Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

21 Langkah Menuju Kesuccessan

 

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
 
 
 
1 – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
 
2– Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
 
3 – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
 
4 – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
 
5 – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
 
6 – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
 
7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
 
8 – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


9 : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
 
10 : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.


11 : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
 
12 : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
 
13 : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.


14 : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
 
15 : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).


16 : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
 
17 : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
 
18 : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
 
19 : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
 
20 : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
 
21 : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
 
 
 
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Nasihat-nasihat Lukman Al-hakim Ila Ibnahu

 
 
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:

.
1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
2. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3. “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4. “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
6. “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8. “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9. “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15. “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
16. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17. “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18. “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19. “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22. “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25. “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
27. “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31. “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
 

MyHEART: Tazkirah Ustaz Mat Yazik

 
Tempat : Surau Annur SMKSR
Oleh : Ustaz Mat Yazik  
Masa : 7.50 - 8.26 malam
Tarikh : 19 Mei 2013
- Perbanyakkan bekalan kerana perjalanan kita masih jauh (lepas mati)
- Orang dalam kubur terima habuan masing-masing .
- Allah catat setiap amalan baik buruk kita .
- Nak masuk jannah , kena cukup bekalan .
- Time malaikat nak seksa , ALQURAN datang menjadi PEMBELA bagi sesiapa yang membacanya
manakala mnjadi PENDAKWA bagi sesiapa yang tidakmembaca nya .
- Kenapa Allah x beritahu bila kita mati kerana nanti manusia takut sehingga beribadah siang malam tak henti-henti  . 
- Imam Ghazali : Kalao manusia buat maksiat dia ketawa , akhirat kelak kat syurga Allah buat dia jadi dukacita .
- Titian amat halus , CCTV (malaikat) cukup teliti . So , ikhlas kan diri dalam beribadah .
- Solat mampu menjamin 3 perkara iaitu kebahagiaan , kejayaan , kecemerlangan duniawi dan ukhrowi .
- Istidraj ialah orang yang buat maksiat namun tetap peroleh kebaikan .
- Allah tak jemu kalao kita banyak meminta malah dia semakin suka dan sayang pada kita .
- Duit memang boleh beli segalanya namun duit tak boleh membahagiakan .
- Titian sirat : 1000 tahun mendatar dan menurun , halusnya lebih halus daripada rambut .
-  Kalao kita dekat and takut dengan Allah , Allah pun dekat malah lebih syg kat kita .
- Orang yang memakmurkan rumah ALLAH ialah orang yang BERIMAN di Hari Akhirat .
- Kita hendaklah kasih pada orang baik dan jangan hina orang ALIM .
- Tetamu jika tak habis minum ke makan ke , jangan buang sisa dia . Tapi cepat-cepat minum makan sebab ada keberkatan and for alls information , tetamu bawa rezeki .

Sinopsis Renyah Tingkatan Empat

 





*****************************************************************
 
BAB 1
 
+ Datuk Dolhi bingung memikirkan anak-anaknya tidak berminat dalam bidang perniagaan. Beliau mengharapkan salah seorang daripada lima anaknya akan menyambung tugasnya nanti tetapi hingga kini tiada seorangpun yang berminat. Anak-anaknya lebih berminat dalam bidang lain. (monolog dalaman)
+ Datuk Dolhi berbincang dengan isterinya tentang hal-hal anak mereka dan orang yang akan menyambung perniagaannya kelak. Anak sulungnya, Hasnol enggan melepaskan jawatannya sebagai PTD kerana memikirkan dia mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan. Datuk Dolhi tidak percaya bahawa hasrat Hasnol untuk menjadi kaya hanya dengan kerja kerajaan kecuali dengan melakukan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dll. (dialog)
+ Datin Tominah tidak bersetuju dengan pendapat Datuk Dolhi kerana dia memikirkan Hasnol tidak akan melakukan pekerjaan seperti itu.
+ Datuk Dolhi mengimbas kembali kenangannya, iaitu Hasnol dilahirkan ketika dia menjadi pegawai kerajaan. Ketika itu dia bertugas sebagai pengarah jabatan. Niatnya pada masa itu ialah mahu Hasnol menjadi pegawai tadbir dan diplomatik dan seterusnya menjadi KSU dan hasratnya termakbul apabila Hasnol menjawat jawatan PTD dan kedudukan Hasnol kini agak baik sehingga menolak cadangan ayahnya untuk menjadi pengarah urusan di syarikatnya sendiri. Puas Datuk Dolhi memujuk Hasnol tetapi Hasnol belum bersedia meninggalkan jawatannya sekarang.
+ Datin Tominah mencadangkan supaya Datuk Dolhi melatih anak ketiganya, Ilham kerana dia masih muda dan berpotensi. Datuk Dolhi seolah-olah kecewa dengan anaknya itu kerana suka membuang masa tak tentu hala. Ilham sering terpampang di dada akhbar sebagai penyair dan penulis yang sedang meningkat naik. Rencana-rencananya yang menyentuh persoalan alam sekitar sering menjadi perbincangan khusus. (imbas kembali)
+ Datuk Dolhi teringat kata-kata Ilham yang menyinggung perasaannya kerana Ilham beria-ia membela hutan belantara sedangkan cabang perniagaannya adalah kegiatan pembalakan. Ilham menuduh ayahnya sengaja menutup pandangannya akan kesan kemusnahan hutan demi wang. Dia tidak mahu generasi akan datang akan kehilangan hutan. Datuk Dolhi tidak puas hati kerana dengan wang tersebutlah beliau dapat membesarkan anak-anaknya.
+ Datuk Dolhi dan Datin Tominah dikurniakan lima orang anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan. Anak-anaknya yang lain ialah Amera, Mukhlis dan Dani. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan seorang peranakan Arab dan dikurniakan seorang anak lelaki tetapi isterinya itu meninggal dunia dan perkara tersebut menjadi rahsia hidup Datuk Dolhi.
+ Datuk Dolhi memikirkan jika dia meninggal dunia hari ini, dia akan kehilangan segala-galanya. Usaha sama beliau dengan rakan karibnya, Albert Lee tentu akan menemui jalan buntu. Projek perumahan mewah di Bukit Seguntang tentu akan mengalami kepayahan. Usaha memohon tambahan kawasan pembalakan di Sarawak belum lagi selesai. Tanpa dirinya, Albert Lee tidak dapat berbuat apa-apa.(monolog dalaman)
+ Keakrabannya menyebabkan Albert Lee seperti sudah menjadi keluarganya. Pernah Albert Lee menyatakan hasrat untuk melamar Amera buat anaknya Robert Lee yang kacak dan cergas dalam membantu perniagaannya tetapi Amera tidak bersetuju. Amera bertugas sebagai pendidik dan kini mengajar di sebuah sekolah terbaik di ibu kota. Amera langsung tidak berminat dalam bidang perniagaan. (imbas kembali)
+ Perbincangan Datuk Dolhi dengan isterinya terhenti apabila anaknya, Mukhlis pulang ke rumah. Perwatakan Mukhlis ialah berjanggut panjang, misai dan jambangnya meliar, berserban tebal dan berjubah. Datuk Dolhi hairan melihat perubahan anaknya itu yang kini menunjukkan minat dalam bidang agama berbanding dahulu.
+ Mukhlis enggan bekerja dengan bapanya kerana beranggapan kerjaya itu penuh dengan judi, riba dan tidak berlandaskan Islam. Datuk Dolhi marah dengan kata-kata Mukhlis yang seolah-olah menghina pekerjaannya.
+ Datuk Dolhi memikirkan perbezaan anak Melayu dengan anak Cina. Anak Cina dibesarkan dalam suasana niaga. Mereka mendidik anak-anak cara berniaga. Datuk Dolhi mengagumi Robert Lee yang bermula dari bawah sebagai kerani, jurujual, penyelia bengkel sehingga menjadi pengurus sekarang. Orang Melayu sudah cukup puas hati kalau bekerja di pejabat kerajaan walaupun sebagai kerani. Pernah Encik Ghafar Baba menceritakan seorang isteri menangis kerana suaminya yang bekerja sebagai pelayan pejabat ingin berhenti kerja kerana hendak berniaga. (monolog dalaman)
+ Datuk Dolhi berbincang dengan isterinya tentang anaknya, Dani yang telah menjadi artis baru dan bakal merakam album. Datuk Dolhi tidak bersetuju Dani menceburi bidang muzik kerana Dani bukannya ada asas muzik dan kerjaya anaknya tidak akan bertahan lama. (dialog)
+ Datuk Dolhi cuba memujuk Amera yang baru pulang dari sekolah supaya menerima Robert Lee. Datuk Dolhi memuji Robert Lee yang bukan sahaja kaya tetapi juga lawa, baik hati, bersopan santun dan peramah. Amera menyatakan sikap sedemikian adalah satu strategi yang bukan sahaja terdapat dalam bidang perniagaan sahaja. Datin Tominah mengingatkan supaya Amera tidak terlalu memilih kerana usianya yang sudah meningkat. (dialog)
+ Petang sudah berakhir tetapi keresahan Datuk Dolhi belum berakhir. Dia masih memikirkan perniagaannya jika tidak ada anak-anak yang mahu menurut jejaknya.
 
**********************************************************************
 
BAB 2
 
+ Perbualan antara Albert Lee dan Datuk Dolhi tentang perancangan mereka pada hari itu. Rakan-rakan mereka, iaitu Datuk Meon, Syed Syawal dan Dr George sibuk dengan aktiviti masing-masing.
+ Sejak akhir-akhir ini, Datuk Dolhi berasa letih dan sakit-sakit, tetapi dia menggagahkan dirinya untuk bekerja tanpa memikirkan rehat. Hidup baginya adalah kerja keras. Dia sering mengingatkan para pekerjanya bahawa bekerja keras membuatkan mereka segar dan muda. Walaupun usianya sudah enam puluhan, tetapi Datuk Dolhi masih mampu menjalankan perniagaannya dengan memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara mencari rakan kongsi sambil melihat peluang niaga di sana.
+ Bulan lepas Datuk Dolhi ke Kemboja untuk meneliti peluang pembinaan bandar baharu di sana yang dalam proses membangunkan negara setelah menghadapi perang. Kemudian beliau mengikuti rombongan Dewan Perniagaan ke Amerika Latin untuk meneliti peluang perniagaan di sana yang memang banyak tetapi memerlukan rakan kongsi yang terbaik saja.
+ Petang itu, Datuk Dolhi akan berjogging dengan Albert Lee di Bukit Serakah. Datin Tominah mengingatkan supaya Datuk Dolhi menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu supaya tidak menghadapi masalah kelak.
+ Datin Tominah menelefon rakan-rakannya dalam Kelab Dahlia seperti Datin Malini, Datin Atikah,Datin Salmah, Syarifah Wafa dan berbincang tentang kelab datin-datin, rumah tangga, menantu, pinggan mangkuk baharu, pertunjukan fesyen dan macam-macam lagi.
+ Amera menyindir emaknya yang bersusah payah hendak menubuhkan kelab datin-datin untuk menjaga kebajikan datin-datin seperti isteri muda tidak boleh memakai gelaran datin. Sebenarnya Amera tahu emaknya bimbang kerana sekarang ini banyak artis menyambar datuk-datuk untuk hidup senang.
+ Di Bukit Serakah, sambil berjogging Datuk Dolhi dan Albert Lee berbincang tentang rakan-rakan mereka yang sudah berpecah kerana memilih kelab masing-masing sehingga sukar untuk berjumpa dengan kerabat diraja, pegawai kerajaan, polis, tentera dan tokoh-tokoh korporat.
+ Datuk Dolhi terbatuk-batuk sambil mengurut dadanya dan Albert Lee memautnya sambil membawa ke kerusi batu di tepi tasik. Albert Lee menggosok-gosok dada Datuk Dolhi. Mereka berehat seketika sambil melihat tasik yang tenang.
+ Sambil melihat pasangan muda mengayuh perahu, Albert Lee mengingatkan Datuk Dolhi untuk menjodohkan anaknya dengan Amera. Robert Lee sudah bersedia untuk memeluk agama Islam. Datuk Dolhi menyerahkan kepada anaknya kerana dia tidak akan memaksa anaknya itu mengikut cadangannya dan menyerahkan kepada Amera membuat pilihan.
+ Albert Lee bertanyakan keputusan untuk menyerahkan tugas kepada Hasnol. Datuk Dolhi menjelaskan bahawa Hasnol tetap dengan keputusan untuk bekerja sebagai PTD walaupun telah berkali-kali memujuknya.
+ Albert Lee juga bertanyakan keadaan Ilham kalau-kalau boleh dipujuk untuk mengambil alih tugasnya nanti. Datuk Dolhi tidak pasti akan pekerjaan Ilham dan yang menyakitkan hatinya ialah Ilham mengecam pembalakan, industri dan pembukaan kawasan pelancongan, iaitu sektor yang melibatkan perniagaan mereka.
+ Waktu senja, semasa perjalanan pulang, Datuk Dolhi memerhatikan gelagat warga kota yang masih di jalanan, berkepit-kepit dan bersiar-siar walaupun azan sudah berbunyi seolah-olah mereka tidak takutkan dosa.
 
**********************************************************************
 
BAB 3
 
+ Pagi itu, Wiswa Dolhi-Albert sibuk dengan urus niaga, para penyewa ruang pejabat melakukan aktiviti masing-masing. Datuk Dolhi menerima panggilan Wahi yang sedang berada di Hiroshima untuk menghabiskan cuti dua minggu di situ dan Kyoto. Datuk Dolhi mengingatkan Wahi supaya mempelajari sebanyak mungkin daripada orang Jepun tentang pengurusan, kecanggihan peralatan dan sistem komunikasi. Wahi perlu menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam bidang pengurusan di sana.
+ Wahi menceritakan dia tertarik dengan sistem Gugusan Kendali Mutu (QCC). Dia tertarik dengan cara pekedai melayan para pelanggannya dengan mulut mereka tidak lekang mengucapkan selamat datang dan terima kasih dan perkara ini boleh diterapkan di Gedong Star mereka. Cara pembungkusan mereka juga patut ditiru kerana bukan sahaja baik tetapi cantik. Tradisi memberi hadiah membuatkan mereka pakar dalam hal ini. Kelemahan orang Jepun ialah suka menghabiskan masa di pachinko (kelab). Datuk Dolhi melarang Wahi ke pachinko dan Wahi mematuhinya. (dialog)
+ Wahi sudah empat tahun bekerja di Dolhi-Albert Holding. Dia pegawai yang cekap. Datuk Dolhi sendiri yang mengambil Wahi bekerja dengannya. Semua orang tidak tahu bahawa dia mempunyai pertalian yang rapat dengan Wahi. Wahi menjadi orang kepercayaannya. Fikirannya sentiasa positif. Wahi akan menerima apa-apa sahaja tugas dengan hati terbuka. Wahi dihormati orang bawahannya. Budi bahasa, tutur kata dan diplomasinya amat mengagumkan. Datuk Dolhi meramalkan Wahi akan menjadi pengurus yang baik beberapa tahun akan datang. (imbas kembali)
+ Rozie, setiausahanya mengingatkan Datuk Dolhi tentang mesyuarat pada pukul sepuluh dengan wakil Ramaco Consultant bernama Raj Hussein. Datuk Dolhi mengarahkan setiausahanya mendapatkan Emzita, pegawai senoir di Dolhi-Albert Holding kerana cara kerjanya cekap dan lambang wanita Melayu baharu yang cekal dan tabah. Kerjanya tidak kira siang dan malam dan masih belum berpunya.
+ Rozie mengingatkan Datuk Dolhi tentang ceramah yang akan disampaikannya pada petang itu di Institut Perdagangan Kebangsaan bertajuk Membangunkan Usahawan Masa Kini. Datuk Dolhi memuji kerajinan Wahi yang telah menyiapkan kertas kerja itu walaupun berada di Jepun. Wahi merupakan orang yang mengarang ucapan dan ceramah Datuk Dolhi. Kebolehan Wahi terserlah kerana minatnya yang tinggi terhadap pembacaan. Berikanlah apa-apa topik, Wahi sedia tampil memberi pendapatnya.
+ Sejak akhir-akhir ini, Datuk Dolhi banyak membaca kerana dia sering diundang memberi ceramah atau membentangkan kertas kerja. Baginya, tanpa pembacaan, pengalaman yang baik tidak dapat disususn dengan jitu. Dia tampil dengan idea-idea yang bernas. Dalam seminar dia menjadi jurucakap yang aktif. Dia tidak pernah loket pengalaman. Selagi diperlukan dia sanggup memberi khidmat. Dia bercadang menubuhkan kolej swasta sendiri yang berorientasikan keusahawanan. Malangnya, anak-anaknya sendiri tidak menunjukkan minat terhadap bidang keusahawanan.
+ Datuk Dolhi suka mengingatkan kliennya bahawa tiada jalan mudah menuju kejayaan dan kekayaan. Pemikiran yang kreatif dan strategi yang tepat akan membawa seseorang usahawan kepada kejayaan. Datuk Dolhi suka memotivasikan usahawan-usahawan muda dengan pemikiran yang positif.
+ Datuk Dolhi sedih memikirkan nasib orang Melayu dan betapa susahnya mengajar orang Melayu menjadi usahawan walaupun banyak sumber di sekeliling yang dapat diusahakan dan boleh mendatangkan keuntungan. (monolog)
+ Datuk Dolhi berbincang dengan Puan Raj Hussein serta Cik Emzita di kamar tetamu tentang pembinaan Rosaza Lia Villa. Nama projek itu hendak ditukar kerana menteri membuat teguran tentang nama yang agak kebaratan. Cik Emzita mencadangkan beberapa nama setelah dia merujuk glosari sastera klasik. Datuk Dolhi memuji sikap proaktif Emzita dan meminta Emzita mencadangkan beberapa nama kepada lembaga pengarah.
+ Datuk Dolhi ke pejabatnya semula dan meminta Rozie mendapatkan ucapan PM yang bertajuk Ke Arah Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Yang Berdaya Tahan bertarikh 10 Januari 1992 semasa Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga di PWTC untuk dijadikan bahan rujukannya sebelum menyampaikan kertas kerjanya di Institut Perdagangan Kebangsaan selepas makan tengah hari.
+ Rozie memaklumkan Datuk Dolhi bahawa isterinya mengajak ke Pertunjukan Busana Islam di Merlin Hotel pada malamnya yang turut dihadiri kerabat diraja.
+ Tengah hari itu Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu juadah, dia menelaah buku yang banyak contoh baik untuk diteladani.
 
***********************************************************************
 
 
BAB 4
 
 
+ Datuk Dolhi memulakan ceramahnya dengan memetik kata-kata tokoh tertentu yang dikaguminya seperti PM Dr. Mahathir Mohamed. Dia juga mengemukakan pandangan tokoh-tokoh Barat dan Jepun serta negarawan terkenal kemudian dia akan mengupas kata-kata dan pandangan itu satu persatu.
+ Datuk Dolhi bangga dapat menyemai benih keusahawanan pada diri anak bangsa walaupun hati kecilnya mengutuk kegagalan membawa anak-anak sendiri ke dunia keusahawanan.
+ Waktu senja, Datuk Dolhi membaringkan dirinya di kerusi malas di hadapan rumahnya akibat kepenatan. Dia teringat janji untuk menemani isterinya ke pertunjukan busana Islam. Datin Tominah telah bersiap sedia tetapi Datuk Dolhi seolah-olah keberatan untuk ke sana kerana keletihan dan kehadiran tetamu diraja menuntut protokol.
+ Pukul lapan malam, pemandunya sudah siap menunggu. Datuk Dolhi suka menggunakan kereta limosin saga barunya ke majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, Datuk Dolhi juga suka mengenakan batik Kelantan kerana barangan tempatan juga bermutu tinggi.
+ Pertunjukan itu memakan masa selama dua jam. Pertunjukan itu sungguh membosankan Datuk Dolhi kerana fesyen yang ditunjukkan adalah pakaian wanita muda.
+ Pukul sepuluh setengah mereka pulang. Datuk Dolhi kepenatan kerana melayani sesuatu yang tidak digemarinya. Datin Tominah memujuk Datuk Dolhi membantu membuka butik yang diidamkannya. Datuk Dolhi cuba menerangkan rasional perniagaan itu kerana padanya berniaga bukan boleh suka-suka.
+ Datuk Dolhi bukan tidak percaya kepada isterinya tetapi sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah berniaga. Padanya daripada rugi berniaga lebih baik masa dan wang ringgit dicurahkan untuk hal-hal kebajikan seperti membela anak-anak yatim atau orang kurang upaya.
+ Di luar rumah, Dani sedang memetik gitar untuk mendapat melodi lagu baharunya. Ilham sedang mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Di ruang tamu, Amera sedang menyemak buku-buku anak muridnya dengan tekun. Di bilik atas, Mukhlis beratib kuat memecah kesunyian malam.
********************************************************************
 
BAB 5
 
+ Perbualan antara Dani dan Ilham tentang rakaman lagu. Dani mengeluh kerana syarikat rakamannya berjanji untuk merakam lagu tiga bulan yang lepas tetapi sampai kini belum terlaksana. Ilham meminta supaya Dani mencipta lagu yang mampu mengajak orang berfikir.
+ Ilham mencadangkan supaya Dani mencipta lagu bertemakan alam sekitar untuk mengajak orang berfikir. Mereka berbincang mengenai kesesuaian lagu puisi yang didendangkan oleh Ilham.
+ Di ruang tamu rumah, Amera menyindir kerjaya Dani dengan mengulang kata bapanya seniman hanya kenyang dengan kata-kata tapi perut mereka lapar. Ilham mempertahankan usaha Dani dengan hujah bahawa kata-kata kakaknya itu adalah takrifan orang yang materialistik dan bencikan seni.
+ Ilham berdebat dengan kakaknya tentang peranan seniman. Amera mengatakan seniman tidak mampu merubah dunia sebaliknya ahli sains, ahli ekonomi, pakar-pakar industri dan kejuruteraan yang mampu membangunkan dunia. Ilham membalas bahawa seniman pencetus tamadun manusia.
+ Amera mempersoalkan sikap Ilham yang tidak mahu bekerja walaupun usia sudah meningkat. Amera melepaskan geramnya yang terbuku dalam hatinya selama ini kepada Ilham kerana asyik mundar-mandir tanpa tujuan.
+ Ilham memberitahu bahawa dia sekarang berjuang dan perjuangannya bukan bersifat materialistik sebaliknya perjuangannya demi keamanan dan keselamatan dunia. Amera mempersoalkan hasil perjuangan Ilham. Ilham memberitahu perjuangannya mendatangkan faedah yang besar iaitu kesinambungan warisan dunia seperti alam sekitar, kehijauan, air, udara dan ozon yang selamat.
+ Amera sedang menyedarkan Ilham bahawa satu hari nanti bapanya akan pergi dan Ilham perlu berdikari. Ilham memberitahu bahawa dia tidak akan meminta belas kasihan kakaknya nanti kerana organisasinya ada di seluruh dunia.
+ Amera mempersoalkan sebab Ilham tidak mahu bekerja di syarikat bapanya. Ilham menyatakan kakaknya mementingkan kehidupan sendiri dan langsung tidak peka dengan kepentingan alam secara menyeluruh.
+ Ilham terus berpuisi di halaman rumah pada malam itu. Dia berharap suatu hari nanti dia dapat memenangi hadiah sastera. Dia perlu mengetengahkan soal alam yang hancur ini kepada seluruh umat manusia. Kakaknya mengintai dari jendela tingkat atas. Dia tidak tahu bagaimana lagi harus menasihati adiknya itu.
 
***********************************************************************
 
 
BAB 6
 
+ Pagi hari minggu, Hasnol datang ke rumah orang tuanya seorang diri. Datuk Dolhi menanyakan hasratnya supaya Hasnol meletak jawatan untuk menggantikannya nanti. Hasnol keberatan kerana risiko yang bakal diterimanya dan dia sayangkan pencen. Lagipun isterinya, Linda lebih sukakan Hasnol bekerja sebagai pegawai kerajaan. Datuk Dolhi mengingatkan Hasnol agar tidak marah jika perniagaannya itu jatuh ke tangan orang lain nanti.
+ Tujuan Hasnol ke rumah bapanya adalah untuk meminjam wang sebanyak sepuluh ribu bagi menyelesaikan masalah kelab golf. Datuk Dolhi mempersoalkan gaya hidup mewah Hasnol yang tidak sepadan dengan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan. Datuk Dolhi keberatan untuk meminjamkan wang kepada Hasnol walaupun syarikat itu adalah kepunyaannya. Datuk Dolhi menegaskan bahawa kemewahan akan hadir jika Hasnol berkecimpung dalam bidang perniagaan. Hasnol meninggalkan rumah orang tuanya dalam keadaan merajuk.
+ Datuk Dolhi kesal dengan sikap anaknya itu. Hasnol berkahwin dengan Linda, anak bekas diplomat Malaysia ke luar negeri. Linda dilahirkan di London. Cara hidupnya agak kebaratan. Gaya hidup Hasnol berubah apabila berkahwin dengan Linda. Sejak akhir-akhir ini Hasnol sering kesempitan wang. Masalah kewangannya begitu berat. Sudah kerap Datuk Dolhi membantu.
+ Dahulu Albert Lee ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain, tetapi Hasnol memilih Linda terlebih dahulu. Dia menemui Linda di London ketika sedang berkursus jangka pendek di sana. (imbas kembali)
+ Albert Lee hampa kerana tidak dapat bermenantukan Hasnol. Baginya keakraban bersama Datuk Dolhi hanya dapat diperteguh dengan tali persaudaraan. Dia mahu Hasnol dan Robert menguruskan Dolhi-Albert Holding bersama-sama.
+ Datin Tominah menegur Datuk Dolhi yang termenung panjang memikirkan syarikat, anak-anak dan cucu cicitnya. Baginya tidak mungkin Hasnol akan berubah hati kerana Hasnol keras hati.
+ Datuk Dolhi cuba mengalih tumpuan kepada kebolehan Amera untuk menguruskan syarikatnya. Datuk Dolhi memikirkan kemampuan Amera menangani segala cabaran di pejabat, berhadapan dengan pengurus berpengalaman, bersaing sengit dan membuat keputusan tepat. Perkara itu memeningkan lagi kepalanya.
+ Datuk Dolhi berbincang dengan isterinya tentang keseriusan Robert untuk mengahwini Amera. Mereka ragu-ragu kerana mungkin ada maksud di sebalik perkahwinan tersebut, sebab itulah Albert beria-ia ingin bersaudara dengan Datuk Dolhi. Mereka menyerahkan kepada Amera untuk membuat keputusan dan berharap Amera akan menemui orang yang baik. Datin Tominah mencadangkan bahawa Wahi adalah orang yang agak sesuai dengan Amera tetapi disanggah keras oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah tidak mengerti akan cadangannya itu sehingga ditempelak demikian rupa oleh Datuk Dolhi
 
********************************************************************
 
BAB 7
 
 
+ Wahi menghantar kertas cadangan melalui faks kepada Datuk Dolhi meminta supaya melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) di Dolhi-Albert Holding yang telah menjadi falsafah dalam syarikat Jepun untuk menghasilkan barangan bermutu.
+ Rozie menyokong idea tersebut yang menjadi tunjang kepada Jepun untuk mempertahankan kelangsungan hidup selepas perang kerana Jepun tidak mempunyai sumber asli, jadi mereka menuntut mutu barangan yang bermutu.
+ Datuk meminta pendapat Rozie cara terbaik untuk melaksanakan KMM dalam syarikat mereka tanpa meninggalkan identiti mereka. Rozie memberi contoh penubuhan JUSE di Jepun yang bukan berorientasikan keuntungan tetapi bertanggungjawab menjalankan kajian pengembangan, latihan, pendidikan dan seminar mengenai mutu.
+ Datuk Dolhi bersetuju untuk memulakan sistem tersebut setelah Wahi pulang ke tanah air tiga bulan lagi tetapi asasnya akan dimulakan sekarang. Datuk Dolhi meminta Rozie melampirkan kertas cadangan tersebut kepada lembaga pengarah untuk diteliti.
+ Datuk Dolhi akan mengambil kesempatan atas lawatan rombongan presiden negara Islam bekas Soviet untuk melebarkan sayap perniagaan di sana. Rombongan itu akan diraikan dalam majlis makan tengah hari.
+ Datuk Dolhi memikirkan agak sukar masa kini untuk mendapat setiausaha yang muda , berpengetahuan, berpandangan jauh, cekap menjalankan tugas, tidak pernah merungut tentang kerja seperti Rozie.
+ Datuk Dolhi juga memikirkan tentang Wahi yang sarat dengan idea dan kepulangannya nanti bakal membawa banyak perubahan dalam Dolhi-Albert Holding. Dia akan menyokong apa yang akan dibuat oleh Wahi nanti.
+ Datuk Dolhi teringat akan anaknya Mukhlis, semalam dia ternampak Mukhlis di masjid dengan jubah dan serban yang lusuh serta janggut dan jambang yang tidak bercukur. Mukhlis berlegar ke sana ke mari atas nama dakwah, tidak mempunyai pekerjaan dan kegiatan ekonomi, hanya menadah tangan mengharapkan belas kasihan orang. Dia tidak tahu bagaimana Mukhlis boleh jadi begitu, sedangkan dia lulus Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat.
+ Datuk Dolhi memikirkan pula Wahi yang akrab dengannya dan ada rahsia penting antara dia dengan Wahi. Wahi anak yang baik. Dia sengaja menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun kerana Jepun mempunyai sistem pengurusan yang baik dalam berbagai-bagai hal.
+ Datuk Dolhi mengenang semula Jepun yang kalah kepada pihak Bersekutu pada 1945, dan sekitar tahun enam puluhan dunia dikejutkan dengan kebangkitan Jepun sehingga menjadi negara paling berkembang ekonomi di dunia sekitar tahun 1971-1980 dan ketika itu negara lain menghadapi ranjau ekonomi yang sukar.
+ Mukhlis datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk meminjam wang kerana dia hendak berdakwah ke jalan Allah. Datuk Dolhi tidak dapat memenuhi kehendak Mukhlis kerana sifat amanahnya pada syarikat yang tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya.
+ Datuk Dolhi kesal memikirkan anaknya yang berpelajaran tinggi tetapi fikiran kosong. Padanya, kebangkitan Islam hanya bermakna jika pendukung-pendukungnya berilmu dan beramal, bukan seperti yang dilakukan oleh Mukhlis. Tidak hairanlah jika kini banyak perusahaan besar dikuasai oleh orang bukan Islam. Datuk Dolhi tidak yakin dengan perjuangan anaknya. Padanya, Mukhlis telah mensia-siakan usianya, yang sepatutnya digembleng bagi memajukan diri dan masyarakat.
+ Mukhlis memberitahu ayahnya dia akan ke India untuk berkumpul di sana bersama-sama dengan jemaah lain dari seluruh dunia.
 
 
*********************************************************************
 
 
BAB 8
 
 
+ Datuk Dolhi pulang ke rumah dan disambut oleh Amera yang memberitahu berita gembira kepada ayahnya bahawa dia terpilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri dan meminta ayahnya datang ke majlis tersebut pada lima haribulan minggu hadapan.
+ Datuk Dolhi menanyakan kerjaya Amera dalam bidang pendidikan kerana dia pernah berhasrat untuk melatih Amera dalam bidang perniagaan. Amera tetap dengan pendiriannya ingin menjadi pendidik dan cukup dengan apa yang dinikmati sekarang. Amera juga menolak Robert kerana dia bukan hendak kaya tetapi mahu hidup sederhana.
+ Datuk Dolhi mengeluh dan memikirkan dia berjaya memotivasikan ramai anak muda bergiat dalam lapangan niaga sedangkan ke semua anaknya buta niaga dan semacam benci akan dunia keusahawanan.
+ Amera membetulkan tanggapan bapanya yang mengatakan dia gagal kerana ayahnya usahawan berjaya dan terkenal seluruh dunia. Bapanya tokoh korporat yang tiada tandingan dan sering terpampang di dalam akhbar, majalah dan jurnal niaga. Bapanya mengatakan dia gagal melahirkan ahli perniagaan dalam keluarga sendiri, tetapi cuma mampu melahirkan pendidik, pegawai kerajaan, lebai, rocker dan penyair yang tak tentu arah.
+ Mukhlis pulang ke rumah bersama-sama empat orang kawannya. Kawannya meminta izin Datuk Dolhi untuk membawa Mukhlis berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Datuk Dolhi membenarkan Mukhlis mengikut mereka tetapi tanpa dengan pembiayaannya. Datuk Dolhi menempelak rakan-rakan Mukhlis yang merosakkan nama baik Islam kerana mundar mandir tanpa pekerjaan.
+ Mukhlis dan kawan-kawannya beredar dari rumah Datuk Dolhi tanpa pembiayaan satu sen pun. Mereka bertekad untuk mengemis atas nama Islam daripada orang yang bersimpati dengan perjuangan mereka. Guru mereka telah dua minggu berada di luar negeri untuk berdakwah bersama-sama isteri barunya, Khalidah dan menceraikan Hanisah, budak Maktab Pertanian. Mereka terus memujuk Mukhlis supaya meyakinkan orang tuanya akan aktiviti mereka. Mukhlis cuba menbandingkan ayahnya dengan gurunya yang jauh berbeza.
+ Datuk Dolhi dan Datin Tominah ke Dewan Jubli Intan untuk menyaksikan Amera menerima anugerah pendidik terbaik negeri. Mereka duduk bersebelahan dengan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas, iaitu tetamu kehormat pada hari itu.
+ Amera diberi anugerah Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri dan sehelai selendang keemasan diselempangkan ke tubuh Amera. Dalam ucapannya, Amera menyampaikan panghargaan kepada kedua-dua orang tuanya.
 
**********************************************************************
 
BAB 9
 
 
+ Amera termenung dan memikirkan orang yang mengucapkan tahniah dalam telefon sebentar tadi. Kemudian adiknya, Dani menyampaikan sejambak bunga yang dihantar melalui Mekar Florist untuk kakaknya. Amera menghubungi Mekar Florist yang sering dilanggan oleh keluarga Datuk Dolhi untuk mengetahui orang yang menghantar bunga kepadanya. Mary memberitahu bahawa seorang VIP melalui pemandunya yang menempah bunga tersebut
+ Pagi itu, Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memohon berhenti kerja . Datin Tominah kehairanan kerana dia tidak menghadapi masalah dengan pembantunya itu. Datin Tominah memikirkan ada sesuatu yang tidak kena sehingga Inem mengambil keputusan serta-merta. Pelbagai perkara negatif berlegar dalam kepalanya.
+ Seminggu kemudian, Datin Tominah menerima surat daripada Inem bahawa Ilham menceroboh bilik Inem beberapa kali. Dia ingin berhenti kerja supaya nama baik Datuk Dolhi tidak tercemar.
+ Datin Tominah tidak menyangka Ilham seorang pemimpin organisasi siswa, pejuang alam sekitar dan penyair yang mementingkan nilai murni kehidupan sanggup menceroboh bilik pembantu rumahnya. Patuhlah sudah dua minggu Ilham menghilangkan diri dan khabarnya berada di Sarawak. Datin Tominah memikirkan kesusahan yang akan dihadapinya jika tiada pembantu rumah.
+ Petang itu, Hasnol menelefon Datin Tominah untuk meminjam wang lagi. Datin Tominah memikirkan Hasnol yang masih dengan cara hidup lama, asyik bersenang-senang ke sana ke mari sedangkan dia hanya pegawai kerajaan yang mempunyai gaji terhad. Masalah Hasnol tidak akan selesai selagi dia tidak menukar cara hidupnya.
+ Hasnol meletakkan gagang telefon dengan kuat setelah ibunya tidak dapat membantu. Datin Tominah sedih kerana Hasnol sanggup berbuat sedemikian. Sejak kecil Hasnol dididik sepenuh hati tetapi apabila berpendidikan tinggi, Hasnol berubah sikap.
 
********************************************************************
 
BAB 10
 
 
+ Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu melalui telefon oleh rakan anaknya bahawa Mukhlis telah bernikah dengan janda tuk guru. Datuk Dolhi mengenang kembali Hasnol yang memilih Linda secara tergesa-gesa dan berkahwin tanpa berunding dengannya dan kini Mukhlis pula bernikah senyap-senyap. Datuk Dolhi seolah-oleh tidak percaya akan perbuatan anaknya itu yang tidak lagi berfikir sebagai seorang intelek meskipun pernah memasuki menara gading.
+ Datin Tominah berang dan sayu memikirkan hal tersebut kerana peristiwa itu akan menjadi bualan rakan-rakannya nanti. Sebagai ibu, dia mahu anak-anaknya berkahwin dengan penuh adat istiadat dan menjemput kawan-kawan semasa majlis perkahwinan anak-anak mereka.
+ Mukhlis dan isterinya berada di Sungai Bakau, perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi kontraktor yang ditolak apabila mengajaknya keluar, tetapi sukar baginya menolak ajakan Tengku Munir.
 
+ Datuk Dolhi tidak percaya bahawa Ilham dijemput ke Sarawak untuk menyampaikan kertas kerja tentang masalah hutan dan pembalakan. Dikhabarkan juga Ilham akan mengadakan tunjuk perasaan bersama dengan orang asli di sana. Datuk Dolhi rasa tercabar kerana dia ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Mereka bukan melakukan pembalakan haram, sebaliknya Ilham dipengaruhi oleh pertubuhan luar negeri yang mengatakan mereka menebang balak sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya Datuk Dolhi ada tanggungjawab menanam semula hutan yang telah ditebang.  


+ Pada waktu senja, Albert menelefonnya bahawa Ilham sedang membuat benteng manusia dengan orang Asli di tapak penebangan balak. Albert mencadangkan supaya Datuk Dolhi memanggil pulang anaknya kerana kedudukan Ilham amat berisiko. Bersama-sama Ilham ialah aktivis kulit putih yang turut tinggal di perkampungan orang Asli itu. Albert memaklumkan dia telah berbincang dengan pengurusan syarikat dan akan bekerjasama dengan pihak polis dan kerajaan negeri untuk menyekat perbuatan Ilham sebab mereka akan kerugian berjuta-juta ringgit jika projek tersebut dibatalkan.
+ Datuk Dolhi memikirkan kesusahan yang ditanggung akibat perbuatan anak-anaknya. Malam itu, Datuk Dolhi memikirkan suatu hari nanti dia terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan hati anak-anaknya. Kalau anak-anaknya itu sudah tidak dapat diharapkan lagi, lupakah saja impian hendak melibatkan mereka dalam organisasi niaga yang sedang memuncak itu.
+ Datuk Dolhi teringat kepada Wahi di Tokyo. Pemuda itu mempunyai sejarah yang tersendiri dalam hidupnya. Suatu hari nanti dia akan memecahkan rahsia itu. Wahi dibela oleh neneknya dalam keadaan sederhana. Datuk Dolhi memberi bantuan serba sedikit. Tiada orang yang tahu. Ibu Wahi meninggal ketika melahirkannya. Rasa simpati yang mendalam kepada Wahi. Datuk Dolhi terasa rindu dan teringin hendak bercakap-cakap dengan pemuda itu.

 
**********************************************************************

BAB 11
 

+ Pagi itu Datuk Dolhi memikirkan masalah yang dicetuskan oleh Ilham menyebabkan dia malu dengan Albert dan rakan kongsinya di Sarawak. Rozie menyerahkan faks yang dihantar oleh Albert tentang tindakan polis dan wakil syarikat yang memujuk orang ramai bersurai di tapak pembalakan.
+ Datuk Dolhi sedar kedudukannya menyebabkan orang lain serba salah hendak mengambil tindakan terhadap Ilham. Dia meminta Rozie menguruskan percutiannya ke Tokyo selama seminggu untuk menenangkan fikiran bersama-sama Wahi.
+ Datin Tominah terkejut Datuk Dolhi ingin bercuti dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu tindakan yang diambil terhadap Ilham dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Masalah Ilham akan diuruskan oleh pihak berkuasa.
+ Pukul 10.45 malam, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo dan jarak perjalanan memakan masa selama tujuh. Dia ingin melupakan seketika masalah-masalah yang ditimbulkan oleh anak-anaknya. Dia ada sesuatu yang penting mahu bercakap dengan Wahi.
+ Datuk Dolhi mengenangkan semula kenangan lalu iaitu sebelum dia bernikah dengan Tominah, dia sudah mempunyai pilihan sendiri iaitu Mastura yang dikenalinya sejak di Universiti Malaya. Hubungan mereka sangat akrab sehingga warga kampus menggelarnya belangkas kampus. Apabila tamat pengajian, dia dikahwinkan dengan sepupunya dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.
+ Mastura sangat kecewa. Selepas setahun berkahwin dengan Tominah, Datuk Dolhi menikahi Mastura senyap-senyap kerana rasa tanggungjawab terhadap perhubungannya dahulu, tambahan pula Mastura menderita sehingga jatuh sakit. Ketika melahirkan anak, Mastura meninggal dunia. Anak itu diserahkan kepada ibu mentuanya untuk dipelihara dan dia membantu anaknya itu seadanya. Inilah kisah hidupnya yang menyayat hati.
+ Mukhlis sugul di pintu sebuah pondok kecil di perkampungan jemaahnya memikirkan tindakannya yang mengahwini Hanisah, janda beranak tiga kerana hasutan Saiful Bahri yang mengatakan mengahwini janda adalah sunah Nabi. Dia seolah-olah menyesal akan perbuatannya itu dan memikirkan bahawa ibunya tentu marah kerana berkahwin tanpa pengetahuan keluarga.
+ Hanisah meminta Mukhlis bekerja apa-apa sahaja untuk menanggung kehidupan keluarga. Mukhlis sememangnya belum bersedia untuk berumahtangga. Dia mengikuti jemaah itu tanpa persiapan ilmu dan minda. Dia terasa ada beban yang digalasnya selepas berkahwin.
+ Pagi itu, Mukhlis bekerja di kilang mi. Mukhlis merasai kepenatan bekerja sebab selama ini dia tidak pernah bekerja. Semuanya ditanggung oleh orang tuanya. Pada petangnya dia dibayar wang upah sebanyak lima ringgit. Mukhlis sangat sedih dengan upah sebanyak itu tiada apa-apa yang dapat dibeli. Hanisah memintanya supaya bersyukur dan dia perlu bekerja malam pula untuk mencari pendapatan.
+ Pada malam itu, Mukhlis pulang ke rumah ibunya dan meminta maaf kepada ibunya. Datin Tominah menangis melihat keadaan anaknya dan amat kecewa kerana Mukhlis yang diharap berjaya dalam karier kini menerima gaji lima ringgit sehari di kilang mi di Kampung Sungai Bakau.
+ Hasnol menghadapi masalah dengan bank. Dia meminta Linda meminjam wang daripada bapanya untuk mengelakkan dia disaman. Linda enggan kerana sudah dua kali meminjam wang daripada bapanya, lagipun belum lagi dibayar. Hasnol menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja dan akan bekerja dengan bapanya tetapi tidak dipersetujui oleh Linda kerana tidak suka Hasnol bekerja tak tentu masa.
+ Hasnol memikirkan sekiranya dia berani melakukan sesuatu dia akan hidup senang, lebih-lebih lagi sekarang dia bertugas di bahagian kontrak. Masalah hutangnya boleh diatasi hanya dengan sekali tandatangan. Bagaimanapun dia masih berfikiran waras dan memelihara integriti. Mengambil harta haram balasannya api neraka.
 

**********************************************************************

 
BAB 12
 

+ Amera berfikir berkali-kali untuk memenuhi undangan orang yang tidak dikenalinya itu. Dia meminta pendapat ibunya. Amera pergi ke Kelab Mawar, tempat ekslusif dan tidak terdedah kepada orang awam. Hatinya berdebar-debar. Lelaki yang ditunggu-tunggunya itu tiba dan telah dikenalinya iaitu YB Wahab, Timbalan Menteri. Rasa gementar Amera sudah surut. Mereka berbual tentang pelbagai topik.
+ Amera menberitahu dia masih tidak mempuyai teman lelaki dan YB Wahab memberitahu dia duda yang kematian suami dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun.
+ Amera menceritakan kepada ibunya tentang pertemuannya dengan YB Wahab. Ibunya gembira melihat anaknya dan dapat mengagak isi hati anak gadisnya itu. Amera akur pada fitrah manusiawi iaitu ingin mencintai dan dicintai.
+ Kumpulan muzik Young Rock Band yang dianggotai Dani dan rakan-rakannya akan masuk studio rakaman. Album mereka berjudul Rimba Fikiran bakal siap beberapa bulan lagi. Dani sibuk menjalani latihan. Dani meminta kakaknya datang ke pelancaran albumnya yang berkonsepkan rock dan heavy metal nanti.
+ Amera menasihati adiknya supaya menjadi penyanyi yang berjaya dan dihormati. Dani perlu bekerja kuat, berdisiplin, menjaga imej yang bersih, pakaian yang kemas dan menepati masa.
+ Amera sebenarnya tidak begitu gemar cara Dani berkecimpung dalam bidang muzik. Baginya, kalau mahu masuk bidang muzik mesti serius, masuk sekolah muzik, bukannya belajar muzik di tepi jalan kemudian merakan album. Karier sebagai pemuzik lebih terjamin jika memasuki sekolah muzik. Pada Amera, pemuzik dan penyanyi mesti berilmu, barulah karya mereka dipandang tinggi.
+ Dani memberitahu gosip artis dengan VIP. Amera menanyakan Dani artis yang digosipkan dengan YB Wahab Yassin. Dani memberitahu YB Wahab digosipkan dengan seorang guru di negeri ini. Amera cemas kerana perjumpaannya dengan YB Wahab tempoh hari cepat dihidu oleh agen gosip. Dia bimbang gosip tersebut akan mencemarkan nama baiknya.
 

**********************************************************************

 
BAB 13
 

+ Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita tepat jam 6.15 pagi. Wahi sudah menunggunya bersama seorang teman Jepun. Datuk Dolhi boleh berbahasa Jepun sedikit-sedikit kerana mempelajarinya sewaktu mengikuti program JICA dahulu apabila kumpulannya akan dihantar ke Tsuyama City untuk duduk dengan keluarga angkat.
+ Datuk Dolhi mengenangkan lagu-lagu Jepun yang pernah diingatinya. Dia mendendangkan lagu itu perlahan-lahan. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Dia teringat hotel tersebutlah dia menginap ketika mula-mula tiba di Jepun dahulu. Datuk Dolhi menginap di bilik 506, iaitu bilik yang sama dahulu.
+ Datuk Dolhi memikirkan cara untuk memberitahu rahsianya kepada Wahi. Malam itu, mereka turun ke Restoran Cina di tingkat satu. Di situlah Datuk Wahi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya. Wahi tidak terkejut mendengar berita tersebut kerana neneknya sudah memberitahunya sebelum ini.
+ Malam itu, Datuk Dolhi rasa lega seperti lahar panas telah keluar dari gunung berapi. Dia teringat akan Mastura yang banyak berkorban semasa di kampus. Mastura rasa kecewa kerana menjadi isteri secara sembunyi-sembunyi. Hidupnya kesunyian dan menyendiri kerana jarang dilawatinya. Datuk Dolhi bersikap sedemikian kerana sikap isterinya, Tominah yang kuat cemburu.
+ Pagi itu, Datuk Dolhi bersiar-siar bersama dengan Wahi. Terasa tenteram jiwanya kerana tiada siapa yang mengganggu. Apabila bersama Wahi, terasa seperti Mastura hadir sama sehingga mengimbau kenangan silamnya.
+ Dalam perjalanan bersiar-siar menggunakan kenderaan awam, Datuk Dolhi meminta supaya Wahi memanggilnya bapak. Mereka singgah di Tugu Hachiko, mengambil sempena nama anjing yang menghantar dan menunggu tuannya seorang profesor. Setelah profesor itu meninggal dunia, anjing tersebut masih setia menunggunya sehigga selama sebelas tahun.
+ Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa akan tiba masanya dia akan memberitahu isterinya tentang Wahi yang merupakan anak kandungnya. Wahi sudah bersedia menerimanya sama ada cacian atau kebaikan daripada ibu tirinya itu. Baginya, kesudian bapanya membantu selama ini sudah memadai buatnya.

 
**********************************************************************
 
 
BAB 14

 
+ Pada malam yang dijanjikan, Hasnol menuju ke Teratai Inn seorang diri kerana perkara yang akan dibincangkan cukup sulit. Tengku Munir hendak bertemunya. Hasnol berasa tidak tenteram kerana selama ini dia bekerja dengan jujur dan tidak pernah mengadakan pakatan sulit di luar. Banyak kontraktor yang ditolak apabila mengajaknya keluar, tetapi sukar baginya menolak ajakan Tengku Munir.
 
+ Hasnol memikirkan kesannya nanti apabila mengingkari arahan Tengku Munir. Barangkali dia akan ditukarkan 24 jam dari negeri ini, mungkin ke ceruk pedalaman. Hatinya bercelaru.


+ Tengku Munir tiba dan berbincang dengan Hasnol. Bagi Tengku Munir, tempat Hasnol yang menjaga bahagian kontrak adalah lubuk emas. Tengku Munir menuduh Hasnol menolong orang tuanya dalam perniagaan sedangkan dia tidak pernah melakukannya. Datuk Dolhi tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai pegawai kerajaan untuk mendapatkan kepentingan seperti tender atau peluang lain.
+ Tengku Munir meminta Hasnol memainkan peranannya kerana banyak tender yang dia masuk tetapi semuanya ditendang. Hasnol memberitahu bahawa kelulusan tender di bawah lembaga tender. Hasnol bimbang dia akan ditangkap BPR jika melakukan perkara seperti yang diarahkan oleh Tengku Munir.
+ Berderau darah Hasnol apabila Tengku Munir akan memberinya tiga ratus ribu jika projek Jambatan Kota yang bernilai lapan puluh juta diuruskan oleh Hasnol. Hasnol memikirkan hidupnya akan menjadi mewah seperti kawan-kawannya jika menerima wang sebanyak itu. Hati Hasnol sudah dikuasai nafsu seperti Tengku Munir.
+ Tengku Munir meminta Hasnol membuka akaun di Singapura dan mengancam hidup Hasnol tidak akan selamat jika rahsia mereka terbongkar. Hasnol memikirkan kesusahan hidupnya nanti jika Tengku Munir menghantarnya ke pedalaman, yang sudah tentu tidak disukai oleh isterinya.
+ Hasnol pulang dengan perasaan resah dan gembira. Dia resah dan bimbang jika perbuatannya dihidu oleh pihak berkuasa dan gembira kerana masalah kewangannya akan selesai dan berpeluang melancong ke London seperti yang diingini oleh isterinya.
+ Hasnol meminta isterinya merancang percutian mereka pada musim sejuk kerana dia tidak mahu mengecewakan isterinya dan tidak mahu isterinya meminjam wang daripada bapanya untuk bercuti. Ketakutannya kepada pihak berkuasa sudah hilang.
+ Di Sarawak, pihak berkuasa sedang mencari aktivis Barat, Bruno Manser yang menghasut masyarakat peribumi membina benteng manusia bagi menghalang pembalakan. Berita yang dibaca oleh Datin Tominah pagi itu sungguh meresahkan. Dia pasti akhirnya pihak berkuasa akan menangkap Ilham yang mewujudkan konfrontasi dan mengancam keselamatan negara.
+ Ilham memberi nasihat kepada sekumpulan orang Asli supaya mempertahankan cara hidup mereka dan tidak membiarkan tauke-tauke menghancurkan hidup mereka. Masyarakat orang Asli termakan hasutan Ilham dan mereka membina benteng manusia menyebabkan lori-lori balak gagal memasuki kawasan itu. Hasnol dan Bruno telah melarikan diri apabila pihak berkuasa tiba tetapi masyarakat orang Asli tidak berganjak dari situ.
+ Datin Tominah terkejut apabila Hasnol datang ke rumahnya dan membayar hutang sepuluh ribu dengan perasaan angkuh.
 
**********************************************************************
 
BAB 15
 
 
+ Pagi itu, keluarga Albert berkumpul untuk bebincang tentang keluarga dan perniagaan. Amalan sedemikian telah menjadi tradisi dan penting bagi mewujudkan persefahaman dan perkongsian pendapat. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi gergasi korporat dan menubuhkan syarikat kewangan.
+ Albert bertanyakan Robert mengenai hubungannya dengan Amera. Robert menjelaskan bahawa sukar baginya memikat Amera kerana sukar untuk berjumpa. Albert berharap agar Robert berusaha memikat Amera walaupun terpaksa masuk Islam. Albert melihat bahawa untuk mengukuhkan empayar niaga mereka, keluarga mereka perlu bersatu dengan keluarga Datuk Dolhi walaupun terpaksa mengorbankan identiti Cina mereka.
+ Albert memberitahu anak-anak Datuk Dolhi telah merosakkan bapanya sendiri. Ilham sedang diburu polis kerana terlibat dalam tunjuk perasaan antipembalakan akibat terpengaruh dengan hasutan aktivis Barat. Mukhlis pula berhenti belajar dan telah berkahwin. Jadi tiada lagi anak Datuk Dolhi yang akan menggantikan ayahnya nanti kerana tidak berminat dalam bidang perniagaan. Oleh itu, mereka mudah untuk menguasai Dolhi-Albert Holding nanti. Albert juga bimbang kerana Datuk Dolhi mempunyai waris yang lain, tetapi tidak diketahuinya kerana dia hanya mendengar cerita orang sahaja. Hanya Robert mengahwini Amera sahaja yang dapat mengelak masalah tersebut.
+ Perbincangan antara Albert dengan isteri dan anak-anaknya begitu luas. Mereka bersikap terbuka dan berpandangan luas. Gaya Albert yang peramah membuatkan anak-anaknya tidak segan silu memberikan pendapat. Mereka menghormati Albert dan Albert memupuk suasana ini sejak Robert dan Elain masih kecil lagi. Walaupun Albert sibuk berniaga, tetapi isterinya Eric, pensyarah maktab berhenti kerja untuk menjaga anak-anak.
+ Pada waktu malam, Robert menelefon Amera untuk mengajak Amera makan tetapi ditolak oleh Amera dengan alasan sibuk. Robert mengenang kembali bahawa dia sudah lama berkawan dengan Amera, sejak bapanya mula menjadi rakan kongsi Datuk Dolhi. Mereka sering bertemu dan keluar bersama. Sejak akhir-akhir ini, Amera agak dingin dengannya.
+ Robert memikirkan dia ikhlas ingin mengambil Amera sebagai ieterinya. Soal agama baginya terlalu kecil kerana dia sudah biasa dengan cara hidup orang Islam. Pada Robert, Amera gadis yang berbudi bahasa dan ada rupa. Amera tidak sombong walaupun dilahirkan dalam keluarga kaya dan hidupnya adalah sederhana.
 
 
******************************************************************
 
BAB 16
 
+ Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia berasa lapang setelah meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Dia bercadang hendak bersara jika waktunya sudah sampai kerana usianya telah tua, kesihatan yang mula tertanggu dan fikiran yang runsing. Wahi mencadangkan supaya Datuk Dolhi mengurangkan penglibatan dan tidak perlu ke pejabat dari jam sembilan hingga lima, memadai dengan sumbangan idea.
+ Datuk Dolhi mengatakan bahawa mereka tidak boleh melepaskan pengurusan kepada Albert begitu sahaja kerana sebagai ahli perniagaan perasaan curiga-mencurigai timbul dalam hatinya. Datuk Dolhi menyatakan Robert begitu komited dengan kerja-kerja syarikat. Anak-anaknya yang lain tidak berminat, jadi dia mengharapkan kepada Wahi seorang sahaja kini.
+ Datuk Dolhi memuji Wahi sebagai seorang yang bijak, cekap dan Wahi akan menguasai syarikat dengan pengalaman, minat dan pelajaran yang dimiliki. Wahi menganggap harapan itu satu cabaran yang berat dan dia perlu memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu.
+ Wahi menghantar ayahnya pulang di Lapangan Terbang Narita. Wahi sempat memberitahu ayahnya bahawa dia sudah berjumpa dengan calon isteri dan akan bernikah dengannya. Wanita Jepun itu bernama Yuka, anak seorang peniaga dan berasal dari Okayama. Wanita itu sudah memeluk agama Islam dan mempelajarinya di Kobe.
+ Wahi mengingat semula peristiwa dia menyampaikan hasrat untuk bernikah dengan Yuka yang pada amulanya ditolak, tetapi menerimanya setelah beberapa kali Wahi meyakinkannya. Ayah Yuka, Yoshikoni Sakate membantah tetapi kerana pengalaman pernah hidup di Tanah Melayu sebagai tentera Jepun ketika perang telah menyebabkan dia berubah fikiran. Dia menerima Wahi kerana mahu menebus rasa bersalah atas perbuatannya yang lalu.
+ Wahi teringat kesedihan Sakate apabila diceritakan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sakate memberitahu bahawa mereka bersalah kerana bertindak kejam kepada orang yang tidak berdosa. Jika diberi peluang, Sakate akan menebus kembali dosanya. Pada ketika itulah Wahi menyatakan hasrat untuk memiliki Yuka. Sakate menerima permintaan Wahi untuk menikahi Yuka.
+ Dalam perjalanan pulang, Datuk Dolhi teringat peristiwa isterinya Mastura yang meminta supaya mengisytiharkan perkahwinan mereka kerana tidak mahu digelar perempuan simpanan. Datuk Dolhi bersedia untuk membelikan kondominium kepada Mastura untuk mengelakkannya dihina jiran-jiran tetapi Mastura ingin tinggal bersama emaknya di kampung.
+ Datuk Dolhi berharap segala masalah di tanah air telah selesai setelah kepulangannya. Dia berharap isu tunjuk perasaan di Sarawak telah selesai dan kalau Ilham ditangkap pihak berkuasa, dia rela kerana itu pilihannya. (monolog dalaman)
+ Di pejabat banyak perkara perlu diselesaikan. Perbincangan tentang pelaburan baru perlu dibuat minggu ini. Negara-negara yang baru merdeka daripada genggaman komunis Rusia juga mula mencari rakan kongsi. Usahawan Uzbek sudah membuat temu janji dengannya. Dia berupaya meluaskan sayap perniagaannya.
 
               ********************************************************************
 
 
BAB 17
 
+ Pihak berkuasa Sarawak gagal menangkap Ilham kerana dia lari bersama Bruno Manser ke luar negara. Datin Tominah menerima surat Ilham yang kini berada di Perancis. Dalam surat tersebut Ilham menceritakan kesusahannya melarikan diri melalui Indonesia, Australia dan seterusnya ke Perancis.
+ Datuk Dolhi menolak cadangan isterinya untuk membantu Ilham kerana dia perlu bertegas kepada anaknya itu sebagai pengajaran kepadanya walaupun dia sedih dengan apa yang berlaku.
+ Datin Tominah memberitahu bahawa Hasnol datang ke rumah mereka dan membayar hutang sepuluh ribu. Hasnol telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah pada hujung bulan ini.
+ Datin Tominah juga mencadangkan supaya mereka membantu Mukhlis yang kini berada dalam kesusahan dan memberitahu kedatangan Mukhlis tempoh hari. Datuk Dolhi tidak mahu membantu Mukhlis buat masa sekarang kerana dia tidak mahu anaknya itu dimanjakan sebaliknya mahu anaknya merasai dahulu keperitan hidup.
+ Datuk Dolhi menasihati Dani supaya menjaga imej kerana melihat Dani tidak terurus. Dia menasihati supaya Dani tidak terlibat dengan dadah dan tidak bergaul dengan kumpulan yang kurang sihat. Jika ditangkap dia tidak akan menjamin Dani. Datuk Dolhi sudah dapat mencium kegiatan kurang sihat Dani terutamanya pergaulannya dnegan budak penagih. Fikir Datuk Dolhi, Dani perlu diselamatkan sebelum keadaan menjadi parah.
+ Pada malam itu, rumah Datuk Dolhi menjadi gempar apabila dia mengisytiharkan Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua. Datuk Dolhi berasa lega setelah rahsia selama dua puluh lapan tahun telah diluahkan. Datin Tominah menangis dan anak-anak yang lain seolah-olah tidak percaya.
+ Datin Tominah meminta Hasnol meletak jawatan dan bekerja di syarikat ayahnya sebelum Wahi pulang. Dia tidak mahu Hasnol menyesal nanti. Hasnol tidak mahu berbuat demikian kerana hidupnya kini telah senang.
+ Setelah rahsia dibongkar, hubungan Datuk Dolhi dengan isterinya menjadi renggang. Pada mulanya Datin Tominah mengambil sikap konfrontasi dengan suaminya seperti tidak menghiraukan makan dan pakai suaminya, tetapi semuanya dapat ditangani oleh Datuk Dolhi.
+ Amera berusaha memujuk ibunya supaya tidak bersikap sedemikian kepada ayahnya. Amera memberitahu ayahnya boleh merancang strategi lain jika emaknya terus bersikap sedemikian. Amera mahu emaknya merelakan peristiwa yang telah berlaku.
 
***********************************************************************
 
BAB 18
 
 
+ Pagi itu Datuk Dolhi menerima panggilan wakil timbalan menteri yang akan datang ke rumah mereka pada petang itu. Datuk Dolhi gembira apabila bayangannya akan menjadi kenyataan setelah diterangkan oleh Amera. Petang itu wakil timbalan menteri datang membawa cincin tanya dan mereka berbincang tentang tarikh-tarikh penting. Amera dihujani tahniah oleh sahabat dan saudara mara.
+ Majlis pernikahan Amera menemukan Datuk Dolhi dengan rakan lamanya, Ustaz Hashim. Pertemuan itu telah menyedarkan Datuk Dolhi kerana tidak menghiraukan anaknya Mukhlis yang kini hidup dalam keadaan menyedihkan. Ustaz Hashim menceritakan Mukhlis kini hidup keseorangan kerana isterinya telah kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka sedang disiasat kerana mengamalkan ajaran salah. Ustaz Hashim meminta Datuk Dolhi menjenguk anaknya sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.
+ Keesokan hari, Datuk Dolhi bersama-sama Ustaz Hashim ke Kampung Sungai Bakau untuk mencari Mukhlis. Perkampungan itu amat mengejutkan Datuk Dolhi kerana selama ini dia membayangkan pertubuhan yang dianggotai anaknya itu digerakkan secara tersusun, tetapi sebenarnya tidak. Seorang pemuda memberitahu bahawa Mukhlis telah meninggalkan perkampungan tersebut dan dikatakan menjadi tidak suiman apabila cuba menyerang tuk gurunya.
+ Mereka bertanyakan orang ramai tentang Mukhlis. Ada yang memaklumkan Mukhlis pernah dijumpai membawa pedang dengan menjerit-jerit sambil menjulang pedang ke udara. Orang kampung tidak berani berbuat apa-apa. Mereka melaporkan peristiwa itu kepada polis. Datuk Dolhi pulang ke rumah dan Datin Tominah hanya mampu menangis apabila diceritakan oleh suaminya.

 
**********************************************************************
 
BAB 19
 
+ Minggu depan Hasnol dan keluarganya akan bercuti ke Eropah. Hasrat isterinya untuk melancong bakal menjadi kenyataan dan Hasnol berbangga dapat menunaikan hajat isterinya itu.
+ Hasnol memikirkan kerana Tengku Munirlah hasrat isterinya dapat ditunaikan. Tengku Munir telah memasukkan wang ke dalam akaunnya di luar negara. Hasnol bongkak bercakap dengan ibunya bahawa walaupun pekerjaaannya sebagai kakitangan kerajaan tetapi dia ada wang. Ibunya memesan supaya tidak melakukan perkara yang salah.
+ Tengku Munir meminta Hasnol ke pejabatnya. Tengku Munir memarahi Hasnol kerana meluluskan empat tender sahaja sedangkan dia memohon dua belas tender. Tengku Munir meminta Hasnol mengubah keputusan lembaga tender supaya memberikan semua tender kepadanya kerana dia telah memasukkan wang setengah juta kepada Hasnol untuk dirasuah kepada exco.
+ Hasnol menjadi serba salah kerana arahan Tengku Munir sukar untuk dilaksanakannya. Meluluskan dua belas tender kepada Tengku Munir sekaligus akan menimbulkan kesangsian kepada exco dan menteri besar kerana exco sekarang tidak mudah tunduk pada tekanan.
+ Hasnol mencadangkan supaya isterinya bercuti dengan anak-anak sahaja kerana masalah yang dihadapinya itu. Linda mengugut akan meminta cerai jika Hasnol tetap dengan pendiriannya kerana malu dengan keluarganya di sana. Hati Hasnol semakin berkecamuk kerana Linda tidak pernah berucap sedemikian. Hasnol membuat keputusan bercuti bersama keluarganya kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa akibat kesuntukan masa. Malam itu mereka sekeluarga berangkat ke London.
+ Keesokan hari Tengku Munir dengan seorang pegawainya ke pejabat menteri besar untuk melaporkan Hasnol meminta diberikan wang setengah juta ringgit untuk mempengaruhi lembaga tender bagi mendapatkan kelulusan permohonan dua belas tender projek-projek kerajaan. Pada masa yang sama, Tengku Munir membidas pegawai-pegawai kerajaan yang disifatkan tidak amanah.
+ Berita pegawai kerajaan melakukan rasuah terpampang dalam akhbar. Datuk Dolhi membaca berita tersebut dan membuat andaian anaknya terlibat. Setengah jam kemudian pegawai-pegawai BPR datang ke rumahnya untuk disoal siasat.
+ Keesokannya terkeluar dalam akhbar bahawa Hasnol lari ke luar negeri. Datuk Dolhi terasa amat malu. Talian telefonnya sangat sibuk untuk mengetahui cerita sebenar. Di luar bangunan, ramai wartawan menunggu untuk mendapatkan penjelasan Datuk Dolhi.
+ Datin Tominah tidak dapat menahan kesedihannya. Amera menelefon emaknya. Emaknya meminta suami Amera membantu Hasnol tetapi Amera memberitahu suaminya sukar untuk membantu dalam kes sedemikian. Amera mengatakan semuanya berpunca daripada sikap Linda yang berlagak hendak hidup macam orang kaya.
+ Malam itu, Hasnol menelefon emaknya. Dia mengaku kesilapan yang dilakukan itu sambil memberitahu dia dipaksa oleh orang besar. Emaknya meminta Hasnol pulang untuk menegakkan kebenaran di mahkamah. Hasnol memberitahu isterinya tidak mahu pulang kerana malu.
+ Hasnol memberitahu emaknya bahawa dia berjumpa dengan Ilham di sana. Datin Tominah merayu agar Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Datuk Dolhi dan isterinya sangat gelisah pada malam itu.
**********************************************************************
BAB 20
 
+ Kumpulan Young Rock Band akan mengadakan persembahan di sebuah pekan kecil anjuran persatuan belia. Dani merasakan dirinya tidak bermaya dan tidak bersemangat untuk naik ke pentas. Roslan memberitahu pengurus bahawa Dani memerlukan dadah bagi menaikkan semula semangatnya.
+ Dani diberi masa selama lima belas minit untuk mencari bekalan dadah di sekitar pekan itu. Dani tidak pulang-pulang setelah tempoh tersebut tamat. Kumpulan itu mengadakan persembahan tanpa penyanyi utama dengan alasan sedang mendapatkan rawatan di klinik. Persembahan mereka menjadi sasaran penonton yang tidak puas hati dengan persembahan mereka.
+ Semasa mereka berkemas hendak pulang, seorang polis memberitahu pengurus mereka bahawa Dani telah ditangkap kerana memiliki najis dadah dan kini berada di dalam lokap. Kumpulan Young Rock Band amat kecewa kerana album mereka baru sahaja berada di pasaran dan peristiwa tersebut boleh menjatuhkan imej mereka sebagai kumpulan muzik yang baru meningkat naik.
+ Keesokannya, berita di akhbar menyiarkan penangkapan seorang penyanyi kumpulan yang sedang meningkat naik. Datuk Dolhi dan isterinya sekali lagi menjadi sasaran wartawan. Isterinya seolah-olah sudah kecewa dengan dugaan yang dihadapi dan mencadangkan supaya mereka melarikan diri. Datuk Dolhi tabah menghadapi cabaran itu walaupun namanya akan terjejas oleh sebab perlakuan anaknya itu.
+ RTM telah mengharamkan lagu-lagu kumpulan Young Rock Band kerana inginkan artis yang memiliki imej bersih sebab artis menjadi ikutan masyarakat. Pihak kumpulan muzik itu mengambil keputusan menyingkirkan Dani daripada kumpulan mereka.
+ Malam itu Datin Tominah menyambut Hasnol yang pulang seorang diri untuk membersihkan namanya. Di situ Hasnol telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dia merelakannya. Hasnol bertekad untuk menghadapi situasi yang mencabar itu kerana dia mahu bertanggungjawab serta mahu menebus dosa-dosanya. Sekian lama bersikap jujur dalam kerjaya, sekali dia membuat silap, dia tidak mahu terus berada dalam kesilapan. Dia berazam untuk mengheret Tengku Munir ke muka pengadilan kerana dialah yang menghancurkan hidupnya.




 
**********************************************************************
 
BAB 21
 
+ Ketika lawatan menteri kanan Malaysia ke London, satu tunjuk perasaan anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Dunia yang didalangi oleh Ilham diadakan. Media memaparkan temu ramah Ilham dengan stesen TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa. Dia tidak takut dengan segala tindakan pihak berkuasa Malaysia kerana mendakwa banyak negara di dunia menawarkan kewarganegaraan kepadanya.
+ Sejak penyiaran temu ramah itu, Datuk Dolhi didatangi pegawai dari Cawangan Khas yang ingin menyoal tentang latar belakang Ilham dan hubungannya dengan keluarga pada waktu sekarang. Datuk Dolhi memberikan kerjasama sepenuhnya agar tidak ada kecurigaan daripada pihak berkuasa. YB Wahab juga disoal menteri kanan kerana penglibatan adik iparnya yang mencerca kerajaan di luar negara.
+ Akhbar-akhbar mengulas temu ramah saluran berita antarabangsa dnegan Ilham di London. Kisah hidupnya juga diulas dan ada pula yang cuba mengaitkn Datuk Dolhi dalam ulasan itu. Ilham disifatkan sebagai jaguh oleh akhbar luar negeri dan mereka menggelarkannya sebagai Bruno Manser Malaysia.
+ Ilham menyatakan bahawa dia akan menentang walaupun bapanya sendiri. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Albert Lee. Dia takut bahawa kontrak-kontrak mereka di Sarawak akan dibatalkan berikutan temu ramah Ilham itu.
+ Seorang pengarah mencadangkan supaya menunggu Datuk Dolhi untuk membuat keputusan tetapi dilarang oleh Albert Lee yang mendakwa Datuk Dolhi tidak dapat berbuat apa-apa dan dialah yang menjalankan semua tindakan sekarang.
+ Albert Lee baru mengetahui bahawa Wahi adalah anak Datuk Dolhi yang sebenar menyebabkan dia tidak tenang. Albert Lee memikirkan kecekapan Wahi akan menghalang dia berbuat sesuka hati. Wahi bukan calang-calang orang kerana dia tidak suka bersubahat dengan sebarang kelemahan. Dia tahu kecekapan Wahi apabila pemuda itu bekerja di bawahnya. Albert Lee menganggap Wahi sebagai pewaris sah Datuk Dolhi akan menggugat kedudukan anaknya, Robert Lee.
 
**********************************************************************
 
BAB 22
 
+ Datuk Dolhi menerima berita bahawa Wahi akan pulang bersama isterinya. Datuk Dolhi terasa lega dan dia berharap Wahi akan mengambil tugas-tugasnya kerana tidak banyak yang mampu dilakukannya kini ekoran masalah keluarga yang mengganggu fikirannya. Namanya sudah terjejas sehingga memberikan kesan buruk kepada syarikatnya.
+ Hasnol dijamin oleh Datuk Dolhi. Dia diarahkan bercuti sehingga siasatan terhadap dirinya selesai walaupun pasport antarabangsanya dirampas. Datuk Dolhi juga menjamin Dani dan dia berusaha memasukkan Dani ke pusat serenti.
+ Di Tokyo, Wahi dan isterinya bersiap-siap hendak pulang ke Malaysia. Wahi terasa gembira kerana kepulangannya akan disambut oleh seorang bapa manakala Yuka terasa sedih sedikit kerana terpaksa meninggalkan keluarganya dan berdebar untuk menghadapi dunia yang asing dari segi adat dan budayanya. Wahi cuba memujuk isterinya bahawa mereka boleh berjumpa dengan keluarga di Tokyo bila-bila masa.
+ Pukul lima pagi mereka berlepas pulang. Ketibaan mereka disambut oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Datin Tominah menerima Wahi dengan dada terbuka. Dia memeluk Yuka dengan erat.
+ Malam itu mereka semua berkumpul walaupun tidak lengkap. Datuk Dolhi menceritakan segala-galanya kisah Mastura yang hidup dalam keterasingan menjadikan suasana pada malam itu pilu. Datuk Dolhi tidak mahu kesedihan itu berterusan. Dia gembira kerana Wahi meluaskan persaudaraan mereka hingga ke seberang laut. Hasnol memberitahu pasti hebat kerana darah Hang Tuah dan Samurai bersatu. Mereka terasa gembira.
+ Berita yang diterima melalui telefon amat mengejutkan mereka. Mukhlis dimasukkan ke hospital kerana ditimpa kemalangan. Dia dilanggar motosikal ketika merayau-rayau di pekan tidak jauh dari Kampung Sungai Bakau.
***********************************************************************
 
 
BAB 23
 
 
+ Kecederaan Mukhlis beransur sembuh dan akan dihantar ke pusat rawatan mental selepas fizikalnya pulih untuk mengelakkan gangguan fikirannya berulang. Dani pula akan dihantar ke pusat pemulihan apabila kesnya di mahkamah selesai.
+ Selepas menguruskan hal Mukhlis dan Dani, Datuk Dolhi ke pejabat Dolhi-Albert Holding kerana mesyuarat lembaga pengarah akan diadakan pada pagi itu. Prestasi syarikat dilaporkan menurun ekoran ketiadaan Datuk Dolhi dan tindakan Albert Lee yang menerima banyak kritikan daripada lembaga pengarah.
+ Pada akhir mesyuarat, Datuk Dolhi berucap untuk berundur dan digantikan oleh orang muda. Dia menamakan Wahi untuk diletakkan ditempatnya. Semua bertepuk tangan kecuali Albert Lee yang keluar meninggalkan bilik mesyuarat.
+ Wahi amat terharu menerima pengumuman itu dan berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin demi kemajuan syarikat. Dia mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
+ Albert Lee tidak berpuas hati dan menuduh bahawa anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Tindakan Ilham menyebabkan kontrak mereka dibatalkan. Penglibatan Hasnol dalam skandal rasuah menyebabkan pegawai-pegawai BPR menyiasat cara Dolhi-Albert Holding mendapatkan tender-tender mereka. Kedatangan YB timbalan menteri ke dalam keluarga Datuk Dolhi tidak banyak membantu malah mendatangkan kecurigaan pula.
+ Persahabatan Albert Lee dengan Datuk Dolhi terlerai begitu sahaja. Keputusan meletakkan Wahi di tempat Datuk Dolhi membuatkan Albert Lee tidak gembira, bahkan berasa terancam. Dia memberitahu anaknya untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Datuk Dolhi.
 
***********************************************************************
 
 
BAB 24
 
+ Datuk Dolhi berehat-rehat di anjung rumah. Dia berasa lega sekarang kerana tidak perlu memikirkan hal saham, tender atau masalah kakitangan. Segala-galanya telah selesai. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia dan dijangka boleh menerapkan kaedah pengurusan Jepun dalam syarikatnya.
+ Datuk Dolhi mencadangkan kepada isterinya agar mereka ke Tanah Suci Makkah untuk membuat umrah dan ziarah.
+ Petang itu Datuk Dolhi membilang satu-satu nama anaknya. Dia membayang-bayangkan masa depan Hasnol, Ilham, Amera, Mukhlis , Dani dan Wahi. Kesemua mereka merupakan warisnya yang berpotensi. Kecuali Wahi, anaknya yang lain telah dibesarkan dengan kemewahan sehingga mereka berasa berada dalam zon selesa.. Wahi yang dibesarkan dengan penuh cabaran, akhirnya muncul sebagai pemuda yang kental jiwanya.
+ Datuk Dolhi berharap anak-anaknya akan bangkit membersihkan kesilapan lalu dan memantapkan peribadi demi meneruskan perjuangan hidup. Dia mengharapkan Wahi dapat meluaskan empayar perniagaannya. Semoga dengan perluasan itu kelak, anak-anaknya yang lain akan tertarik untuk menerjuni bidang korporat sebagaimana yang diimpi-impikannya. Dia bermunajat kepada Allah agar mereka sekeluarga diberikan hidayah untuk meneguhkan iman, sekali gus menempa kejayaan.
 
TAMAT
**************************************************************