Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-KBÜ University 2018/2019
Tarikh menaip: 6 September 2018
Dari rumah sewa, kami berjalan kaki ke bandar kecil ini. Lebih kurang 20-30 minit.
Sewaktu membeli Istanbulkart. Untuk pengetahuan, Istanbulkart boleh dibeli dari mesin ini atau di booth-booth berdekatan. (Lebih kurang macam mesin LRT laa).
Suasana di Ümraniye.
Di kedai gambar, Mutlu Fotoğraf, Ümraniye Istanbul. Untuk gambar saiz passport berserta latar putih, asalnya berharga 30tl untuk 6 keping. (Rasanya diorang saja scam). Lepas bargain harga dengan cakap Öğrenci indirimi (student discount), pekedai tu kasi harga 20tl untuk 6 keping gambar passport berlatar warna putih.
P/s: untuk melakukan jual beli di Türkiye, kita perlu menawarkan harga kalau tak... takdapat murah ataupun kena tipu macamtu je.
Info: setiap kawasan di Turki, akan ada masjid yang mana pusat untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Suasana pertukaran musim panas ke musim luruh, yang aman dan tenang.
Antara bank di Türkiye.
Untuk menghilangkan rasa lapar, kami singgah di restoran Maya Lokanta.
P/s: siapa orang Malaysia yang akan datang ke Turki; yang suka sambal atau sos cili... sila bawa dari rumah ya sebab di Turki jarang jual sos cili. Tapi kalau mayonis, chili flakes, cheese, ketchup memang available di Turki.
Nasi mereka tak sama macam di Malaysia, nasi di Turki macam butter rice.
Pinggan bahagian kanan ialah kebab; ada meat, capsicum, smashed potato with cheese, kacang dal.
Harga dua pinggan ni adalah 15tl.
Masjid yang kami singgah untuk solat Zohor.
Hopefully this post will benefit you and me. Please pray the best for me, my family members, and my friends! Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez