Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Cara dan syartun sujud syukur

Assalamualaikum. Now Izzati nak share pasal Sujud Syukur kay ! Sebab dah terang lagi bersuluh, Allah SWT telah, sedang, and akan beri kita nikmat and rezeki yang melimpah ruah tak kesahlah kita ni banyak dosa\pahala. Terlalu Maha Pemurahnya, robbuna :) Alhamdulillah. Ni ada cara Sujud Syukur. Hopefully, bermanfaat yaww !

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHNqMVFkK0YIwGnHKNy4wwXhO74iMMyBEQ0HpbXClpbp1YDJBkBFh_XzDibx0WpUHTs4ZhPRnu5FOXzvYQiQrSZagHX5cIsrmcGPW56Kk_a9hR5HUeIDzMQ_sWRUhm0Ciyrs3hnQKEW5A/s1600/sujud-syukur.jpg 

Ways of Sujud Syukur 

1. Berwudhuk as usual
2. Tutup aurat
3. Hadap Qiblat
4. Berdiri betul
5. Angkat takbir (Allahuakbar)
6. Sambil niat (Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta'ala)
7.  Sujud (sekali sahaja)
8. Sambil sujud tu baca macam sujud tilawah
(Maksud : Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.)
9. Duduk macam duduk antara dua sujud.
10. Bagi salam mcm biasa
 


Syaratnya : sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk juga (macam duduk antara dua sujud).

Mudahkan?

Jika anda tak hafal bacaan sujud tilawah tapi mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Nota tambahan:

Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.

Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.