Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Resepi tomyam campur

Bahan-bahan (4 orang makan) :

- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5/6 biji cili padi (Depends nak pedas ke tak)
- 3 batang serai
- 5 helai daun limau purut (letak 2 pon dah ok)
- 1 batang carrot
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- Lengkuas
- Bahan2 isi seperti ayam, udang, sotong

Cara-cara :

1) Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2) Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam.
3) Masukkan carrot.
4) Agak2 carrot dah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang dititik, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili.
5) Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya. Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut.

Dah siap tomyam kita. yeay. selamat mencuba!