Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│Follow │Dashboard│
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyIstanbul2018: Ümraniye Istanbul

Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-KBÜ University 2018/2019
Tarikh menaip: 6 September 2018


Dari rumah sewa, kami berjalan kaki ke bandar kecil ini. Lebih kurang 20-30 minit.


Sewaktu membeli Istanbulkart. Untuk pengetahuan, Istanbulkart boleh dibeli dari mesin ini atau di booth-booth berdekatan. (Lebih kurang macam mesin LRT laa).


Suasana di Ümraniye.


Di kedai gambar, Mutlu Fotoğraf, Ümraniye Istanbul. Untuk gambar saiz passport berserta latar putih, asalnya berharga 30tl untuk 6 keping. (Rasanya diorang saja scam). Lepas bargain harga dengan cakap Öğrenci indirimi (student discount), pekedai tu kasi harga 20tl untuk 6 keping gambar passport berlatar warna putih. 

P/s: untuk melakukan jual beli di Türkiye, kita perlu menawarkan harga kalau tak... takdapat murah ataupun kena tipu macamtu je.


Info: setiap kawasan di Turki, akan ada masjid yang mana pusat untuk melakukan pelbagai aktiviti. 


Suasana pertukaran musim panas ke musim luruh, yang aman dan tenang.


Antara bank di Türkiye.


Untuk menghilangkan rasa lapar, kami singgah di restoran Maya Lokanta.

P/s: siapa orang Malaysia yang akan datang ke Turki; yang suka sambal atau sos cili... sila bawa dari rumah ya sebab di Turki jarang jual sos cili. Tapi kalau mayonis, chili flakes, cheese, ketchup memang available di Turki.


Nasi mereka tak sama macam di Malaysia, nasi di Turki macam butter rice. 

Pinggan bahagian kanan ialah kebab; ada meat, capsicum, smashed potato with cheese, kacang dal.

Harga dua pinggan ni adalah 15tl. 


Masjid yang kami singgah untuk solat Zohor.

Hopefully this post will benefit you and me. Please pray the best for me, my family members, and my friends! Assalamualaikum wbt.

MyEXPI: Ümraniye to Otogar (main bus station)

Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-Karabük University 2018/2019
Tajuk: Beli insurans dan tiket bus
Tarikh: 8th September 2018
Masa menaip: 1642 hours (Istanbul time)


Kawasan Ümraniye, Istanbul Türkiye.


Ilham dan Ümraniye, hehe!


Beli insurans: Kami teman pelajar UKM-Marmara University untuk buat sigorta (insurans) yang berharga 180tl sahaja selepas dapat indirim (diskaun) dari harga biasa 200tl.


Kedai yang kami singgah untuk brunch! Dan alhamdulillah Kak Teh belanja. 

Info: kedai di sini tiada singki untuk basuh tangan macam di Malaysia. Tapi mereka akan sediakan tisu basah sebagai ganti untuk bersihkan tangan. Dan of course sos cili memang tidak disediakan (dalam makanan pun takde tau). 


Before: Mereka akan bagi plain döner tanpa sos dan mayonis macam ni je. 


After: Aku tambah sos cili yang dibawa dari Malaysia dan mayonis yang disediakan. (Sebab saya peminat sambal dan sos cili, jadi kena juga bawa bekal hehe).


Lepas makan, kami menuju je Metro. (P/s: Metro ni macam KTM atau LRT laa kalau di Malaysia.)


Beli tiket bus Istanbul to Karabük: Kami gerak dari stesen Çarşı menuju ke Üsküdar sebagai stesen pertukaran ke Marmaray. 


Peta lokasi yang lebih kurang je macam peta LRT/KTM di Malaysia.





Sampai je stesen bus utama di Otogar, terus survey harga syarikat bus mana yang okay. Kalau macam kami, kami survey harga syarikat bus Kâmilkoç (79tl), Metro (70tl lepas diskaun dari 80tl), Ulusoy (60tl), dan Efe tur (65tl). 

Kami decide untuk beli tiket bus Kamilkoc macam encik Kerim Tanis (coordinator Karabuk University) cadangkan.

Apa yang perlu buat untuk beli tiket bus?

1. Duit untuk harga barang yang ditetapkan
2. Passport
3. Tangan untuk sign di tiket bus.

Alhamdulillah! Kami dah beli tiket bus Istanbul ke Karabük.

Jadi, dah boleh pulang menuju ke rumah sewa.

Ilham tersilap rakam video pula haha, kan dah tertidur kat tengah-tengah jalan ni.


Ni dah dalam perjalanan balik di Üsküdar menuju ke Abdipaşa. Sewaktu menunggu bus no. 11Y di Üsküdar.


Ni rujukan yang lebih lengkap la (walaupun takberapa lengkap). Thanks kak Teh tolong tunjukkan jalan.


Semasa menunggu bus di Üsküdar untuk menuju ke Abdipaşa. Waktu ni hujan, nasib baik bawa payung. Alhamdulillah!




Lepas turun bus, kami jalan kaki menuju ke rumah sewa yang terletak di Ferah Mah. Sesat jugalah nak cari jalan balik sebab first timer kan, hahah! Tapi, cara nak jumpa jalan balik adalah first jangan panik! Kemudian, cuba cari tempat yang familiar; maksudnya cari landmark yang biasa atau jalan kita pernah lalu, inshaa Allah jumpa jalan pulang. 

Takpe, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan hikmah daripada sesat jalan adalah kita boleh jalan-jalan. Kalau tak sesat, mesti kita taklalu jalan tu kan hehe! Jadi, alhamdulillah☺️

That’s all! Hopefully, this post will benefit you and me in future. Please pray the best for me, my family members, and friends. Assalamualaikum wbt.

MyEXPI: Atatürk Airport Istanbul to Çamlıca Istanbul

Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-Karabük University 2018/2019
Tarikh taip: 7th September 2018
Masa: 1459 hours (Istanbul)
Tajuk: Journey from Atatürk Airport to Çamlica Istanbul


Masa dalam flight, akan ada map juga selain music, movies, songs. Jadi, bolehlah rujuk map untuk pengetahuan lebih.

Apa perlu buat bila tiba di Atatürk Airport, Istanbul Türkiye?



1. Keluar sahaja dari flight, terus menuju ke Pasaport Kontrol (yang ada tulis other nationalities) untuk tujuan cop passport di kaunter oleh petugas yang bertugas. Kita kena cepat beratur sebab terlalu ramai (hampir 45 minit beratur untuk ni sahaja).





2. Lepas je dapat cop passport dari petugas yang bertugas, kita akan scan beg dan diri macam biasa.

3. Kemudian, terus ke depan dan cari elektronik board untuk check baggage belts untuk flight kita (kalau macam kami, flight SV257 di baggage belts 4).


4. Tunggu bagasi macam biasa. Kalau dah jumpa dan ambil bagasi, boleh terus ke exit.

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami. Sebaik je kami keluar, kak Teh aka orang Malaysia yang tinggal di Turki datang tolong kami. Beliau bantu dan teman kami dari Airport ke rumah sewa di Çamlica yang terletak di bahagian Asia Eropah.


Ni di stesen Metro untuk naik Metro dari Airport ke stesen hujung (takingat nama apa).

Btw, kita boleh dapatkan diskaun melalui pembelian Istanbul Kart di mesin ini atau di booth. (P/s: lebih baik dapatkan di mesin kerana lebih dipercayai). Istanbul Kart berharga 6TL dan biasanya kami topup 14TL. Jadi, jumlah bayaran 20TL untuk Istanbul Kart. Untuk pengetahuan, kita boleh guna kad ni untuk pengangkutan awam di Istanbul ini.


Ni pula, mesin di stesen Marmaray.


Info: kalau macam di Malaysia, kita akan berdiri di bahagian kiri untuk bagi laluan orang yang nak cepat. Tapi di Turki, kita akan berdiri di bahagian kanan.


Berhadapan laut Marmara.


Lepas naik Marmaray, kami naik teksi untuk ke rumah sewa di Çamlica. 

Info: Tempat duduk pemandu adalah berbeza dengan Malaysia. Kalau di Malaysia, bahagian kanan manakala di Turki, tempat duduk pemandu di bahagian Kiri.

Pengalaman naik teksi di Turki: uishh, rasa nak tercabut jantung😂 sebab mereka bawa tak kesah orang dah! Pakai tekan je minyak lepastu, hon. Memang riuh rendah jalan raya di Turki yang memang lain dengan suasana jalan raya di Malaysia walaupun jem. 

Hopefully this post will benefit you and me. Please pray the best for my family members and my friends! Assalamualaikum wbt.

MyIstanbul2018: Çamlıca Tepesi

Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-KBÜ University 2018/2019
Date: 6th September 2018
Time: 0630 hours (Istanbul)















MyHEART: Goals to achieve in Turki

Headline: Mevlana Exchange Student IIUM-KBÜ University 2018/2019

Date: 7th September 2018
Time:
11:51am (Istanbul time)
4:50pm (Malaysia time)
Title: Intention of travelling to Türkiye 

Assalamualaikum, now I in Turkey for 3 days since 5th September 2018. I already set my goals but just now, I write it in my online diary so that visitors can take benefits from it.

Masa pergi briefing MASAT, ada satu slot Forum yang mana para moderator adalah bekas pelajar yang pernah belajar di Turki. Jadi, antara pesan mereka adalah set niat untuk dicapai di Turki. 

These are what I have listed as my objective that I need to achieve; being as an exchange student studying in Türkiye.

  1. Exploring Islamic culture in Turki
  2. Be a role model for future Malaysian students who will further study in Türkiye (especially for Karabük University, Turkey students)
  3. Expanding my business Hash Anne; Türkiye-Malaysia (collaboration)
  4. Understanding Islam from history of Türkiye (ottoman)
  5. Wondering the amazingness of Allah’s creation in Türkiye.
  6. Try to not showing off for everything but sharing as much as possible for future reference.
  7. Notice and experiencing the distinction of Mazhab Hanafi and Syafie.
  8. Be an example for my families and friends in Malaysia.
  9. Sharing the best things about Türkiye with my beloved visitors of my online journey and everyone around me.
  10. Exploring and experiencing all about Turkish (food, weather, people, cultures, places, language)
Hopefully this post will benefit you and me. Please pray the best for my family members and friends! Assalamualaikum, see you in my next online journal!