seekor unta gemuk, dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya sama seperti berkorban seekor sapi, dan yang pergi jam ketiga, pahalanya sama seperti berkorban seekor domba, dan yang pergi jam keempat, pahalanya sama seperti berkorban seekor ayam, dan yang pergi pada jam kelima, pahalanya sama seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-malaikat untuk mendengarkan khutbah.” - Hadith Riwayat Muslim~

Bismillahirrahmanirrahim

Nama: Izzati Nadia Sharifudin
Tarikh Lahir: 30 Julai bersamaan 24 Rabi'ul awal 
Tempat Lahir: Hospital Besar Mentakab, Pahang
Nama ibu: anak Haji Lela
Nama bapa: anak Mohd. Amin
Asal: Bera, Pahang
Darah: Melayu berketurunan Bugis (moyang kepada Atuk), Melayu (mak kepada Ibu), Kampar (keluarga wan mak; kepada Ayah), Mongol (keluarga aki; ayah kepada ayah).

Pendidikan 

2002 Pasti ISLAM, Bera dan Tabika Kemas, Rompin Pahang
2004 Sekolah Rendah: SK Kampung Kolam, Rompin Pahang
2009 Sekolah Menengah: SMK Seri Rompin, Rompin Pahang
2015 Pusat Asasi, UIA Petaling Jaya
2018 Universiti Karabük, Turki (Prog Pertukaran Pelajar Mevlana)
2020 Universiti Islam Antarabangsa, Gombak Malaysia

Pencapaian

UPSR: 5A
PMR: 8A 1B (Aliran Arab) SMK Seri Rompin
SPM: 2A+, 3A, 2A-, 1B+, 3B (Aliran Sains Agama) SMK Seri Rompin
Asasi: 3.584 (Bidang Ilmu wahyu dan Warisan Islam) UIA PJ Selangor
Sarjana Muda: 3.71 (Fiqh dan Usul Fiqh) UIA Gombak -Kelas Pertama dengan Kepujian

وما توفيقي إلا بالله تبارك الله ما شاء الله