Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-Karabük University 2018/2019
Tarikh taip: 7th September 2018
Masa: 1459 hours (Istanbul)
Tajuk: Journey from Atatürk Airport to Çamlica Istanbul
Masa dalam flight, akan ada map juga selain music, movies, songs. Jadi, bolehlah rujuk map untuk pengetahuan lebih.
Apa perlu buat bila tiba di Atatürk Airport, Istanbul Türkiye?
1. Keluar sahaja dari flight, terus menuju ke Pasaport Kontrol (yang ada tulis other nationalities) untuk tujuan cop passport di kaunter oleh petugas yang bertugas. Kita kena cepat beratur sebab terlalu ramai (hampir 45 minit beratur untuk ni sahaja).
2. Lepas je dapat cop passport dari petugas yang bertugas, kita akan scan beg dan diri macam biasa.
3. Kemudian, terus ke depan dan cari elektronik board untuk check baggage belts untuk flight kita (kalau macam kami, flight SV257 di baggage belts 4).
4. Tunggu bagasi macam biasa. Kalau dah jumpa dan ambil bagasi, boleh terus ke exit.
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami. Sebaik je kami keluar, kak Teh aka orang Malaysia yang tinggal di Turki datang tolong kami. Beliau bantu dan teman kami dari Airport ke rumah sewa di Çamlica yang terletak di bahagian Asia Eropah.
Ni di stesen Metro untuk naik Metro dari Airport ke stesen hujung (takingat nama apa).
Btw, kita boleh dapatkan diskaun melalui pembelian Istanbul Kart di mesin ini atau di booth. (P/s: lebih baik dapatkan di mesin kerana lebih dipercayai). Istanbul Kart berharga 6TL dan biasanya kami topup 14TL. Jadi, jumlah bayaran 20TL untuk Istanbul Kart. Untuk pengetahuan, kita boleh guna kad ni untuk pengangkutan awam di Istanbul ini.
Ni pula, mesin di stesen Marmaray.
Info: kalau macam di Malaysia, kita akan berdiri di bahagian kiri untuk bagi laluan orang yang nak cepat. Tapi di Turki, kita akan berdiri di bahagian kanan.
Berhadapan laut Marmara.
Lepas naik Marmaray, kami naik teksi untuk ke rumah sewa di Çamlica.
Info: Tempat duduk pemandu adalah berbeza dengan Malaysia. Kalau di Malaysia, bahagian kanan manakala di Turki, tempat duduk pemandu di bahagian Kiri.
Pengalaman naik teksi di Turki: uishh, rasa nak tercabut jantung😂 sebab mereka bawa tak kesah orang dah! Pakai tekan je minyak lepastu, hon. Memang riuh rendah jalan raya di Turki yang memang lain dengan suasana jalan raya di Malaysia walaupun jem.
Hopefully this post will benefit you and me. Please pray the best for my family members and my friends! Assalamualaikum wbt.
I am extremely inspired together with your writing talents as well as with the
ReplyDeleteformat to your blog. Is this a paid theme or did you customize it your self?
Anyway stay up the excellent quality writing,
it's rare to look a nice blog like this one nowadays..