Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Ustaz Pink's novel

This novel have unique and interesting storyline.
Hopefully, you'all enjoy to read the synopsis.

Zahra pada mulanya membenci En. Arif, pensyarahnya atas alasan pada hari pertama dia ke kampus, dia dimalukan oleh En. Arif akibat terlewat hanya tidak kurang daripada 10minit. Zahra seorang gadis yang mempunyai kulit putih kemerahan. Sheila siswi sekelas Zahra merupakan gadis yang meminati En. Arif yang dikatakan ‘korean’ berasa tidak puas terhadap Zahra atas perhatian en. Arif kepada Zahra. 

Pada masa yang sama, Zahra mengalami masalah dengan tunangnya iaitu Johan yang secara tiba-tiba berkehendak untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka. Zahra didenda oleh En. Arif untuk melakukan solat sunat Taubat kerana dianggap tidak mematuhi masa yang dianugerahkan Allah dan beristighfar akibat terkantoi tidak puas hati akan hukuman yang diberikan telah terdorong untuk melakukan solat sunat Istikarah. Dia didatangi mimpi yang  berupa petunjuk sebanyak tiga kali. Dalam mimpinya, dia terlihat Johan semakin meninggalkannya. Namun, seorang pria telah menyambut baik tangannya.

Sejak daripada peristiwa itu, banyak peristiwa kebetulan yang berlaku Antara Zahra dan En. Arif. Mereka selalu terserempak seakan-seakan terdapat jodoh antara mereka. En. Arif yang semakin suka dan tertarik akan Zahra, gemar mengusik gadis itu sehingga naik merah muka Zahra menahan marah dan malu. Sebaliknya, tidak pada Zahra yang semakin membenci En. Arif walaupun hakikatnya hatinya telah dimenangi oleh pensyarahnya.

Ayah Zahra yang sentiasa mengimarahkan masjid terserempak dengan En. Arif. Ayah Zahra berhasrat untuk menjadikan En. Arif sebagai menantunya atas sebab sikapnya yang soleh dan baik. 

Keluarga dan orang sekeliling Arif risau akan beliau yang telah lama menduda sejak kematian isteri tercinta, Atiqah yang berpunca daripada kemalangan tragis melibatkan lima buah kereta. Arif terlalu menyintai isterinya yang sememangnya seorang gadis solehah yang sikapnya amat bertentangan dengan Zahra. Hatinya tidak sanggup menduakan cinta bersama arwah Atiqah.
 
Penampilan Zahra berubah setelah menerima e-mel yang tidak diketahui pengutusnya. Kandungannya, terdapat kata-kata berupa nasihat diserta dengan sebuah lagu yang membawa penuh makna. Sejak daripada itu, gaya pemakaian dan cara berfikir Zahra berubah menjadi lebih Islamik dan matang.

Arif mempunyai sepasang anak saudara kembar iaitu Aleeya dan Asyraf. Mereka sangat rapat bagaikan anak dengan bapa. Kedua kembar itu  merupakan anak  kepada Along En. Arif bersama isterinya tersayang, Linda. 

Sepupu Zahra, Ida sentiasa ada dengan Zahra di saat senang mahupun susah. Beliau sentiasa mendoakan kebahagiaan Zahra. Paling penting, Ida sentiasa menyokong hubungan Arif dan Zahra sehingga saat mereka selamat diijab kabulkan. Sememangnya firasat yang dirasainya akan jodoh yang kuat antara dua pasangan selama ini adalah benar dan terbukti. 

Johan pula telah ketahuan bernikah dengan gadis bernama Elis. Mereka terserempak sewaktu Zahra membeli belah di sebuah pasaraya. Hati perempuan mana yang tak sedih seandainya tali pertunangan mereka putus di tengah jalan. Begitulah juga dengan si pemilik hati, Zahra. Kebetulan pula, Zahra terserempak dengan En. Arif. Sempat dia menutup luka parah dihatinya dengan mengatakan bahawa En. Arif itu akan menjadi tunangnya minggu depan. 

Johan yang bersikap tamak dan tidak bertanggungjawab, tidak berpuas hati akan kata-kata Zahra. Tergamak dia membuat satu perjanjian kontrak antara dia dan isterinya setelah menghamili Elis iaitu akan bercerai setelah isterinya melahirkan anaknya bersamanya. Perjanjian tersebut telah diketahui Zahra setelah satu pertemuan dibuat antara Elis dan Zahra. Zahra bersimpati akan keadaan Elis yang pada mulanya bertindak kasar terhadapnya dan berasa bersyukur akan pemutusan tali pertunangan beberapa bulan yang lalu. Elis memohon maaf kepada Zahra dan berhasrat untuk menjadi kawan Zahra. 

Pernikahan Zahra dan En. Arif diketahui Sheila yang tergilakan pensyarahnya juga sewaktu Zahra menyalami En. Arif di dalam kereta sebelum kuliah bermula. Sheila yang pada mulanya tidak mahu terima kenyataan telah mencemuh Zahra. Namun, akhirnya Sheila memohon maaf kepada Zahra dan mereka berbaik. Zahra bersyukur kerana sememangnya dia dari dulu lagi tidak berminat untuk bergaduh mulut dengan rakan sekuliahnya.
Rupanya En. Arif telah mendirikan solat sunat Istikarah sebelum menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan Zahra kepada kedua orang tuanya. Beliau didatangi satu mimpi. Dalam mimpinya, beliau melihat arwah isterinya, Atiqah menghulurkan tangannya kepada Zahra sambil tersenyum. Tahulah beliau bahawa arwah Atiqah akan senang di alam sana dan En. Arif akan bahagia bersama Zahra. 

Inilah yang dinamakan jodoh istikarah kerana Allah. Pada mulanya rumah pernikahan mereka didirikan, me reka berniat hanya untuk sekadar berkawan dan mengenal Antara satu sama lain. En. Arif seorang suami yang tenang dan sentiasa mencontohi Rasulullah. Beliau meringankan beban isterinya dengan membantu Zahra melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan lain-lain. 

Sebelum pertunangan Zahra dan En. Arif, Zahra diberitahu ibunya bahawa minggu depan, Zahra akan ditunangi oleh seorang duda. Atas alasan ingin menyenangi hati ibu dan ayahnya, Zahra menerimanya tanpa mengetahui siapa pemilik badan yang bakal menjadi tunangnya kelak. Sebenarnya, sebelum itu, Zahra mendirikan solat sunat Istikarah untuk memohon petunjuk Allah. Tidak tahu mengapa hati Zahra tetap tenang setelah mempersetujui hal tersebut. Sewaktu hari pernikahan, Zahra pengsan kerana terkejut setelah melihat susuk tubuh yang datang untuk menyunting dirinya. Tahulah dia bahawa En. Arif menjadi tunangnya. 

Sesungguhnya, jodoh kerana Allah adalah yang terbaik. Kehidupan Zahra setelah bergelar isteri En. Arif amat bahagia. En. Arif membimbingnya ke jalan Allah. Setiap pagi, En. Arif akan menjadi imam kepada Zahra. Ada kalanya, sebelum Zahra tidur, beliau akan mengalunkan ayat-ayat cinta daripada Allah iaitu ayat al-quran dengan merdu dan tartilnya. 

Mereka tinggal di apartmen yang di dalamnya dihiasi dengan hiasan yang berkonsepkan Jepun. Sebenarnya En. Arif menghias apartmennya persis dengan hiasan rumah ayah dan ibu kandungnya. Malangnya, kedua ibu bapa kandung En. Arif telah meninggal dunia akibat kemalangan dan telah menitipkan En. Arif kepada ibu susuannya, Mak Hajah Kalsom. Kebetulan Mak Som telah kematian anak ketiganya dan diberitahu oleh doktor yang dia tidak akan mengandung lagi. Atas sebab dia tidak putus susu lagi, dia menyusukan Arif dan menganggapnya sebagai anak sendiri. Mak Som sempat memberikan Arif diari yang ditulis oleh ibu kandung Arif dalam Bahasa Korea. Untuk membacanya, Arif menyertai kelas intensif Bahasa Korea. Patutlah rupa dan paras Arif berbeza jika ingin dibandingkan dengan adik beradik susuannya. Rupa Arif ada iras-iras ibu dan bapa kandungnya. 

Johan pula tekad untuk memiliki Zahra. Dia sempat mengugut En. Arif bahawa jangan harap kebahagian bersama beliau dan Zahra. Sewaktu Zahra keluar bersama Ida ke sebuah pasaraya untuk membeli hadiah sempena Hari lahir Arif, Johan mengugut Zahra dengan sebilah pisau. Zahra tercedera akibat perbuatan Johan yang tidak berperikemanusiaan. Polis menangkap Johan. Di hospital, Zahra disahkan keguguran dan mengalami pendarahan. Selama tiga hari dia koma tidak sedarkan diri. Usia kandungannya telah masuk lima minggu. Namun ajal maut di tangan tuhan. En. Arif yng mengetahui hal tersebut hanya mampu redha. 

Zahra dan Arif bersama anak pertama mereka, Haura Aqilah mengerjakan umrah seusai Zahra tamat pembelajaran masternya. 

Mereka juga sempat berbulan madu ke Korea. Mereka ke tempat di mana ayah kandung Arif melamar ibunya. Sewaktu itu, Zahra sedang hamil anak kedua. Mereka sememangnya amat bahagia. Sebagai pengakhirannya, Arif menyatakan kata cintanya terhadap isteri tercinta iaitu I love you till Jannah dalam Bahasa Korea dan begitu juga sebaliknya. Arif ketika itu memakai pakaian jaket pemberian isteri tersayang sebagai hadiah hari lahirnya.