1.Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Adalah suatu
(kewajipan) bagi setiap orang Muslim terhadap Allah, mandi
(sekurang-kurangnya) sekali seminggu, iaitu mencuci kepala dan seluruh
tubuhnya.” [0801]
2.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Bila engkau berkata kepada kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya percuma sajalah Jumaat kamu.” (Maksudnya : Dilarang bercakap ketika khutbah kerana boleh menyebabkan hilang pahala Jumaat itu) [0803]
3.Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya pada hari Jumaat itu ada suatu saat, apabila seseorang memohon kebajikan (berdoa) kepada Allah pada saat itu, nescaya Allah akan mengabulkan permohonannya itu dan saat itu hanya sebentar.” [0804]
4.Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asy’ari r.a : Abdullah bin ‘Umar pernah bertanya kepadaku, ‘Pernahkah anda mendengar bapa anda menyampaikan hadis Rasulullah saw tentang suatu saat (yang makbul) di hari Jumaat?’
Jawabku, ‘Ya, aku pernah dengar beliau (Nabi saw) mengatakan, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda, “Saat itu ialah di antara imam duduk hingga selesai solat (Jumaat).” [805]
5.Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk syurga, pada hari itu pula dia keluar daripadanya dan tidak terjadi kiamat melainkan pada hari Jumaat.” [806]
6.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila hari Jumaat telah tiba, para malaikat berdiri di setiap pintu masjid, mencatat orang yang pertama-tama datang dan seterusnya. Apabila imam telah datang (naik mimbar), mereka (malaikat) tutup buku (catatan) mereka dan sesudah itu mereka pergi mendengarkan khutbah.
Perumpamaan orang yang datang pertama-tama, ialah (pahalanya) seperti orang yang bersedekah unta.
Kemudian orang yang datang sesudah itu seperti orang yang bersedekah lembu. Kemudian seperti orang yang bersedekah kibasy (kambing).
Kemudian seperti orang yang bersedekah ayam dan kemudian seperti orang yang bersedekah telur.” [0809]
7.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya, sesudah itu dia pergi ke (masjid untuk solat) Jumaat dan mendengarkan khutbah dengan tenang, maka diampuni Allah dosa-dosanya hingga Jumaat yang akan datang, tambah tiga hari (lagi).
Dan siapa yang memegang-megang kerikil (memegang tasbih atau seumpamanya untuk berzikir ketika imam berkhutbah) maka percuma sajalah Jumaatnya (iaitu, hilang pahala Jumaatnya).” [0811]
Penjelasan : Apabila imam sedang berkhutbah hendaklah mendengar dengan khusyuk dan tidak boleh berbuat apa-apa walaupun dengan membaca Al-Quran atau berzikir, apalagi bercakap, makan pisang, bermain-main karpet masjid dan seumpamanya agar mendapat pahala Jumaat tersebut.