Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Cope with penyakit lupa bil Quran

     Assalamualaikum wbt. Sekarang, Izzati nak share pasal cara nak atasi lupa dlm diri dgn al Quran, mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW. I've got this, from blog Sabar itu cantik


SEJAK telefon bimbit dicipta, ramai betul manusia, termasuk dalam kalangan kita, memilih untuk lupa nombor telefon. Kalau nombor telefon sendiri pun sudah lupa, nombor telefon orang lain apa lagi. Sebab itu apabila telefon bimbit hilang atau tersalah letak, kebanyakan kita jadi tenggelam punca, seperti kucing hilang anak.
        
        Dunia tiba-tiba jadi gelap; tiada siapa dapat hubungi kita, tiada siapa yang kita dapat hubungi. Kosong dan sepi. Lagilah dalam era WhatsApp ini, macam-macam maklumat dan video tentang perkara terbaharu yang berlaku di seluruh pelosok dunia berpindah dari satu telefon pintar ke telefon pintar dengan laju dan meluas.
        
        Cerita pasal lupa, saya ada seorang kawan, orangnya berpendidikan tinggi, tetapi tentang letak barang-barang, memang dia kaki lupa. Setiap tahun, menurut cerita kawan-kawan yang rapat dengannya, dia kehilangan lima atau enam telefon bimbit.
        
        Sudah kira-kira 10 tahun saya tidak jumpa dengannya. Bayangkan, sudah berapa banyak telefon bimbit agaknya yang dia hilangkan dalam tempoh itu.
        
        Pernah dia dihantar ke lapangan terbang oleh isterinya. Apabila keluar dari kereta, dia pakai kot dan terus naik kapal terbang, tanpa menyedari dia lupa tukar selipar jepun dengan kasut. Bayangkan betapa malunya dia sebaik sahaja berada di dalam kapal terbang dalam keadaan yang sangat pelik itu.
        
        Sampai destinasi, dia beli kasut dan berjalan dengan yakin dan gembira. Tapi dia tidak sedar, sekejap lagi bala lain pula datang. Apabila dia singgah kedai untuk makan roti canai dan teh tarik, dia tertinggal pula kot yang disangkutnya di kerusi kedai.


       Memanglah lupa itu penyakit manusia. Bukan manusia kalau tak lupa, Buktinya? Apa yang kita makan dan apa yang kita pakai tiga hari lalu pun payah kita nak ingat. Apa yang kita cakap dua tiga minit tadi pun kita sudah lupa. Ada yang sanggup bertegang urat menafikan apa yang baharu diucapkan. Kalau ada yang mahu mendakwa dia tidak pernah lupa, itu adalah suatu keajaiban.
        
        
Semalam, saya bertemu dengan seorang yang sudah berusia lebih 90 tahun. Penglihatannya sudah kabur, pendengarannya juga hampir pupus. Anda jerit di telinganya pun sudah tidak berguna lagi.
        
        Tetapi yang menarik, ingatannya masih kuat dan dia sihat. Dia masih kenal dan ingat nama orang di kelilingnya dan boleh ingat kisah-kisah lampau. Alhamdulillah.
        
        Kata kawan-kawan, dia banyak kayuh basikal. Sejak remaja hingga tua dia naik basikal sahaja ke hulu ke hilir.
        
        Dia tiada pilihan kerana dia tidak tahu tunggang motosikal dan pandu kereta, tetapi syukurlah itu membantunya menjadi sihat, dengan izin ALLAH.
        
        Tentang ingatannya yang tajam itu tidak pula saya banyak periksa, tetapi saya difahamkan, kalau anda banyak membaca al-Quran, ingatan anda menjadi tajam.
        
        Sebab itu kata orang, mereka yang hafal al-Quran mudah sahaja lulus peperiksaan dalam mata pelajaran walaupun masa yang diberi untuk belajar suntuk. Wallahualam.
        
        Tapi berdasarkan kekuatan dan hikmah al-Quran itu sendiri, ia bukanlah satu perkara yang mustahil pun.
        
        Al-Quran diketahui sebagai sumber yang tenteramkan jiwa, sebagai penawar dan penyembuh penyakit, sebagai pembentuk kepada akhlak dan macam-macam lagi.
        
        Jadi apalah yang mahu dihairankan jika dengan kekerapan membaca al-Quran ingatan seseorang itu boleh menjadi lebih tajam dan tidak mudah lupa atau nyanyuk.
        
        Saya terbaca tentang otak daripada sebuah buku Inggeris. Katanya apabila kita cerdaskan fikiran, ia akan mencergaskan benda lain dalam tubuh kita, daripada kulit hingga organ bergerak dengan baik untuk memberi tenaga dan keceriaan.
        
        Jadi, bagaimana anda boleh cerdaskan otak? Katanya, itu sangat mudah. Anda hanya perlu kreatif dan melakukan pelbagai senaman dan kegiatan setiap hari.
        
        Pergerakan yang berbeza-beza, katanya, akan bantu membina kekuatan fikiran anda.
        
        Dalam buku mengenai ketajaman fikiran itu, ia juga mencadangkan anda tidak menggunakan GPS dan cuba hafal nombor telefon dan alamat e-mel untuk menguatkan ingatan. Atau anda boleh sahaja belajar bertutur apa-apa bahasa asing.
        
      Dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat untuk meningkat dan mencerdaskan daya ingatan.
        
        Antaranya, konsisten membaca al-Quran,  menggosok gigi, berpuasa sunat dan meminum madu.
        
        Juga disebut, perkara-perkara yang boleh membawa kepada lupa ialah maksiat, kegelisahan, keterlaluan dalam kesedihan kerana memikirkan urusan dunia dan sibuk bekerja untuk urusan duniawi. Wallahualam.
                 
Sumber : Sinar Harian




Menarik kan artikel di atas? Memang teknologi kadang-kadang membuatkan kita ni pelupa. Hatta sekarang ni nak kira 20 + 12 pun kena petik kalkulator. Padahal masa darjah 6 dulu relax je hafal sifir 22. Hmmm, memang tak ada skill mencongak langsung. Bab nombor telefon pula, kak cik rasa, andailah telefon kak cik hilang (na'uzubillah), satu-satunya nombor yang kak cik ingat adalah nombor telefon ayah dan kakak. Itu pun sebab terpaksa hafal sebab waktu sekolah dulu, dua nombor inilah yang kak cik selalu dail, bila nak balik, nak balik pukul berapa, nak ambil di mana.

Al-Quran menajamkan fikiran? Bagaimana? Kak cik tak pandai nak jawab persoalan ini dari segi saintifik. Tapi jawapan kak cik, YA, dia membuatkan kita tidak pelupa. Bagaimana? Kak cik tak tahu, apa yang kak cik perasan, masa sekolah rendah dulu, ada subjek khusus untuk hafal al-quran. Bukan hafal 30 juzuk al-Quran, tapi hanyalah juzuk 30 dan beberapa surah pilihan yang lain. Semasa kak cik sekolah dulu bukanlah ulat buku. Nak exam keesokan hari, malam ini baru study. Kalau subjek seperti matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, seni kaligrafi khat dan beberapa subjek lain memang tak pernah nak study pun. Kalau study pun tidak lebih dari 1 jam. Bukan kak cik seorang, hampir kesemua kami begitu. Tapi anehnya, kami semua lulus dengan cemerlang. Perbezaan peratus budak yang dapat no 1 dengan no 40 hanyalah kecil. Bayangkanlah, budak yang dapat peratus 98% terpaksa turun ke kelas B sebab yang dapat melebihi 98% tu terlalu ramai. Adakah ini berkat kami menghafal al-Quran dan mempelajarinya?

Seterusnya ke sekolah menengah. Masih lagi ada subjek yang khusus untuk belajar al-Quran dan ada beberapa surah yang wajib di hafal untuk meluluskan diri dalam peperiksaan. Kalau di sekolah rendah dulu, baca buku semalaman sebelum periksa pun boleh lulus, maka di sekolah menengah ini perlu lebih sedikit masa untuk mengingati pelajaran-pelajaran yang lain. Selalunya kak cik study 3 hari sebelum exam. Alhamdulillah, masih boleh lulus dengan cemerlang.

Cikgu kak cik pernah kata.... awak study last minit... awak tidur dalam kelas... tapi awak belajar al-Quran dan al-Hadis... awak masih boleh lulus dengan cemerlang.... Sebab di situ ada keberkatan daripada al-Quran.... Kalau awak study awal, tumpu perhatian dalam kelas, awak belajar al-Quran dan al-Hadis serta hormati guru, mesti awak boleh lulus dengan lebih cemerlang... sebab di situ awak dapat keberkatan daripada belajar al-Quran dan juga keberkatan daripada guru...

Melangkah ke alam IPT... Hurmm.. jangan harap boleh ingat semua benda seminggu sebelum exam.. Sebulan pun belum tentu. Sebab apa? Yang kak cik dapat kesan ialah...

Pertama... Jarang-jarang baca al-quran... terasa tidak cukup masa untuk mengamalkan sunnah yang satu itu. Kalau di sekolah dulu, wajib baca setiap pagi di dalam kelas ramai-ramai... ada hari-hari tertentu perlu baca yaasiin. 

Kedua.... sesuai dengan peningkatan umur, dosa juga semakin bertambah. Bila dosa bertambah, hati menjadi gelap... Bila hati menjadi gelap, banyak maksiat bersarang... dan ilmu tidak akan datang pada orang yang cintakan maksiat. Allahu...

Solusinya? Jom balik kepada apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah.... Banyak baca al-Quran, bersugi, berpuasa sunat dan minum madu...

Perasan tak, amalan-amalan di atas antara yang selalu kita dengar dalam wawancara pelajar cemerlang Malaysia. 

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya" Hadis Riwayat Bukhari.