Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Resepi kek batik

Assalamualaikum. Harini, Izzati nak share sikit resepi kek batik. Untuk sesiapa yg suka kek tapi malas, bolehlah try ! Mudah and ringkas je.


Bahan-bahannya ialah :

200gm milo

250gm butter

3 sudu makan serbuk koko

1 tin kecil susu pekat manis

Biskut marie/cracker secukupnya

Cara membuatnya :

1. Alaskan loyang dengan plastik, biarkan plastik melebihi loyang supaya senang nak keluarkan kek bila dah sejuk.
2. Patahkan biskut marie kepada empat bahagian.
3. Cairkan butter dalam kuali dengan mengggunakan api kecil.
4. Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sediki gaul hingga sebati dan masukkan juga serbuk koko.


 5. Gaul hingga halus dan tak berketul lagi. 


7. Setelah pekat, susun biskut marie dalam loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan ratakan. Ulang hingga habis adunan.


8. Tunggu sehingga sejuk dan simpan dalam peti ais. Kek batik siap untuk dihidang. 

 Selamat mencuba.