Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI : Tasik Bera

Pesanan sebelum membaca: Disebabkan untuk kenangan masa akan datang, saya tidak mengubah tulisan ini. Maafkan bahasa dan tulisan zaman sekolah saya dahulu yaa heheh! Harap anda faham selepas terhibur membaca tulisan zaman kanak-kanak tidak matang saya. Lagi satu, ada yang saya kongsi dari web tapi tidak meletakkan sumber rujukan, jadi maafkan saya ya sebab masa ini saya tidak faham apa itu bibliografi dan plagiarism lagi. Astaghfirullah! Hmm (Izzati Nadia, 2018)

Okay selamat membaca, semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk awak dan saya.

Assalamualaikum , saya mahu story pasal Tasek Bera sikit . Gambar je banyak . Biase laaa , hobi :P Sebab haritu kitaorg sekeluarga dtg sini sebelum balik kampung ibu kat Felda Purun (: 

Ni pintu masuk Tasek ni . Mula-mula datang kena daftar dulu kat pak guard . Yelah , bahaya mungkin. Takut jadi pape ke :P Yelah , tempat mcm tu kan. Hutan-hutan banyak makhluk halus . Bukan yang halus je, besar pun ada (: Hehe 

 

Ni jeti dia . Mula-mula jejak agak teruja lah jugak :P Haha ! Padahal waktu aku kecil-kecik aku sokmo ikut ayah aku g sini . Lupee :P Biase la kecil-kecil dulu mane ingt (: Adik aku yelah first time g . Haha ! Jakoonnnn belaka :P Padan muka kauorg . Haha ! Jahat aku jadi kakak . 

Tasik Bera merupakan tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar semenjak tahun 1995. Keluasan yang dikhususkan sebagai Tapak Ramsar ialah 31,120 hektar. Tasik semulajadi terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan di hubungi oleh jalan raya. Orang Asli kaum Semelai merupakan penduduk utama di sini semenjak 600 tahun dahulu. Tasik, fauna, flora dan kaum Asli Semelai merupakan daya tarikan utama Tasik Bera untuk dikunjungi.

Terletak di barat daya Pahang, Tasek Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil. Dikelilingi hutan dipterokarp tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya gambut. Ekosistem Tasek Bera kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan dan juga menjadi tempat tinggal orang Asli suku Semelai di sekitar kawasan tanah lembap.


Tasik ini menjadi fokus kajian saintifik dan dilindungi di bawah undang-undang kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Kerajaan negeri sedang menguatkuasakan sebuah program 3 tahun dengan bantuan kewangan kerajaan Denmark dan bantuan teknikal dari Wetlands International Asia Pacific.



Waktu terbaik untuk melawat Tasek Bera bergantung kepada musim hujan dan kering yang berlaku di sini. Adalah dinasihatkan supaya pengunjung datang selepas musim hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pemancing yang baik selepas hujan lebat. Musim kering berlaku antara bulan Februari hingga April dan Jun hingga Ogos. Tasik ini dizahirkan oleh pemandangan air yang didominasi daun-daun pandanus yang mengelilingi terusan-terusan sempit yang menghala ke tasik. Pelbagai spesies paku pakis, anggerik dan tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok, sementara batang-batang rotan berduri berlingkar di lantai hutan. Berdozen periuk kera berwarna hijau dan merah tumbuh di rumpunan ‘reed' dan hutan tebal di tengah tasik.

 Jalan nak g tandosss !  Ibah mahu pipis :P heeee , dulu ayah kerja kat sini .



Tasik ini dan kawasan sekitarnya menjadi tempat pelindungan lebih daripada 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan. Kawasan hutan tanah rendah yang kaya dari segi biologi, dengan kepelbagaian, menjanjikan peluang yang banyak untuk aktiviti ‘jungle trekking' dan pemerhatian alam semulajadi.


Adik beradik aku ada lapan semua sekali . Tapi , tinggal yang ni jee :( Sorang lepas aku dah meninggal waktu umur lima hari :( Yang tiga lagi gugur . Kalao tak aku takyah jadi anak first . Jadi , anak ketiga . Ade brothe or sister :P Tapi , takpee . Untung jugak jadi kakak ni sebenarnye . Boleh buli adek ! Haha :P


Muhammad Akif Irfan . Nama irfan ni sempena name cerita Natasya dulu-dulu . Dia lahir tahun 2006 time aku year three . Nakal kemain ! Geram aku :P Name Akif pulak sebab dulu-dulu time aku kecik-kecik , ibu ade ambil anak angkat dua orang . Nama anak angkat ibu aku tu akif . Sebab tu lah . Saje je nak story . Takthu dah nak tulis ape . Ni jelah kot . Banyak aku copycat je :P Malas nak tulis . Tapi , gedik nak post . Okay lah chau ! Daaaa , bye-bye adios :) Assalamualaikum kawan-kawan :3