Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Petua elakkan JERAWAT


Assalamualaikum dan hi you'all ! Jom kita maintain our face from ditumbuhi jerawat? Ni bukan petua nak BUANG ACNE eh ? Just sediakan payung sebelum hujan. Macam pepatah English tu, 'prevention is better than cure'. Ada tips pencegahan secara semulajadi. Tapi, sekarang ni banyak je produk kat pasaran. Nak remove jerawat pun ada. Hope bermanfaat :D
Tumbuk sedikit kunyit hidup yang dicampur dengan sedikit asam jawa dan air. Campuran disapu ke seluruh muka dan biarkan ia pada muka selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan air. Jika diamalkan selalu, ia menyukarkan jerawat tumbuh dan membantu menjadikan kulit muka tampil lebih halus. 

Anda juga boleh mencuba mendidihkan sebungkus daun teh yang masih hijau sebelum  dilekatkan pada jerawat.

Air basuhan beras juga dikatakan dapat membantu menghindari jerawat. Selepas membasuh muka dengan air basuhan itu, biarkan ia kering terlebih dulu sebelum membilasnya dengan air biasa.

Sapukan muka dengan campuran air limau nipis dan satu sudu minyak masak sebelum tidur. Bangun keesokannya, ambil beberapa keping asam gelugor dan rendam dalam air panas. Basuhlah muka dengan air rendaman asam keping yang sudah sejuk atau suam itu.
Asam itu juga boleh digunakan untuk menggosok muka terutama di tempat yang berparut sebelum dibasuh dengan air biasa.

Larutan tepung kanji dan air boleh disapu di sekeliling jerawat. Ia membantu membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut.

Air kelapa memang banyak khasiat termasuk membantu menghilangkan jerawat. Gunakan kelapa tua dan airnya diambil untuk membasuh muka. Biarkan ia kering sebelum dibilas. Cara ini boleh diamalkan tiga kali seminggu.

And the last but not least, ni paling berkesan. Berwudhuk lah semaksima mungkin. Guna cara Islamik secara tak langsung kita dapat pahala. Sebab WUDHU tu salah satu ibadah dengan syarat, niat lillah.