Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Wht need to do and niat during 'Sedeqah' ?

Assalamualaikum wbt. Harini, zatty nak share pasal sedeqah dan adabnya dari blog Aku Islam. Semoga bermanfaat kpd si pembaca dan penulis lalu dijadikan iktibar dlm hidup, In shaa Allah bi iznillah.
bersedekah

Bersedekah : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Ramadhan terkenal dengan gelaran: “Musim Bunga Orang Beriman”. Kenapa musim bunga? kerana orang – orang beriman bergembira menyambut Ramadhan dengan melipatgandakan amalan mereka. Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini.
Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah (Wanita yang datang haid dan uzur yang lain) di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama – sama meraih pahala?
Jawapannya adalah sedekah.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, iaitu dermawan.

Antara adab – adab bersedekah adalah :

1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)

2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak

3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)

6. Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil

7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)

8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Maka bersedekahlah!

MYEXPI : Dormmate of IBI March Intake 2015

Pesanan sebelum membaca: Disebabkan untuk kenangan masa akan datang, saya tidak mengubah tulisan ini. Maafkan bahasa ABC rojak dan tulisan zaman sekolah saya dahulu yaa heheh! Harap anda faham selepas terhibur membaca tulisan zaman kanak-kanak tidak matang saya. Hmm (Izzati Nadia, 2018)


Assalamualaikum wbt. Now, Izzati wants to share about my dormmates at KTA during our IBI programme March intake 2015. First sekali masuk dorm, zatty kenal Asyrani Mahfuzah as known as asy. Mula-mula, my bed is only beside her bed. But, i changed it bcs of my locker's lock problem. Tp, tidur still sebelah Asy sbb katil kitorang jauh ngn plug. So, we decided to change our sleep place by lifting down our tilam nearby the switch selama sebulan je. Selepas sebulan, Scaerah pindah and tamatkan pembelajarannya as IBI student bcs of family problem. Pastu Asy pn tidurlah tmpt Syairah.Asy ni jenis sempoi je and she's admiring her abang mentor :p Heeee ! Sebut pasal Syahirah, Im glad laa have known her. She's polite and humble person. She's from Johor. Actually, we have thirteen dorm members. Okay je belaka. Semua baik-baik, peramah and cun-cun. Hehe :) Then, Audi. Dia budak Johor jugak. Audi ni seorang yg caring. Tengokla style dia caring kt kitorang dgn suara dia yg comel tu. Heee :P Dia dpt menghadiri UKCG and Interview sekali tp dia tkgi. Kak long pulak bg nama Ummu Audadi Zauwwiyah. Sesuai and sedap katanya. Haha ! Rindu pulak rasa. Then, Kak Long aka Kinah. Kak long ni lawak gak kadang-kadang. Tinggi orangnyoo. Dia dari Perlis. Haha, dekat ngn UITM Arau katanya. Sebab dia lah aku tahu apa itu harum manis. Haha  Ingtkan produk or somewhat. Rupanya, buah yg bermutu rupanya. Buah mangga mcmtu laa. Dia ni selalu jugak gelar aku as "Mak". Rindu nak tgk notice kak long tulis kat pintu toilet "katup pintu buruk siaa." Haha :P


Haaa, yg gmbr girl pakai baju kurung oren tuuuuu ! Nama dia Ikaaaa. Geng aku ber'selfie' and ber'jalan'. Dia ni someone yg happy go lucky. Manje pun ade kekadang :P Kitorang selalu bertukar-tukar tudung and baju. And locker dia tu dah macam boutique. Mcm-macam baju adoooo :P Haha. Rindu nak dengar suara dia panggil aku "mak." Haha ! Ape laaa. Then, cakap pasal Aizaaa pulak ahh. Dia ni sekepala ngn aku. Selalunya aku kuar gi Aeon and Mydin ngan dia lah. Penah sekali hritu, keluar pakai keluar je sampai sesat ke Palm mall. Nasib ada taxi nak hntar kami balik ke kolej tu balik. Sempat laa sujud asar atas lantai surau Palm mall tu. Alhamdulillah :)


Besides, Fiqa. She's min JB. Ayat-ayat yang khuruj min mulut dia always deep and lawak for me :P Haha ! Yang aku paling ingt, "aku telan kau karang." Lawak tau? Dia selalu bangun awal and kejut kami. Lepas tu, Diba. She's a girl from Selangor ke KL gitu laa, conpius mak. Haha ! Orang ketiga yg tegur aku pd hari first kami kat KTA tu. Ayah dia kerja polis. And she's one of the student from Pahang and she also is a student of Serian but not Seri Rompin, Seri Bera.


Now, we continue about Iffah. Muka dia mmg garang but ada comelnya juga. First aku tengok Iffah ni, macam Ecah Samad dah. She's from Changlun, Kedah. She's also one of my closest friend laa jugak. Mybe bcs kitorang satu dorm, satu kelas and satu Plexcimic, group time first concert and sama mentor time second concert but hve different drama. But, at the end of our english course, she need to go back to her hometown bcs she's being a dengue suspect. Syafakillah ! Semoga sentiasa sihat, dirahmati serta diberkati. Actually, i miss you. Hehe :P


Pastu, nak ulas pasal Jiha. She's from Kedah. Dia ni rajin. Selalu kemas dan cuci bilik air. Rindu jgak nak dengar dia seru aku guna panggilan 'Mak'. Aku suka dengar slang time dia bcakap. Haha, its cute :P Dia ni nampak je luaran gangster, tp dlm hati lembut jaaaa, ada taman katakan. Hehe ! Selalu merajuk and nangis. Manja betul anak "Mak" sorang ni. Haha ! tak lupa juga kpd Bro Hanif who's admired by she. Opppssss, ayokkk. Heeeee :P Sebut pasal Jiha, kita ada Aina. Diorang ni selalu bersama. Maybe faktor mcm aku ngn Iffah jugak kot. Aina ni lembutt and sopan je orgnyooo. Bluekkk :P Heeeee ! Gurau je Aina. Rindu nak gi city park and masjid putih ngn Aina.






The last but not least, I will describe about Tirah. She's from Perak maybe. And Tirah ni geng mak yang suka jalan. Kaki jalan katakan. She's jenis tak kesah and baik kot. Bluekkkk, kembang pulak kang. Tersilap type ni actually. Hehe ! Dia ni ada bakat ntuk hasil kan suara haiwan like kucing, ayam, haha comel and lawak je bila dengar tht sound. Make me missed you.


That's all from me about describing my beloved dormmates. Aku mengaku diorang ni tiada ganti. No one can replace theirs. I missssssss you all my daughters. Our laugh and tears together just my memories to remind. Kawin nnt jangan lupa jemput. Haha ! Sempat lagi tu. K laa. Bai assalamualaikum wbt. Penat dh typing je dari tadi :)

Allah uji sebab Allah sayang

Assalamualaikum wbt. Now, I would like to share a post also from blog Sabar itu cantik. Post post kat blog akak ni, menarik and bermanfaat tau? Tak rugi visit. Hehe !

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan, terdetiklah rasa "Apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali?"

Kenali Tuhan yang mengujimu !

Tanpa kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa dirinya hamba. Terutama ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji. 

ان لله و إن اليه راجعون

"Kami milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolah apalagi 'mengamuk' apabila diuji. Kita hanya hamba...

Namun, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu, Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha Hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?


Orang yang mengenal kasih sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu yang memberikan yang terbaik. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tidak memberi sesuatu yang buruk untuk hambaNya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahwa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak tahu atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, Ya Allah, mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah):

"Sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila Dia menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati"

Di antara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak sennag dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati dan akal akan terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesungguhnya akan melemahkan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah disa - mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal. kerana Qada dan QadarNya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila emelkat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman :

"Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu"
Surah al-Baqarah : 216

Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) ridak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan, makan Allah akan cuba dengan ujianNya"

Jadi apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan nafsunya sahaja.



Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujianNya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba kepada Allah. Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan tiga langkah ini apabila diuji:

1) Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. 

2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.

3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. 

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk 'membesarkan' kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata... Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk 'membesarkan' lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji ! Justeru apabila diuji jangan katakan 

"Apakah aku tersisih?" sebaliknya, katakan. "Aku sudah terpilih!" Alhamdulillah.


Sumber : Ustaz Pahrol 




"Apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka"


"Anehnya orang beriman, apabila diuji dia bersabar, apabila diberi kesenangan dia bersyukur"

Duhai hati, bersabarlah dan terus melangkah !

Cope with penyakit lupa bil Quran

     Assalamualaikum wbt. Sekarang, Izzati nak share pasal cara nak atasi lupa dlm diri dgn al Quran, mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW. I've got this, from blog Sabar itu cantik


SEJAK telefon bimbit dicipta, ramai betul manusia, termasuk dalam kalangan kita, memilih untuk lupa nombor telefon. Kalau nombor telefon sendiri pun sudah lupa, nombor telefon orang lain apa lagi. Sebab itu apabila telefon bimbit hilang atau tersalah letak, kebanyakan kita jadi tenggelam punca, seperti kucing hilang anak.
        
        Dunia tiba-tiba jadi gelap; tiada siapa dapat hubungi kita, tiada siapa yang kita dapat hubungi. Kosong dan sepi. Lagilah dalam era WhatsApp ini, macam-macam maklumat dan video tentang perkara terbaharu yang berlaku di seluruh pelosok dunia berpindah dari satu telefon pintar ke telefon pintar dengan laju dan meluas.
        
        Cerita pasal lupa, saya ada seorang kawan, orangnya berpendidikan tinggi, tetapi tentang letak barang-barang, memang dia kaki lupa. Setiap tahun, menurut cerita kawan-kawan yang rapat dengannya, dia kehilangan lima atau enam telefon bimbit.
        
        Sudah kira-kira 10 tahun saya tidak jumpa dengannya. Bayangkan, sudah berapa banyak telefon bimbit agaknya yang dia hilangkan dalam tempoh itu.
        
        Pernah dia dihantar ke lapangan terbang oleh isterinya. Apabila keluar dari kereta, dia pakai kot dan terus naik kapal terbang, tanpa menyedari dia lupa tukar selipar jepun dengan kasut. Bayangkan betapa malunya dia sebaik sahaja berada di dalam kapal terbang dalam keadaan yang sangat pelik itu.
        
        Sampai destinasi, dia beli kasut dan berjalan dengan yakin dan gembira. Tapi dia tidak sedar, sekejap lagi bala lain pula datang. Apabila dia singgah kedai untuk makan roti canai dan teh tarik, dia tertinggal pula kot yang disangkutnya di kerusi kedai.


       Memanglah lupa itu penyakit manusia. Bukan manusia kalau tak lupa, Buktinya? Apa yang kita makan dan apa yang kita pakai tiga hari lalu pun payah kita nak ingat. Apa yang kita cakap dua tiga minit tadi pun kita sudah lupa. Ada yang sanggup bertegang urat menafikan apa yang baharu diucapkan. Kalau ada yang mahu mendakwa dia tidak pernah lupa, itu adalah suatu keajaiban.
        
        
Semalam, saya bertemu dengan seorang yang sudah berusia lebih 90 tahun. Penglihatannya sudah kabur, pendengarannya juga hampir pupus. Anda jerit di telinganya pun sudah tidak berguna lagi.
        
        Tetapi yang menarik, ingatannya masih kuat dan dia sihat. Dia masih kenal dan ingat nama orang di kelilingnya dan boleh ingat kisah-kisah lampau. Alhamdulillah.
        
        Kata kawan-kawan, dia banyak kayuh basikal. Sejak remaja hingga tua dia naik basikal sahaja ke hulu ke hilir.
        
        Dia tiada pilihan kerana dia tidak tahu tunggang motosikal dan pandu kereta, tetapi syukurlah itu membantunya menjadi sihat, dengan izin ALLAH.
        
        Tentang ingatannya yang tajam itu tidak pula saya banyak periksa, tetapi saya difahamkan, kalau anda banyak membaca al-Quran, ingatan anda menjadi tajam.
        
        Sebab itu kata orang, mereka yang hafal al-Quran mudah sahaja lulus peperiksaan dalam mata pelajaran walaupun masa yang diberi untuk belajar suntuk. Wallahualam.
        
        Tapi berdasarkan kekuatan dan hikmah al-Quran itu sendiri, ia bukanlah satu perkara yang mustahil pun.
        
        Al-Quran diketahui sebagai sumber yang tenteramkan jiwa, sebagai penawar dan penyembuh penyakit, sebagai pembentuk kepada akhlak dan macam-macam lagi.
        
        Jadi apalah yang mahu dihairankan jika dengan kekerapan membaca al-Quran ingatan seseorang itu boleh menjadi lebih tajam dan tidak mudah lupa atau nyanyuk.
        
        Saya terbaca tentang otak daripada sebuah buku Inggeris. Katanya apabila kita cerdaskan fikiran, ia akan mencergaskan benda lain dalam tubuh kita, daripada kulit hingga organ bergerak dengan baik untuk memberi tenaga dan keceriaan.
        
        Jadi, bagaimana anda boleh cerdaskan otak? Katanya, itu sangat mudah. Anda hanya perlu kreatif dan melakukan pelbagai senaman dan kegiatan setiap hari.
        
        Pergerakan yang berbeza-beza, katanya, akan bantu membina kekuatan fikiran anda.
        
        Dalam buku mengenai ketajaman fikiran itu, ia juga mencadangkan anda tidak menggunakan GPS dan cuba hafal nombor telefon dan alamat e-mel untuk menguatkan ingatan. Atau anda boleh sahaja belajar bertutur apa-apa bahasa asing.
        
      Dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat untuk meningkat dan mencerdaskan daya ingatan.
        
        Antaranya, konsisten membaca al-Quran,  menggosok gigi, berpuasa sunat dan meminum madu.
        
        Juga disebut, perkara-perkara yang boleh membawa kepada lupa ialah maksiat, kegelisahan, keterlaluan dalam kesedihan kerana memikirkan urusan dunia dan sibuk bekerja untuk urusan duniawi. Wallahualam.
                 
Sumber : Sinar Harian




Menarik kan artikel di atas? Memang teknologi kadang-kadang membuatkan kita ni pelupa. Hatta sekarang ni nak kira 20 + 12 pun kena petik kalkulator. Padahal masa darjah 6 dulu relax je hafal sifir 22. Hmmm, memang tak ada skill mencongak langsung. Bab nombor telefon pula, kak cik rasa, andailah telefon kak cik hilang (na'uzubillah), satu-satunya nombor yang kak cik ingat adalah nombor telefon ayah dan kakak. Itu pun sebab terpaksa hafal sebab waktu sekolah dulu, dua nombor inilah yang kak cik selalu dail, bila nak balik, nak balik pukul berapa, nak ambil di mana.

Al-Quran menajamkan fikiran? Bagaimana? Kak cik tak pandai nak jawab persoalan ini dari segi saintifik. Tapi jawapan kak cik, YA, dia membuatkan kita tidak pelupa. Bagaimana? Kak cik tak tahu, apa yang kak cik perasan, masa sekolah rendah dulu, ada subjek khusus untuk hafal al-quran. Bukan hafal 30 juzuk al-Quran, tapi hanyalah juzuk 30 dan beberapa surah pilihan yang lain. Semasa kak cik sekolah dulu bukanlah ulat buku. Nak exam keesokan hari, malam ini baru study. Kalau subjek seperti matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, seni kaligrafi khat dan beberapa subjek lain memang tak pernah nak study pun. Kalau study pun tidak lebih dari 1 jam. Bukan kak cik seorang, hampir kesemua kami begitu. Tapi anehnya, kami semua lulus dengan cemerlang. Perbezaan peratus budak yang dapat no 1 dengan no 40 hanyalah kecil. Bayangkanlah, budak yang dapat peratus 98% terpaksa turun ke kelas B sebab yang dapat melebihi 98% tu terlalu ramai. Adakah ini berkat kami menghafal al-Quran dan mempelajarinya?

Seterusnya ke sekolah menengah. Masih lagi ada subjek yang khusus untuk belajar al-Quran dan ada beberapa surah yang wajib di hafal untuk meluluskan diri dalam peperiksaan. Kalau di sekolah rendah dulu, baca buku semalaman sebelum periksa pun boleh lulus, maka di sekolah menengah ini perlu lebih sedikit masa untuk mengingati pelajaran-pelajaran yang lain. Selalunya kak cik study 3 hari sebelum exam. Alhamdulillah, masih boleh lulus dengan cemerlang.

Cikgu kak cik pernah kata.... awak study last minit... awak tidur dalam kelas... tapi awak belajar al-Quran dan al-Hadis... awak masih boleh lulus dengan cemerlang.... Sebab di situ ada keberkatan daripada al-Quran.... Kalau awak study awal, tumpu perhatian dalam kelas, awak belajar al-Quran dan al-Hadis serta hormati guru, mesti awak boleh lulus dengan lebih cemerlang... sebab di situ awak dapat keberkatan daripada belajar al-Quran dan juga keberkatan daripada guru...

Melangkah ke alam IPT... Hurmm.. jangan harap boleh ingat semua benda seminggu sebelum exam.. Sebulan pun belum tentu. Sebab apa? Yang kak cik dapat kesan ialah...

Pertama... Jarang-jarang baca al-quran... terasa tidak cukup masa untuk mengamalkan sunnah yang satu itu. Kalau di sekolah dulu, wajib baca setiap pagi di dalam kelas ramai-ramai... ada hari-hari tertentu perlu baca yaasiin. 

Kedua.... sesuai dengan peningkatan umur, dosa juga semakin bertambah. Bila dosa bertambah, hati menjadi gelap... Bila hati menjadi gelap, banyak maksiat bersarang... dan ilmu tidak akan datang pada orang yang cintakan maksiat. Allahu...

Solusinya? Jom balik kepada apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah.... Banyak baca al-Quran, bersugi, berpuasa sunat dan minum madu...

Perasan tak, amalan-amalan di atas antara yang selalu kita dengar dalam wawancara pelajar cemerlang Malaysia. 

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya" Hadis Riwayat Bukhari.

Biology project 2014










Assalamualaikum. Ni projek bio time form four. Markah full dia lima and aku dapat empat. Alhamdulillah :) Saje nak update so tht aku boleh tgk tengok balik nnt. Kang tak jumpe dah kenangan ni. Sedih sebenarnya sbb nak tinggalkan subjek subjek Science ni. Tapi, subjek agama pun aku syg :( But, aku pilih agama lah. In shaa Allah, barangsiapa yg membantu ke jalan Allah, maka Allah meringankan urusannya. Ok dah. Tu je. Short but meaningful. Hehe ! Credit to Cikgu Nor Fazlini sbb sudi ajar kami selama setahun tahun 2014 even tak sempat ajar kami time SPM year kami. Actually, Biology is my fav subject bcs its bring me to remember of Allah's creation, subhanallah ! Opps, english berterabur. Haha !