Assalamualaikum wbt,
TAUSIYAH MUFTI UNTUK MAHASISWA bersama SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
1. Masa belajar, Belajar sungguh-sungguh. Masa yang paling seronok adalah masa belajar. Walaupun masa itu kita tak ada duit. Cuma silapnya kita, masa belajar kita tak belajar. Akhirnya,kita tak mampu untuk menyelesailan masalah ummah, maka kita rugi.
2. Bertuah kerana kita belajar dalam negeri. Kelebihannya baik, banyak. Antaranya dekat dengan keluarga, kewangan pun lebih mudah dsb. Tanpa dinafikan luar negara ada kelebihan yang lain.
3. Kena cabar diri kita. Kita anggap orang belajar dalam negara ini pelajar kelas kedua. Kita anggap orang belajar luar negara hebat. Hakikatnya ramai tokoh² hebat di dunia ini belajar di dalam negeri. Antaranya Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Beliau belajar di India. Namun bahasa Arabnya lebih arab dari orang Arab. Sheikh Al Allamah Muhammad Al Amin Al Shanqiti, hanya belajar di Shanqit, Mauritania. Hafazannya luar biasa hebat. Dikagumi oleh ulama'2 Arab. Ketiga, Hamka. Luar biasa hebatnya. Mengarang tafsir Al-Azhar yang luar biasa. Maknanya tidak semestinya belajar di Al-Azhar baru jadi hebat. Sejarah ulama' terdahulu juga bukan dari kalangan orang Arab. Semua ni nak cerita bahawa kita duduk di sini, kita kena cuba untuk jadi hebat.
4. Bila kita berada dalam gelanggang ilmu, perkara yg paling bahaya ialah rendah semangat. Kita tak sangkut cita-cita kita tinggi. Bila kita sangkut rendah, kita dapat separuh daripada itu. Sheikh Dr. Qaradhawi menceritakan di dalam kitabnya, ketika beliau kecil guru sekolahnya pernah meminta beliau menulis karangan tentang cita-cita. Beliau menulis, cita-citaku adalah ingin menjadi Sheikhul Azhar. Terkejut gurunya. Namun ternyata hari ini beliau tidak pernah menjadi sheikhul Azhar. Namun anak-anak muridnya pula menggelar beliau dengan gelaran sheikhul ummah.
Kita perlu mencabar diri kita. Jangan merasa rendah diri dengan orang yang belajar di luar negara. Kita juga hendaklah bercita-cita tinggi. Jangan rendah semangat. Biar kita jadi pandai walaupun kita belajar di dalam negara lebih pandai dari orang yang belajar di luar negara. Bagaimana mahu jadi pandai?
1. Kita kena kuat membaca. Berjalan, kena ada buku. Jangan kita berjalan tanpa buku. Sarjana-sarjana hebat di dunia sangat kuat membaca. Mereka mengkhususkan sebahagian besar masa seharian mereka untuk membaca.
2. Minat yang sangat tinggi untuk belajar, bertalaqqi. Jangan kita jadi orang yang memandai-mandai, syok sendiri, faham sendiri, Google.
3. Kita kena banyakkan diskusi, bermuzakarah. Orang-orang hebat zaman dulu, mereka sentiasa bermuzakarah. Duduk dalam majlis muzakarah ini sangat penting.
4. Dalam belajar, kadang-kadang kita lupa satu benda yang penting, iaitu adab. Jarang kita belajar tentang adab. Imam-imam terdahulu mengarang banyak kitab tentang adab menuntut ilmu. Adab ni penting. Adab ni banyak. Adab dengan buku, adab dengan Quran, adab dengan guru, adab dengan kawan, dengan orang tua. Keberkatan guru yang senang dengan kelakuan muridnya menjadi doa yang menjadikan kehidupan diselubungi ketenangan. Binalah adab, tinggikanlah adab, jagalah adab.
From : Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Bangsar Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez