Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Ilgaz Mountain Kastamonu Turkey

“Bila kita bersyukur dan bersabar dengan setiap kekurangan kita, Allah gantikan kekurangan yang kita ada dengan kelebihan yang orang lain tiada malah diganti dengan nikmat dan rezeki yang tidak pernah diduga😍.” #HNquotez #renunganbersama


[Cerita tentang 'trip'] Izzati dan kawan-kawan Mevlana 'join' satu 'trip' ke Gunung Ilgaz, Kastamonu yang dianjurkan oleh kelab Pelajar Pertukaran Global Universiti Karabuk. 'Trip' percuma termasuk sarapan pagi versi Turki dan tambang perjalanan pergi balik (jarak lebih kurang 2 marhalah). Alhamdulillah! 

Perasaan masa mula pergi adalah biasa sahaja sebab Izzati risau dan takut terelerji semasa di Gunung Ilgaz nanti (I ada elerji terhadap cuaca sejuk melampau).


[#HNsharestips untuk orang yang tak tahan sejuk yang melampau]
Jadi, sebagai langkah persiapan, Izzati pakai empat lapis baju ('thermal inner', baju, 'sweater', 'winter coat') dan dua lapis seluar ('inner' dan seluar 'slack'), bawa mafla (untuk tutup separuh muka takut semput bernafas dalam cuaca sejuk), ‘glove’ kalis air (untuk pegang salji), stokin termal (‘in case’ kaki tak tahan sejuk).

Pengalaman sebagai 'foreigner' : bila musim sejuk, orang takpakai palazzo. Kalau pakai, sepanjang keluar orang akan renung palazzo kita haha! Lagipun, mereka biasa pakai baju labuh sampai bawah lutut dan seluar jean 'slim fit'. Jadi, memang Nampak pelik lah kan pakai palazzo; "Eee budak ni tak sejuk ke?" Hahah.


Haa, siapa yang nak tengok suasana salji tu macam mana..nanti Izzati share link video untuk awak okay? Inshaa Allah! 'Wordless to describe the feeling is' sebab memang seronok sangat (senyum taklepas dari awal sampai balik).

Ada beberapa sahabat tersayang Izzati yang 'jealous' bila tengok 'best'nya Izzati dapat main salji. Tapi, percayalah. Izzati pun tak rancang atau ada niat nak pergi sangat pun. Sebelum pergi Gunung Ilgaz ni, memang ada rasa risau tapi cuba tawakkal. 

[Cerita masalah elerji sejuk Izzati]
Dulu, pernah semput sampai sesak nafas sebab duduk dalam bilik bersuhu 17 darjah selsius. Alhamdulillah dulu masa ter'elerji' ada ibu yang tolong bacakan al Fatihah sebagai penawar segera sebab takbawa ubat. Alhamdulillah, masa pergi tu Allah bantu sistem peredaran darah Izzati dan kawal untuk tidak elerji. Cuma bahagian kaki lah elerji sikit (bintik merah, ungu dan rasa miang sangat). 


[Sambung cerita di Gunung Ilgaz]
Dan, hasilnya berjayalah rasa pengalaman baling salji dan buat mini olaf. Itu pun sebab ada 'glove'. Kalauu tak, memang takpegang la salji, elerji sejuk kan... 

[Hadiah sempena 'trip']
Jadi, Izzati ada hadiah untuk awak yang sedang membaca agar Allah rezekikan awak realitii untuk setiap impian hidup awak dunia akhirat:

1. Sedekah; beri walaupun merasa diri sendiri tidak cukup atau perlu (bonus kalau kita bagi masa kita sendiri takmampu memberi; memang Allah ganti)
2. Kongsi rezeki kita dengan orang lain terutama dengan ibu ayah dan orang terdekat kita walaupun kita belum kaya
3. Istiqamah solat dhuha (walaupun di hujung waktu)
4. Istighfar dan selawat sebanyak mungkin dalam hati (makin rahsia daripada pengetahuan manusia lain, lagi berkesan)
5. Istiqamah baca surah al Waqiah (cuba paksa juga walaupun beratnya rasa haha)
6. Senangkan urusan orang lain (tumpangkan orang naik kenderaan dll)
7. Melabur dengan meletakkan duit yang kita ada di mana-mana tabung masjid (makin ikhlas dan yakin, makin dapat pulangan yang berganda)
['Last but not least']
Pilihlah mana-mana tips yang kita mampu buat. Hidup ini pilihan; dan awak dah pilih untuk dapatkan “bestnya” hidup orang lain... boleh inshaa Allah. Tapi, tugas kita adalah usahaπŸ˜† mana boleh percuma je dapat keseronokan tanpa penderitaanπŸ™Š hehehπŸ˜‡

Rahsia untuk lebih berkesan: Ikhlaskan hati dan yakin Allah akan beriπŸ˜‡ 

Semoga berjaya semua! Ingat, lain orang... lain kejutan hehe! Minta tolong doakan yang terbaik untuk Izzati, semua ahli keluarga, rakan-rakan, dan para guru Izzati. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt!
Disclaimer: #HNsharestips di atas hanyalah perkongsian dan peringatan bersama.

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez