Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Solat sunnat Istikharoh

Assalamualaikum wbt. Selamat pagi semua ! Now, I want to share about the way of istikharoh's prayer. Because of my friend, Muhaimin asked me last night about this. Credit to Miss Ayu's blog.



Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam


Cara Melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:

Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 


Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.