Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-Karabük University 2018/2019
Tajuk: Beli insurans dan tiket bus
Tarikh: 8th September 2018
Masa menaip: 1642 hours (Istanbul time)
Kawasan Ümraniye, Istanbul Türkiye.
Ilham dan Ümraniye, hehe!
Beli insurans: Kami teman pelajar UKM-Marmara University untuk buat sigorta (insurans) yang berharga 180tl sahaja selepas dapat indirim (diskaun) dari harga biasa 200tl.
Kedai yang kami singgah untuk brunch! Dan alhamdulillah Kak Teh belanja.
Info: kedai di sini tiada singki untuk basuh tangan macam di Malaysia. Tapi mereka akan sediakan tisu basah sebagai ganti untuk bersihkan tangan. Dan of course sos cili memang tidak disediakan (dalam makanan pun takde tau).
Before: Mereka akan bagi plain döner tanpa sos dan mayonis macam ni je.
After: Aku tambah sos cili yang dibawa dari Malaysia dan mayonis yang disediakan. (Sebab saya peminat sambal dan sos cili, jadi kena juga bawa bekal hehe).
Lepas makan, kami menuju je Metro. (P/s: Metro ni macam KTM atau LRT laa kalau di Malaysia.)
Beli tiket bus Istanbul to Karabük: Kami gerak dari stesen Çarşı menuju ke Üsküdar sebagai stesen pertukaran ke Marmaray.
Peta lokasi yang lebih kurang je macam peta LRT/KTM di Malaysia.
Sampai je stesen bus utama di Otogar, terus survey harga syarikat bus mana yang okay. Kalau macam kami, kami survey harga syarikat bus Kâmilkoç (79tl), Metro (70tl lepas diskaun dari 80tl), Ulusoy (60tl), dan Efe tur (65tl).
Kami decide untuk beli tiket bus Kamilkoc macam encik Kerim Tanis (coordinator Karabuk University) cadangkan.
Apa yang perlu buat untuk beli tiket bus?
1. Duit untuk harga barang yang ditetapkan
2. Passport
3. Tangan untuk sign di tiket bus.
Alhamdulillah! Kami dah beli tiket bus Istanbul ke Karabük.
Jadi, dah boleh pulang menuju ke rumah sewa.
Ilham tersilap rakam video pula haha, kan dah tertidur kat tengah-tengah jalan ni.
Ni dah dalam perjalanan balik di Üsküdar menuju ke Abdipaşa. Sewaktu menunggu bus no. 11Y di Üsküdar.
Ni rujukan yang lebih lengkap la (walaupun takberapa lengkap). Thanks kak Teh tolong tunjukkan jalan.
Semasa menunggu bus di Üsküdar untuk menuju ke Abdipaşa. Waktu ni hujan, nasib baik bawa payung. Alhamdulillah!
Lepas turun bus, kami jalan kaki menuju ke rumah sewa yang terletak di Ferah Mah. Sesat jugalah nak cari jalan balik sebab first timer kan, hahah! Tapi, cara nak jumpa jalan balik adalah first jangan panik! Kemudian, cuba cari tempat yang familiar; maksudnya cari landmark yang biasa atau jalan kita pernah lalu, inshaa Allah jumpa jalan pulang.
Takpe, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan hikmah daripada sesat jalan adalah kita boleh jalan-jalan. Kalau tak sesat, mesti kita taklalu jalan tu kan hehe! Jadi, alhamdulillah☺️
That’s all! Hopefully, this post will benefit you and me in future. Please pray the best for me, my family members, and friends. Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez