Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│Follow │Dashboard│
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Journey from transit Jeddah-Istanbul

Headline: Mevlana Exchange Student IIUM-KBÜ University 2018/2019
Tajuk: Journey from transit Jeddah-Istanbul
Tarikh: 6th Sept 2018
Masa: 0926 hours (Istanbul, Turkey)

Apa yang nak buat bila tiba di Jeddah untuk transit?

Kami sampai di Jeddah jam lebih kurang jam 11:30pm (Msia 4:00am).

Turun dari Saudia Airlines, akan ada bus pickup ke King AbdulAziz International Airport. Jadi, bila bus sampai, naik je terus. Dia akan bawa ke airport.

Tiba di Airport, akan ada petugas yang akan tanya, “transit?” So, cakap je. Nanti dia akan tunjuk untuk ikut arah. 

Ikut je arahan dia, lepastu kami lalu lorong untuk dapatkan cop transit. Beratur dan bila sampai di petugas, beri tiket flight dan mereka akan cop kat tiket (المواصلين).


Lalu ikut laluan dia, akan ada satu ruang macam dalam gambar untuk kami rehat dan tidur. Alhamdulillah! Okay lah untuk berteduh selama lebih kurang 8jam dari jam 11:30pm sampai 10:00am- waktu Jeddah.



Sepanjang transit ni, kami rehat, tidur, online je, dan solat. Bawalah makanan lebih, sebab takut lapar nanti... transit lama. Kalau yang takut bosan tu, bawalah buku tebal-tebal sikit hehe.



Dari ruang transit Jeddah nak masuk ke waiting area. Lepas masuk ruang ni, akan ada polis atau petugas yang akan scan beg dan semua supaya tiada apa yang curiga. P/s: Phone dan jam tangan perlu cabut letak dalam bakul untuk scan juga.



Sistem dia agak lain dan kurang dari Malaysia. Maksudnya, kena masuk waiting area 3 jam before boarding. Dalam kata lain, flight kami jam 10:00am, jadi kena jam 7:00am kena masuk scan, tunggu semua dah.

Overall: sistem dia macam di TBS, no passport scan semua macam di KLIA. 



Memang ramai dan crowded manusia di waiting area ni. Sebab sebelum naik flight, kita akan naik bus dulu ke kapal terbang dari Airport ni.



Di tiket flight kami, tidak tertulis no. Gate (maksudnya gate no berapa nak turun untuk naik bus ke flight). 

Jadi, kita kena alert sendiri melalui elektronik board ni (jam berapa, gate berapa, status bus on time ke tidak). Kalau macam kami, mula-mula flight on time, pastu last minute dia delay 10:00am to 11:00am. 

Lagi satu, sistem dia ikut pemerhatian, gate akan tertera di board 30 minit sebelum departure. Maksudnya contoh kalau macam kami, delay jam 11:00am jadi jam 10:30am baru tahu nak turun gate mana. 



Lepas dah turun dari bus ke flight. Akan naik tangga macamni masuk ke flight.



Okay, kami dihidangkan dengan omelette dan potato wedges, mineral water, orange juice, fruit (apple), bun with butter, cheddar cheese, and strawberry jam.



Peta ni boleh search kat tv flight, jadi aku search overall map Turki☺️

Hopefully, this post will benefit you and me. Please pray the best for me, my family, and my friends! See you in the next post. Assalamualaikum wbt. 

MyEXPI: Journey from KLIA-Transit Jeddah

Headline: Mevlana Exchange Student IIUM-KBÜ University 2018/2019

Date: 5th September 2018

Time: 0025 hours

Tittle: At the beginning of our journey to be an independent girl

Source: My golden experience and Ilham idea’s


Alhamdulillah! Also, a mountain of thanks to my beloved ayah, ibu, atuk, and all of my families for supporting and sponsoring me to join this program.


Welcome to my journey of being an independent girl with my exchange partner, Nur Ilham binti Ahamed Kameel.


Details of our flight:

Saudia Airlines

Time: 7:30pm (delay 30 minutes)

From: KLIA to Jeddah (transit) to Istanbul Atarturk

Food provided: 

two set of meals 

a cup of coffee

a cup of selected drink (mango juice)

Duration in flight:

8 hours (from 2000 hours till 0400 hours Malaysia time)

Ticket price: 

RM2358-return flight (P/s: we bought this tickets a month before)









What to do when arrive at KLIA:

  1. Check in online (before arriving KLIA so that we dont have to queue long). P/s: if you dont check in online, you have to come earlier to queue for check in at the check-in counter.
  2. Line up to check-in luggage into cargo. P/s: for Saudia Airlines, we can bring along 2 luggages (with each 23kg max weight) and 1 carry in bag (with 7kg max).
  3. So, we can see our family and friends before going downstairs for departure and say goodbye to them.
  4. Next, scan passport to enter waiting lounge.
  5. After that, scan bag.
  6. In the waiting area, we can go pray or whatever we want because there will be surau, shop, ATM, money changer inside there.
  7. Then, go to the gate stated in our flight ticket (like us, our gate C04, so we go to the gate by train).
  8. Arriving at the gate, last bag scan before enter the boarding area. (We boarded at zone 2)
  9. After an hour and half of waiting in the boarding area, we entered the flight and Alhamdulillah we have a save flight from Malaysia (KLIA) to Jeddah (King AbdulAziz International Airport, Jeddah).



Hopefully beneficial for you and me❤️ Pray for me, my families, and friends! Assalamualaikum🌹

MyEXPI: Finally, I did it!

Finally, it’s over. The waiting time is now! I retire from first official part time worker as junior staf at Eco Shop at Kuala Rompin branch. 

First impression at the beginning: 
Shyness because people see standard and they said, “why you work there? Low standardlaaa.” But, I see chance to feel experiences.

Sebenarnya silap dan salah besar kalau ada perspektif yang merendahkan orang lain. Contoh macam: “alaaa, tu la dulu tak belajar rajin-rajin.” Atau “ishh, low standards laa kerja kat kedai RM2.” Gaji kami bukan RM2 lah hahah sama je macam kerja Mall atau pasaraya lain.

Pada awal kerja, aku ada doa yang “semoga aku berhenti dengan cara yang baik” and alhamdulillah Allah izinkan. Aku tak berhenti kerja mengejut (walaupun memang taktahan) atau berhenti dengan meninggalkan perasaan benci tapi Allah hadirkan rasa kasih dan sayang antara kami para pekerja dan majikan dah macam satu keluarga (walaupun auntie garang dan suka bebel tapi sebenarnya hati Auntie lembut) hehe. Alhamdulillah! Masa last day aku bekerja... kitorang rehat sekali dan Auntie belanja KFC! Yeyyy alhamdulillah. Dan beliau belanja keychain satu sorang. Paling terharu, masa aku salam dan peluk Auntie air mata beliau bergenang tanda perpisahan sambil pesan “you di Turki, elok-elok ya? Aaaa, love you Auntie! Walaupun saya takut Auntie, hehe.

Banyak benda yang aku belajar; soft skill, life skill, common sense yang perlu ada. Dan antaranya:

  1. Kan kalau kerja mall orang cakap menyusun barang itu senang. Yes, senang. Tapi ada cara dia... kalau macam aku, dapat lorong makanan Y10. So, susun bukan sebarang susun. Susun kena ikut jenama, saiz, jenis semua.
  2. Lepastu, barcode. Common sense: bila jadi customer, nak ambil barang... cuma cari barang yang ada barcode siap-siap. Takde lah susah orang lain nak cari barcode untuk barang yang awak nak beli tu.
  3. Common sense lain: kalau barang terjatuh kat mall atau mana-mana tempat, tolonglah kutip dan letak atas. Bukan susah pun.
  4. Perkara paling orang tak perasan tapi selalu buat, sepahkan barang semasa nak pilih barang... lepas itu, tinggal je. Apa salahnya kalau kemas balik, kesian orang lain. 
  5. Semasa bekerja, kenalah serius! Mana boleh main-main. Maksudnya, cth macam aku... alhamdulillah ada rezeki bekerja dengan rakan satu bilik, satu kelas, satu sekolah. Jadi, waktu bekerja itu, kurangkanlah berborak dan main-main ye? Hehe.
  6. Lagi satu, part paling berat sekali iaitu angkat kotak dari lori ke dalam shop. Fuhhhh, sebelum: angkat sekotak besar air mineral 2litre bersama tiga orang. Selepas berpengalaman kerja part time: angkat seorang je dah mampu. Sangat banyak tau, kotak-kotak ni, mula pukul 8am sampai 1pm baru selesai. Dalam kata lain, kadang-kadang stok sampai sebanyak 1000 stok, kadang-kadang 700, 800 lebih... fuhhh sabar jela. Aku belajar yang tenaga lelaki memang kuat 4 kali daripada tenaga perempuan. Nisbah 1:4 kot!
  7. Aku juga belajar pasal kehidupan selepas tamat belajar. Kita kena plan dari awal ye, bukan plan waktu kita dah habis belajar, nanti terlambat. Daripada segi kerja, kahwin, rumah, dan banyak lagi.
  8. Aku mengenali seorang pekerja dari negara Nepal. Aku belajar yang kita sepatutnya kena bantu mereka tanpa merendahkan mereka. Mereka datang untuk cari rezeki untuk keluarga, bersusah-susah berjauhan dari keluarga.
  9. Kalau satu hari nanti, ditakdirkan jadi bos, kalau nak suruh pekerja atau orang bawah kita sertakan perkataan tolong. Contoh: “Izzati, tolong ambil barcode ni?” Lagi satu, janganlah jadi bos lepastu pandai beri arahan je tanpa buat. Kita sepatutnya, ajak dan buat kerja bersama. 
  10. Paling best, bila tengah bekerja selama sebulan tiba-tiba auntie cakap kedai akan ditutup. Mula-mula cakap hujung bulan 9, tup tup tutup pada minggu last aku bekerja maknanya aku bercadang untuk bekerja sehingga 30 Ogos dan ditakdirkan kedai pun tutup semasa minggu terakhir aku bekerja. Jadi, automatik semua kerja asal berubah dan lain. Bidang tugasan aku semasa kedai dalam proses untuk tutup adalah jadi tukang cuci, tukang angkat barang, tukang punggah barang dari belakang kedai ke hadapan, kemas barang dan lain-lain hehe. Alhamdulillah untuk pengalaman ini!

Pengetahuan am:
Bagi yang kerja dengan syarikat swasta yang besar contohnya macam Eco-shop:
A. kita akan didaftarkan KWSP oleh majikan iaitu gaji kita akan dipotong untuk simpanan masing-masing untuk kegunaan masa akan datang.
B. Kalau nak berhenti kena tulis surat awal tujuh hari (notis berhenti kerja 7 hari) dan kena kerja 7 hari berturut-turut sebelum berhenti kerja bagi memudahkan proses bos untuk buat perancangan lain. Lebih baik lagi, tulis surat seawal 30 hari atau dalam kata lain 1 bulan sebelum berhenti. 
C. Surat ini kenalah bertulis tangan bukan print sebab memang undang-undang (akta) memang termaktub macam itu, bukan saja-saja.


Okay, itu sahaja yang rajin ditulis. Assalamualaikum semoga bermanfaat untuk awak dan saya😘

MyEXPI: setelah seminggu part timer di kedai dua hinggit hehe

Hows your work?

Alhamdulillah, it’s going well! 

Sudah seminggu saya berkerja. Seriously talk, first time kerja berat macamtu, first day kena angkat barang-barang dari lori panjang dan besar. Allahu! Rasa dia; rasa macam nak menyerah. Rasa macam nak terus berhenti masa tu juga heheh, tapi sabarrrrrrrr. Second third forth fifth day, woww berkat sabar. Kerja berat bertukar ringan. Kena turunkan barang dan susun-susun je. Hehe okay lah sikit.

Untuk yang nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca bawah ni lagi.

Apa je buat kalau jadi salesgirl a.k.a kuli kat kedai dua ringgit? Hahah! 
  1. Angkat barang dari luar kedai masuk ke dalam pasaraya
  2. Susun barang
  3. Sapu sampah (hmm seronok juga boleh sapu-sapu, pelanggan kedai RM2 tengok hahah)
  4. Mop lantai
  5. Angkat kotak
  6. Jadi seorang yang menepati waktu sebab kena punch card, heheh
  7. Kena “adjust” ruang sebab kedai kat Rompin sangat kecil tapi ramai pelanggan tak putus ‘cashier’ scan barcode untuk harga hehe!
  8. Tugas aku: kena jaga dan susun apa yang berkaitan dengan makanan dalam kata lain, lorong makanan heheh.

Soalan lazim yang kawan-kawan dan jiran-jiran atau orang akan tanya. Hahah! 

Masa bekerja? 
Basic: setiap hari 9:15am sehingga 6:45pm (masa dia okayy sempatlah nak solat dhuha dulu ke kan hahah)
OT: Rabu dan Jumaat 8.15am sehingga 9.45pm sebab lori besar dan panjang akan datang pagi tu untuk ‘deliver’ stok

Ada waktu rehat ke? Bila?
Akan ditentukan oleh Auntie Erica sendiri (tempoh: 1jam)

Basic day: sekali rehat macam aku, Auntie kasi pukul 2:15pm sampai 3:15pm.

OT day: dua kali (jam 2:15pm-3:15pm dan 7:15pm-8:15pm)

Gaji dan apa skill yang aku dapat?
-Gaji semua staf di tempt aku bekerja akan lain-lain ikut prestasi dan masa bekerja masing-masing.
-Akan dapat gaji setiap 8hb pada next month. Contoh, gaji bulan Jun akan dapat pada 8 Julai. 
-Gaji akan dibank-in ke akaun masing-masing.

Jun 2018: RM308.52 (belum tolak KWSP)
9/30 hari kerja
OT- dua hari,
Waktu biasa- 7 hari

Julai 2018: RM1387.20 (tolak KWSP)
29/31 hari bekerja
OT: 22 hari
Biasa: 5 hari
Half day: 2 hari

Ogos 2018: RM1136.79 (tolak KWSP)
23/31 hari bekerja
OT: 16 hari
Biasa: 6 hari
Cuti: 8 hari
Half day: 1 hari

Jumlah semua: 
RM2832.51 (2 bulan lebih) dan Alhamdulillah walaupun biasa sahaja jumlah tapi pengalaman yang diperoleh tiada nilai!

Semoga kalian dan saya mendapat manfaat daripada post ini. Doakan yang terbaik untuk saya, keluarga, dan rakan-rakan! Assalamualaikum wbt.

MYEXPI: Part timer Eco Shop RM2, Kuala Rompin

Masa: 1200 hrs
Tarikh: 21 Jun 2018
Sumber: Pengalaman sendiri

Assalamualaikum,
“Orang melayu selalu memilih kerja, sebab itu ramai yang menganggur.”

Alhamdulillah, and special thanks to my beloved Carera, Azirah because she teaches me for not to be selfish in searching part time job together. She also shows to me that we have to be independent and hardworking in doing anything.

Berbalik kepada cerita:
kami cari kerja sekali dan saling memberi maklumat mengenainya antara satu sama lain. Antara kedai yang kami cuba tanya, pasaraya BS, kedai makan, Azirah sempat bertanya kerja kosong di kedai kasut juga. 

Berbalik kepada ‘mainpoint’:
Aku tanya supervisor Eco Shop RM2 tu, boleh tak saya nak apply kerja di sini? *time ni muka beliau serius, berdebar jugalah sikit hahah*

Directly, she asked me: You sekolah mana sekarang? *dalam hati, muka macam budak-budak ke dia tanya sekolah mana hahah* 

I answered: “dulu, sekolah SMK Seri Rompin.” 

She asked: “sebelum ini, ada pernah kerja tak? 

I said: “yaa, saya pernah kerja taska; dua taksa satu belakang tembikai besar dan satu belakang pejabat daerah.”

She asked: “kenapa you berhenti? Lama mana bekerja?” Lebih kurang macam tu laa. 

Bla bla bla~ 

Pastu aku serba salah nak cerita benda yang tak berlaku, jadi secara tidak sengaja, aku berterus terang...

“Sekarang saya belajar di UIA GOMBAK, bulan 9 ni saya sambung belajar semula masuk sem... Dan nak cari duit sebab saya ‘join’ Program Pertukaran Pelajar di Turki (Mevlana Exchange Program).” 

Lepas aku ‘explain’, terus air muka dia berubah heheh, jadi manis sedikit sebab mula tadi muka beliau agak serius sedikit. Beliau suruh aku tunggu. Staf disitu cakap, “kejap ye, dia tengah ambil borang.” *staf tu peramah juga, heheh itu pun lepas terkantoi aku tengah belajar di UIA ish ish heheh*

She came to me at front counter, and told me to fill in the form (form for Junior Staff). 

I filled in the blank of the form and she helped me to fill the blank. She looked interested on me *perasannya aku hahah! Sorry heheh* She asked more than one questions about me... like, what scope of job your father do know? What kind of course you study in UIA? What you will continue and doing after graduating from your studies? *Happily, she asked me with smile not with the serious face before heheh, alhamdulillah*

After I finished filling in the blank of the Junior Staff application, she told me to come and start work at 8am tomorrow☺️ Alhamdulillah! 

Lesson: Jangan memilih kerja! aku taktanya bila cuti, waktu rehat, berapa gaji *walaupun tertanya dan ada rasa berharap juga hahah, semoga Allah lembutkan hati boss untuk beri gaji yang aku perlu, aamiin*. Dan satu lagi, kalau boleh terus terang je, takperlu menipu kita ni nak kerja lama ke apa sebab secara tidak langsung kita tidak menyusahkan pihak majikan untuk rancang. 

Tapi jangan lah terus pergi melulu. Maksudnya, walaupun taktahu bila cuti, kena survey dan tanya juga orang berapa biasanya gaji dan bila waktu bekerja semua tu.

Sekian, semoga bermanfaat untuk semua dan doakan saya dan keluarga dimurahkan rezeki dunia akhirat. Inshaa Allah aamiin!