Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Tujuh sunnah Rasulullah SAW

Its a very nicely written by Ustaz Don Daniyal. Assalamualaikum wbt, Ive shared this from we chat moment. Saturday, 20 June 2015 petang.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama :

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua :

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat :

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam :

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

As ilahh a'nis saum wa yaumil eid // Questions about fasting and Hari Raya

Assalamualaikum. Izzati nak share dari whatsapp group jugak pasal 134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri by Ustaz Azhar Idrus. Thursday, 18 June 2015 malam.

1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?

Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?

Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?

Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?

Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?

Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?

Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?

Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.

Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?

Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?

Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?

Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.

12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?

Masjid.

13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?

Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.

14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?

Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.

15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?

Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.

16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?

Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?

Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.

18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?

Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?

19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?

Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.

20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?

Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.

21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?

Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?

Kena niat puasa ganti baru dikira.

23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?

Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.

24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?

Harus dan dapat pahala.

25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?

Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?

Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.

27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?

Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.

28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.

Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.

29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?

Paling sedikit 8 raka
at.

30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?

Tak batal.

31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?

Tak batal.

32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?

Qadha puasa sahaja.

33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?

Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.

34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?

Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.

36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?

Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.

37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?

Tak batal melainkan ditelannya baru batal.

38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?

Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?

Boleh buat.

40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?

Boleh.

41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?

Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?

Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..

43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?

Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.

44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?

Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.

45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?

Makruh.

46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?

Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?

tidak benar.

48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?

Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.

49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?

Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.

50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?

Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?

Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.

52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?

Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?

Berbuka.

54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?

Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.

55.Korek telinga dengan putik kapa
s hingga ke gegendang telinga, makruh tak?

Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.

56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?

Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.

57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?

Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.

58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?

Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.

59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?

Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.

60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?

-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.

-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.

-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.

61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?

Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.

62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?

Batal telan kahak dari dalam tekak.

63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?

Lebih banyak rakaat lebih afdhal.

64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?

Kurma dan air.

65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Sah puasa dalam keadaan junub.

66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?

Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.

67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?

Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.

68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?

Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.

69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?

Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.

70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?

Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.

71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?

Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.

72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?

Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.

73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?

Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi
SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.

74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?

Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.

75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?

Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.

76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?

Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.

77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?

Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.

78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?

Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.

79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?

Tak ganda. Kena qadha semula.

80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?

Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.

81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?

Tak batal puasa.

82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?

Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.

83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?

Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.

84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?

Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..

85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?

Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..

86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?

Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.

87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?

Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.

88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?

Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.

89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?

Ya..

90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?

Tak boleh.

91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa
?

Batal.

92.Apakah hukum pergi takbir raya?

Sunat.

93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?

Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.

94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?

Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.

95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?

Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.

96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?

Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..

97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?

Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..

98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?

Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.

99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.

Bida'ah tapi tidak berdosa.

100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?

Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).

101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?

Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.

102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?

Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.

103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?

Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.

104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?

yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.

Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?

Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.

Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?

Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.

105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?

Sunat Rejab dan Syaaban.

106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?

Batal jika ditelan gigi tersebut.

107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?

Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.

108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.

Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.

109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?

Makruh.

110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.

Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.

111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?

Harus.

112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?

Sunat niat semula malam suci dari darah dan
wajib niat setiap hari selepas itu.

113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?

Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.

114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?

Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.

115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?

Sah.

116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?

Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.

117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?

Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.

118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?

Harus pada syarak.

119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?

Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.

120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?

Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.

121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?

Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.

122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?

Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.

123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?

Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.

124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?

Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.

125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?

Boleh pilih.

126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?

Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.

127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?

Boleh cuma kurang afdhal.

128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?

Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.

129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?

Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.

130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?

Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.

131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?

Bayar fidyah sahaja.

132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?

Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.

133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?

Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.

134.Bagaimana gabung puasa qadha dengnn puasa sunat Isnin-Khamis?

Sesetengah ulamak kata boleh. "Sahaja aku puasa qadha Ramadhan esok hari serta sunat Isnin kerana Allah taala".

Puasa fi Ramadhan

Assalamualaikum, now I want to share some revision about "as saum//puasa//fasting". Ive got this from wsapp group. Wednesday, 17 June 2015 petang.

Niat Puasa - "Shj aku bpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa👑

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tak musafir)
6. Suci (dr haid dan nifas)

Syarat Sah Puasa👑

1. Islam
2. Berakal dan mumayyiz
3. Suci (dari haid dan nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa👑

1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

Perkara Yg Membatalkan Puasa👑

1. Makan dan minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid or nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari)

Perkara Sunat Ketika Puasa👑

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa👑

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa👑

1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga

Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa👑

1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : satu cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan👑

* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.

Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa👑

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa👑

1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu.

Tips sebagai penuntut i'lmi

Sharing from our beloved, Syeikh Husin. 15 June 2015 petang, Isnin.

1. Tidur awal, lepas Isyak. Kalau nk mgapai time tu tak brp nk masuk sgt dh sbb dari pg dh macam-macam aktiviti kita buat. Duk hoha hoha, otak penuh. Kalau boleh lg, nnti dia tumpah keluar jugak. Tk masuk pun. 

2. Bangun awal. Masa ni otak fresh sbb takde apa bnda msuk lg. Sbb bru bangun tidur. Elok ngapai. Oxygen pn byk. Elok utk lancarkan pnafasan, oksigen dpt dibekalkan dlm darah.

3. Jgn tidur mula terbit fajr smpai zohor. Kalau dah biasa tidur time tu nnti masa exam otak lembap. Paham? Lembap. Ulg skali lg. Lembap. Haha. Kalau dari awal pg sebelum subuh dh bjaga, letih, tidur la dlm sejam.

4. Mula study dgn subjek susah dlu. Bg otak aktif. Kalau mula dgn yg senang nnti jd cepat boring. Pahtu malas. Pahtu tutup buku. Jemmm.

5. Time study jgn makan! Ulang! Time study jgn makan. Sbb mkn masa study nnti otak yg spatutnya byk naik ke otak kna turun separuh ke perut sbb nk proses makanan. Boleh kunyah2 ja mcm kacang etc.

6. Kalau baru lepas mkn yg ada khasiat byk, mcm protein or karbohidrat dll rehat dlu. Jgn trus study.

7. Pagi-pagi msa sarapan kalau hri exm jgn amk mkn berat. Nnti nk jwb soalan, sma ad ngantuk atau blur. Darah byk pi kt perut. Nnti mula sakit perut bagai.

8. Kalau nk tidur lps zohor smpai asar takde masalah. Lps tu nk buat apa pun buat la. Tp takyah tidur byk la siang. Mlm nk tidur awal.

9. Kalau masa study, dh letih otak tepu, nk tidur sekejap, boleh. Tidur straight. Jgn merekot ke, tidur letak kpala tgn ats meja ke apa. Nnti darah tak jalan lancar. Kalau bgun pun jd letih. Tidoq straight, bg darah jln elok ke jantung, nk proses energy balik. Tgn kt sisi.

10. Kalau rasa yg susah lekat bila hafal, tulis kt krtas byk kali.

11. Tidur malam, tutup lampu. Kalau tak tutup, cell dlm bdn still bekerja. Rehat jd tak bkualiti.

Sekian, edited by zattynadia. Semoga bermanfaat ✌ Assalamualaikum wbt.

Ways to cope with our homesick

Assalamualaikum. 14 June 2015 hari Ahad malam. Khas buat insan yg mengalami 'homesick'. Ive have shared and edit this sharing from my friend, Soffian Assauri.

♡ Rajinkanlh diri utk brtegur-sapa dan bersembang dgn member sebilik.Nampak mudh tapi mgkin boleh lupakn seketika fikirn korang kpd rmah tu.

♡ Berjalan meneroka tmpt pengajian korang seperti melawat bilik member yg lain.

♡ Baca buku atau komik sampai korang leka.

♡ Kalau rindu sangat² hbngilah keluarga korang jgn pendam.

♡ Bawak benda yg korang tak boleh lupakan dan tak boleh hidup tanpanya mcm teddy bear or bantal bucuk.

♡ Set dalam minda korang yg mulai hari ini asrama tu sudah jadi rumah kedua korang.

♡ Cuba jadikan suasna bilik korang seronok mcm selalu sembang dgn member sebilik.

♡ Mengadulah kpd Allah SWT segala yg ada dlm hati kita supaya kita memperoleh ketenangan dijiwa yg sdg dilanda kerinduan, in shaa Allah.

Istidraj orang yg melakukan maksiat

Nak share satu cerita ni drpd whatsapps. Sesuai untuk kita yang nak EXAM. Harap this story will give pengajaran kepada kita. But before tht, Istidraj tu kelebihan yg Allah tetap bg kt hambaNya yg melakukan maksiat.

Nita & Rita kawan baik. Best buddyz gitu. Dua2 muslimah sejati. Cantik orangnya, bertudung labuh, sentiasa tutup aurat, jaga ikhtilat.

Alhamdulillah, calon isteri yang baik. Diorang pergi class sama2, belajar sama2, semua sesama (dah kata best buddyz)

Rita ni biasa orangnya. Tak pandai, tak bijak. Kuiz dia selalu lah jugak dapat rendah. She almost give up.

Pointer pun biasa je. Tapi, si Nita ni pulak mashaAllah, Allah bagi dia kebijaksanaan.

Dahlah cantik, pandai pulak tu. Kuiz Nita, takyah cakap lah semua tinggi. Pointer pun  masyuk. Sebab tu Nita & Rita kawan baik. Apa yg Rita tak tahu/tak faham, Nita ajarkan.

Tapi, apa yang bezanya diorang ni? Ha ni aku nak story.

SOLAT.
Ya, apa yang membezakan diorang ni adalah solat. As you guys know, solat tu penting. Solat tu tiang agama. Solat adalah perkara pertama disoal masa dalam kubur.

Clear?

Ok jom teruskan.
Wlupun Rita selalu dpat markah rendah, dia pegang satu ayat dalam diri dia.

"NAK BERJAYA, SOLAT."

Ya, Rita sangat menjaga solat. Alhamdulillah. Rita sentiasa cuba solat awal waktu, dekatkan diri dengan Allah.

Niat belajar kerana Allah, baru berkat.

Tapi Nita?

Sayang. Solat hilang entah ke mana, entah bila kali terakhir dia membaca doa qunut. Kali terakhir bersujud?

Allah. Sayang, bertudung labuh tapi masih tak lengkap. Allahu..

Tapi kenapa Nita sentiasa pandai? Pandai sangat pula tu.

Sayang, itulah dugaan yg Allah bagi kat dia. Istidraj namanya. Satu hari, Rita study group dengan kawan usrahnya lepas zohor.

Dan Rita tanya pasal istidraj.
"Nak tanya boleh tak? Istidraj tu apa?

Aku first time dengar ayat ni."
"Oh istidraj. Istidraj tu nikmat yg allah bagi kat seseorang."

"Hm? Contoh sikit"
"Contohnya, kita sebagai pelajar, ada hamba allah yang pandai sangat. Tidur dalam kuliah pun masih pandai, pointer pun masyuk. Tapi tak solat. Pandai tapi tak solat. Itulah istidraj.

Allah uji dia dengan bagi nikmat kepandaian, tapi dia tak pernah bersyukur mahupun bersujud kepada Allah yg bagi nikmat tu.

Bahaya tau orang mcm ni. Nauzubillah minta dijauhkan"

"Kenapa bahaya pulak?"

"Yelah, Allah bagi nikmat tapi dia tak bersyukur. Tak berterima kasih pun kat Allah. Lalai dgn nikmat tu. Kalau Allah tarik nikmat tu, baru tahu langit tinggi rendah"

"Ohh. Okay okay dah melalut pulak. Jom study!"

Final exam dah sampai. Semua risau. Rita semakin istiqamah menjaga solat.

Bagi dia, belajar2 jugak, solat jangan lupa. Bunyi azan je, dia stop study, ambik wudu' & ready untuk solat.

Nita? Allahurabbi. Dah azan zohor, masih menelaah buku. Azan asar, masih menghadap buku. Tak peduli. Tidak terdetik pun rasa bersalah bila Allah dah panggil.

Hari exam. Rita & Nita cuak. Takut apa yang study tak keluar. Selalu jugak kena mcm tu. Mereka berpisah sebab tempat exam lain2.

Kertas soalan dah dapat. Rita senyum. "Alhamdulillah, adalah jugak study bab ni" Senang hati menjawab. Entah betul atau tidak, tu tawakal je.

"InsyaAllah, Allah tolong aku"

Nita? Blank. Dah study satu buku pagi petang siang malam. Stay up. Khatam satu buku dah.

"Ish, kenpa tak ingat ni. Aku dah study bab ni" Blank.

Dicubanya ingat. Tak berjaya. 2jam berlalu. Nita tak ingat apa2.

Rita? "Rasa macam first time buku jawapan penuh mcm ni. Alhamdulillah"

Habis paper. Nita stress sebab apa yg dia baca tak ingat satu hape.

Dapat jawab dua soalan je. Nita merungut. Maki diri sendiri. Next paper kena struggle habis. Stay up lagi lah ni.

Next day. Next paper. Sama jugak. Nita blank. Tak tahu kenapa tak ingat. Rasa nak tiru je orang sebelah. Dah habis stay up pun tak ingat.

Pergi toilet dah dua kali untuk ingat. Habis masa, hanya 3 soalan yg dapat dijawab.

Akhirnya, result keluar. Pointer Rita masyuk sangat. Rita terharu. Katanya Allah banyak tolong. Nita?

Lingkup. Kena extend. Biasiswa pun  kena cut. Pointer rendah. Menangis tak tentu arah.

Sayang, nak menyesal pun tak boleh. Nasi dah jadi bubur.

Ok. Nampak? Nampak apa yg aku cuba sampaikan?

Korang nak jadi Nita ke Rita? Biar lah orang nampak tak pandai.

Tapi, Allah nampak usaha kita. Usaha tu bukan usaha belajar. Solat & doa pun usaha jugak. Kau nampak kan?

Nikmat Allah tarik, sekejap je. Bila2 Allah boleh tarik. Masa tu kau tak boleh buat apa.

Jadi sebelum Allah tarik nikmat yang dah diberi. Kau sujud syukur kat Si Pemberi Nikmat.

Kau ingat balik, bila kali terakhir kau sujud? Bila kali terakhir kau melafazkan Al-fatihah?

Allahurabbi. Jangan macam tu sayang. Kita sama saling mengingati. Ingat sampai bila2 ayat ni,

"Allah tak janji yang belajar 24jam jadi pandai, Allah tak janji yg kerja siang malam jadi kaya.

Tapi Allah berjanji, SIAPA SOLAT DIA BERJAYA"

Itu janji Allah dekat kita.

Why we read quran in Arabic even we dont understand it?

This is a beautiful story. Ive share it from our whatsapp group of my IBI's classmates 💕

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Ta ke this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be Changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

If you feel this is worth reading, please forward to your contacts/friends. Prophet Muhammad (pbuh) says: "The one who guides to good will be rewarded equally"

Guess based Islamic knowledge?

Assalamualaikum, now I would like to share about my friend's guess from Whatsapp group of my class students of CFS, IIUM. Selalunya org bg teka teki duniawi, cuba jwb teka teki islam ni :

1. Ada seseorang menemukan bangkai di jalan, kemudian dia makan sampai kenyang dan sisanya dia bawa pulang. Padahal dia tidak gila, tidak kelaparan, juga tidak terpaksa. Mengapa blaku demikian?

👉Bangkai yang dihalalkan, yaitu bangkai laut (ikan) atau belalang, didasarkan pada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

أُحِلَّتْ لَكُمْ مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

“Dihalalkan bagi kalian dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai tersebut adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah tersebut adalah hati (lever) dan limpa. [HR Ibnu Majah no. 3314 dan dishohihkan Syeikh Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no.1118]

2. Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air.
Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga. Tapi ada satu keadaan,dimana air pula yg menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?

👉Keadaan orang yang tinggal di atas kapal/laut dan sedang menyelenggarakan jenazah. Maka mayit dibuang di Laut dapat menggantikan dikuburkan di tanah.

3. Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau
dihadiahkan. Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan.
Benda apakah itu?

👉Haiwan qurban. Sebelum statusnya jadi kurban boleh diperjualbelikan. Setelah jadi kurban, tidak boleh diperjualbelikan apapun bagiannya, kecuali apabila dihadiahkan.

4. Ada sesuatu yang tersusun lebih dari 100 bagian, tetapi jika dibagi dua hasilnya kurang dari dua puluh? Apakah itu?

👉Al-Qur’an al-Karim terdiri dari 114 surat, tapi jika kita buka pertengahan mushaf, maka kita temukan tengah al-qur’an ada di surat ke-18. Kurang dari 20.

5. Ada Orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa
sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap. dan solat statusnya sah. Bagaimana itu blh terjadi?

👉Sholat jenazah.

6. Ada org yg solat tp tahiyat nya 4 kali.. Solat apa ya?

👉Orang yg masbuq ketika sholat maghrib dan mendapati imam telah lewat ruku’ pada rakaat kedua dan belum bangun ke rakaat ketiga. Sehingga tahiyat nya menjadi 4x.

7. Solat jahar adalah yang rakaat pertama dan keduanya di keraskan bacaannya. Dan solat sir rakaat selepasnya. APAKAH solat sirr berjamaah apa yang terletak antara dua solat jahar berjamaah?

👉Sholat ashar pada hari Jum’at, karena itu menjadi sholat siir ditengah2 sholat jum’at yang jahar dan maghrib yang jahar.

8. Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama,
seluruh manusia dimuka bumi tidak ada yang melakukannya?

👉Mencium hajar aswad adalah sunnah, ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” (HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270) Kalau seseorang sedang mencium nya, maka yg lain harus menunggu, tidak bisa bareng2 menciumnya

9.Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib. Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali ;jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

👉Khitan

MYEXPI : Royal Floria of Putrajaya 2015

Assalamualaikum wbt. Now, I want to umbrella my visiting to Royal Floria of Putrajaya which had been end last Sunday, on 7th June 2015. Umbrella tu macam payung laa. Ayat trend remaja sekarang bila nak belanja gmbar. Haihhhh macam-macam istilah. Kreatif sgt. Cuba lah kreatifkan diri dan minda untuk benda yg berguna sikit. Apelah :) Entrance fee for adult is RM5 and for child RM1. So, let we start our journey by seeing my photo. Hehe ! Its gorgeous actually for girls and women bcs they love flower and beautiness. I'd gone to this place with my new roommate and her family. She's Aiman. She's lucky bcs have the 'soleh' family.





















And for sure, this is an article about flora, I have found at this link. Hopefully, its beneficial. Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.



Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti  kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.



Pengelasan Flora :



Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas :

  • Flora asli : Flora asli sesuatu kawasan.
  • Flora pertanian dan kebun bunga : Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
  • Flora rumpai : Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem. Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora. Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.









Subhanallah, pokok pun berzikir kerana Allah !

Assalamualaikum, this article is from this link. Pada sebuah kajian ilmiah yang diberitakan oleh sebuah majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang mengadakan penyelidikan mendapati ada suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada.



Para saintis selama hampir 3 tahun meneliti fenomena yang mengejutkan ini berjaya menganalisis denyutan atau detik suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope. Akhirnya para saintis tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1,000 kali dalam satu saat!

Prof. William Brown yang mengetuai para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawasanya tidak ada penafsiran ilmiah atas fenomena tersebut. Padahal seperti diakui oleh sang profesor bahawa pihaknya telah menyerahkan hasil kajian mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika juga Eropah, akan tetapi semuanya tidak mampu menafsirkan fenomena malah semuanya tercengang tidak tahu harus mengulas apa.



Pada kesempatan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari United Kingdom, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan muslim yang berasal dari India. Selepas 5 hari mengadakan kajian dan penyelidikan ternyata para ilmuwan dari UK tersebut angkat tangan. Sang ilmuwan muslim tersebut berkata: "Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak 1,400 tahun yang lalu!"

Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan memintanya untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian itu.

Sang ilmuwan muslim segera membaca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم إنه كان حليما غفورا

"... Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Isra ' : 44)

Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafaz jalalah (nama Allah) sebagaimana kelihatan dalam skrin. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi dewan di mana ilmuwan muslim tersebut bercakap.



Subhanallah, Maha suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah.

Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap kajian ini, iaitu profesor William Brown menemui sang ilmuwan muslim untuk membincangkan tentang agama yang di bawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak boleh baca tulis) sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu dia memberikan hadiah al-Quran dan terjemahnya kepada sang profesor.

Selang beberapa hari selepas itu, profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich - Miloun, dia berkata: "Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena seperti ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang saintis pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang mampu menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang boleh menafsirinya. Akan tetapi satu-satunya tafsir yang boleh kita dapati adalah dalam al-Quran. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan syahadatain: "Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!"

Profesor ini telah mengumumkan Islamnya di hadapan para hadirin yang sedang terkejut.

Sejarah Iblis dan penghuni bumi sebelum manusia

Assalamualaikum wbt, now I want to share about sejarah Iblis dan penghuni bumi sebelum manusia daripada blog unikversiti. Hope, its beneficial, in shaa Allah. Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Usman ibnu Sa'id, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnu Imarah, dari Abu Rauq, dari Ad-Dahhak, dari Ibnu Abbas yang menceritakan hal berikut :



Pada awalnya iblis itu merupakan suatu golongan dari kalangan para malaikat, mereka dikenali dengan sebutan jin. Iblis diciptakan dari api yang sangat panas, yakni jin yang berada di antara para malaikat, nama aslinya adalah Al-Harits; pada mulanya dia ditugaskan sebagai salah seorang penjaga syurga. Tetapi malaikat semuanya diciptakan dari nur yang berbeza dengan golongan iblis tadi. 

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa jin yang disebut di dalam Al-Qur'an diciptakan dari nyala api, yakni dari lidah api yang paling hujungnya bila menyala. Sedangkan manusia diciptakan dari tanah liat. Makhluk yang mula-mula menghuni bumi adalah jin, lalu mereka membuat kerosakan, mengalirkan darah, dan sebahagian dari mereka membunuh sebahagian yang lain. Maka Allah mengirimkan kepada mereka iblis bersama sejumlah pasukan dari para malaikat. Mereka yang diutus melakukan tugas ini dari kalangan makhluk yang dikenali dengan nama jin. Iblis bersama para pengikutnya dapat menumpaskan makhluk jin hingga mengejar mereka sampai ke pulau-pulau di berbagai lautan dan ke puncak-puncak bukit. 



Setelah iblis dapat melakukan tugas tersebut, akhirnya dia merasa tinggi diri, dan mengatakan, "Aku telah melakukan suatu hal yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun." Allah mengetahui hal itu yang tersimpan di sebalik hati iblis, sedangkan para malaikat yang bersamanya tidak mengetahui hal itu. Lalu Allah S.w.t berfirman kepada para malaikat yang pernah diutus-Nya bersama iblis, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi itu." Maka para malaikat menjawab-Nya, "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, seperti kerosakan yang pernah dilakukan oleh makhluk jin dan banyaknya darah mengalir kerana perbuatan mereka? Padahal sesungguhnya kami diutus untuk menumpaskan mereka." 

Kemudian Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui," yakni "Aku mengetahui apa yang tersimpan di sebalik hati iblis hal-hal yang tidak kalian ketahui, iaitu sifat takabur dan tinggi diri."



Syahr ibnu Hausyab mengatakan, Iblis itu adalah berasal dari golongan jin yang diusir oleh para malaikat. Sebahagian dari malaikat menawannya lalu membawa ke langit. Demikian riwayat Ibnu Jarir.


Sunaid ibnu Daud mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Yahya, dari Musa ibnu Numair dan Usman ibnu Sa'id ibnu Kamil, dari Sa'id ibnu Mas'ud yang mengatakan, "Dahulu para malaikat memerangi jin dan Iblis (yang masa itu masih kecil) tertawan, lalu Iblis hidup bersama para malaikat dan ikut beribadah dengan mereka. Ketika para malaikat diperintahkan sujud kepada Adam, mereka sujud, kecuali Iblis membangkang."



[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Baqarah : ayat 34]




Sa'id ibnu Jubair telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Iblis adalah salah satupenjaga syurga. Dia ditugaskan untuk mengatur urusan langit dan bumi (oleh Allah S.w.t). Hal ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Jarir melalui hadits Al-A'masy, dari Habib ibnu Abu Sabit, dari Sa'id dengan sanad yang sama. Sa'id ibnul Musayyab mengatakan bahawa Iblis itu adalah pemimpin para malaikat yang ada di langit yang terdekat.



Dari Sa'id ibnu Jubair, disebutkan bahawa dia pernah mengatakan, "Iblis pada asal mulanya termasuk mereka yang bekerja di dalam syurga."



Sehubungan dengan masalah Iblis ini banyak sekali atsar-atsar yang diriwayatkan dari Ulama Salaf, tetapi majoritinya bersumber dari nukilan Israeliyyat. Hanya Allah saja lah yang mengetahui kenyataan dari kebenaran sebahagian besarnya. Di antara berita Israeliyyat itu, ada yang dipastikan kedustaannya kerana bertentangan dengan pegangan yang ada pada kita. Keterangan yang terdapat di dalam Al-Quran sudah cukup tanpa memerlukan lagi berita-berita terdahulu dari kaum Bani Israel tersebut, kerana sesungguhnya berita-berita itu tidak terlepas dari penggantian, penambahan dan pengurangan. Mereka telah menuangkan banyak hal lainnya ke dalam berita-berita tersebut, sedangkan di kalangan mereka (Bani Israel) tidak terdapat para penghafal yang benar-benar ahli, yang dengan hafalannya itu mereka dapat terhindar dari penyimpangan-penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang yang berlebihan dan kepalsuan yang dilakukan oleh orang-orang yang bathil.



Lain halnya dengan apa yang dilakukan oleh umat ini (umat Nabi Muhammad S.a.w), mereka memiliki para imam, para ulama, para pemimpin, orang-orang bertaqwa, orang-orang berbakti dan orang-orang yang pandai dari kalangan cendikiawan yang kritis lagi mempunyai hafalan yang dapat dihandalkan. Mereka telah menghimpun dan mencatat hadits-hadits Nabi S.a.w dan menjelaskan ke-Shahih-anke-Hasan-an dan ke-Dhaif-annya. Mereka menjelaskan hadits yang Mungkar, yang Maudhu' (palsu), yang Matruk dan yang Makzub. Bahkan mereka memperkenalkan orang-orang yang suka buat hadits palsu, orang-orang yang dusta, orang-orang yang tidak dikenali, dan sebagainya lengkap dengan status masing-masing. Semuanya itu bertujuan untuk memelihara keutuhan hadits-hadits Nabi S.a.w, agar jangan disandarkan kepada beliau suatu kedustaan, atau suatu hadits yang pada hakikatnya beliau tidak pernah mengatakannya. Semoga Allah melimpahkan redha-Nya kepada mereka dan memberi mereka pahala yang memuaskan, serta menjadikan syurga Firdaus sebagai tempat menetap mereka.



[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Kahfi : ayat 50]


Penghuni-penghuni Bumi sebelum penciptaan manusia :


Rasulullah S.a.w bersabda; "Para malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari suatu yang telah dijelaskan kepada kalian semua." [Hadits riwayat Muslim dan Ahmad]

Ramai ulama tafsir berkata, "Jin diciptakan sebelum penciptaan Adam a.s. Penghuni Bumi sebelum manusia ialah Hin dan Bin. Allah menjadikan jin menguasai mereka. Jin membunuh mereka lalu berdiam di Bumi setelah peperangan yang telah terjadi."


"Tidaklah Aku (Allah) ciptakan jinn dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." [Surah Adz-Dzariyat : 56]



Disebutkan perkataan "jin" dahulu kemudian baru "manusia", sesuai diciptakan jin terlebih dahulu sebelum manusia. Yang pasti, diciptakan jin dan manusia adalah untuk menjadi hamba Allah, bukan hamba kepada suatu yang lain.



Adh-Dhahak menyebutkan dari Ibnu Abbas, bahawa setelah jin membuat berbagai kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, Allah mengutus Iblis kepada mereka, bersama para tentera dari langit. Mereka membunuh para jin (jin yang paling lemah dan paling rendah) dan mengusirnya dari bumi ke pulau-pulau di tengah laut. [1]


Akan tetapi, ulama ada yang kontra tentang wujudnya Hin dan Bin, seperti at-Tahir ibn 'Ashoor berkata dalam at-Tahrir wat-Tanwir;



"Jika adalah benar bahawa bumi telah didiami sebelumnya oleh satu bangsa makhluk yang dipanggil al-Hinn dan Binn atau, katanya, mereka dipanggil sebagai Tamm dan Ramm, ini adalah merujuk kepada sesuatu yang tidak pernah wujud dan tidak diketahui. Mungkin ini adalah antara mitos-mitos orang Parsi dan Yunani  (Greek) disebarkan oleh tukang cerita, kerana orang-orang Parsi mengatakan bahawa sebelum manusia wujud di bumi, terdapat satu kaum yang dipanggil Tamm dan Ramm, dan Yunani percaya bahawa bumi diduduki oleh makhluk yang dikenali sebagai Titans, dan Zeus, pemimpin dewa-dewa mereka mengikut kepercayaan mereka, menghalau mereka dari bumi kerana kejahatan mereka." [2]

Iblis sebelum bermaksiat kepada Allah, bernama Azazil dan nama gelarannya ialah Abu Kurdus. Dia juga dipanggil sebagai al-Harits.

Dari Jabir, dari Nabi S.a.w, baginda bersabda; "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air.  Lalu menyebarkan para tenteranya ke tengah-tengah manusia. Siapa yang posisinya paling dekat dengan manusia, maka dialah yang besar fitnahnya."  [HR Muslim no. 5032 dan Ahmad no.13858]


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"."  [Surah Al-Baqarah : ayat 30]



Imam Ibnu Katsir menceritakan dalam Tafsir Ibnu Katsir, dari Abdullah ibnu Amr mengatakan bahawa pada mulanya jin keturunan Jaan adalah penghuni Bumi sebelum Adam a.s diciptakan dalam selang masa 2 ribu tahun. Lalu jin menimbulkan kerosakan di Bumi dan mengalirkan darah. Maka Allah mengirimkan bala tentera dari kalangan para malaikat. Lalu para malaikat memerangi mereka hingga mengejar mereka sampai ke pulau-pulau di berbagai lautan. Kemudian Allah berfirman pada para malaikat;



"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ...... "  [Surah Al-Baqarah : ayat 30]



Bahawa Allah menciptakan malaikat pada hari Rabu, menciptakan jin pada hari Khamis, dan menciptakan Adam pada hari Jumaat. [3]



Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz dalam buku Ayat-Ayat Syaitan: Mombongkar Rahsia Jin, Syaitan, dan Iblis dalam Al-Quran juga ada menyatakan, selain dari pendapat bahawa jin menghuni Bumi sebelum Adam a.s, ada juga pendapat lain yang mengatakan sudah wujud spesis manusia di Bumi sebelum penciptaan Adam a.s. Spesis manusia ini pernah melakukan pertumpahan darah dan kerosakan. Walaupun agak pelik, pendapat ini mempunyai sandaran secara tersirat dari kata-kata Allah;



"Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). 
[Surah Aali-Imran : ayat 33]




Kebiasaannya, pemilihan hanya berlaku apabila wujud ramai calon. Nabi Nuh, keluarga Nabi Ibrahim, dan keluarga Imran pasti dipilih dari ramai calon. Oleh itu, logik sekiranya dikatakan sebelum penciptaan Adam a.s, sudah wujud makhluk seperti manusia yang biasa melakukan kerosakan di muka Bumi sehingga mengundang persoalan daripada para malaikat dalam ayat 30 Surah Al-Baqarah. ....... Walaubagaimana pun, pendapat ini hanya andaian penulis yang tidak muktamad. Ia juga tidak termasuk dalam isu berkaitan dengan Aqidah. Allah jua Yang Maha Mengetahui dan Maha Benar. [4]