Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyHEART: Jadilah insan bersyukur

Tajuk: “Be gratitude by counting every blessings we have in each single day we breath

Tarikh menulis: 2nd October 18

Tarikh kejadian: 2nd October 18


Sejak September 2018, aku mulai membaca sebuah buku yang diberi oleh seorang sahabatku yang banyak meringankan bebanku; tajuk buku: the Magic.


Antara isi dalam buku ajaib itu adalah belajar untuk bersyukur (gratitude). Apa yang aku faham daripada kandungan buku itu adalah mengira setiap blessings dalam hidup. Dan aku cuba praktik sehingga boleh melupakan musibah dan merasakan ujian hidup menjadi lebih ringan.


Special tips #HNsharestips : 

  1. Setiap kali selepas solat fardhu lima waktu, lakukan sujud syukur.
  2. Cara bacaan sujud syukur boleh google dan salah satu contoh adalah:

  1. Baca tiga kali dan setiap satu kali kita baca bacaan sujud syukur; sebut dalam hati apa nikmat yang kita dapat (walau sekecil perkara pun sebut juga cth: bangun awal atau kalau tak bangun awal, terlewat bangun pun bersyukur juga sebab Alhamdulillah kita masih bangun dari tidur hehe)

Contoh: Sujud syukur selepas solat fardhu zohor:


A. Baca kali pertama: fikir dan bersyukur dalam hati yang tadi aku sempat makan sarapan.

B. Kali kedua: bersyukur yang sebelum solat zohor, aku dapat senyum dan buat baik kat makcik tu.

C. Kali ketiga: aku sempat telefon dan bercakap baik dengan ibu.


Sebutlah dan bersyukurlah walau sekecil-kecil perkara. Inshaa Allah, Allah akan hadirkan rasa cukup dan nikmat dalam hati kita.


Mainpoint adalah:

Harini pelik sebab blessings terlampau banyak pulak rasa. Banyak daripada biasa heheh! Jadi, tak kira, nak tulis juga. Aku senaraikan di bawah ye? 

  1. Awal pagi: Aku join team Iylia Malek sejak Syawal 2017 dan harini adalah hari lahir kak Iylia... jadi beliau buat SALE 2 OKTOBER. Alhamdulillah berkat usaha yang kecil; dapat tempahan (order) daripada pelanggan Iylia Malek yang ingin membeli palazzo. Alhamdulillah dapat kumpul rezeki untuk my future planning hehe!
  2. Tengahari sikit: Hadir ke class (Arabic and Comprehension) dan sekarang; September 2018 tengah join Mevlana Exchange Program di Turki...dapat rezeki sekelas dengan pelajar Malaysia; degree Theology (permanent student).

Kenapa rasa seghonok sangat? Padahal biasa je.


A. Sebab memang agak susah nak jumpa student Turki yang faham Inggeris atau Arab. Tapi, Allah rezekikan aku untuk sekelas dengan orang yang bukan sahaja faham Inggeris dan Arab sahaja, malah orang Melayu terus, alhamdulillah!


B. Tersangatlah susah dan terhad untuk terserempak dengan pelajar Malaysia di universiti Karabuk, apatahlagi Faculty of Theology tapi Allah izinkan aku kenal dengan pelajar kekal Faculty of Theology di dalam kelas yang sama.


Oo Allah, words cant describe how blessings I am feeling that time!

  1. Sewaktu rehat untuk kelas pertama: Aeşa (read: Aishah) iaitu rakan sekelas aku, belanja minum çay di Kafeterya. Alhamdulillah!
  1. Petang: Balik dari kelas kedua untuk hari ini, kami pergi ziarah ke bilik Mustafa Selim hoca (lecturer). 

Cerita dia...Duduk je bilik hoca, beliau menghulurkan sebiji buah epal dan buah oren. Beberapa ulas biji dari buah oren yang aku kongsi dengan rakan sebilik aku diganti dengan dua biji buah, alhamdulillah rezeki! 


Setelah beberapa minit, kami bertanya khabar dan bersembang tentang subjek yan dipelajari (Kelam and Islamc Sects II), beliau offer çay. 


Info: Budaya Turki yang boleh dicontohi di Malaysia adalah sangat memuliakan tetamu. Antara cara mereka memuliakan tetamu adalah biasanya dengan menjamu teh panas. Btw, buah tu memang rezeki alhamdulillah! Kadang-kadang, mereka juga turut menjamu tetamu dengan baklava (kuih tradisi Turki).

  1. Balik je dari kampus: [Situasi di dorm] Ilham; my exchange helpful partner belikan ayam golek versi Turki yang memang diidamkan sejak minggu pertama di Karabuk, Turki lagi. Over pulah hahah! Alhamdulillah, I got it for free... Kenapa craving? Padahal ayam je kot heheh! Sebab memang jarang jumpa masakan atau menu yang ada ayam kat Turki ni. Hari-hari, makan roti je, nasi pun apatahlagi hmm... sabar!

Akhir kalam, 


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  (55:13)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan


Sekian, semoga post ini memberi manfaat kepada awak dan saya. Harap awak dapat doakan yang terbaik untuk Izzati Nadia Sharifudin, semua ahli keluarganya, para gurunya, dan sahabat-sahabatnya. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez