Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Tips untuk memohon PTPTN

Assalamualaikum

Langkah-langkah utk memohon pembiayaan pelajaran PTPTN

1. Terima surat tawaran meneruskan pembelajaran

2.Check IPT anda boleh menerima pembiayaan PTPTN atau tidak

UA mmg boleh mintak PTPTN

3.Pastikan anda memenuhi syarat-syarat pembiayaan PTPTN.

Baca dan pastikan korang penuhi syarat-syarat dia ke tak. Orang Nepal tak boleh amik PTPTN.

4. Pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah

Pasal emel ni pastikan bila dah dewasa ni takpayah lah buat emel zaman kanak kanak lagi. Buat emel yang matang sikitlah bagi urusan urusan rasmi.

5. Buka akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat.

Kalau UIA -  BANK MUAMALAT
(Bergantung pada UA masing2)

6. Buka akaun SSPN. Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN

Ejen PTPTN adalah seperti BSN, CIMB, AGRO Bank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Aku buka akaun SSPN dekat Maybank sbb boleh settle haritu jugak. Aku tak pasti bank mana yang kena tunggu keesokan harinya baru boleh settle akaun SSPN. MInima akaun ni RM 20.

7. Beli No, Pin PTPTN

Beli no pin ni di BSN dengan harga RM 5. Kena ingat bahawa no pin ni boleh tahan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari tu kena beli baru punya.

8. Isi borang PTPTN secara online

Buat pendaftaran kali pertama and isi lah borang borang dia. Pendaftaran secara online ni korang boleh buat satu kali sahaja. SEKALI SAHAJA. Jadi, pastikan korang check betul betul maklumat and cari maklumat-maklumat yang susah nak cari siap-siap. Sebarang ketidak pastian boleh terus telefon PTPTN. Kalau tak, korang kena beli no pin baru dan buat permohonan semula.

9. Sahkan permohonan anda setelah check 4 ribu kali. (hiperbola semata)

InshaAllah kalau dah 4 ribu kali check mesti tak ada masalah nak sahkan lagi.

10. Tunggu permohanan anda disahkan.

Ambil masa dalam seminggu selepas tarikh permohonan tamat.

11. Boleh amik WPP.

Wang pendahuluan sebanyak RM 1500 utk korang bayar yuran pengajian, yuran kolej dan persiapan masuk IPT. WPP ni boleh mintak time buat permohonan masuk IPT. Aku tick 'right' yang aku nak menerima WPP time buat permohonan penerapan dulu. Cek bernilai RM 1500 itu hanya boleh dicashkan di bank CIMB sahaja. Tak boleh guna cara lain

12, Print borang- borang PTPTN bila permohonan anda diterima. (80gsm)

Semua borang ni kena ada *WAJIB* *2 salinan*. Isi tarikh dan sign di mana yang perlu sign. Dinasihatkan guna *pen hitam* utk kegunaan surat surat rasmi macam ni.

13. Beli setem hasil

Beli *setem hasil 2 ketul* di mana mana pos office berdekatan. Dan tampal di borang yang perlukan setem hasil utk ditampal.

14. Dapatkan tanda tangan pegawai kelas A.

Aku ambik tanda tangan Ketua Jabatan kos aku. Pastikan pegawai kelas A korang sama utk kedua dua salinan PTPTN.

15. Sediakan dokumen sokongan.

Dokumen sokongan hendaklah bersaiz A4 (80gsm) berwarna putih dan tidak perlu disahkan,

Dokumen sokongan yang perlu disediakan:

_a) Maklumat permohonan pembiayaan_

_b) Salinan IC pemohon_

_c) Salinan SPM_

_d) Salinan surat tawaran_

_e) Salinan buku akaun_

_f) Salinan transkrip keputusan peperiksaan (STPM, Matrikulasi, Diploma)_

_g) Salinan slip gaji/ salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA PERTAMA_

_h) Salinan slip gaji / salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA KEDUA_

_i) Salinan surat pengesahan masih belajar di IPT ( budak sem 2 dan ke ats)_

_j) Salinan keputusan peperiksaan setiap sem sebelumnya. (budak sem 2 dan ke atas)_

16. Susun Atur segala borang.

Jadikan borang kepada 3 bahagian.

Bahagian 1. Satu salinan segala jenis dokumen perjanjian

Bahagian 2. Satu lagi salinan segala jenis dokumen perjanjian

Bahagian 3. Segala jenis dokumen sokongan.

*Do not stapler* segala borang sebab kenkadang dorang tak bagi ( yang the very particular about this borang) Just *guna klip* utk pile up borang korang ni. No comot comot borang korang ni. Pastikan cantik tiada kesan liquid, *TIADA KESAN LIQUID* ya! Kalau tak, dorang suruh print baru.

17. Datang pada waktu yang ditetapkan bila pihak PTPTN akan hadir ke IPT anda utk kutip borang.

Kena peka dengan HEP. Macam HEP aku, diorang ada tampal list yang aku ni budak kelompok mana and PTPTN akan datang bila, di mana, utk hantar all those borang.

18. Datang awal dan ambil no. giliran anda.

Bila diorang cakap start pukul 8, kau rajin rajinkan lah sikit datang awal dari pukul 8 sbb sekarang ni PTPTN guna sistem bernombor. Datang awal, habis awal. Datang lambat, nombor habis, tunggu keesokan harinya pulak. Bila dah datang tu jangan lupa bawak ler pen dan apa apa stationaries. Kot kot ada benda tertinggal atau salah yang perlu pembetulan. Pembaris pun kena bawak.

19. Palang (utk kegunaan PTPTN sahaja) atau cop (utk kegunaan PTPTN sahaja)

Korang boleh pilih nak buat sendiri palang dua dan ditengah tengah letak 'UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' atau pergi dekat kaunter cop cop dan suruh diorang cop "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' Motif buat semua benda ni adalah so that pihak PTPTN tak boleh menyalahgunakan salinan salinan IC korang utk benda benda yang tak patut.

20. Ikut cakap pihak PTPTN yang hadir, bawa bersabar dan anda beres!

Ada kaunter, korang ikut je perjalanan kaunter tersebut dan korang boleh balik lepas beres segala benda.

Ini just *rough idea* shj utk membantu ampa2 semua taw,

#Copypaste
Source: Whatsapp group

No comments: