Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Pepatah Bahasa Malaysia SPM

A

599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]

600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]

601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]

602 Ada batang mati, adalah
tumbuh [Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita]

603 Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]

604 Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]

605 Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]

606 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]

607 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]

608 Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]

609 Air beriak tanda tak dalam [Banyak bercakap tanda tiada berilmu]

610 Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]

611 Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]

612 Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan]

613 Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah]

614 Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan]

615 Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [Memperbesar perkara yang kecil]

616 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Onang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]

617 Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]

618 Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]

619 Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]

620 Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]

621 Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai)

622 Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]

623 Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]

624 Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda]

625 Anak harimau jangan dibela pelihara [Orang yang jahat jangan dibuat kawan]

626 Angin berputar, ombak bersahut [Perkara yang amat sulit]

627 Angguk bukan, geleng ya [Lain di mulut, lain di hati]
628 Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]

629 Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]

630 Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat]

631 Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]

632 Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang [Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya]

633 Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran]

634 Apa payĆ hnya menaupkan bibir atas bawah [Banyak berjanji tetapi tidak ditepati]

635 Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]

636 Arang habis besi binasa [Pekerjaan yang sia-sia]

637 Asal berinsang ikanlah [Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan]

638 Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]

639 Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]

640 Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]

641 Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]

642 Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang [Nasib yang malang]

643 Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]

644 Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]

645 Ayam terlepas, tangan bau tahi [Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu]
B

646 Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]

647 Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan]

648 Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]

649 Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatusebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]

650 Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]

651 Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]

652 Balik belakang lain bicara [Mungkir janji]

653 Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]

654 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]

655 Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]

656 Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]

657 Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak mernulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]

658 Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandai]

659 Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]

660 Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]

661 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]

662 Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]

663 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembiral

664 Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]

665 Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]

666 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]

667 Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]

668 Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]

669 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]

670 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]

671 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]

672 Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]

673 Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]

674 Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]

675 Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]

676 Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]

677 Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]

678 Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]

679 Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]

680 Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]

681 Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]

682 Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]

683 Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]

684 Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]

685 Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]

686 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan ta adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]

687 Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]

688 Bunga disunting, perdu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]

689 Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]

690 Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan masyhur dan menjadi sebutan di mana-mana]

691 Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]

692 Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]

693 Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]

694 Busut juga yang ditimbuni anai-anai [Orang yang sememangnya kaya bertambah kaya]
C

695 Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]

696 Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]

697 Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada)

698 Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]

699 Calak-calak ganti asah, menaniti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara waktu sahaja sementara belum ada yang lebih baik]

700 Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]

701 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara

adik-beradik tidak akan berpanjangan]

702 Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yang baik dan lumayan]

703 Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]

704 Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]

705 Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan basil kelak]

706 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]





D

707 Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]

708 Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]

709 Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]

710 Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh]

711 Datang seperti ribut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]

712 Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak pentingi]

713 Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]

714 Dekat dapat ditunjal, jauh dapatditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]

715 Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]

716 Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]

717 Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja]

718 Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]

719 Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]

720 Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kening, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]

721 Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]

722 Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]

723 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]

724 Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]

725 Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]

726 Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yang kaya]

727 Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika tenjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]

728 Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]

729 Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]

730 Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]

731 Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]

732 Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]

733 Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau [Orang yang pendiam tetapi tangkas bekerja dan berfikir]

734 Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]
E

735 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]

736 Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]

737 Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]

738 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan diri sendiri]

739 Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi / Seorang isteri yang menduakan suami]

740 Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]

741 Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]

742 Esa hilang, dua terbilang [Berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak takut menghadapi risikonya]
G
743 Gagak bensuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya mendu dan baik budi bahasanya]

744 Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]

745 Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]

746 Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan hanta]

747 Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bengaduh, rakyat yang menderita]

748 Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseonang suami yang meninggalkan isteni tanpa memberi nafkah atau menceraikannyal

749 Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]

750 Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]

751 Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]

752 Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]

753 Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]

754 Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak atau isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]

755 Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]

756 Gigi tanggal, rawan murah (Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]

757 Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]

758 Guru kencing berdiri, murid kencing berlari [Murid mencontoh kelakuan guru terutama dalam perkara yang tidak baik]
H
759 Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]

760 Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]

761 Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]

762 Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]

763 Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain]

764 Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]

765 Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]

766 Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]

767 Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini] 768 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian

yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit]

769 Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya mendapat malu]

770 Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]

771 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]

772 Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki

[Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]

773 Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada / Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]

774 Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]

775 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]

776 Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]

777 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]

778 Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]

779 Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]

780 Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]

781 Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati [Budi-baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya]
I
782 Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]

783 Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]

784 Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]

785 Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]

786 Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]

787 Itik berenang dalam air mati kehausan [Menderita kesusahan walaupun banyak wang]



J
788 Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]

789 Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]

790 Jauh panggang dan api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku] 791 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]

792 Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]

793 Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang

mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]

794 Jiwa hergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]

795 Jong pecah, yu yang kenyang [Dalam keadaan huru-hana tentu ada onang yang mendapat keuntungan]

796 Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]
K

797 Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]

798 Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]

799 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]

800 Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]

801 Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan tenjadi daripada satu pihak sahaja]

802 Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]

803 Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]

804 Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]

805 Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]

806 Karam berdua basah seorang [Dua onang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]

807 Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]

808 Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]

809 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]

810 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]

811 Kecil tapaktangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]

812 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]

813 Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]

814 Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]

815 Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]

816 Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]

817 Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]

818 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]

819 Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]

820 Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]

821 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]

822 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]

823 Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]

824 Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]

825 Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendini yang lebih besar tidak disedari]

826 Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]

827 Kura-kura hendak memanjat kayu [Melakukan sesuatu yang mustahil]


L

828 Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]

829 Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan]

830 Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]

831 Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]

832 Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]

833 Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan / Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]

834 Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]

835 Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]

836 Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]

837 Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]

838 Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian berpura-pura tidak tahu]

839 Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]

840 Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]

841 Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]

842 Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]

843 Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tencapai kehendak lain akan tercapai juga]

844 Lurus sumpitan hendak mengena [Tipu muslihat untuk mencani keuntungan bagi diri sendiri]
M
845 Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]

846 Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]

847 Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]

848 Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]

849 Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]

850 Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]

851 Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]

852 Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]

853 Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]

854 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]

855 Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]

856 Melentur aur/buluh biarlah dan rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]

857 Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluanga sendiri, diri sendiri juga yang malu]

858 Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]

859 Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]

860 Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]

861 Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]

862 Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]

863 Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]

864 Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]

865 Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]

866 Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan / Mengambil kesempatan daripada orang yang susahi]

867 Menantikan kucing bertanduk [Mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]

868 Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]

869 Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]

870 Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]

871 Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]

872 Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]

873 Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]

874 Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]

875 Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]

876 Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
N

877 Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan]

878 Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]

879 Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]

880 Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]

881 Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]

882 Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]

883 Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]
O

884 Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]

885 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]

886 Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menenima akibatnya]

887 Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]

888 Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]

889 Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]

890 Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? [Orang yang berdampingan dengan orang yang berilmu, lambat-laun akan berilmu juga]
P

891 Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]

892 Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]

893 Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]

894 Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]

895 Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]

896 Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya / Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]

897 Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]

898 Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]

899 Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]

900 Pucuk dicita, ulam mendatang [Orang mengantuk disorongkan bantal]

901 Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]

902 Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]

903 Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali [Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa tetapi bercerai mati bercerai selama-lamanya]
R

904 Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]

905 Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]

906 Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]

907 Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]

908 Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]

909 Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]

910 Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]

911 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]

912 Ringan tulang berat perut (Rajin bekerja mudah belanja]

913 Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]

914 Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]

915 Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]

916 Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]

917 Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]

918 Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu mala petaka di sesebuah negara, rakyat di negara itu akan melarikan diri]

919 Runcing tanduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]

920 Rupa harimau hati tikus [Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut]
S

921 Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]

922 Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]

923 Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]

924 Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]

925 Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]

926 Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]

927 Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]

928 Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datangl

929 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana panda] seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]

930 Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]

931 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]

932 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]

933 Siapa makan nangka, maka kena getahnya ]Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]

934 Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]

935 Si bingung makanan Si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yang cerdik]

936 Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]

937 Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]

938 Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]

939 Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]

940 Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]

941 Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]

942 Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]

943 Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]

944 Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]

945 Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]

946 Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]

947 Sumpit penuh tidak berisi lOrang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandai-pandai]
T

948 Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]

949 Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]

950 Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]

951 Takkan sama getah daun dengan getah batang [kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]

952 Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]

953 Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]

954 Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]

955 Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]

956 Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]

957 Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]

958 Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik] 959 Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]

960 Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah-lembut dan murah hati] kerap menjadi suruhan orang]

961 Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]

962 Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]

963 Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]

964 Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]

965 Terlepas dan mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]

966 Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan din sendiri]

967 Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]

968 Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]

969 Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]

970 Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]

971 Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kece]akaan]

972 Tong yang kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]

973 Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]

974 Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]

975 Tunggang hilang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]

976 Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]
U

977 Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]

978 Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]

979 Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]

980 Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]

981 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]

982 Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]

983 Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau daripada baka yang tidak baik]
W

984 Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]

985 Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
Y

986 Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]

987 Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]

988 Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]

989 Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]

990 Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas akhirnya sia sia belaka]

991 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]

992 Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]

993 Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]

994 Yang tegak disokong, yang lemah ditopang [Orang kaya dimuliakan, manakala orang miskin dibantu]
Z

995 Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]

996 Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]