Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyCOOK : Fettuccine Carbonara

Assalamualaikum wbt,

Izzati nak share pasal my try on cooking the Fettuccine Carbonara. Resepi Izzati google je. Pastu adjust sikit ikut suka rasa. I learn cook from recipes. Hehe! I dunno when Ive started to love the Carbonara. Sejak belajar asasi kot.




FETUCINI CARBONARA (resepi asal oleh Chef Hanieliza)

Bahan2:
Pasta:
300 gram fetucini (direbus hingga lembut) ---- saya guna dua mangkuk pasta spirals..
didihkan air, masukkan dua sudu besar minyak zaitun, sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente

Sos Carbonara:
Bahan2:
2 sudu makan minyak jagung ---- saya guna minyak masak je, tapi extra sket..dlm 4 sudu besar
10 batang sosej ----- saya guna 5 batang sahaja, potong kecik2, dan goreng terlebih dahulu dgn minyak utk menumis tu.
1 cawan susu segar ---- saya guna 1 tin susu cair (evaporated milk) sbb takde susu segar
10 biji cendawan butang ---- ikut selera anda (dipotong nipis)
1 biji capsicum hijau & merah (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji capsicum hijau shj sbb tu je available td
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang) ---- saya guna 3 ulas..hehe
2 biji tomato (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji je
1 sudu makan serbuk lada hitam ---- saya tak guna sebab ayah allergik lada hitam
125 gram keju cheddar, 100 gram keju parmesan, 1 sudu makan serbuk oregano ---- semua ni saya tak guna, saya gantikan dengan 1 tin sos prego tin warna kuning (cheese and herbs)...tetap rasa keju dan oreganonya..dan jimat kos! Hehe..
Garam secukup rasa
Dan..
Saya tambah air 2 gelas sbb saya lebih sukakan tekstur yang sedikit cair (watery) ala2 mushroom soup gitu.

Cara Masak Carbonara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga bangkit bau. (Jangan tunggu layu sangat, cukup sekadar naik bau je).

2) Masukkan cendawan butang, tomato dan capsicum. Kacau rata.

3) Agak2 yang tiga tu (cendawan, tomato, capsicum) cam dah masak sket..Kemudian baru masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu tu dan juga sos pasta prego (cheese and herbs). Kacau rata lagi.

4) Masukkan air, dan susu cair. Kacau rata lagi sekali.

5) Kemudian tambah garam secukup rasa. Sos pasta tu dah masin..so tak perlu tambah garam banyak2..sila rasa dulu sebelum tambah garam. Jika dah sesuai dgn selera, tak perlu tambah garam.

6) Tuang sos atas pasta anda..hias dengan daun parsli/keju parmesan parut jika ada dan pasta carbonara anda siap untuk dihidangkan! (saya tak guna pun daun parsli/keju...sebab semua takde tadi..kalau anda peminat keju boleh add on)

Senang sangat nak buat ni..saya siapkan pagi tadi tak sampai 30 minit (dengan tahap diriku yang amatur ini)

Selamat mencuba! 

Kalau dah cuba jangan segan2 tinggalkan komen tau!
 

MYWORDS : Malaysia Merdeka


Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat kemerdekaan kpd ALL MALAYSIANSBebas drpd menjdi hamba kpd yg sepatutnya mnjadi hamba Allah
.
Namun, adakah kita perlu berhenti hamba Allah? Kita semua syg Allah right? So, jangan berhenti jadi hamba yg cintakan Allah sehingga nafas terakhir kita
.

Nak solat, mengaji, belajar, ke masjid, ke kelas/sekolah, makan, minum semuanya MERDEKA tnp gangguan dan peperangan. Kalau nk banding kita dgn keadaan di Syria, Palestin dllImagine how


Hargailah nikmat keMERDEKAan niWe love Malaysia

Hidup dua kali, mati sekali

Source: Whatsapp group

Kita hidup dua kali.
Kita mati sekali cuma.

Sekali hidup di dunia.
Kemudian kita mati.
Lalu,kita dibangkitkan;dihidupkan semula untuk yang kali kedua bagi menghadapi hari akhirat.
Hari yang kekal selamanya.

Sifir kehidupan.
Kita mati cuma sekali.
Bersedialah agar dapat beroleh cara mati yang paling baik.

Kerana apa?

Sekali kita dah mati,jika dalam keadaan yang Allah tak redha..betapa sangat memberi kesan kepada kehidupan kita di akhirat kelak.

Oleh itu,buat perancangan.
Bagaimana cara mati yang menjadi pilihan,
Yang Allah redha.

Ramai yang tahu, selepas kehidupan ada kematian.
Namun begitu, ramai juga yang masih tak tahu,selepas kematian masih ada sebuah kehidupan!

Tips for choral speaking

Assalamualaikum. Sebaba minggu dpn ade competition  for public speaking, nak share tips and ilmu sikit pasal Choral speaking.

Sekarang ni bukan saja dalam english, bahasa Melayu pun dah femes dah sekarang ni. Atau dalam bahasa melayu dipanggil bicara berirama, betul ke? ke aku salah? Erm, kalau bahasa Arab pulah dipanggil Kalam Jama'e. Choral speaking ni bukan je untuk pertandingan nak buat persembahan pun best jugak.  Kalau nak persembahkan choral speaking ni mesti kena buat best-best kan. Ni tips sikit macam mana nak bagi best !

1. Suara.

Suara mesti kena lantang dan jelas, bagi orang faham apa yang nak disampaikan. Kalau text choral speaking tu dah cun gila, kalau suara tak jelas, orang tak faham apa yang nak disampaikan dan menyampah nak tengok. Cakap kena sepatah, sepatah, kalau cakap macam native speaker, baik tak yah buat choral speaking kalau macam tu.

2. Intonasi.

Intonasi suara kena la pelbagai. Kalau sama saja pun tak best jugak. Cuba selitkan ada part yang kena cakap lajuuuuuuuuu, dan ada part yang peeeeeer laa haaan. Sesetengah persembahan yang aku tengok, dari awal sampai habis, semua sama je intonasinya. Contoh, waktu aku sekolah rendah dulu, ada part tongue twiste,

Betty butter bought some butter
but the butter that Betty bought was bitter
so, Betty bought another butter
to make the butter better

patutnya tongue twister kena la cakap laju, tapi kami buat intonasi robot.

3. Drama.

Choral speaking ni, macam kita berceritalah kan. Kita kalau nak sampaikan sesuatu cerita, kena berlakon sikit. Macam orang berlakon, mesti kena nampak real. Contohnya, waktu marah, mesti suara yang kuat, muka yang bengis, kening berkerut. Waktu menangis, cuba buat macam baby nangis, macam kelakar lah skit. Atau, buat lah, ada orang yang tersilap cakap ke, gaduh ke.

4.  Keseragaman.

Yang ini paling penting. Choral speaking kalau tak seragam. Memang tak best lah. Tambah-tambah part tunduk. Huh waktu tu orang boleh nampak. Aku macam tak suka sangat kalau persembahan tu buat style tunduk ombak. Pastu tak jadi. Huh. Rasanya, lebih baik tunduk je semua sekali ngan conducter tu sekali. Baru cun. Tu bagi aku lah.

5. Gaya.

Gaya pun kena ada, cuba buat gaya yang peliks sket. Contohnya, minum air. Orang barisan depan tuang cawan kat orang barisan belakang, dan orang barisan belakang buka mulut. Nampak macam orang besar nak minum air. Tak de lah sorang, sorang letak tangan dekat mulut. Yang tu dah biasa dah buat kan.

Tu lah serba sikit tips, aku rasanya semua orang dah tau kot. Aku bagi yang basic je. Bagi aku, kalau skrip tak menarik pun, tapi ada stail dan gaya penyampaian yang awesome mesti orang tertarik nak tengok. Dan kenalah masukkan lagu, atau suara-suara yang kelakar. Baru cun.

Senarai doa di dunia dan akhirat

Assalamualaikum, berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman…  yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Selamat beribadat!