Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MYEXPI : Pulau Tioman

Assalamualaikum. Harini Izzati nak share pasal short vacay ke Tioman. Last minute plan je ni. Mula-mula nak plan ke umah kawan je, Ismadatul Adilah. Tapi, sebab masa tak mengizinkan, terpaksa tukar plan ke Tekek. Mintak tolong Nisa. Dahlah time tu orang tengah school holiday. So, susah sikit nak book tiket boat. Dapat hari Ahad tu pun, nasib baiklah. Rezeqi sebab nak lupakan lara hati yang melanda katakan. Heheh. Kitorang pergi bertiga je. Aku Ibah and Syida. So total RM200 untuk dua dewasa sorang kanak-kanak pergi balik. Ayah hantar pergi ke Jeti Feri Tanjug Gemuk. Ni number jeti Tg. Gemuk 094131362. So, kitorang book tiket feri pukul 1200 hrs pada 29th May 2016. Pergi sekejap je 2hari 1malam. Cukup je untuk snorkelling and eyes view. Heheh.

Ni ibu tangkap. Peaceeee. Before naik feri ke Tioman. 

 Ni time sampai2. Ohhh, baruku tahu mcmni cara dia nak angkut jentera-jentera besar dari pulau ke Semenanjung. New knowledge for me.

Ni replika burung apa tah. Aku tak kenal. Tu Syida and Ibah jadi model jap. Hehe.

 Ni view time jalan-jalan. Adik Nisa yang bawak naik grab motocar. Tq adik Nisa.

Ni view dari atas surau Terminal Jeti Tekek Village. 

 Ni night view dekat Cheers Chalet. Nice right? Ala-ala kampung. Really peace. 
Jarak dari Jeti Tekek Village ni, 700m jugakla. Berpeluh ketiak nak menyampainya. Harga untuk dua orang RM65. But time ni gi tiga orang, +mattress (RM30), so total for three people is RM95. Okayy je chalet ni. 2.9 bintang la. Bilik air share.

 Ni kedai Souvenirs kat Cheers Chalet.

 Ni view depan chalet tu. Hari nak balik tu baru ade jiran sebelah, mat saleh mybe with his wife. Hehe. Taksempat tegur. Bukan nk menggatal okay? Just nak apply english je. Hehe
 
  
Ni time berenang kat Taman Laut. Ayaq Laut dia nice, jernih je. Nasib Nisa bagi pinjang life jacket dia. Bolehlah aku yang tk pandai berenang ni terapung. Tu pun nyaris-nyaris taknak terjun jugak. Penakut betul. But, at last, mule la rse nak mandi lame2. 




Ni sikit fact la pasal Tioman yang boleh dishare :

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1] Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.