Pokok ati - ati ni bagiku adalah sejenis pokok hiasan yang paling senang di tanam. Pokok ati-ati juga dikategorikan sebagai herba saka. Mempunyai batang yang lembut dan boleh mencapai ketinggian satu meter. Daunnya mempunyai pelbagai bentuk seperti bentuk hati, bergerigi dan dan berbelang hijau di tepi sementara dibahagian tengahnya berwarna merah dan corak yang menarik dengan pelabagai campuran warna seakan warna pelangi. Sesuai dengan nama jolokannya 'pokok pelangi'. Bunganya cantik bersaiz kecil berwarna unggu tumbuh dalam gugusan.
Medium Tanaman:
Medium yang sesuai ialah di mana air senang mengalir keluar. Campuran yang disyorkan ialah nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Tanah gambut atau baja kandang : Pasir sungai).
Pencahayaan:
Letak aje pokoknya di bawah cahaya matahari terik untuk mendapatkan corak dan warna daunnya yang terang dan menarik. Jika di tempat yang teduh, warna daun menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak dan menarik daunnya.
Penyiraman:
Perlu banyak siraman air untuknya cepat membesar dan menegluarkan warna yang terang dan menarik. Siram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang pada hari panas kerana ia cepat layu jika medium kering. Siram apabila perlu sahaja pada hari siang.
Pembajaan:
Baja kandang dalam campuran medium hanya dapat membekalkan nutrien selama lebih kurang tiga bulan sahaja. Selepas itu anda perlu membaja semula dengan menggunakan baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang diproses atau baja cecair atau garam larutan yang boleh dicampurkan ke dalam siraman air. Berhati-hati jika menggunakan baja bijian kerana pokok ini akan melecur jika terkena daunnya.
Pembiakan :
1) Biji Benih F1
2) Keratan Batang
3) Lenturan ranting
Idea Pameran:
Cantik di tanam dalam pasu sebagai pokok spesimen. Ia juga sesuai di tanam di atas tanah sebagai pokok border atau sempadan. Ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok di dalam gubahan taman hiasan.
Tips:
1) Rebahkan batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan banyak rating.2) Potong pucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan merimbunkan pokok.
3) Potong bunganya bagi pertumbuhan yang lebih sihat dan cantik.