Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: setelah seminggu part timer di kedai dua hinggit hehe

Hows your work?

Alhamdulillah, it’s going well! 

Sudah seminggu saya berkerja. Seriously talk, first time kerja berat macamtu, first day kena angkat barang-barang dari lori panjang dan besar. Allahu! Rasa dia; rasa macam nak menyerah. Rasa macam nak terus berhenti masa tu juga heheh, tapi sabarrrrrrrr. Second third forth fifth day, woww berkat sabar. Kerja berat bertukar ringan. Kena turunkan barang dan susun-susun je. Hehe okay lah sikit.

Untuk yang nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca bawah ni lagi.

Apa je buat kalau jadi salesgirl a.k.a kuli kat kedai dua ringgit? Hahah! 
  1. Angkat barang dari luar kedai masuk ke dalam pasaraya
  2. Susun barang
  3. Sapu sampah (hmm seronok juga boleh sapu-sapu, pelanggan kedai RM2 tengok hahah)
  4. Mop lantai
  5. Angkat kotak
  6. Jadi seorang yang menepati waktu sebab kena punch card, heheh
  7. Kena “adjust” ruang sebab kedai kat Rompin sangat kecil tapi ramai pelanggan tak putus ‘cashier’ scan barcode untuk harga hehe!
  8. Tugas aku: kena jaga dan susun apa yang berkaitan dengan makanan dalam kata lain, lorong makanan heheh.

Soalan lazim yang kawan-kawan dan jiran-jiran atau orang akan tanya. Hahah! 

Masa bekerja? 
Basic: setiap hari 9:15am sehingga 6:45pm (masa dia okayy sempatlah nak solat dhuha dulu ke kan hahah)
OT: Rabu dan Jumaat 8.15am sehingga 9.45pm sebab lori besar dan panjang akan datang pagi tu untuk ‘deliver’ stok

Ada waktu rehat ke? Bila?
Akan ditentukan oleh Auntie Erica sendiri (tempoh: 1jam)

Basic day: sekali rehat macam aku, Auntie kasi pukul 2:15pm sampai 3:15pm.

OT day: dua kali (jam 2:15pm-3:15pm dan 7:15pm-8:15pm)

Gaji dan apa skill yang aku dapat?
-Gaji semua staf di tempt aku bekerja akan lain-lain ikut prestasi dan masa bekerja masing-masing.
-Akan dapat gaji setiap 8hb pada next month. Contoh, gaji bulan Jun akan dapat pada 8 Julai. 
-Gaji akan dibank-in ke akaun masing-masing.

Jun 2018: RM308.52 (belum tolak KWSP)
9/30 hari kerja
OT- dua hari,
Waktu biasa- 7 hari

Julai 2018: RM1387.20 (tolak KWSP)
29/31 hari bekerja
OT: 22 hari
Biasa: 5 hari
Half day: 2 hari

Ogos 2018: RM1136.79 (tolak KWSP)
23/31 hari bekerja
OT: 16 hari
Biasa: 6 hari
Cuti: 8 hari
Half day: 1 hari

Jumlah semua: 
RM2832.51 (2 bulan lebih) dan Alhamdulillah walaupun biasa sahaja jumlah tapi pengalaman yang diperoleh tiada nilai!

Semoga kalian dan saya mendapat manfaat daripada post ini. Doakan yang terbaik untuk saya, keluarga, dan rakan-rakan! Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez