Finally, it’s over. The waiting time is now! I retire from first official part time worker as junior staf at Eco Shop at Kuala Rompin branch.
First impression at the beginning:
Shyness because people see standard and they said, “why you work there? Low standardlaaa.” But, I see chance to feel experiences.
Sebenarnya silap dan salah besar kalau ada perspektif yang merendahkan orang lain. Contoh macam: “alaaa, tu la dulu tak belajar rajin-rajin.” Atau “ishh, low standards laa kerja kat kedai RM2.” Gaji kami bukan RM2 lah hahah sama je macam kerja Mall atau pasaraya lain.
Pada awal kerja, aku ada doa yang “semoga aku berhenti dengan cara yang baik” and alhamdulillah Allah izinkan. Aku tak berhenti kerja mengejut (walaupun memang taktahan) atau berhenti dengan meninggalkan perasaan benci tapi Allah hadirkan rasa kasih dan sayang antara kami para pekerja dan majikan dah macam satu keluarga (walaupun auntie garang dan suka bebel tapi sebenarnya hati Auntie lembut) hehe. Alhamdulillah! Masa last day aku bekerja... kitorang rehat sekali dan Auntie belanja KFC! Yeyyy alhamdulillah. Dan beliau belanja keychain satu sorang. Paling terharu, masa aku salam dan peluk Auntie air mata beliau bergenang tanda perpisahan sambil pesan “you di Turki, elok-elok ya? Aaaa, love you Auntie! Walaupun saya takut Auntie, hehe.
Banyak benda yang aku belajar; soft skill, life skill, common sense yang perlu ada. Dan antaranya:
- Kan kalau kerja mall orang cakap menyusun barang itu senang. Yes, senang. Tapi ada cara dia... kalau macam aku, dapat lorong makanan Y10. So, susun bukan sebarang susun. Susun kena ikut jenama, saiz, jenis semua.
- Lepastu, barcode. Common sense: bila jadi customer, nak ambil barang... cuma cari barang yang ada barcode siap-siap. Takde lah susah orang lain nak cari barcode untuk barang yang awak nak beli tu.
- Common sense lain: kalau barang terjatuh kat mall atau mana-mana tempat, tolonglah kutip dan letak atas. Bukan susah pun.
- Perkara paling orang tak perasan tapi selalu buat, sepahkan barang semasa nak pilih barang... lepas itu, tinggal je. Apa salahnya kalau kemas balik, kesian orang lain.
- Semasa bekerja, kenalah serius! Mana boleh main-main. Maksudnya, cth macam aku... alhamdulillah ada rezeki bekerja dengan rakan satu bilik, satu kelas, satu sekolah. Jadi, waktu bekerja itu, kurangkanlah berborak dan main-main ye? Hehe.
- Lagi satu, part paling berat sekali iaitu angkat kotak dari lori ke dalam shop. Fuhhhh, sebelum: angkat sekotak besar air mineral 2litre bersama tiga orang. Selepas berpengalaman kerja part time: angkat seorang je dah mampu. Sangat banyak tau, kotak-kotak ni, mula pukul 8am sampai 1pm baru selesai. Dalam kata lain, kadang-kadang stok sampai sebanyak 1000 stok, kadang-kadang 700, 800 lebih... fuhhh sabar jela. Aku belajar yang tenaga lelaki memang kuat 4 kali daripada tenaga perempuan. Nisbah 1:4 kot!
- Aku juga belajar pasal kehidupan selepas tamat belajar. Kita kena plan dari awal ye, bukan plan waktu kita dah habis belajar, nanti terlambat. Daripada segi kerja, kahwin, rumah, dan banyak lagi.
- Aku mengenali seorang pekerja dari negara Nepal. Aku belajar yang kita sepatutnya kena bantu mereka tanpa merendahkan mereka. Mereka datang untuk cari rezeki untuk keluarga, bersusah-susah berjauhan dari keluarga.
- Kalau satu hari nanti, ditakdirkan jadi bos, kalau nak suruh pekerja atau orang bawah kita sertakan perkataan tolong. Contoh: “Izzati, tolong ambil barcode ni?” Lagi satu, janganlah jadi bos lepastu pandai beri arahan je tanpa buat. Kita sepatutnya, ajak dan buat kerja bersama.
- Paling best, bila tengah bekerja selama sebulan tiba-tiba auntie cakap kedai akan ditutup. Mula-mula cakap hujung bulan 9, tup tup tutup pada minggu last aku bekerja maknanya aku bercadang untuk bekerja sehingga 30 Ogos dan ditakdirkan kedai pun tutup semasa minggu terakhir aku bekerja. Jadi, automatik semua kerja asal berubah dan lain. Bidang tugasan aku semasa kedai dalam proses untuk tutup adalah jadi tukang cuci, tukang angkat barang, tukang punggah barang dari belakang kedai ke hadapan, kemas barang dan lain-lain hehe. Alhamdulillah untuk pengalaman ini!
Pengetahuan am:
Bagi yang kerja dengan syarikat swasta yang besar contohnya macam Eco-shop:
A. kita akan didaftarkan KWSP oleh majikan iaitu gaji kita akan dipotong untuk simpanan masing-masing untuk kegunaan masa akan datang.
B. Kalau nak berhenti kena tulis surat awal tujuh hari (notis berhenti kerja 7 hari) dan kena kerja 7 hari berturut-turut sebelum berhenti kerja bagi memudahkan proses bos untuk buat perancangan lain. Lebih baik lagi, tulis surat seawal 30 hari atau dalam kata lain 1 bulan sebelum berhenti.
C. Surat ini kenalah bertulis tangan bukan print sebab memang undang-undang (akta) memang termaktub macam itu, bukan saja-saja.
Okay, itu sahaja yang rajin ditulis. Assalamualaikum semoga bermanfaat untuk awak dan saya๐
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez