Assalamualaikum. Sebaba minggu dpn ade competition for public speaking, nak share tips and ilmu sikit pasal Choral speaking.
Sekarang ni bukan saja dalam english, bahasa Melayu pun dah femes dah sekarang ni. Atau dalam bahasa melayu dipanggil bicara berirama, betul ke? ke aku salah? Erm, kalau bahasa Arab pulah dipanggil Kalam Jama'e. Choral speaking ni bukan je untuk pertandingan nak buat persembahan pun best jugak. Kalau nak persembahkan choral speaking ni mesti kena buat best-best kan. Ni tips sikit macam mana nak bagi best !
1. Suara.
Suara mesti kena lantang dan jelas, bagi orang faham apa yang nak disampaikan. Kalau text choral speaking tu dah cun gila, kalau suara tak jelas, orang tak faham apa yang nak disampaikan dan menyampah nak tengok. Cakap kena sepatah, sepatah, kalau cakap macam native speaker, baik tak yah buat choral speaking kalau macam tu.
2. Intonasi.
Intonasi suara kena la pelbagai. Kalau sama saja pun tak best jugak. Cuba selitkan ada part yang kena cakap lajuuuuuuuuu, dan ada part yang peeeeeer laa haaan. Sesetengah persembahan yang aku tengok, dari awal sampai habis, semua sama je intonasinya. Contoh, waktu aku sekolah rendah dulu, ada part tongue twiste,
Betty butter bought some butter
but the butter that Betty bought was bitter
so, Betty bought another butter
to make the butter better
patutnya tongue twister kena la cakap laju, tapi kami buat intonasi robot.
3. Drama.
Choral speaking ni, macam kita berceritalah kan. Kita kalau nak sampaikan sesuatu cerita, kena berlakon sikit. Macam orang berlakon, mesti kena nampak real. Contohnya, waktu marah, mesti suara yang kuat, muka yang bengis, kening berkerut. Waktu menangis, cuba buat macam baby nangis, macam kelakar lah skit. Atau, buat lah, ada orang yang tersilap cakap ke, gaduh ke.
4. Keseragaman.
Yang ini paling penting. Choral speaking kalau tak seragam. Memang tak best lah. Tambah-tambah part tunduk. Huh waktu tu orang boleh nampak. Aku macam tak suka sangat kalau persembahan tu buat style tunduk ombak. Pastu tak jadi. Huh. Rasanya, lebih baik tunduk je semua sekali ngan conducter tu sekali. Baru cun. Tu bagi aku lah.
5. Gaya.
Gaya pun kena ada, cuba buat gaya yang peliks sket. Contohnya, minum air. Orang barisan depan tuang cawan kat orang barisan belakang, dan orang barisan belakang buka mulut. Nampak macam orang besar nak minum air. Tak de lah sorang, sorang letak tangan dekat mulut. Yang tu dah biasa dah buat kan.
Tu lah serba sikit tips, aku rasanya semua orang dah tau kot. Aku bagi yang basic je. Bagi aku, kalau skrip tak menarik pun, tapi ada stail dan gaya penyampaian yang awesome mesti orang tertarik nak tengok. Dan kenalah masukkan lagu, atau suara-suara yang kelakar. Baru cun.
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez