Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│Follow │Dashboard│
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Ungkapan Menarik for SPM14

 


Ungkapan

Maksud
1. tuntasnya, kesimpulannya
2.

sebagai intiha,
kesimpulannya
3. konklusinya, kesimpulannya
4. akhir kalam, kesimpulannya
5. ironinyakesannya
6. mutakhir ini sejak kebelajangan ini
7. marcapada inisejak kebelakangan ini,
8. dewasa ini sejak kebelakangan ini,
9. wadah/wahanaalat/saluran
10. disemarakkandigiatkan
11. memperkasamenjana/meningkatkan
12. kekanganmasalah
13. kemelutmasalah
14. glokaltempatan
15. arus modenisasipemodenan
16. arus globalisasidunia tanpa sempadan
17. diuar-uarkandihebahkan
18. rentetan itusehubungan itu
19. sinergikerjasama
20. kebejatan moralkemerosotan moral
21. memandang entengmemandang ringan
22. menerjahmengganggu
23. diimplementasikandilaksanakan
24. delinkuentidak memathui peraturan
25. polemikisu yang dibincangkan
26. secara analogimengikut urutan
27. pragmatispraktikal
28. menjurusmenyebabkan
29. mengorakmemulakan
30. seanteroseluruh
31. perencahfaktor
32. belenggukonkongan
33. kontemporarimasa kini
34. dominanutama
35. metropolitanbandar raya
36. nafsisikap mementingkan diri
37. tamak halobatamak
38. evasifsikap mengelakkan diri daripada sesuatu tanggungjawab
39. hedonismemementingkan keseronokan
40. menyorotimembicarakan
41. signifikanpenting
42. idealpaling sesuai dan sempurna
43. entiti mithalisasaran teladan
44. anjakan paradigmaperubahan pemikiran
45. altruismesifat suka mengutamakan kebajikan orang lain
46. kendatipun begitu,walaupun begitu,
47. takuk lamatahap lama
48. kepompong tradisibelenggu tradisi
49. tersohorterkenal
50. sementelahan pula,tambahan pula/lebih-lebih lagi
51. mayapadadunia
52. memanifestasikanmelahirkan/menunjukkan
53. deduksinya,kesimpulannya,
54. aspirasicita-cita
55. ghalibnyabiasanya/lazimnya
56. swadayakekuatan diri
57. uswahteladan/contoh
58. kealpaankecuaian
59. komitmenmemberikan sepenuhnya tenaga dan kerjasama
60. berhempas pulasbekerja keras
61. mampanmantap
62. justifikasisuatu alasan yang menjadikan sesuatu wajar dilakukan atau diberikan
63. prestijreputasi
64. petualangpenghalang
65. efisienmenjalankan tugas dengan cekap
66. meledakkanmenyebabkan terbitnya sesuatu
67. zaman ledakan teknologizaman kemunculan teknologi
68. celik ICTorang yang mahir TCT
69. mantan perdana menteribekas perdana menteri
70. modal insan pembangunan manusia
71. membibitkan sikapmelahirkan sikap
72. merealisasikanmencapai impian
73. kronikserius
74. terjerumusterlibat dalam
75. norma masyarakatkebiasaan masyarakat
76. akar umbidasar
77. nescayapasti
78. menggembleng tenagabergabung tenaga
79. lingua francabahasa perantaraan
80. dinamiksepmurna/lengkap
81. jati dirisahsiah diri
82. memartabatkanmeningkatkan
83. konsistentekal
84. faktor perdana faktor utama
85. kerakusankeghairahan
86. natijahkesan
87. alam mayainternet
88. menggamitmenarik
89. seantero pelosok dunia globalseluruh dunia antarabangsa
90. transformasiperubahan
91. persada antarabangsapentas dunia
92. reputasinama baik
93. tiang sandaran konkritsesuatu yang amat penting
94. pancarobacabaran
95. intan dan kacayang baik dan yang buruk
96. afdalutama
97. kayu ukurpenentu aras
98. kedangkalan pengetahuankecetekan pengetahuan
99. utuhteguh
100. sanubarifikiram
101. menjangkau sehabis tanganmencuba sedaya upaya
102. memerangimembanteras
103. inti saridasar
104. agendaisi utama
105. digagaskandiutarakan
106. menyemai benih-benihmemupuk
107. landasan hidup asas kehidupan
108. membuka mata duniamengubah persepsi dunia terhadap kehebatan dan kejayaan kita
109. memberikan tamparan hebat kepadamemberikan kesan hebat kepada
110. membuka lembaran barumewujudkan perspektif baru
111. dinobatkandiangkattransformasi
112. gah di mata duniakuat di mata dunia
113. anak watanwarga negara
114. meredah geloramengharungi cabaran
115. terpahattercatat
116. mencerminkanmenggambarkan
117. di peringkat jagat rayadi peringkat antarabangsa
118. kerenah birokrasimasalah yang timbul daripada birokrasi
119. menyahut seruan kerajaanmenyambut seruan kerajaan dan melaksanakan saranan kerajaan
120. menjana ekonomi negaramemperkembang ekonomi negara
121. menerajui tampuk pemerintahanmengambil alih pucuk kepimpinan/pemerintahan
122. mengeratkan hubungan integrasi antara kaummengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum
123. memacu pembangunan negaramenjayakan pembangunan negara
124. serampang dua mataperbuatan atau tindakan yang membawa banyak manfaat
125. menyuntik semangatmemberikan semangat
126. sarwajagat seluruh dunia
127. mencelikkan matamemberikan kesedaran
128. meratapimenangisi
129. anasir-anasirunsur-unsur
130. berkecimpungbergiat dalam
131. glamorpopular
132. bermaharajalela berleluasa
133. kemudaratankeburukan
134. kemaslahatankebaikan
135. obligasitanggungjawab
136. kancahmedan
137. berjinak-jinakmencuba-cuba
138. membuahkan hasilmendatangkan hasil
139. mengeruhkan keadaanmemberukkan keadaan
140. cabaran yang harus digalascabaran yang harus dipikul
141. swadayasedaya upaya
142. ranjau kehidupankekangan kehidupan
143. budaya ini semakin lunturbudaya ini semakin dipinggirkan/dilupakan
144. kehidupan yang fanakehidupan yang tidak kekal
145. tiada noktahnyaberterusan/berlanjutan
146. menganaktirikanmengabaikan
147. menimbulkan stigma negatif terhadapmenimbulkan pandangan negatif
148. pemikiran ortodokspemikiran lama dan tidak mahu berubah
149. melazimi sifat keterbukaan berhati terbuka terhadap perubahan
150. kebobrokankerosakan
151. mengupas isu-isu semasamembicarakan isu-isu semasa
152. akal yang sempitpemikiran yang berlandaskan persepsi sendiri sahaja
153. mencedok ilmu pengetahuanmencari ilmu pengetahuan
154. memerah keringatbertungkus lumus
155. imej Malaysia semakin bersinarimej negara semakin harum
156. mengikut hawa nafsumengikut kehendak hati
157. memberikan indikatormenunjukkan
158. obses denganterikut-ikut dengan
159. imej negara tercalarimej negara tercemar
160. kemaruktamak haloba
161. golongan marheangolongan yang susah
162. mengambil inisiatifmengambil langkah
163. dalam menongkah arus globalisasi ini,dalam menyusuri arus globalisasi
164. bersahsiah muliaberperibadian cemerlang
165. sikap caknasikap mengambil berat/mengambil peduli
166. membuka ruang terhadap diri kita sendirimenerima sesuatu dengan hati yang terbuka
167. merudumrosak/merosot dengan drastik
168. menuding jarimenyalahkan pihak lain
169. terkuburmati
170. mengimarahkan kembali aktivitimengadakan aktiviti semula
171. lubuk emassasaran/tumpuan
172. rencaman isupelbagai isu
173. meranapkanmemusnahkan
174. aral melintanghalangan
175. muhasabah dirimerenung ke dalam diri
176. izharnyajelasnya
177. rohaniah dan insaninilai kemanusiaan
178. pidanakejahatan
179. melestarikan impak yang positifmengekalkan kesan positif
180. cadangan yang kontruktifcadangan yang membina

Pepatah Bahasa Malaysia SPM

A

599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]

600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]

601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]

602 Ada batang mati, adalah
tumbuh [Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita]

603 Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]

604 Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]

605 Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]

606 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]

607 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]

608 Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]

609 Air beriak tanda tak dalam [Banyak bercakap tanda tiada berilmu]

610 Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]

611 Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]

612 Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan]

613 Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah]

614 Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan]

615 Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [Memperbesar perkara yang kecil]

616 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Onang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]

617 Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]

618 Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]

619 Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]

620 Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]

621 Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai)

622 Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]

623 Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]

624 Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda]

625 Anak harimau jangan dibela pelihara [Orang yang jahat jangan dibuat kawan]

626 Angin berputar, ombak bersahut [Perkara yang amat sulit]

627 Angguk bukan, geleng ya [Lain di mulut, lain di hati]
628 Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]

629 Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]

630 Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat]

631 Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]

632 Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang [Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya]

633 Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran]

634 Apa payàhnya menaupkan bibir atas bawah [Banyak berjanji tetapi tidak ditepati]

635 Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]

636 Arang habis besi binasa [Pekerjaan yang sia-sia]

637 Asal berinsang ikanlah [Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan]

638 Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]

639 Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]

640 Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]

641 Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]

642 Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang [Nasib yang malang]

643 Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]

644 Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]

645 Ayam terlepas, tangan bau tahi [Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu]
B

646 Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]

647 Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan]

648 Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]

649 Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatusebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]

650 Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]

651 Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]

652 Balik belakang lain bicara [Mungkir janji]

653 Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]

654 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]

655 Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]

656 Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]

657 Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak mernulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]

658 Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandai]

659 Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]

660 Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]

661 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]

662 Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]

663 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembiral

664 Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]

665 Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]

666 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]

667 Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]

668 Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]

669 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]

670 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]

671 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]

672 Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]

673 Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]

674 Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]

675 Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]

676 Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]

677 Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]

678 Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]

679 Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]

680 Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]

681 Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]

682 Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]

683 Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]

684 Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]

685 Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]

686 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan ta adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]

687 Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]

688 Bunga disunting, perdu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]

689 Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]

690 Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan masyhur dan menjadi sebutan di mana-mana]

691 Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]

692 Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]

693 Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]

694 Busut juga yang ditimbuni anai-anai [Orang yang sememangnya kaya bertambah kaya]
C

695 Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]

696 Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]

697 Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada)

698 Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]

699 Calak-calak ganti asah, menaniti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara waktu sahaja sementara belum ada yang lebih baik]

700 Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]

701 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara

adik-beradik tidak akan berpanjangan]

702 Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yang baik dan lumayan]

703 Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]

704 Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]

705 Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan basil kelak]

706 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]



SHARING IS CARING :)

 
1)Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yangg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.
 
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
 
5) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
 
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
 
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
 
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalamkehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
 
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
 
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
 
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
 
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
 
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
 
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ia wujud tapi amat sukar dilihat.
 
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.
 
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
 
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan.
 
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
 
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
 
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
 
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang agar insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebiskegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yangdiimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yangmengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat BerbandingDunia.

36) Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
 
37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
 
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
 
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
 
41) Hadiah Terbaik :Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan
 
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosimerupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
 
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidupseperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
 
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Makaberlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
 
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yangmenentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yangditinggalkan".
 
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat ygtelah dicari"

47) "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjamandan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
 
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
 
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapikita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apayang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."
 
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
 
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semulake pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


63) Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

64) khirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

65) Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

66) Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

67) Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat.
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa.
Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya.
Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

68) Sayidina Abu Bakar berkata:
1. Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat
– Sabar perhiasan kepada bala
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

2. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.
3. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

4. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

 69) SAYIDINA UMAR AL KHATTAB
1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

70) SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.
1. Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga,
Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:
1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.