السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
I shared this from blog Hijrah Haura .
:الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد
Apa yang saya terangkan di bawah sekadar kemampuan saya memahami pembacaan saya sahaja.
Ianya tidak semestinya tepat, walaupun mungkin mengandungi sedikit sebanyak kebenaran. Saya mohon hidayah dan tawfeeq daripada Allah SWT.
Istiqomah dalam Berhijrah
Definisi istiqomah :
"Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).”
-Saidina Umar alKhattab
Secara mudahnya istiqomah boleh difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Cara untuk istiqomah :
1⃣ Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya
Apabila berhijrah, kerapkan diri untuk mendekati Allah. Lazimi diri dengan beribadat.
Konteks ibadat tidak termaktub kepada solat dan puasa serta menutup aurat dengan sempurna sahaja.
Setiap kali ke kelas, niat kerana Allah.
Setiap kali memandang keindahan alam, ucap subhanAllah tanda ingat keindahan ini dengan kuasaNya.
Maka dengan cara ini kita melatih diri untuk mengingati Allah dalam setiap tindakan kita.
Apabila futur (putus asa) saat berhijrah maka ingat Allah sentiasa memerhati lalu berdoa untuk dikuatkan hati.
“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(AlBaqarah:235)
2⃣ Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah :
Menyedari kekurangan diri yang mudah goyah, kita seharusnya mencari bantuan. Maka bantuan terbaik daripada manusia ialah sokongan.
Untuk mendapatkan sokongan yang sewajarnya bersahabatlah dengan orang yang mampu beristiqomah.
Kenapa? Kerana dia sudah berjaya membuktikan dia mampu maka teladanilah dia.
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
3⃣ Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat :
Sekerap mana pun kita berusaha untuk berubah dan istiqomah ingatlah pada pemberi hidayah. Allah SWT.
Maka berdoa kepada Pencipta yang berkuasa mutlak drngan penuh rasa keinsafan dan rendah diri. Moga makbul.
Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’)
Kesimpulan :
Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur.
Dah tidak lagi didalam suasana beragama, dah tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa.
Sebab tu pentingnya mencari suasana.
Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada.
Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.
Wallahu a'lam bissowab-